tag:blogger.com,1999:blog-73090398982909169692024-02-20T08:23:30.013+08:00KEPAL NASI KEPAL BERASKe arah penyatuan atau perpecahan? - tepuk dada tanya kemahuan.Kamarulzaman Kamdiashttp://www.blogger.com/profile/16884679574847388057noreply@blogger.comBlogger1009125tag:blogger.com,1999:blog-7309039898290916969.post-71985551037274534462014-03-25T09:30:00.000+08:002014-03-25T09:30:23.218+08:00TAKZIAH KEPADA MH370, MANGSA DAN DUNIA!!"Top priority", iaitu untuk menemui pesawat sudah tercapai berdasarkan sidang akhbar Perdana Menteri jam 10 malam tadi.

Walaupun butiran lanjut hanya akan diketahui petang nanti, kita sudah diberitahu pesawat MH370 berakhir di pendalaman Lautan Hindi.

Jika benar seperti yang diumumkan, ini bermakna salah satu andaian yang boleh diterima pastinya penerbangan ini berakhir disebabkan kehabisan kerosin.

Andaian seterusnya ialah samada pesawat ini dipandu dengan sengaja oleh kapten hingga kehabisan minyak ataupu pesawat ini telah dipandu secara auto pilot. Jika dipandu secara auto pilot, apa sebenarnya yang terjadi kepada kedua-dua pilot yang berada di dalam kokpit?

Jika diandaikan ke dua-duanya mati mengejut setelah pesawat diprogram secara auto pilot, apakah punca yang menyebabkan mereka mati mengejut? Adakah kebocoran gas atau kegagalan mekanikal yang mengeluarkan suatu bahan bahaya hingga menyebabkan mereka mati mengejut?

Jika mereka diandaikan dibunuh oleh seseorang di dalam kokpit, siapa dan bagaimana pembunuh andaian ini boleh masuk ke dalam kokpit pintu kebal? Jika benar pula "pembunuh andaian" ini berjaya masuk ke kokpit, seterusnya membunuh kapten dan pembantunya, kenapa pesawat ini dirampas hanya untuk diterbangkan secara auto pilot hingga kehabisan minyak dan terhempas di pendalaman Lautan Hindi? Takkan itu saja tujuannya, melainkan pembunuh andaian ini gila.

Sepanjang lebih 6 jam pesawat ini terbang, tiada langsungkah inisiatif dari anak-anak kapal lain untuk memberi isyarat di luar sana? Atau andaian seterusnya semua penumpang dan anak kapal mati mengejut juga dan pesawat terbang secara auto hingga ke destinasi "ontah-mano".

Andaian lain yang boleh dibuat ialah ia sengaja dilakukan oleh ke dua-dua kapten dan pembantunya. Tapi, untuk apa? Adakah kedua-dua mereka seia-sekata dan sehidup semati dalam hal ini? Ia tak mungkin berlaku.

Setakat kenyataan yang dibuat oleh PM dalam sidang akhbar tergempar malam tadi, inilah saja andaian yang boleh dinyatakan. Andaian lain hanya boleh dibuat selepas butiran lanjut yang bakal didedahkan dalam sidang akhbar hari ini.

Apa yang pasti, penemuan objek ini jika benar ia adalah sebahagian komponen pesawat MH370, ia adalah merupakan permulaan kepada suatu perjalanan dan perungkaian kepada sesuatu yang sangat-sangat misteri dan sulit untuk dirumuskan.

Seandainya berjaya pun ditemukan suatu yang conclusive, ia pasti tidak akan berjaya meyakinkan semua pihak khususnya kepada waris mangsa.

Penemuan pesawat di lokasi yang tidak terjangkau logiknya oleh pemikiran manusia ini akan menyebabkan kes ini menjadi terlalu rumit dan bakal membuka kepada pelbagai teori, kemungkinan, rumusan dan andaian yang tidak mungkin mencapai kepada suatu yang conclusive.

Mungkin juga penemuan pesawat ini bakal menjadikan dunia ini benar-benar bulat. Siapa bakal duduk di bulatan di bawah, di tepi dan di atas belumlah dapat dipastikan.

Siapa yang terkurung di dalam dan siapa yang terkurung di luar, belum pasti. Siapa yang terhimpit di atas dan siapa yang terhimpit di bawah juga sama-samalah kita menanti, menilai dan merumuskannya.Kamarulzaman Kamdiashttp://www.blogger.com/profile/16884679574847388057noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7309039898290916969.post-33734868695630823532014-03-21T10:07:00.003+08:002014-03-21T10:07:35.496+08:00RAKYAT JANGAN TERTIPU PEMIKIRAN AKIBAT MAINAN MEDIA LUAR!!Pelbagai teori dari pelbagai agensi penyiasatan, satelit, pakar dan media luar negara telah dimuntahkan untuk tatapan kita, hingga akhirnya kita yang tidak pakar ini sudah tidak tahu lagi mana satu yang paling berasas dan mana satu yang tidak berasas.

Apakah ledakan teori dan andaian ini sengaja dilakukan melalui kerjasama licik di antara pelbagai agensi penyiasatan, pakar-pakar dan media mereka bagi tujuan agar kita hilang pedoman dan tidak mampu lagi berfikir secara waras?

Apakah tangan-tangan ghaib kuasa-kuasa besar ini sedang melakukan gerakan "mengalihkan tumpuan" dan seterusnya mengelirukan fokus penduduk dunia ini seluruhnya?

Ramai mempersoalkan kenapa kerajaan Australia membawa hingga ke parlimen negara itu sesuatu andaian yang belum pasti dan disahkan bahawa objek yang dikesan oleh radar Australia itu adalah MH370?

Negara China juga mengesan objek di LCS dan objek tersebut akhirnya disahkan bukan dari komponen MH370. China hanya memaklumkan kepada kita dan aset negara kita, Vietnam dan China terus digerakkan untuk mencari objek yang dimaksudkan.

Amerika dan sheriffnya, Australia begitu pantas sampai ke destinasi. KD kita hanya boleh sampai ke lokasi secepatnya dalam tempoh 8 jam. Dikhabarkan objek tersebut sudah lebih 4 hari dikesan tetapi negara kita hanya dimaklumkan pada hari ke4.

Andaian awal yang boleh dibuat jika benar objek yang timbul tersebut adalah komponen MH370, hampir mustahil badan yang tenggelam itu akan dapat dikesan. Lokasi tersebut dikatakan antara lokasi paling dalam di dunia. Ikan pun tak larat untuk berhabitat di situ.

Jika tidak dapat dikesan, maka peluang untuk mendapatkan kotak hitam amat tipis. Jika kotak hitam tersebut tidak dijumpai, maka akhirnya misteri MH370 sudah pasti akan terus menjadi misteri sampai bila-bila.

Maka seluruh dunia sekali lagi terpaksa bergantung kepada andaian dan logik pakar-pakar, CIA, FBI, intelligent dan lain-lain rumusan dari pelbagai agensi. Di sini sekali lagi pihak media antarabangsa akan memainkan peranan penting untuk mengalih dan meyakinkan dunia terhadap sesuatu teori dan rumusan yang mereka mahukan untuk dunia mempersetujuinya.

Kalau mereka rumuskan ke arah elemen terrorist, maka dunia akan mengakuinya sebagaimana dunia bersetuju bahawa WTC dan Pentagon telah dilanggar oleh kapalterbang yang dipandu oleh pengganas.

Jika mereka rumuskan negara ini tidak selamat dan terdedah kepada bahaya dan ancaman pengganas, maka dunia akan turut mengakuinya sebagaimana dunia telah diyakini bahawa Afghanistan dan beberapa negara Islam lain adalah sarang pengganas yang mahu menghancurkan kepentingan Israel dan Amerika.

Kalau mereka merumuskan MH370 ini telah dirampas oleh puak pejuang minoriti Islam di China dengan kerjasama kapten kapal untuk mengugut kerajaan China pun boleh, kerana tiada apa-apa fakta fizikal atau data yang wujud. Semuanya sudah musnah bersama kotak hitam. Pakar-pakar yang mentadbir dunia ini melalui CIA, FBI dan lain agensi seperti NASA boleh saja mewujudkan kononnya data-data dan maklumat sahih yang menunjukkan sememangnya wujud elemen keganasan atau apa saja yang mereka rasakan boleh dan logik untuk mempengaruhi dunia.

Jika itu situasi yang mahu di deliberate, maka akan runcinglah hubungan di antara negara ini dengan negara China.

Apa senario yang bakal berlaku pun, negara kita hampir pasti bakal menjadi negara "kambing hitam". Hanya kotak hitam saja yang boleh menyelamatkan negara ini dari menjadi mangsa kambing hitam atau terlepas dari label yang bakal dikenakan terhadap negara kita oleh pentadbir persepsi dan kecenderungan dunia ini.

Jika diamat-amati sejak hilangnya MH370 ini, sudah pun diwujudkan pelbagai teori dan media spinner untuk menjejaskan imej dan kredibiliti negara di pandangan mata dunia.

Mereka boleh saja merumuskan kehilangan pesawat ini adalah angkara individu pilot sendiri.

Mereka juga boleh merumuskan dari "kononnya" hasil siasatan yang sahih bahawa pilot dan pembantu pilot sudah mati akibat kerosakan mekanikal yang mengejut seperti kebocoran gas dalam kokpit. Pesawat terbang secara auto pilot sebaik saja membuat turning back hingga kehabisan kerosin dan terus terhempas di lautan Hindi.

Semua rumusan boleh saja diwujudkan kesahihannya dengan sokongan bukti2 dan data-data yang kita tidak faham oleh pakar-pakar ini, dengan syarat kotak hitam itu tidak dijumpai.

Negara Amerika yang begitu sofistikated pun mereka boleh wujudkan satu kepercayaan bahawa kemusnahan WTC adalah angkara terrorist. Begitu hebatnya sistem satelite dan survailance US, mereka boleh yakinkan dunia bahawa terrorist berupaya mengatasi semua kecanggihan sistem surveilance dan anti-terrorist Amerika, termasuk merampas kapalterbang sampai dua tiga biji serentak dan terus pergi melanggar WTC tanpa pihak pertahanan Amerika sempat berbuat apa-apa. Sepertinya, pertahanan Amerika ketika itu setaraf dengan sistem pertahanan negara Somalia.

Bagi saya, senario inilah yang terpenting untuk difahami oleh rakyat negara ini. Jika tidak difahami, maka negara dan rakyat negara ini akan terus terikut-ikut dan terkeliru serta menerima apa saja rumusan yang bakal dilakukan dan di endorse oleh kuasa besar ini nanti.

Paling menakutkan ialah apabila permainan media barat dengan kerjasama licik agensi risik antarabangsa di bawah kelolaan mereka, akan berjaya mengelirukan rakyat hingga rakyat negara ini bangkit dan berperang sesama sendiri sepertimana yang berlaku di beberapa negara-negara Arab ketika ini.

Permainan halus kuasa besar yang gagal dihidu oleh pemimpin dan rakyat di sesebuah negara akan menyebabkan negara tersebut musnah dan hanyut di dalam anarki.

Semoga Allah swt melindungi negara dan rakyat Malaysia dari fitnah besar yang boleh mengundang malapetaka besar.

Semoga mangsa krisis MH370 dan keluarga tidak teraniaya oleh permainan kuasa dunia.Kamarulzaman Kamdiashttp://www.blogger.com/profile/16884679574847388057noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-7309039898290916969.post-64836313935100269092014-03-15T10:48:00.001+08:002014-03-15T10:48:32.993+08:00AMALAN MENYOKONG ANWAR LEBIH MEMALUKAN NEGARA DARI AMALAN BOMOH TIKAR TERBANG!!Saidatina Aishah r.h berkata, "Ada sekali Rasulullah saw masuk ke rumah dan saya agak dari air mukanya bahawa sesuatu telah berlaku kepadanya. Baginda tidak bertutur kepada sesiapa pun dan setelah berwudhu beliau masuk ke masjid. Saya cuba dengar dari belakang dinding apa yang baginda bersabda. Baginda duduk di atas mimbar dan setelah memuji Allah swt baginda berkhutbah, "Hai manusia! Allah telah memerintah kamu supaya menyuruh orang berbuat baik dan melarang mereka dari melakukan kemungkaran; kalau tidak, akan tiba satu masa manakala kamu berdoa kepadaNya, Dia tidak akan mendengari doa mu; kamu akan memohon keperluanmu dariNya tetapi Dia tidak akan memperkenankanNya; kamu memohon akan bantuanNya terhadap musuh-musuh mu, tetapi Dia tidak akan membantu mu" (H.R Ibnu Majah dan Ibnu Hibban).

Mungkin misteri kehilangan pesawat MH370 dan kebuntuan dalam mencari serta menyelamat hanyalah 1 daripada berjuta-juta peringatan yang ditunjuk dan diturunkan oleh Allah swt bagi manusia memikir dan mengkaji kesilapan, kelalaian dan kelemahan manusia, khususnya umat Muhammad saw.

Setakat ini manusia hanya mengkaji dari sudut kelemahan dan kegagalan teknologi, juga kecanggihan sistem ciptaan manusia. Manusia hanya mampu mengkaji kemungkinan dan kebarangkalian yang berlaku kepada punca yang membawa kepada berlakunya trajedi kehilangan dan kebuntuan yang dihadapi.

Kebarangkalian yang tercapai oleh akal manusia hanyalah sekitar kemungkinan ianya terhempas di Laut Cina Selatan atau di Selat melaka mahupun Lautan Hindi, kemungkinan ianya dirampas, dan pelbagai kemungkinan lagi yang terfikir oleh manusia menurut fakta, petunjuk baru dan kronologi yang disandarkan kepada radar, transponder dan lain-lain alat yang terangkum di dalam teknologi penerbangan.

Ramai juga yang bertindak menjadi tukang ramal, dukun dan pawang. Dan paling "sial" pula ada yang hanya menjadi "tukang caci" yang terlupa langsung "sifat mahakuasa Allah yang menjadikan tiap sesuatu".

Usaha mencari dan menyelamat yang paling mudah, malah lebih mudah dari penggunaan tikar terbang dan buah kelapa ialah gerakan mencari dan menyelamat melalui kaedah "Tukang Caci".

Gerakan inilah yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim. Jika bomoh Ibrahim menggunakan tikar dan buah kelapa, Anwar Ibrahim pula hanya menggunakan mikrofon, pentas dan lipur-laranya. Mungkin Anwar menjangkakan dengan segala cacian, hinaan dan makian yang dilemparkan kepada PM, isteri, menteri-menteri, maka MH370 ini akan dijumpai.

"Pendengar bebal" pula hanya mengiayakan segala lipur-lara tahyol, khurafat dan nujuman Anwar yang cuba mengaitkan kebuntuan usaha mencari dan menyelamat ini adalah disebabkan kelemahan kerajaan. Segala usaha rumit di lautan, udara dan dasar laut yang sedang digerakkan oleh kerajaan dibenamkan dari fikiran pendengar, seolah-olah kerajaan telah memalukan negara dan rakyat dengan menggunakan khidmat bomoh terbang untuk menyelesaikan kebuntuan.

Serendah-rendahnya pemikiran dan mentaliti Anwar, lebih rendah lagi pemikiran orang-orang yang mengiayakan segala lipur-laranya.

Cuba bayangkan. Semua pihak berusaha sedaya upaya mengumpul maklumat, mengaplikasi pelbagai teknologi terkini dan segala petunjuk baru bagi mencari MH370, Anwar hanya mampu mengolah dan menganalisa situasi dan kebuntuan misteri MH370 ini dengan hujahan isu bomoh kelapa dan tikar terbang!! Inikah orangnya yang diidolakan oleh para pendengar bebal di PRK Kajang?

Kepada pendengar bebal yang telah terbodoh mindanya oleh Anwar Ibrahim, kembali dan dalamilah maksud hadis di atas. Berdoa dan bertaubatlah agar tuan-tuan dan puan-puan yang telah terjerat dengan tahyolan dan khurafat yang dibawa oleh Anwar Ibrahim dapat keluar dari kepompong dan pasungan minda yang digerakkan oleh si pembawa berita dusta ini.

Jika Ibrahim tikar terbang telah memalukan negara dengan amalan khurafatnya, tindakan para penjilat dan pentaksub Anwar ini lebih memalukan negara dan seluruh rakyat negara ini kerana terus-terusan berusaha menaikkan seorang yang telah terbukti pengamal liwat untuk dinobatkan sebagai Perdana Menteri Malaysia. Amalan khurafat Ibrahim tikar terbang terlalu kecil untuk dibandingkan dengan amalan tuan-tuan dan puan-puan yang mahu menaikkan peliwat menjadi pemimpin negara!!Kamarulzaman Kamdiashttp://www.blogger.com/profile/16884679574847388057noreply@blogger.com3tag:blogger.com,1999:blog-7309039898290916969.post-23956186113008769992014-03-14T09:08:00.002+08:002014-03-14T09:08:51.741+08:00SAMPAI BILA ANWAR BERJAYA MEMASUNG PEMIKIRAN PARA AKADEMIK DAN ILMUAN??PRK Kajang berlaku secara disengajakan. Perancangan mewujudkan PRK ini mempunyai pelbagai tujuan yang mahu menghasilkan perkara yang sama, iaitu "diversion".

1. Mengalih isu dalaman pentadbiran PKR di Selangor, di antara puak Khalid dan puak Azmin.

2. Persediaan untuk mengalihkan isu kemungkinan disabitkan dengan kesalahan liwat.

Jika hukuman liwat dijatuhkan tanpa isu lain yang boleh digunakan untuk melakukan diversion, impak buruk terhadap Anwar pasti lebih berganda.

Sekurang-kurangnya bila ada isu PRK, maka dengan kelebihan yang dimiliki Anwar dan para politician pembangkang dalam bermain sentimen dan memandu minda para penyokongnya, hukuman kes liwat ini mampu diubah dari ancaman terhadap masa depan politik Anwar kepada peluang untuk mencipta simpati kepada mereka dan pada masa yang sama mencipta imej buruk terhadap Najib dan kerajaan.

Para penyokong dam simpatisan Anwar masih tidak sedar lagi walaupun Anwar sudah divert dan bodohkan pemikiran mereka sebanyak 2 kali dalam kes liwat yang sama.

1. Sewaktu Saiful membuat lapuran polis, dan,

2. Sewaktu hukuman mahu diputuskan.

Waktu Saiful membuat lapuran polis, Anwar cepat-cepat arahkan isterinya Wan Azizah kosongkan kerusi parlimen Permatang Pauh untuk membolehkan dia bertanding dalam PRK Permatang Pauh.

Ketika kes rayuan dijangka tidak boleh ditangguh lagi, dun Kajang pula yang berjaya dijadikan kambing hitam dengan menyuruh penyandangnya mengosongkan kerusi.

Apabila Anwar dijatuhkan hukuman bersalah, dan tidak layak untuk bertanding, Wan Azizah sekali lagi dikambinghitamkan. Jika dulu dikambinghitamkan dengan menyuruh kosongkan kerusi Permatang Pauh, kini dikambinghitamkan pula dengan menyuruh isterinya bertanding pula di PRK Kajang.

Penyokong dan pengundi Anwar "masih tidak juga sedar-sedar lagi" bahawa mereka terus-terusan dijadikan bahan pengawet kepada segala kesalahan dan kebobrokan tabiat peribadi dan kekotoran mainan politik Anwar.

Tiada siapa yang boleh menolong para pentaksub dan bahan pengawet Anwar ini untuk keluar dari jeratan minda yang telah "terpasung" di dalam benak mereka.

Biarkanlah pemikiran para pentaksub ini terus dipasung oleh Anwar. Padan dengan muka mereka. Bodohnya tak dapat nak diajar, pandainya tak terikut dek mana-mana manusia.

Walaupun mereka ini pensyarah, doktor Phd dan pegawai tinggi kerajaan dan semuanya berpelajaran tinggi, tapi akibat dari kesilapan mereka bersedia untuk diperbodohkan oleh Anwar, maka Allah swt izinkan Anwar memperbodohkan mereka.

Allah Maha Adil dan Dia tunaikan permintaan mana-mana hamba-hambanya berdasarkan apa yang mereka minta. Jika mereka menyediakan minda mereka untuk diperbodohkan oleh Anwar, maka itulah yang Allah izinkan buat mereka.

Maka itu sebablah, begitu ramai sekali para ilmuan, budayawan dan orang-orang yang kononnya merasakan diri mereka berpelajaran hari ini berjaya dipasungkan pemikiran mereka oleh Anwar Ibrahim.

Hakikatnya para ahli akademik ini hanya berpengetahuan dalam bidang yang mereka mendalaminya sahaja hingga diiktiraf dengan Phd, profesor dan dll pengiktirafan. Selain dari bidang kajian yang dijalankan, mereka sangat "naif" dan ada yang bertaraf "jahil muraqad". Inilah antara sebabnya golongan ini sangat mudah diresapi dan seterusnya dipasung pemikiran mereka oleh mereka-mereka yang kelihatan pada permukaannya menarik, berilmu dan petah dengan bahasa dan pujangga.Kamarulzaman Kamdiashttp://www.blogger.com/profile/16884679574847388057noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-7309039898290916969.post-37001401703488991512014-03-13T09:32:00.004+08:002014-03-13T09:32:57.166+08:00MISTERI KEHILANGAN MH370 SEBARIS MISTERI PENEMUAN BENIH NABI ISA DALAM RAHIM MARIAM??Kebuntuan misteri kehilangan MH370 benar-benar mengejutkan bukan saja rakyat negara ini, bahkan satu dunia sedang mengikuti perkembangannya.

Semoga Allah swt akan memberi petunjuk dan hidayahNya kepada umat dunia ini dari peristiwa yang membuatkan seluruh akal manusia menjadi buntu dan segala kecanggihan teknologi yang wujud di mukabumi ini seolah-olah hilang upaya.

Hanya mereka yang tidak punya naluri kemanusiaan sahaja yang tidak simpati, tergamam, hampa dan pilu dengan kebuntuan yang berlaku.

Pun begitu, masih terdapat juga sekelompok manusia yang semakin jelas sifat, niat serong dan kecenderungan sebenar mereka. Semua ini menjadi petunjuk.

Kelompok ini sekali lagi mengambil kesempatan sepertimana peristiwa pencerobohah tentera Kiram dengan mengekploitasi takdir bencana dan musibah yang berlaku bagi tujuan "menambah-bencikan" lagi perasaan rakyat terhadap pemerintah.

Lain perhitungan kita sebagai rakyat dan pemimpin yang bertanggungjawab yang seharusnya dilakukan di saat getir sebegini, lain pula niat dan gerakerja serta kesempatan yang mereka cuba lakukan dari musibah yang berlaku.

Apalah pula agaknya nasib dan musibah yang bakal ditakdirkan oleh Allah swt buat manusia-manusia fasik seperti ini?

Tiada tanda-tanda simpati di wajah mereka dengan musibah yang sedang terjadi.

Semua negara bersimpati dan menghulur bantuan menurut kepakaran bidang masing-masing, puak fasik ini hanya tahu mengeluarkan "bisa mulut" dengan menuding jari kepada pemerintah. Setiap inisiatif "emergency" yang dilakukan oleh pihak berkuasa untuk mencari pesawat dan 239 nyawa manusia sentiasa dipertikaikan. Lambat bertindak, sistem yang lemah dan longgar, flip-flop dll. Apabila ada saja unsur kelemahan yang muncul di saat getir ini, maka mereka tanpa berlengah akan mengekploitasi sepenuhnya untuk menimbulkan rasa ragu rakyat terhadap kemampuan pihak berkuasa.

Di satu pihak, semua berdoa, berusaha dan tidak lelap tidor turun padang untuk menyelesaikan musibah yang terjadi, puak fasik ini pula turun padang menghasut rakyat dan bertindak menjadi pemantau kepada semua gerakan menyelamat yang sedang dilakukan oleh pemerintah. Sebarang kelemahan atau kelewatan pasti akan diguna untuk menimbulkan dan menambah lagi sentimen kebencian para pendengar ceramah mereka.

Bukan soal keselamatan dan penyelesaian krisis yang mereka harapkan berlaku, sebaliknya mereka mengharapkan rakyat akan bertambah benci kepada pemerintah.

Walaupun isu kehilangan MH370 ini sudah menjadi krisis global yang belum pernah terjadi, bagi puak ini isu Anwar dijatuhkan hukuman bersalah meliwat adalah isu paling besar.

Rakyat harus dialihkan semula fokus dan pemusatan pemikiran mereka dari krisis MH370 kepada isu bahawasanya Anwar terus dianiaya dan sistem kehakiman negara telah dipandu oleh kuasa ghaib eksekutif yang terlalu takutkan pengaruh Anwar, kononnya.

Walhal, semua sudah tahu bahawa jika benar pun wujud konspirasi untuk membunuh masa depan politik Anwar, sehebat dan secanggih mana sekali pun perancangan konspirasi tersebut, para konspirator ini tidak mungkin dapat memastubasi air mani dari alat sulit Anwar dan memasukkannya ke dalam dubur Saiful. Itu hakikatnya. Fakta yang berlaku ialah iar mani Anwar "wujud" di dalam dubur Saiful.

Apakah pentaksub Anwar ini beranggapan air mani Anwar di dalam dubur Saiful itu "se misteri dan sesuci" benih di dalam rahim Mariam yang telah melahirkan Nabi Isa as?

Apa pun, mangsa krisis MH370 ini melibatkan 12 negara dan kewarganegaraan. Kehebatan teknologi Amerika sendiri masih gagal mengenalpasti punca dan lokasi di mana hilangnya MH370. Gabungan semua teknologi tercanggih di dunia ini sedang dan bakal tercabar oleh hanya oleh misteri kehilangan pesawat MH370.

Sepatah kata Kapten Norudin, di mana kuasa (teknologi manusia) berakhir, di situlah kuasa Allah (dilihat oleh manusia) bermula, walaupun pada hakikatnya setiap sesuatu yang bergerak walau sebesar zarah sekali pun ia adalah kuasa dari yang maha kuasa.

Jika kecanggihan teknologi manusia yang tercanggih pun sudah dinafikan kehebatannya oleh Allah swt, apakah air mani yang dapat diwujudkan di dalam dubur Saiful itu lebih canggih lagi aplikasi teknologinya hingga Anwar sendiri buntu bagaimana air maninya sendiri boleh diambil oleh Najib dan Najib memasukkannya pula di dalam dubur Saiful?

Jika begini keadaannya, pakar Amerika dan seantero dunia ini harus datang ke Malaysia dan belajar dari Najib bagaimana dia boleh melakukannyaKamarulzaman Kamdiashttp://www.blogger.com/profile/16884679574847388057noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-7309039898290916969.post-25096471498385565372014-03-05T18:32:00.001+08:002014-03-05T18:32:33.136+08:00RAKYAT FIKIR BN TAK BOLEH BODOHKAN MEREKA LAGI!! Siapa kata masyarakat hari ini sudah semakin cerdik dan matang. Katanya, pemimpin kerajaan tidak boleh lagi senang-senang nak tipu rakyat?

Realiti hari ini tidak begitu. Lihat saja PRK Kajang. Kerajaan negeri Selangor senang-senang saja tipu dan bodohkan rakyat Kajang. PKR yang memerintah Selangor senang-senang saja memanipulasi pemikiran rakyat Kajang. Senang-senang saja jadikan pilihanraya dan jawatan YB seperti barang permainan.

Hari ini menwarkan diri. Besok lusa bila menang senang-senang letak jawatan semata-mata kerana mahu menjalankan agenda politik PKR. Permainan ini sudah pernah dilakukan oleh Wan Azizah di Permatang Pauh. Bila suami terdesak direpot polis oleh Saiful yang mengaku telah diliwat Anwar. Dalam tempoh seminggu Wan Azizah kosongkan kerusi Permatang Pauh semata-mata kerana mahu memberi laluan kepada Anwar untuk menyandarkan isu peribadinya menjadi polemik rakyat.

Hari ini bila kes rayuan liwat Saiful hampir ke penghujung, Anwar sekali lagi menyandarkan isu peribadinya kepada rakyat Kajang pula. Sedangkan jika rakyat benar-benar memikirkan kesan jika Anwar didapati bersalah oleh mahkamah sudah pasti kerusi dun Kajang dan parlimen Permatang Pauh akan terpaksa dikosongkan dan sekali lagi rakyat akan berhadapan dengan pilihanraya.

Tapi, rakyat yang mengaku sudah cerdik dan mengaku bukan senang untuk diperbodohkan oleh pemimpin politik, tidak terfikir pun kesan yang bakal menyusahkan mereka sekali lagi jika mereka memberi kemenangan kepada Anwar dalam PRK Kajang nanti.

Hakikatnya, rakyat terutama yang menyokong PKR sudah gagal menggunakan pemikiran dan akal yang waras untuk menilai sesuatu yang berlaku secara rasional.

Cerdik-cerdik mereka pun, masih tidak terfikir pun oleh mereka bahawa mereka sebenarnya sudah berpuluh-puluh kali dan bebelas-belas tahun dimanipulasi dan diperbodohkan akal pemikiran mereka oleh para pemimpin mereka sendiri.

Cukup dengan pemimpin mereka memainkan emosi dan sentimen dengan pelbagai kisah kebobrokan pemimpin BN, akal pengikut sudah gagal berfungsi secara adil dan rasional.

Cerdik apakah ini? Inikah yang dikatakan rakyat sudah matang berfikir? Ini bodoh tahap paling rendah.

Sebenarnya sebahagian rakyat merasa diri mereka cerdik dan dan tidak lagi boleh diperbodohkan hanya oleh kerajaan BN sahaja, tapi di sudut lain, hakikatnya mereka sudah terjerat dan diperbodohkan akal dan jiwa mereka oleh para pemimpin PKR khususnya Anwar Ibrahim.

Dari satu sudut mereka tidak rela diperbodohkan oleh pemimpin BN, tapi di satu sudut lagi mereka sanggup membiarkan diri mereka jadi bodoh dan dungu oleh Anwar Ibrahim hanya disebabkan sentimen kebencian meluap terhadap BN hasil dari "gampangnya" Anwar memanipulasi akal fikiran mereka yang kononnya cerdik dan sudah matang ini.

Mereka sanggup tidak makan makanan yang telah dihidang hanya disebabkan termakan tuduhan Anwar bahawa bau busuk yang melintas di hidung mereka adalah bau kentut busuk para pemimpin BN yang telah memakan hasil dari memeras harta rakyat, sedangkan harta Selangor negeri terkaya di Malaysia sedang dinilai, dicongak dan diintai oleh para pemimpin mereka dengan penuh bernafsu.Kamarulzaman Kamdiashttp://www.blogger.com/profile/16884679574847388057noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-7309039898290916969.post-83833280103120055162014-03-04T12:19:00.001+08:002014-03-04T12:19:07.331+08:00BILA MAHATHIR NAK TENGGELAM DI LAUT MERAH?Nabi Musa as tidak pernah ke hulu ke hilir mengatakan "Firaun sangat takut dan bimbang dengan ana, itu fasal firaun fitnah ana macam-macam"

Nabi Musa juga tidak tuduh firaun takut dengan kemaraannya ke puncak kuasa telah menyebabkan firaun membuat pelbagai dakyah untuk menyekat kemaraan Nabi Musa.

Jauh...jauh sekali. Tidak layak langsung untuk dijadikan perbandingan Anwar itu ibarat Nabi Musa, Mahathir itu ibarat firaun.

Maksud hidup dan matlamat Nabi Musa adalah untuk mengajak Firaun dan umat baginda menyembah hanya kepada Allah, dan tiada tuhan semuanya binasa melainkan Allah.

Matlamat dan maksud Anwar? Tiada yang dikehendaki oleh Anwar melainkan kuasa, kuasa dan kuasa. Tiada yang lebih penting bagi Anwar melainkan kuasa, kuasa dan kuasa. Tiada cara melainkan semuanya halal asalkan matlamat mendapatkan kuasa tercapai.

Pembantu dan penyembah Anwar seperti Dr Razali Nawawi dan umat-umat yang sewaktu dengannya bagaimana pulak?

Tiada yang lebih layak memimpin negara melainkan Anwar. Tiada pemimpin yang paling bersih melainkan Anwar. Hanya Anwar, dan selain dari Anwar yang memimpin alamat negara akan binasa. Tiada penguasa yang paling layak untuk dipercayai dan diakui melainkan Anwar.

Itulah di antara iktikad-iktikad yang wujud di dalam hati mereka-mereka yang telah terjerat hati dan jiwa mereka dari menerima petunjuk dan hidayat Allah swt.

Apabila petunjuk dan hidayat sudah ditarik dari jiwa manusia, maka pergantungan manusia akan berpindah dari pergantungan semata-mata kepada Allah kepada pergantungan yang selain dari Allah. Manusia akan mula merasa dari takjub dan taksub dengan kehebatan Allah bertukar kepada takjub dan taksub kepada kehebatan yang selain dari Allah.

Puak ini akan mencari helah dengan dibantu oleh bisikan iblis dan syaitan yang disangkanya ilham dan ilmu dari Allah, hingga tergamak dan tanpa rasa malu menyamakan kesucian perjuangan dakwah Nabi Musa as dengan kekotoran perjuangan Anwar yang hanya bermatlamatkan semata-mata untuk kemasyhuran kuasa dengan cara menghalalkan semua kaedah, asal kuasa dan pengaruh dapat digapai.

Hakikatnya, perjuangan Anwar terputus dan tiada hubungkait sama sekali dengan matlamat supaya semua manusia mengabdikan diri hanya semata-mata kepada Allah, sebagaimana matlamat perjuangan dan dakwah Nabi Musa as.

Jika Allah menzahirkan suaraNya melalui para malaikatNya, mungkin satu alam ini akan kedengaran suara "pooorrahh la Anwar". Nak samakan kesucian dakwah dan dugaan yang Allah swt berikan kepada Musa as dengan kekotoran perjuangan dan dugaan dan musibah yang diterima akibat dari perbuatan tangan-tangan Anwar sendiri!!

Firaun tenggelam di Lautan Merah. Hingga hari ini bukan Mahathir yang tenggelam, sebaliknya Anwar yang tenggelam di dalam pelbagai lautan fitnah dan dusta yang diciptanya sendiri.Kamarulzaman Kamdiashttp://www.blogger.com/profile/16884679574847388057noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-7309039898290916969.post-2605085158875294612014-02-28T21:20:00.003+08:002014-02-28T21:20:29.177+08:00PRK KAJANG LUBANG KUBUR TERAKHIR..... Rakyat Malaysia terlalu mudah "dibaham" pemikiran mereka oleh Anwar Ibrahim dan rakyat membaham saja apa yang diperkatakan oleh Anwar bukan disebabkan Anwar ini memang benar-benar pemimpin yang bersih dan amanah.

Bukan juga kerana Anwar bagus pentadbiran dan kepimpinannya sewaktu menjadi anggota kerajaan. Tiada apa yang signifikan untuk menafaat rakyat Malaysia yang diwariskan oleh Anwar untuk negara dan rakyat sewaktu beliau berkuasa, melainkan beliau meninggalkan segala kudis dan kotoran berupa budaya politik keji, rasuah, kronisma dan segala penyakit yang hari ini begitu subur di dalam UMNO dan kerajaan. Malah budaya ini sudah berkembang begitu pantas di dalam kem pembangkang yang dipimpinnya.

Ramai yang berpelajaran tinggi, anak muda dan alim ulamak menyokong Anwar bukan disebabkan Anwar benar-benar telah menjadi mangsa fitnah melakukan liwat, berzina dengan perempuan sundal ataupun Anwar ini seorang biseksual.

Anwar terlalu jauh dari "sifat bersih" dari segala gejala rasuah dan segala kelakuan luar tabie yang menjadi pertuduhan di mahkamah dan perbalahan umum. Malah Anwar lebih dahsyat kekotorannya. Waima jika dikumpulkan perangai lebih 10 orang dari pemimpin besar UMNO, mungkin belum mampu menyamai kekotoran dan kejijikan yang dilakukan oleh seorang bernama Anwar Ibrahim samada di dalam ehwal politik, kuasa mahupun ehwal peribadi.

Tetapi, persepsi umum yang telah terjerat dengan mitos kehebatan Anwar ini masih tetap yakin, makhluk Anwar ini sangat suci dari sebarang kekotoran rasuah mahupun kekotoran peribadi. Mereka memikirkan bahawa Anwar adalah satu-satunya pemimpin harapan yang ada di negara ini. Mereka begitu taksub menyatakan bahawa Anwar 100% bukan peliwat. Anwar 100% tidak menyundal dengan wanita-wanita pilihannya. Anwar 100% bukan perasuah dan Anwar 100% bukan pengamal politik jijik dan keji.

Satu golongan lagi pula 100% yakin Anwar ini sangat hebat ilmu pengetahuan agamanya dan mampu membaca ayat suci dan mentafsir hadis dengan bernas.

Satu golongan lagi pula sangat teruja dengan Anwar disebabkan pemikirannya yang begitu liberal dan boleh berkompromi dengan LGBT dan diterima pula pemikiran dan pendiriannya oleh penganut agama kristian tentang "gunasama" kalimah Allah.

Golongan cendikiawan dan ahli akademik serta pelajar universiti juga teruja dan terjerat pemikiran mereka dengan gaya Anwar yang versatile dalam pelbagai bidang. Di satu sudut mereka melihat Anwar seorang yang sangat ilmiah pendekatannya. Di satu sudut lagi mereka melihat Anwar begitu berketrampilan dalam memberi hujahan-hujahan samada di dalam hujah agama mahupun hujahan intelektual. Di satu sudut lagi pula, mereka melihat Anwar begitu prihatin dengan nasib golongan yang tertindas, miskin dan marhaen.

Anwar tidak bersalah dalam hal ini. Dia memang mahukan pengaruh dan sokongan ramai untuk memastikan hasrat dia menjadi Perdana Menteri dan berasa puas jika pemerintah berjaya ditumbangkan dengan tangannya sendiri.

Para pengikut, penyokong dan peminat Anwarlah yang "bersalah dan terbebal" secara tidak disedari kerana mereka "beranggapan" penilaian dan tanggapan mereka selama ini terhadap Anwar adalah betul dan tepat. Hakikatnya, merekalah yang menjerat pemikiran mereka sendiri dengan melihat dan menilai Anwar menurut personaliti dan ketrampilan luaran Anwar yang menawan, pelbagai gaya, hebat berhujah, suci perjuangan dan pada masa yang sama dilihat sering tertindas serta teraniaya oleh pihak musuh durjana.

Anwar berjaya menjadikan semua golongan termasuk para cendikiawan, golongan agamawan samada Islam mahupun bukan Islam, golongan muda dan terpelajar, malah golongan marhaen juga menjadi "mangsa pemujaan" terhadap dirinya.

Walau bagaimana pun, kita bernasib baik kerana semua yang berlaku dan terjadi di alam ini, tiada satu pun yang tidak berada di dalam pengetahuan Allah swt. Allah maha merancang atas tiap dan segala sesuatu.

Walaupun Allah swt mengizinkan Anwar dan memberikan pelbagai kelebihan kepada Anwar tanpa sekatan, sebagaimana Allah memberi kelebihan kepada Dajjal Al-Masih, malah turut membiarkan iblis dan syaitan menjadi pembantu kanan Anwar dalam usaha memporak-perandakan kehidupan aman harmoni negara ini, tetapi hingga kini Anwar masih tetap gagal dalam segala perencanaannya.

Kita rakyat Malaysia akan terus berhadapan dengan pelbagai onak dan duri yang digerakkan oleh Anwar selagi dia hidup, dan pada masa yang sama kita juga akan terus melihat kegagalan demi kegagalan yang akan diterima oleh Anwar.

Apabila sampai waktu dan ketikanya Allah mahu menghinakan sesiapa yang dikehendakiNYa, maka akan jatuh hinalah sesiapa yang dikehendakiNya. Jika Allah mahu memuliakan sesiapa yang dikehendakiNya, maka akan mulialah sesiapa yang dikehendakiNya.Kamarulzaman Kamdiashttp://www.blogger.com/profile/16884679574847388057noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7309039898290916969.post-22868385853134362682014-02-28T08:46:00.002+08:002014-02-28T08:46:34.934+08:00ANWAR MENANG MUDAH DI KAJANG. BN HAMPIR MENYERAH KALAH!!Malapetaka paling besar buat umat Islam di Malaysia apabila agama, masjid dan surau digunakan oleh pemabuk kuasa untuk meraih pengaruh dan sokongan rakyat.

Malapetaka buat umat Islam negara ini akan lebih cepat lagi menerjah umat Islam apabila gejala mengguna agama, masjid dan surau ini disokong oleh para jemaah, ahli kariah dan mereka-mereka yang merasakan diri mereka sudah faham apa itu agama dan merasakan apa yang meraka lakukan ini adalah sebahagian dari amal Islami.

Lebih dahsyat lagi para jemaah dan ahli kariah ini membutakan mata penglihatan dan mata hati mereka dari menerima realiti bahawa segala isu seperti liberalisma, LGBT dan penggunaan kalimah Allah adalah di antara perjuangan dan amalan yang didokong oleh si penyampai tazkirah ini.

Tiada apa yang boleh dilakukan untuk menyelamatkan pemikiran dan persepsi para jemaah dan ahli kariah ini yang sudah termakan, terkeliru dan teruja dengan "persembahan zahiriah" penyampai tazkirah ini dengan mengambil kesimpulan bahawa segala kemungkaran liberalisma, LGBT dan sokongan penggunaan kalimah Allah oleh penganut kristian itu adalah semata-mata fitnah dan dusta yang dilakukan oleh pihak pemerintah terhadap pejuang LGBT ini.

Tiada sesiapa pun kalangan pemimpin negara ini yang mampu menggunakan ke dua-dua tempat ibadat, iaitu "masjid dan gereja sekali gus", untuk tujuan politik dan kuasa kecuali Anwar Ibrahim.

Wajah yang pelbagai ini berjaya mempelbagaikan sokongan dari pelbagai golongan etnik dan dari pelbagai anutan agama serta kepercayaan di atas platform masjid, gereja, etnicity, budaya dan adat resam semua agama yang dianuti oleh semua rakyat di negara ini.

Di hadapan kaum cina menyanyikan lagu pembakar semangat melayu, "anak kecil main api" untuk membakar sentimen cina. Di majlis agama dan adat kaum India menunjukkan kebolehan menyanyi dan menari resam India melebihi kemahiran yang di miliki oleh kaum India sendiri. Di dalam masjid pula dia memetik ayat, hadis dan kata-kata hikmah mengatasi alim ulamak dan para pujangga.

Semua ini berlaku secara bebas kerana pemerintah sudah hilang punca dan cara untuk menguruskan manusia yang menyerupai jelmaan dajjal ini.

Jelmaan Dajjal ini bersalah kerana mempergunakan pelbagai kebolehan untuk memukau manusia. Pemerintah pula lebih-lebih bersalah lagi kerana membiarkan manusia jelmaan dajjal ini terus memukau dan mempengaruhi manusia supaya menuruti segala kehendak dan kemahuannya semahu mungkin.

Pemerintah yang tidak punya pegangan dalam pimpinannya tidak mugkin mampu berhadapan dengan manusia jelmaan dajjal kerana iblis dan syaitan juga mempunyai keutamaannya sendiri.

Iblis dan syaitan mendokong segala kerja keji dan yang berupaya menambah kerosakan yang berlaku di kalangan umat. Tetapi jika wujud dua puak yang bertelagah dan amalan ke dua-duanya boleh mendatangkan kerosakan kepada agama dan umat seluruhnya, maka iblis dan syaitan akan mendokong puak yang paling berpotensi dan mampu mendatangkan kerosakan paling besar di dalam agama dan di kalangan umat.

Dalam hal ini, Anwar Ibrahim dilihat lebih mendapat sokongan padu dari segala jenis iblis dan syaitan. Itu sebabnya dia bebas dan boleh masuk masjid, surau, gereja, kuil, biara dan segala tempat ibadat umat manusia.

Kamarulzaman Kamdiashttp://www.blogger.com/profile/16884679574847388057noreply@blogger.com6tag:blogger.com,1999:blog-7309039898290916969.post-50485822538261181812014-02-24T08:57:00.002+08:002014-02-24T08:57:25.090+08:00APA PUN NAJIB AKAN TETAP BERSALAH DAN MEMANG LAYAK DIPERSALAHKAN!!Anwar Ibrahim serang Syed Mokhtar Al Bukhary di depan kaum India di sebuah kuil di Kajang. Tidak sentuh pun kekayaan Ananda Krisnan, Robert Kuok atau pun Vincent Tan yang jauh lebih kaya mengatasi Syed Al Bukhary.

Joseph Kurup pula cadangkan supaya indentiti bangsa dihapuskan dari Kad Pengenalan.

Lain pula halnya yang ditimbulkan oleh Kassim Ahmad. Beliau mempertikaikan umat Islam yang mendewa-dewakan Nabi Muhammad, kekasih Allah swt yang "jika tidak kerana Muhammad ini, nescaya alam dan seluruh isinya tidak akan diwujudkan oleh Allah swt".

Itu yang dikalamkan oleh Allah swt kepada Nabi Adam as. Malah Nabi Adam hanya diampunkan kesalahan setelah lebih 40 tahun bermunajat kepada Allah apabila baginda berdoa kepada Allah dengan bertawassul menyebut berkat nama Muhammad. Nabi Adam terbayang sudah pasti nama Muhammad itu sangat mulia kerana baginda melihat nama tersebut diletakkan sebaris dengan nama Allah di Luh Mahfuz.

Jika Kassim Ahmad tahu kisah ini sudah pasti beliau tidak tergamak mempertikaikan kemuliaan Muhammad saw, melainkan Kassim Ahmad tidak beriman dengan perkara-perkara ghaib.

Ke tiga-tiga isu yang ditimbulkan oleh ke tiga-tiga personaliti ini adalah bayangan kepada betapa kedudukan melayu/bumiputera dan kesucian Islam di negara ini semakin hari semakin tercabar dan terancam.

Anwar, penganut Islam dan berbangsa melayu campuran India. Kassim Ahmad, Islam dan melayu, manakala walaupun Joseph Kurup bukan penganut Islam, tetapi beliau adalah bumiputera.

Kassim Ahmad, kita tidak jelas apa agenda beliau apabila mempertikaikan Nabi Muhammad saw. Joseph Kurup juga tidak jelas, apakah beliau berniat untuk menghapuskan secara halus makna dan identiti bangsa melayu dan Islam menurut sepertimana yang telah termaktub di dalam perlembagaan persekutuan.

Cuma agenda Anwar Ibrahim saja yang ternampak jelas berbanding dengan halusnya agenda Joseph Kurup dan Kassim Ahmad. Di sini nampak Anwar sedikit bodoh berbanding dengan Kassim dan Joseph.

Agenda Anwar pula terlalu mudah dikesan kerana gerakan yang sering digunakannya terlalu "low class", setaraf dengan beberapa personaliti di kampong yang bersifat tamak haloba dan jahat hati yang selalu membawa onak masyarakat dengan cara mencerca, melaga, membuat fitnah dan berdusta demi tujuan untuk mencapai agenda diri. Dalam drama-drama TV, karakter macam Anwar ini sering diwujudkan oleh pengarah bagi tujuan menghidupkan jalan cerita.

Itulah methodologi Anwar dalam menguruskan survival politiknya selama ini. Jadi, untuk menguruskan ragam Anwar ini sebenarnya sangat mudah. Semudah Tun Mahathir memecat dia. Cuma Pak Lah dan Najib saja yang tak tau cara. Konon nak bagi steroid yang boleh membunuh, akhirnya steroid yang diguna menyebabkan Anwar dilihat semakin kuat.

Ke tiga-tiga personaliti ini dan yang sealiran dengannya boleh mengancam kedudukan dan keharmonian masyarakat jika terus-terusan dibiarkan oleh pemimpin dan pemerintah yang lemah dan tidak berdaya. Kamarulzaman Kamdiashttp://www.blogger.com/profile/16884679574847388057noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-7309039898290916969.post-40747319049056277352014-02-19T09:02:00.000+08:002014-02-19T09:02:12.291+08:00UMNO/BN HAMPIR PASTI TUMBANG PRU14!!BN, UMNO dan pimpinannya tidak akan dihormati oleh sesiapa lagi di kalangan rakyat, jika;

1. Pemimpin mereka terus "membungkam" dan tidak lagi mengerti apa maksud BN ditubuhkan (dijenama semula dari Perikatan, 1974).

2. Dan kenapa UMNO itu wujud, diwujudkan dan diterima oleh hampir seluruh umat melayu dan di dalam masa yang sama pemimpin UMNO ini diterima dan diiktiraf pula oleh lain-lain kaum sebagai pemimpin yang boleh dipercayai oleh kaum mereka.

Kehilangan kepercayaan umat melayu terhadap pimpinan UMNO dan hilangnya sifat "hormat dan akur" di dalam jiwa kaum cina dan India terhadap UMNO dan kepimpinannya, adalah musibah terbesar terhadap kehidupan bernegara dan keharmonian hidup rakyat.

Anwar Ibrahim yang sama, begitu mudah diuruskan oleh kepimpinan Tun Razak dengan hanya menyumbat kaki berontak ini ke Kemunting.

Anwar Ibrahim yang sama ini juga yang akhirnya akur dengan kekuatan serta pengaruh UMNO dan BN di kalangan rakyat dengan mencari jalan menganggotai UMNO dan akhirnya berjaya sampai ke tangga ke2 kepimpinan negara. Struktur parti yang kuat dan disokong oleh majoriti rakya, bukan individu pemimpin parti yang kuat.

Anwar hanya kuat di dalam sebuah parti yang kuat. Bukan Anwar saja, sesiapa saja ketika itu yang menjadi pemimpin UMNO akan menjadi kuat secara otomatik. Hakikatnya parti dan organisasi itulah yang kuat.

Anwar Ibrahim yang sama juga yang telah dipecat dari UMNO dan kepimpinan negara. Anwar ini jugalah yang berjaya dikekang kekuatannya oleh UMNO dan kepimpinannya setelah beliau terkeluar dari UMNO dan memimpin parti pembangkang.

Kepimpinan UMNO dan BN yang dipimpin oleh Tun Mahathir terus berjaya mempertahankan sebuah kerajaan yang kuat dengan bekalan kuasa 2/3, walaupun menempuh cabaran getir yang digerakkan oleh Anwar yang sama ini.

Tetapi, Anwar Ibrahim yang sama inilah juga yang akhirnya berjaya memecahkan kekuatan 2/3 UMNO dan BN, hingga negara ini mewarisi kerajaan yang lemah di zaman Pak Lah dan Najib.

Di sini jelas boleh difahami bahawa masalah kelemahan kerajaan yang memerintah hari ini bukan disebabkan oleh kekuatan Anwar ibrahim itu bertambah. Kelemahan kuasa dan lengaruh BN dan UMNO di kalangan rakyat adalah disebabkan oleh pemimpin dan kepimpinan UMNO/BN yang lemah.

Kekuatan dan pengaruh tertinggi dan terhebat Anwar Ibrahim adalah pada ketika dia dipecat dari parti dan kerajaan pada tahun 1998. Kekuatan pengaruh bercampur dengan sentimen simpati begitu tinggi terhadap beliau. Ketika itu Anwar paling kuat dan berpengaruh. Pengaruh beliau pada 2008 dan 2013 jauh lebih berkurangan dari kekuatan yang beliau miliki pada tahun 1999.

Persoalannya, kenapa pengaruh beliau ketika beliau dalam keadaan begitu kuat dapat dikekang dan kenapa ketika pengaruh beliau dalam keadaan sudah merosot pada 2008 dan 2013 pula pihak pembangkang berjaya memecahkan kekuatan kuasa UMNO/BN, hingga banyak negeri yang tumbang?

Semua ini jelas membuktikan bahawa masalah pokoknya bukan Anwar atau pembangkang sudah bertambah kuat dan disokong oleh rakyat.

MASALAH SEBENARNYA ialah pemimpin dan kepimpinan tunjang BN, iaitu UMNO sudah terlalu lemah untuk mempertahankan kuasa mereka.

1. Komponen BN dan pemimpin kaum-kaum utama yang lain sudah hilang rasa "hormat dan akur" terhadap kepimpinan UMNO.

2. Ramai kalangan umat melayu sudah hilang percaya kepada kepimpinan UMNO yang ada.

3. Kaum-kaum lain pula melihat merosotnya sokongan orang melayu terhadap UMNO sebagai suatu peluang keemasan bagi mereka untuk mewujudkan kuasa tawar-menawar di dalam keadaan politik dan kepimpinan melayu yang semakin lemah.

4. Akhirnya wujudlah situasi tidak menentu yang kita rasai dan hadapi pada hari ini.

Rumah tiang 14 komponen Barisan Nasional ini tidak akan diyakini lagi untuk didiami jika tiang utama kepimpinan BN ini sudah lemah dan boleh dimakan anai-anai. Tiang seri ini sepatutnya tidak lut dimakan anai-anai.

Hari ini tiang utama ini begitu lemah dan longlai. Mudah alah dengan tekanan samada tekanan dari rakan komponen, mahupun tekanan dari luar.

Tiang ini dulu bukan saja kuat, malah ia lebih kuat lagi apabila dibalut pula dengan ISA yang kalis anai-anai dan makhluk perosak.

Hari ini, tiang ini tidak lagi kuat seperti batang ponak, sebaliknya hanya setaraf dengan batang "loban" yang lampung di dalam. Siqpa yang nak percaya buta dan hanya bertaklid dengan keyakinan bahawa UMNOlah satu-satunya parti yang boleh menyelamatkan maruah agama, bangsa dan tanah air?

Ganti semula kepimpinan UMNO ini dengan kekuatan "ponak"!

Selagi kepimpinan UMNO ini dibarisi oleh pemimpin bertaraf "loban" yang lampung di dalam, anai-anai Anwar Ibrahim yang sama yang gagal memamah kekuatan pemimpin ponak suatu ketika dulu akan begitu mudah memamah pemimpin loban yang akhirnya akan menyebabkan UMNO dan BN rebah menyembah bumi pada PRU14 akan datang.Kamarulzaman Kamdiashttp://www.blogger.com/profile/16884679574847388057noreply@blogger.com10tag:blogger.com,1999:blog-7309039898290916969.post-42055696972350934302014-02-18T09:30:00.002+08:002014-02-18T09:32:03.750+08:00ANWAR BERJAYA PERKOTAK-KATIKKAN BN DAN PARA PEMIMPIN UMNO!!Anwar Ibrahim nampaknya sedang membawa rakyat pelbagai agama di negara ini ke tangga terakhir sebelum bertempur di medan pertembungan yang bakal menghancurkan nikmat kehidupan yang berbentuk keharmonian kaum, agama dan budaya hormat-menghormati identiti, maruah serta budaya masing-masing kaum di negara ini.

Dalam situasi sebegini selalunya sudah berlaku intervensi undang-undang dari pihak berkuasa bagi mengekang ancaman dan bahang permusuhan kaum dan agama yang berpotensi untuk berlaku.

Tapi masalahnya, kerajaan BN seolah-olah sudah kaku dan tidak lagi punya daya dan kekuatan untuk menghentikan semua risiko ancaman yang hanya menunggu tempoh matang untuk berlaku.

BN seolah-olah sudah berserah kepada nasib sahaja. "Kalau tak berlaku kehancuran, alhamdulillah. Kalau berlaku apa boleh buat. Itu sudah kehendak tuhan. Semua ini kerana Anwar Brahim. Kalau setan ini taada, amanlah negara ini". Itu sahajalah nampaknya kudrat yang masih ada kepada para pemimpin BN.

Percayalah. Anwar Ibrahim hanyalah ikon yang dicipta oleh Allah swt sebagai ujian untuk umat Islam di negara ini. Di sisi Allah, Anwar atau sesiapa sahaja tidak mampu memberi bekas. Tidak mampu memberi benafaat mahupun mudarat walaupun secalit.

Setiap zaman sememangnya Allah swt wujudkan manusia yang sewaktu dengan Anwar Ibrahim. TujuanNya hanya untuk menguji umat Islam atau hamba2Nya. Manusia seperti ini hanyalahah "suatu jisim atau bahan ujikaji" Allah buat umat Islam berfikir, menilai dan menjaga keimanan mereka.

Pemimpin atau puak yang sewaktu dengan Anwar Ibrahim ini dulu dikenali sebagai pembawa berita dusta dan fitnah. Ada juga yang menamakannya dengan golongan munafik. Ada juga yang dilabel dengan nama pemecah belah umat. Di akhir zaman ia lebih popular dengan nama pengikut Dajjal Al masih. Setiap zaman, wilayah atau benua akan wujud manusi sebegini.

Di zaman nabi saw, wujud Abdullah bin ubai dan 82 orang munafik lagi yang sewaktu dengannya.

Di zaman Umar, Othman dan Ali juga wujud manusia yang sewaktu dengannya sehingga ke tiga-tiga mereka mati dibunuh.

Di zaman Muawiyyah, Abbasiyah dan Othmaniah juga wujud puak yang menjadi ikon pemecah belah masyarakat.

Di zaman Kesultanan Melaka juga tetap dihantar oleh Allah swt manusia yang sewaktu dengan Anwar Ibrahim.

Ada kalanya pihak pemerintah berjaya membendung puak sewaktu dengan Anwar ini. Adakalanya gagal dan musnah seperti kerajaan Melayu Melaka dan kerajaan Othmaniah Turki. Ia terletak kepada pihak pemerintah itu sendiri. Kalau pemerintah lemah, maka berjayalah puak ini dan hancurlah masyarakat. Jika pihak pemerintah tegas dan diberi petunjuk, maka berjayalah mereka membendungnya, dan selamatlah masyarakat yang dipimpin.

Jika pihak pemerintah benar-benar yakin bahawa mereka di pihak yang benar, tiada apa yang harus ditakutkan untuk melaksanakan intervensi perundangan yang sudah sampai ketikanya "wajib dikuatkuasakan" bagi mengekang bahaya lebih besar yang bakal berlaku hasil dari "kerja fasiq" yang sedang dilakukan oleh Anwar Ibrahim.

Menurut firasat bangang saya, pihak pemerintah yang ditunjangi Barisan Nasional hari ini akan gagal membendung "kerja fasiq" Anwar ini dari berkembang. Negara ini hanya menunggu ketikanya sahaja untuk menerima musibah hasil dari kelemahan dan kegagalan pimpinan BN membendung isu ancaman ini dengan langkah yang sewajarnya.

Alamatnya, kita tunggu sahaja kehancuran yang bakal berlakuKamarulzaman Kamdiashttp://www.blogger.com/profile/16884679574847388057noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7309039898290916969.post-16992484883799454012014-02-17T15:28:00.002+08:002014-02-17T15:28:48.737+08:00KERAJAAN GAGAL SELESAIKAN MASALAH KEDIAMAN GOLONGAN MUDA DI NEGARA INI.Di mana silapnya dasar perumahan negara hingga harga rumah melambung tinggi?

Saya mengaku tidak tahu sangat pasal pasaran hartanah dan perumahan. Tetapi tidaklah hingga kita tidak tahu langsung mengira dan mencongak trend pasaran harta.

Harga hartanah di sekitar lembah Kelang dan greater Lembah Kelang tidak mampu lagi untuk dimiliki oleh golongan muda dan graduan yang baru 5 atau 6 tahun bekerja, melainkan mereka mendapat "rezeki terpijak" seperti mendapat projek besar atau terkena loteri, 4D, 5D atau 6D. Ringkasnya MKT, bukan Majlis Kerja Tertinggi UMNO, tapi Magnum, Kuda dan Toto.

Kakitangan kerajaan gred 48/52/54 layak membuat pinjaman perumahan hingga RM450k. Untuk mencapai gred ini sekurang-kurangnya seseorang graduan terpaksa melalui 10 tahun perkhidmatan. Jangkaan umur ketika itu sekurang-kurangnya 35 tahun.

Gred di bawah dari garis ini kalau tak silap hanya layak meminjam RM250k.

Harga pasaran hartanah bagi harga rumah teres 2 tingkat (intermediate), 20 x 70 di Bangi, Seremban 2 dan Nilai serta kawasan yang sewaktu dengannya sudah mencecah lebih RM400K. Rumah end lot dan corner lot sudah menjangkau antara RM600k ke RM1 juta. Semi-D pula jangan harap nak dapat di bawah RM 1 juta.

Dari angka-angka dan nilai ini, jika dibandingkan dengan pendapatan gabungan suami-isteri yang baru 5 tahun bekerja, atau salah seorang dari mereka bekerja di sektor awam, mereka hanya paling tinggi mampu memiliki rumah teres intermediate 20 x 70, jika mereka mahu membeli di kawasan yang sewaktu tadi. Itulah kelayakan yang mereka terima berdasarkan gred jawatan yang dipegang.

Pilihan lain, kakitangan awam ini meminjam dari bank dengan menggabungkan pendapatan mereka suami-isteri.

Dasar dan inisiaif rumah 1MDB, perumahan SPNB, diskaun pembeli muda RM30k, rumah transit dan pelbagai lagi inisiatif yang ditawarkan kerajaan menjadi "obsolete" sekelip mata sebaik sahaja ianya diumumkan akibat dari kenaikan harga rumah yang terlalu pantas.

1. Mungkin kerajaan perlu memintas kenaikan harga melambung dan pantas ini dengan meminda dan mengubah dasar atau inisiatif setiap 3 bukan sekali bagi menyesuaikan inisiatif tersebut dengan kenaikan harga secara bebas yang seolah-olah tidak dapat dikawal langsung.

2. Mungkin gaji kakitangan awam dan swasta juga perlu dinaikkan setiap 3 bulan sekali bagi menyerap kenaikan harga hartanah disebabkan selera tanpa kawalan para pemaju dan spekulator yang menaikkan harga sesuka hati.

3. Pilihan lain, golongan ini kenalah membeli rumah 150km lebih jaraknya dari dari tempat kerja seperti di Kuala Pilah, Kuala Lipis, Maran, Sabak Bernam, Slim River dan yang sewaktu dengannya, jika mereka bekerja di Lembah Kelang atau Greater Lembah Kelang.

4. Pilihan lain lagi, mereka bolehlah menyewa sahaja rumah berhampiran tempat kerja seumur hidup mereka, dan jika mahu juga memiliki rumah bolehlah membuat rumah di tanah pusaka ibubapa mereka di kampung.

5. Pilihan terakhir yang ada kepada pembeli generasi muda ialah mempersiapkan rumah kediaman yang kekal abadi di akhirat.

Kerajaan tidak merawat di mana punca sebenar kepada masalah kenaikan melambung pasaran hartanah.

Kerajaan lebih cenderung untuk memahami masalah pemaju dan para spekulator daripada cenderung untuk memahami masalah rakyat dan pembeli genuine.

Kerajaan terus akur dengan alasan pemaju "kenaikan bahan mentah dan kos pembinaan" telah menyebabkan harga rumah terpaksa dinaikkan. Kawalan harga siling sesuatu kawasan perumahan atau sesuatu jenis rumah yang dimajukan tidak ada langsung.

Kerajaanlah sebenarnya yang menjadi penyumbang terbesar kepada kenaikan sesuka hati harga rumah ini kerana membuka ruang terlalu besar kepada pembeli dan pemilikan asing pasaran hartanah negara demi tergila-gilakan "angka" dana pelaburan langsung dari luar.

Pemaju hanya mengambil peluang dan kesempatan untuk mengaut untung berlipat ganda dari kantung pembeli asing hasil dari dasar pemilikan asing yang longgar oleh pihak kerajaan ini.

Akhirnya rakyat tempatan dan pembeli muda yang kurang kemampuan menerima tempias kenaikan harga terlampau ini. Pelabur asing, berapa harga yang ditawarkan pun, wang bukan masalah bagi mereka.Kamarulzaman Kamdiashttp://www.blogger.com/profile/16884679574847388057noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7309039898290916969.post-61486693206496705142014-02-14T11:31:00.003+08:002014-02-14T11:31:28.412+08:00MELAYU SUDAH TERKENA SAWAN BABI, BERBUIH MULUT AKIBAT TERLALU MARAH TERESA KOK!!Blog ini sudah beransur bertukar positioning dari condong kepada parti pemerintah kepada condong tidak kepada mana-mana parti, apatah lagi untuk cenderung kepada parti pembangkang.

Pendirian ini terbentuk dengan sendiri apabila naluri perjuangan dan prinsip serta persepsi yang wujud di dalam diri penulis masih belum menemui sesuatu yang seiring dengan mana-mana parti yang wujud hari ini.

Walaupun penulis selama ini sudah lama menyerahkan diri kepada perjuangan politik menerusi wadah UMNO, tetapi pada realitinya ia hanyalah ibarat memaksa diri menggemari, memakan dan membeli lemang akhir zaman di tepi jalan.

Rupabentuk lemang sama macam lemang yang dibuat oleh ibu dan nenek saya dulu-dulu. Buluh masih sama. Beras bulut yang digunakan juga masih sama seperti dulu. Lemang yang dibuat masih menggunakan daun pisang dan santan.

Tetapi... Rasa lemangnya macam "hampeh".

Sebabnya;

1. Dulu pakai santan kelapa nak kata tua tak tua sangat, muda pun tak muda sangat. Hari ini beli santan di pasar bercampur-campur.

2. Dulu santannya cukup dan ikut sukatan. Lemang tepi jalan sekarang kalau boleh nak kurangkan santan, kurangkan lagi. Hasilnya nak kata makan lemang pun bukan, makan pulut santan pun bukan.

3. Lemang tepi jalan sekarang jarang yang jual rendang sekali. Kalau ada pun rendangnya rasa hampeh juga. Terlalu susah nak cari rendang ori macam yang macam kita nikmati selama ini hasil buatan ibu dan nenek.

Itulah gambaran idealogi dan perjuangan dalam UMNO hari ini. Pemimpin dalam UMNO muncul dan lahir bersepah-sepah, macam penjual lemang yang tumbuh membiak di tepi-tepi jalan. Tapi kualiti kepimpinannya hampeh.

Mereka hanya mahu mencari keuntungan sepertimana penjual lemang di tepi-tepi jalan. Mereka mencari keuntungan dengan mengunakan wadah, kulit ataupun tiket UMNO, sepertimana penjual lemang menawarkan lemang kepada pelanggan dengan cara mengekalkan rupabentuk luaran yang masih menggunakan buluh, daun pisang dan sedikit unggun api sebagai syarat untuk menampakkan bahawa yang dijualnya itu adalah lemang ori.

Bukan sedikit melayu yang kecewa kerana apa yang dirasa dan dilihat serta diperjuangkan di dalam UMNO sudah sama sekali berbeza dengan apa yang kita pernah dengar datuk nenek kita dulu berjuang di dalam UMNO. Yang kita dengar dan difahamkan oleh kisah-kisah perjuangan UMNO dulu-dulu lain, tapi apabila kita aktif berjuang di dalam UMNO lain. Tak sama macam yang kita fahami UMNO yang sebenar seperti yang dikisahkan.

Atas perasaan dan naluri inilah saya tidak menjumpai persamaan perjuangan UMNO yang dijayakan oleh datuk nenek terdahulu dengan UMNO hari ini yang disambung oleh anak-anak dato nenek pejuang UMNO dulu-dulu.

Perjuangan UMNO yang dibawa oleh pemimpin hari ini sudah tersasar dari naluri dan perasaan "original" sebahagian besar orang-orang melayu yang menerima dan mendokong perjuangan UMNO "original" dulu-dulu.

Apabila perjuangan UMNO itu original, maka naluri orang melayu yang original juga secara otomatik akan terikat dan terpikat dengan UMNO. Tapi apabila perjuangan UMNO itu tidak lagi original, maka secara otomatik naluri-naluri orang melayu yang original ini akan menolak UMNO.

Inilah sebab kenapa realiti yang berlaku di depan mata hari ini, sebegitu ramai orang melayu yang tercari-cari wadah perjuangan alternatif. Ada yang terus memilih untuk bersama parti pembangkang. Ada yang memilih untuk mewujudkan NGO-NGO sendiri.

Akhirnya, inilah yang kita sebagai orang melayu hadapi hari ini. Menyisihkan diri dari UMNO dan mencipta kelompok sendiri dengan keyakinan bahawa merekalah yang paling benar dan UMNO sudah tak boleh diharapkan lagi. Apabila keadaan ini terjadi, maka segala keburukan dan kerja-kerja keji, walaupun tidak dilakukan oleh pemimpin UMNO, semuanya akan dipakejkan keseluruhannya, "ini adalah kerja UMNO dan para pemimpinnya yang bobrok".

Hanya naluri melayu yang "sudah bertukar jatidiri melayu" yang tidak lagi wujud kecintaannya kepada agama, bangsa dan tanah air, (iaitu intipati perjuangan UMNO yang original) yang akan terus bersama UMNO yang sudah tidak original lagi. Walau bagaimana pun, masih ramai lagi melayu original yang bergiat dan menumpukan perjuangannya bersama UMNO. Mereka jujur dan ikhlas. Itu tidak dinafikan.

Tetapi, bukan inilah yang kita sebagai melayu kehendaki ianya terjadi. Apabila melayu mengambil pendirian dan halatuju masing-masing melalui pelbagai platform, maka melayu secara otomatik akan hilang kekuatan secara keseluruhannya.

Inilah yang sedang dihadapi oleh melayu hari ini. Kekuatan yang sudah dibahagi-bahagi kepada beberapa kelompok. Akhirnya, muncullah manusia-manusia seperti Teresa Kok dan yang seangkatan dengannya yang menghina dan mencabar maruah melayu.

Tapi, apa melayu dan para pemimpinnya boleh buat? Taada apa-apa pun. Paling hebat pun hanya mampu membuihkan mulut dengan cakap berbuih-buih.Kamarulzaman Kamdiashttp://www.blogger.com/profile/16884679574847388057noreply@blogger.com7tag:blogger.com,1999:blog-7309039898290916969.post-9341424428800540902014-02-11T22:37:00.002+08:002014-02-11T22:37:20.752+08:00RAJA-RAJA, ULAMAK DAN PARA PEMIMPIN PALING BERSALAH!!Sejauh mana atau hingga tahap mana kesanggupan para pemimpin Islam untuk turut sama berkompromi dalam hal-ehwal agama demi mempertahankan kebatilan politik yang didokong?

Hingga kini pemimpin parti pemerintah masih belum menampakkan ketegasan dalam isu kalimah Allah.

Pemimpin Islam pembangkang pula hingga kini bukan saja membiarkan kesucian agama menjadi bahan kejian sesetengah pemimpin DAP, malah akan turut sama menyokong dan menjadi benteng mempertahankan para pemimpin bukan Islam yang mengeji agama dan bangsa melayu.

Lihat saja unit amal PAS. Lihat saja bagaimana pemimpin Islam pembangkang yang lain. Apabila timbul saja 2 keadaan, iaitu samada mempertahankan kesucian agama atau mempertahankan assobiyah politik, maka pasti mereka akan lebih cenderung untuk mempertahankan assobiyah politik.

Inilah keadaan rata-rata pemimpin melayu atau pemimpin Islam yang ada di Malaysia. Samada mereka dari UMNO, PAS mahupun PKR, semuanya akan lebih mendahulukan keputusan politik melebihi kepentingan dan kesucian agama Islam, apabila muncul satu-satu isu agama yang menghendaki mereka membuat pilihan dan keputusan.

Inilah sebab utama kenapa isu kalimah Allah tidak kunjung-kunjung terlerai. Inilah sebabnya pemimpin DAP mahupun pemimpin gereja semakin yakin dan berani untuk memperjuangkan sesuatu yang jelas mengancam kesucian agama Islam dan keharmonian antara kaum serta agama di negara ini.

Kepada siapakah lagi umat melayu dan Islam di negara ini boleh mengharapkan pergantungan dan harapan untuk jaminan masa depan agama dan bangsa mereka dalam situasi di mana para pemimpinnya sudah muflis jati diri, muflis keikhlasan perjuangan dan muflis kejujuran di dalam menjalankan amanah agama dan bangsa yang terbeban di bahu mereka?

Maha Suci Allah..., Allah swt tidak cacat sedikit pun dengan hinaan yang berlaku terhadap kesucian agama dan umat Islam yang sedang berlaku di negara ini.

Allah sudah pun memperingatkan bahawa apabila hati umat Islam beransur luput dari cahaya agama yang suci, maka Allah akan timbulkan rasa takut di dalam hati mereka terhadap musuh-musuh agama, dan Allah akan menjadikan setiap musuh dan apa saja yang ada di muka bumi ini sebagai alat yang bakal mengancam dan menyusahkan umat Islam.

Itu janji Allah.

Jadi kita sudah boleh meramalkan masa depan umat Islam dan melayu di negara ini akan semakin suram dan terancam kerana apa yang sedang berlaku ini benar-benar sudah bertepatan dengan saat dan ketikanya janji Allah itu pasti berlaku.

Kepada seluruh raja-raja melayu dan seluruh pemimpin Islam samada yang sedang berkuasa di negeri-negeri mahupun persekutuan, samada pemimpin UMNO, PAS mahu pun PKR, adalah diperingatkan bahawa anda dan kami seluruh umat Islam di negara ini umpama sedang menanti saat dan ketikanya hukuman di tali gantung benar-benar dijalankan.

Apabila sampai saat dan ketikanya Allah menghendaki hukumanNYA berlangsung, itu bukan bermakna Allah itu zalim dan Allah itu jauh dari bersifat dengan sifat zalim. Allah itu maha pengasih serta maha penyayang, lagi maha adil.

Anda yang sedang berkuasa dan kami yang di bawah inilah yang menzalimi diri sendiri kerana membiarkan keadaan yang berlaku sehingga sampai ke satu tahap janji Allah itu berlaku dengan sendirinya di atas kehendak serta izinNYA.

Janji Allah itu tidak lewat mahupun tidak cepat walau sesaat. Kamarulzaman Kamdiashttp://www.blogger.com/profile/16884679574847388057noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-7309039898290916969.post-25956564825019385922014-02-09T23:07:00.001+08:002014-02-09T23:07:22.735+08:00APAKAH NEGARA INI AKAN MENCIPTA SEJARAH KHAS?Umat islam di negara ini semakin hari semakin tersepit. Bukanlah umat kristian yang menyebabkan umat islam tersepit, sebaliknya sikap dan amal perbuatan pemimpin dan umat islam sendiri yang telah menyebabkan mereka tersepit.

Isu kalimah Allah hanyalah "password" yang telah di "log in" yang telah menyebabkan jalur lebar permusuhan antara kristian dan islam menjadi kelihatan semakin terbuka.

Amal perbuatan pemimpin-pemimpin Islam telah menyebabkan umat Islam di negara ini semakin terkeliru. Jika umat Islam sendiri sudah terkeliru gara-gara sikap dan amal perbuatan para pemimpin Islam dalam menangani isu kalimah Allah, umat kristian apatah lagi. Sudah pasti keliru berkali ganda.

Selalunya, setiap dan apa saja masalah dan konflik yang berlaku akan "surut dan serap" dengan wujudnya intervensi peraturan dan undang-undang yang wujud di sesebuah negara.

Isu kalimah Allah di Malaysia terus berlarutan seolah-olah sudah tidak wujud undang-undang sebagai jalan terakhir kepada penyelesaian yang menyeluruh.

Rakyat dan pemimpin pelbagai pihak bebas mengeluarkan kenyataan dan melakukan tindakan yang boleh menyumbang kepada kenaikan suhu permusuhan antara agama.

Polisi kebebasan mengamalkan agama dan menyentuh sensitiviti antara agama seolah-olah sudah ditentukan oleh market forces sepertimana amalan ekonomi kapitalis.

Kebangkitan apakah sebenarnya yang sedang berlaku di Malaysia kini?

Apakah kebangkitan rakyat menentang kerajaan dan parti pemerintah?

Atau, apakah kebangkitan melayu Islam melalui NGO-NGO sedang berlaku di negara ini?

Atau, apakah kebangkitan umat kristian yang sedang dan akan berlaku sebenarnya?

Atau apakah kebangkitan suatu situasi permusuhan antara agama yang belum pernah berlaku akan terjadi di negara ini? Atau apakah ulangan permusuhan antara kaum sebenarnya yang sedang berkembang pantas?

Di mana dan apakah langkah intervensi pihak pemerintah dalam menangani isu yang berkemungkinan menjemput semua mala petaka ini untuk berlaku?

Mana dia undang-undang gantian yang dikatakan menjadi alternatif kepada ISA yang telah dimansuhkan? Alternatif bermaksud penggantian atau pilihan kepada sesuatu yang setara. Mana dia undang-undang yang dikatakan setara dengan undang-undang ISA?

Setegas-tegas dan sekuat-kuat kepimpinan Tun Razak, Tun Ismail, Tun Hussein dan Tun Mahathir pun, mereka tetap berpendirian bahawa negara ini wajib ada undang-undang ISA.

Tapi, anakanda Tun Razak dan Tun Hussein yang lemah dan lembik serta jauh panggang dari api dari sifat ayahanda mereka pula begitu berani membuang senjata kebal yang selama ini digunakan oleh ayahanda mereka yang tegas dan keras terhadap isu-isu yang menyentuh sensitiviti kaum dan agama.

Anakanda Tun Razak dan Tun Hussein ini patut berasa malu dan merasa bersalah serta berdosa untuk terus duduk di tampuk kekuasaan negara peninggalan ayahanda mereka ini.

Jika tidak mampu membina dan memimpin negara sepertimana kehebatan ayahanda mereka, janganlah biarkan diri dari menjadi sebutan sejarah yang telah menyumbang dan menyebabkan negara yang dibina oleh ayahanda mereka hancur di tangan anakanda mereka.Kamarulzaman Kamdiashttp://www.blogger.com/profile/16884679574847388057noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-7309039898290916969.post-81352420574880030282014-01-30T00:06:00.000+08:002014-01-30T00:06:08.080+08:00BN DAN PR SAMA-SAMA MENGAKU SEHAT...Rakyat semakin hilang kepercayaan terhadap sistem pentadbiran yang ada hari ini. Bukan saja di negara ini, bahkan hilang kepercayaan ini sudah lebih awal berlaku di negara-negara Islam di asia barat.

Lihat saja Mesir. Hingga kini rakyat negara itu semakin hilang arah dan berpecah. Tiada satu parti pun yang benar-benar mendapat sokongan majoriti rakyat. Masing-masing menunjuk kekuatan masing-masing. Hakikatnya tiada diantara pihak yang bertelagah itu yang benar-benar mendapat sokongan majoriti.

Di sini boleh dinilai bahawa bukanlah sistem atau institusi pentadbiran itu yang menjadi masalah tetapi pihak yang mendukung sistem itu sebenarnya yang bermasalah kerana gagal memimpin dan mentadbir secara yang boleh menimbulkan keyakinan majoriti rakyat.

Trend inilah yang sebenarnya sedang menular di pemikiran rakyat negara ini. Pemimpin-pemimpin dan parti-parti politik yang ada hari ini hanyalah pemain yang berada di dalam sistem pilihan rakyat yang ada. Oleh kerana mereka, parti dan sistem pemerintahan demokrasi yang ada ini saja pilihan yang ada, maka mereka dan parti yang diwakili mereka sajalah yang terpaksa dipilih oleh rakyat untuk diberi mandat mentadbir negara ini.

Keadaan ini akan berlangsung dengan baik dan berkesan jika pemain dan pemimpin yang memimpin parti ini mampu mentadbir dan memimpin negara seperti yang diharapkan oleh rakyat.

Jika rakyat tidak berpuas hati dengan Parti yang mereka pilih, maka mereka boleh menukar dan memilih pula parti lain yang difikir dan diyakini mampu memimpin negara dan rakyat. Sistem ini masih berkesan di Amerika Syarikat, UK dan di negara-negara yang dikatakan matang amalan demokrasinya.

Di Indonesia hari ini demokrasinya dilihat lebih terbuka dan semakin stabil. Tetapi harus diingat, kestabilan demokrasi di Indonesia hanya terjadi sesudah berlakunya tempoh ketidakstabilan, pergolakan dan pemberontakan besar yang boleh dikatakan ganas dan bersifat anarki.

Malaysia juga pernah melalui tempoh tersebut sebelum negara ini kembali pulih, stabil dan progresif. Selepas berlakunya 13 Mei, barulah kestabilan dan hala tuju baru negara dapat dibentuk.

Hakikatnya, kunci kepada kestabilan tersebut bukanlah berpunca dari sistem yang dibentuk. Ia berpunca dari kepimpinan yang diyakini atau keyakinan baru yang berjaya dibentuk oleh pemimpin di dalam pemikiran majoriti rakyat. Rakyat "termakan" dengan pendekatan dan rumusan yang dilakukan oleh para pemimpin dalam memberi penyelesaian menyeluruh dari krisis dan kemelut yang berlaku.

Berdasarkan kelaziman atau norma-norma ini, kita tidak boleh menolak bahawa mungkin negara kita akan berhadapan dengan senario ketidakstabilan yang tidak dapat dielak ini suatu hari nanti. Bibit-bibit ke arah ini sudah semakin jelas.

Pihak ke 3, iaitu pihak yang sudah hilang keyakinan terhadap kepimpinan kedua-dua parti samada parti pemerintah mahupun parti pembangkang sudah semakin besar bilangannya. Tidak mustahil suatu tempoh yang tidak berapa lama lagi, kumpulan ke 3 ini akan membentuk majoriti secara teknikalnya.

Aspirasi kumpulan ke3 ini belum membentyk force yang kuat kerana tidak wujud lagi organisasi atau parti yang mengisi lopongan kosong yang memimpin atau menggerakkan force ke 3 ini. PERKASA sebagainya contohnya, tidak cukup kuat untuk mengisi lopongan ini kerana kepimpinan mereka juga jauh dari keupayaan untuk diyakini sebagai pilihan baru yang meyakinkan.

AMANAH yang dipimpin oleh Tengku Razaleigh pula seperti sudah tidak wujud lagi hari ini.

Jadi, apa lagi pilihan yang ada bagi pihak ke-3 yang sudah tidak percaya kepada ke dua-dua puak yang merebut kuasa setiap kali PRU berlangsung? Tidak ada.

Apabila keadaan ini berlaku, maka kekuatan pohak kerajaan dan pihak pembangkang sentiasa dilihat seimbang, seolah-olah ke dua-dua pihak ini sama-sama kuat dan sama-sama mendapat sokongan besar rakyat. Hakikatnya, ke dua-dua pihak ini sama-sama lemah.

Hasilnya, situasi politik sentiasa berada di dalam suhu panas. Setiap keadaan yang berlaku terlalu mudah terdedah kepada manipulasi. Setiap isu yang berlaku adalah peluang bagi satu pihak dan menjadi ancaman di pihak yang satu lagi. Begitulah sebaliknya. Setiap isu pasti akan dijadikan bahan politik untuk dimanipulasi oleh ke dua-dua pihak yang mahu merebut pengaruh dan kuasa.

Apakah kesudahan terhadap semua senario ini?

Setakat ini belum dapat dipastikan. Hanya satu yang sudah pasti, iaitu beras semakin kehabisan kerana ke dua-pihak hanya "menghabiskan boreh'. Mereka tak tahu bagaimana untuk menguruskan negara dan negeri yang ditadbir. Mereka sudah tak pandai untuk menyenangkan hati rakyat.

Masing-masing pihak sedang sakit, tapi kedua-duanya takut berubat. Masing-masing hanya melakukan pendekatan politik mencela penyakit yang dihidapi oleh lawan mereka dan mengaku diri masing-masing sehat dan kuat.

Walhal, bagi yang sudah tahu hal-ehwal hingga ke bilik tidur mereka, tahulah kita betapa sakitnya mereka. Kain selimut, tilam dan bantal mereka hapak berbau minyak angin dan senggugut.

Depan rakyat semua tunjuk sehat dan mengaku merekalah yang paling terbaik dan sehat untuk diberi mandat memerintah.Kamarulzaman Kamdiashttp://www.blogger.com/profile/16884679574847388057noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-7309039898290916969.post-33303530766266045132014-01-23T13:37:00.001+08:002014-01-23T13:37:23.141+08:00BAYANGAN ANARKI SEMAKIN BERSINAR...Antara manifestasi kegagalan BN berpegang kepada Manifesto Aku Janji PRU13.

PM dan isteri diboo, kritikan rasional terhadap pemimpin bertukar kepada sendaloka dan mainan, penganut kristian semakin lantang bersuara menuntut hak adalah antara tanda-tanda besar atau manifestasi yang "terpancar" dari rasa hilang hormat rakyat terhadap pemimpin dan kerajaan yang memerintah.

Di dalam masa yang sama situasi dan persepsi rakyat yang sebegini juga wujud terhadap kepimpinan barisan pembangkang.

Kredibiliti, kekeramatan dan perasaan hormat serta pengharapan rakyat terhadap kedua-dua belah pihak, baik terhadap pemimpin kerajaan mahupun pemimpin pihak pembangkang, semakin luput.

Manifestasi dari situasi ini amat merbahaya dan boleh mengancam kedudukan sesebuah negara.

Banyak negara telah dan sedang hilang kedaulatannya dan terjerumus ke lembah anarki dan kemusnahan disebabkan rakyat tidak lagi dapat mempercayai dan mengharapkan kepada mana-mana pihak untuk memimpin mereka dan negara.

Trend dan kecenderungan yang mirip kepada senario ini sudah menjengah ambang pintu negara Malaysia yang berdaulat.

Jika diamat-amati dengan pandangan mata hati yang benar, realiti yang sedang dan telah berlaku di banyak negara hari ini berkemungkinan besar akan berlaku juga di negara ini.

Jika Idris Jala pernah meramalkan negara bakal bankrap pada 2019 jika kerajaan terus mengamalkan sistem subsidi, maka tidak salah rasanya kalau saya meramalkan bahwa pentadbiran negara ini akan hilang kawalan dalam mengurus hal-ehwal negara dalam tempoh tidak sampai 2 tahun dari sekarang, jika dasar, corak pentadbiran dan kepimpinan yang sedang digayakan oleh DS Najib hari ini terus berlangsung bak "business as usual".

Rakyat mungkin boleh menunggu hingga PRU14 akan datang untuk bertindak menukar kerajaan, jika majoriti mereka melihat pimpinan alternatif yang ada, "meyakinkan dan boleh dipercayai".

Tetapi, hari ini majoriti rakyat juga tidak dapat meletakkan kepercayaan terhadap barisan kepimpinan pihak pembangkang. Jika BN dirasa oleh rakyat telalu masin, barisan pembangkang pula dirasakan terlalu tawar hingga langsung tidak bergaram.

Segala kegagalan yang sedang dihadapi oleh BN hari ini seperti mengurus keamanan dan keharmonian antara agama, kenaikan kos hidup yang sedang menghimpit golongan berpendapatan rendah hingga golongan sederhana dan isu-isu keselamatan lain, akan terus berlangsung dan mungkin lebih dahsyat lagi jika negara ini ditadbir oleh barisan pembangkang yang ada hari ini.

Dilema rakyat hari ini ialah, jika rakyat terus mengekalkan kepimpinan yang ada hari ini, rakyat harus menerima apa saja kesan yang bakal terjadi akibat dari kegagalan kerajaan hari ini mengurus negara dan menyelesakan serta menyelesaikan masalah rakyat.

Sebaliknya pula, jika rakyat bertindak menukar kerajaan yang ada kepada barisan kepimpinan pembangkang yang ada hari ini pada PRU14 akan datang, maka rakyat bakal memperjudikan nasib dan masa depan mereka dan negara keseluruhannya. Untung sabut timbul. Untung batu tenggelam.

Mengulangi formula transisi dari Pak Lah kepada Najib, tidak mungkin lagi boleh menjadi pilihan. Realitinya, UMNO kini sedang menghadapi bahaya "muflis kepimpinan yang boleh diyakini". Tiada lagi kalangan pemimpin kanan UMNO yang dilihat boleh menjadi galang ganti atau pemikat yang mampu menarik keyakinan majoriti rakyat terhadap UMNO.

Jika kita lihat pula kepada muka-muka barisan pemimpin pembangkang, juga tiada bezanya dengan UMNO dan BN.

Pendek kata ke dua-dua pihak sudah sedang menghadapi krisis dan "bahaya muflis pemimpin dan kepimpinan" yang boleh diharapkan oleh majoriti rakyat untuk mengeluarkan negara ini dari krisis dan kemelut yang sedang dan bakal dihadapi.

Rupabentuk penyelesaian terhadap krisis kenaikan kos hidup yang mendadak dan polemik kalimah Allah hingga kini belum dilihat lagi formula penyelesaiannya. 2 isu ini bakal mengundang musibah buat negara dan rakyat jika tiada formula yang berunsur "pertimbangan tegas" dan berkesan dari pemimpin kerajaan sebagai jalan keluar dari kemelut yang berlaku.

2 isu ini saja sudah memadai untuk membuatkan negara ini berhadapan dengan anarki.

Ke dua-dua pilihan parti yang ada sudah terbukti tidak mampu menyelesaikan 2 isu besar ini kerana mereka juga adalah faktor penyumbang yang membawa kepada berlarutannya isu ini.

Ke dua-dua pihak lebih cenderung menggunakan isu ini untuk tujuan politik daripada menyelesaikannya demi negara dan keharmonian rakyat.

Mungkin jalan penyelesaiannya hanya akan berlaku sesudah berlaku anarki dan pertarungan yang melibatkan nyawa dan kelumpuhan sistem pentadbiran seperti yang sering berlaku di banyak negara.

Jika pemimpin tidak tahu melakukan inisiatif, kita tunggu saja alternatif dan inisiatif hukuman dari Allah..Kamarulzaman Kamdiashttp://www.blogger.com/profile/16884679574847388057noreply@blogger.com3tag:blogger.com,1999:blog-7309039898290916969.post-12285172854017981732014-01-21T10:44:00.002+08:002014-01-21T10:49:01.539+08:00MOHAMAD HASAN LEBIH BIJAK DARI DS NAJIB!! Bacalah fakta ini...Tiada siapa yang boleh menafikan harga barangan keperluan sudah meningkat. Peningkatan harga pula boleh dikatakan berlaku terhadap semua item barangan. Tahap peningkatan harga ini pula boleh dikatakan mendadak.

Dalam senario ini, semua tindakan dan setiap kenyataan khususnya dari pemimpin kerajaan menjadi sangat sensitif di sisi pengguna.

Hakikatnya tiada apa kenyataan pun dari pimpinan kerajaan yang boleh merawat dan mengendurkan ketidakpuasan hati pengguna dalam isu kenaikan kos hidup setiap isi rumah di negara ini.

Rawatan dari kerajaan dengan preskripsi painkiller BRIM dengan dos RM650 tidak mendatangkan apa-apa kesan. Kesakitan kos hidup yang dihidapi oleh pengguna terus membisa dan "menonoi". Penyakit yang "menonoi" ini semakin "bontan" bila pemimpin kerajaan memberi rawatan dalam bentuk jawaban dan penjelasan "ala sesi-kaunseling".

Yang diperlukan oleh pesakit adalah rawatan perubatan yang boleh sekurang-kurangnya, jika tidak sembuh, mengurangkan rasa kesakitan penyakit kos hidup meningkat yang sedang dihadapi oleh rakyat. Bukan sesi ala khidmat nasihat dan kaunseling rawatan pesakit psikiatri seperti yang sedang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin kerajaan hari ini.

Meyakinkan seseorang untuk menerima realiti kenaikan harga barangan yang memeritkan perlu kepada fakta dan logik serta contoh yang lebih "convincing". Contoh kangkung hanya layak digunapakai oleh seorang ibu di rumah untuk memujuk anak yang tidak mahu memakan apa yang dimasak oleh ibu seadanya.

"makanlah nak.. goreng kangkung yang mak masak ni.. Kita susah sekarang. Ayah kau tak mampu nak beli makanan lain. Semua mahal-mahal nak... Harga kangkung saja yang turun sekarang ni. Nanti ayah ada duit mak suruh ayah beli KFC ya"

Isunya bukan isu kangkung, tapi, sesi nasihat seperti ini sepatutnya bukan keluar dari mulut seorang Perdana Menteri. Jika rakyat memperlekehkan dan menjadikan bahan mainan kenyataan seorang yang bertaraf Perdana Menteri, janganlah disalahkan pihak yang mempermainkan kenyataan Perdana Menteri. Perdana Menterilah sepatutnya yang rasa bersalah dan malu kerana tersilap mengambil contoh, fakta dan logik yang bertaraf kangkung.

Selepas berlaku kesilapan dari Perdana Menteri muncul pula seorang Menteri Besar yang kononnya telah berjaya memberi jawaban terhadap semua persoalan dan isu yang menghantui para pengguna.

"Perdana Menteri patutnya memberi fakta yang cukup meyakinkan seperti Montori Bosa kito"

Jika masalah rakyat hanya disebabkan berlakunya kenaikan harga gula semata-mata dan tidak langsung berkait dengan lain-lain kos hiliran, memang fakta Montori Bosa Nogori Sembilan itulah yang terbaik dan paling logik.

Tiada siapa pun yang "mentekedaghah" gula macam makan nasi dua kali sehari atau dalam keberatan kandungan 1/2 kg sekali makan wahai YAB Mohamad Hasan oii!! Gula bukan makan ruji manusia. Gula adalah makanan ruji sang semut Tok Mat oii!! Kalau berdasarkan fakta kenaikan gula semata-mata memanglah kos isi rumah hanya meningkat 20 sen sebulan. Ini fakta nak "mangangan" penjawat awam.

Kang tau pulak komplen "apo marah bona Kamarulzaman Kamdias tu kek den". Bukan marah Tok Mat. Cuma kesian melihat gaya dan lagak pemimpin yang beraja di mata bertuhan di hati, tapi pada hakikatnya tak "menugheh'... "Cakap dan kojo buek" YAB macam air dengan minyak..

Kamarulzaman Kamdiashttp://www.blogger.com/profile/16884679574847388057noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-7309039898290916969.post-40205091923415216952014-01-17T10:03:00.002+08:002014-01-17T10:03:25.551+08:00LUBANG TANDAS JPM TERSUMBAT!!Apakah tanda-tanda yang menunjukkan pemikiran dan cara hidup seseorang pemimpin itu terpisah atau "detached" dari pemikiran dan cara hidup majoriti rakyat?

Sebagaimana lain-lain peristiwa, setiap yang berlaku atau yang akan berlaku mesti ada tanda-tanda awal mahupun tanda akhir. Tsunami yang berlaku ada tanda, nak kiamat pun ada tanda. Nak mati pun ada tanda.

Tanda-tanda jelas yang menunjukkan cara pemikiran atau apa yang difikirkan oleh PM Najib semakin terpisah dari pemikiran majoriti, antaranya ialah;

1. Tiada siapa kalangan rakyat yang tidak mempertikaikan peranan dan "kerjabuat" isterinya, tapi dengan selamba PM telah memuji dan menyebut-nyebut jasa besar isterinya kepada negara.

2. Tiada siapa kalangan rakyat yang mengiktiraf dan memberi tabik hormat terhadap barisan jemaah PEMANDU dan para penasihat PM kerana hingga kini tiada apa-apa outcome yang memberi kesan baik atau kesan berganda secara langsung terhadap keselesaan kehidupan rakyat melainkan kita menyaksikan kenaikan kos hidup yang semakin mendesak. Tetapi, PM Najib tetap terus percaya dan yakin "sorang-sorang" dengan kemampuan barisan jemaah PEMANDU dan para penasihatnya.

3. Hampir seluruh rakyat mengeluh dan mempertikaikan kenaikan kos hidup "yang prima dan ruji" seperti utiliti, barangan dapur, kos perjalanan harian "yang pasti" dibelanjakan setiap hari. Tapi PM Najib mempertikaikan pihak yang tidak memuji penurunan harga barangan sekunder dan "immaterial" yang berlaku pada sesetengah produk seperti kangkung.

Perbandingan "supply and demand" haruslah dilakukan terhadap barangan prima yang material sifatnya, dan bukan barangan keperluan "sesekali" yang "immaterial".

Jika rakyat mengeluh dengan kenaikan kadar tol, kerajaan jangan bercakap soal kos membeli "kad touch n go" sudah turun.

Jika rakyat mengeluh tentang kenaikan harga petrol, kerajaan jangan cakap akan kawal harga "minyak hitam". Kalau harga beras putih naik, janganlah pujuk rakyat dengan cara menurunkan harga beras pulut. Kalau mangsa banjir mengeluh kerana mengalami kerugian nilai harta dan kediaman yang banyak, kenapa pula bagi bantuan TV Plasma.

Kerap kali kerajaan salah address setiap permasalahan yang dihadapi oleh rakyat.

Kalau rakyat komplen "kos untuk melahirkan anak" semakin meningkat, janganlah umum penyelesaian kerajaan akan memberi jaminan bahawa harga puting susu tidak akan naik dan kerajaan akan mengenakan tindakan terhadap peniaga yang menaikkan harga puting susu sewenang-wenangnya.

Jurang expectation antara pemimpin dan rakyat sudah semakin melebar.

Kalau isunya "kentut busuk", penyelesaiannya bukan dengan cara menahan diri dari terkentut. Masalah-masalah yang membawa kepada busuknya kentut itu yang harus diselesaikan.

Kalau rakyat bising disebabkan pemimpin berkentut busuk, pemimpin pula hanya berusaha menahan diri dari terkentut sewaktu majlis berlangsung agar rakyat tidak terbau. Akhirnya rakyat akan dapt juga merasai kesannya apabila sukar mencari jamban yang bersih disebabkan berak pemimpin yang berselerak merata-rata.Kamarulzaman Kamdiashttp://www.blogger.com/profile/16884679574847388057noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-7309039898290916969.post-67245647307790636522013-09-13T09:02:00.004+08:002013-09-13T09:02:25.103+08:00RENUNGAN KHAS UNTUK PRESIDEN UMNO DAN SAF KEPIMPINAN...!!Ahli Dewan Undangan Negeri Juasseh, YB Dato Mohammad Razi Kail telah dipilih semula secara sebulat suara sebagai Ketua Cawangan KG Sg Jelutong.

Apabila ditanya kepada Ketua UMNO Bahagian Kuala Pilah, YB Dato Hj.Ismail Lasim berkenaan dengan persidangan UMNO Cawangan Sg Jelutong, beliau menjawab melalui SMS yang berbunyi;

"Salam, Saya benar-benar tidak tau yg sg jelutong telah mengadakan mesyuaratnya. Cuba tanya kepada pemantau. Tks"

Kemudiannya, SU Bahagian memberi respon kepada saya melalui sms yang berbunyi;

"Salam, sahabat mungkin dah dapat salinan surat jawapan dr UMNO Msia berhubong protes persidangan cwg sg jelutong yg lalu. Di mana cwg sungai jelutong di arahkan mengadakan persidangan semula sebelum 15 september 2013. Lapuran dr sahabat akan d ambil perhatian & tindakan segera. Tks."

1. YB Mohammad Razi Kail telah bertindak diluar jangkaan dengan mengadakan "mesyuarat kilat" dengan hanya memaklumkan kepada penyokongnya untuk hadir mesyuarat pada 12 Sept 2013(semalam).

2. Ramai ahli terutama yang bermastautin di kampong tertanya-tanya kerana mereka tidak dimaklumkan tentang persidangan tersebut samada melalui notis mesyuarat, sms atau pun mulut.

3. Ahli yang tinggal di luar pula, hanya mereka yang menyokong atau mungkin boleh menyokong YB Razi sahaja yang dijemput.

4. Yang jelas, Ketua Bahagian sendiri tidak tahu-menahu wujudnya persidangan cawangan sg jelutong. Bermakna tiada notis persidangan dikeluarkan untuk memaklumkan kepada pihak bahagian mahupun kepada ahli tentang persidangan tersebut.

5. Saksi-saksi yang ada di dewan mesyuarat memaklumkan kehadiran tidak sampai pun 40 orang, apatah lagi unyuk mencapai syarat korum 56 orang. Tetapi catatan kehadiran menunjukkan kehadiran seramai 58 orang. Saksi juga memaklumkan sekurang-kurangnya 3 orang ahli hantu hadir di dalam dewan dan dikira sebagai korum, termasuk Zarina binti Kail, iaitu adik kepada YB Razi sendiri.

6. Wakil bahagian yang dikatakan hadir, bernama cikgu Sharom dan Zaid, manakala wakil pemantau pula orang yang dipanggil gelar tok batin Baha.

7. Persidangan dilangsungkan sepantas kilat, dan tidak sampai 40 minit keseluruhan masa termasuk ucapan ketua cawangan. Pukul 3 petang kesampaian YB Razi ke balairaya Sg Jelutong. Jam 4.10 minit, saksi telah melihat konvoi YB Razi dan para penyokongnya sampai ke pejabat Dun di Taman Putra Batu Kikir.

Demikianlah "al kisah" sebahagian dari senario yang berlaku hasil dari kepimpinan dan kerja-tangan seorang yang bertaraf Ahli Yang Berhormat di zaman UMNO dikatakan sedang menjalankan proses transformasi politik bagi menarik kembali minat dan sokongan kalangan generasi muda melayu yang semakin jauh dari UMNO.

1. Seorang pemimpin bertaraf YB dan bendahari UMNO bahagian yang diharapkan menyumbang kepada perpaduan ahli dan masyarakat kampong telah bertindak menjadi penyumbang terbesar kepada perpecahan yang semakin melebar.

2. Seorang pemimpin bertaraf YB yang juga pemimpin bahagian yang seharusnya menjadi pelopor kepada pengukuhan sokongan terhadap UMNO, sebaliknya telah melakukan suatu perbuatan yang boleh melemahkan UMNO dan boleh menyebabkan UMNO akan terus dibenci oleh ahli dan juga masyarakat.

3. UMNO yang sangat berjasa dan begitu besar peranannya untuk bangsa melayu, tetapi berpotensi besar untuk dijauhi dan dibenci oleh orang-orang melayu hanya disebabkan tindakan dan perlakuan kotor dan jijik seorang yang telah diberi amanah oleh pucuk pimpinan untuk berkhidmat membantu rakyat, ahli parti dan seterusnya memastikan UMNO terus disokong dan diperkuatkan demi masa depan agama, bangsa dan tanah air.

4. Seorang ahli Yang berhormat yang begitu takut kepada bayang sendiri dan begitu fobia kehilangan jawatan yang hanya bertaraf "Ketua Cawangan", tetapi demi mengekalkan jawatan, ahli Yang Berhormat ini sanggup meleraikan perpaduan, menggadai keharmonian dan menghilangkan perasaan "aman" di setiap jiwa penduduk kampong.

5. Hari ini, hasil dari tindakan primitif seorang ahli Yang Berhormat, semua nikmat ini segalanya sudah lenyap dari kehidupan masyarakat di Kg Sg Jelutong.

Kamarulzaman Kamdiashttp://www.blogger.com/profile/16884679574847388057noreply@blogger.com4tag:blogger.com,1999:blog-7309039898290916969.post-10291264872880243782013-09-11T09:07:00.006+08:002013-09-11T09:07:50.654+08:00GEMPAR!! SISTEM MAKLUMAT IBUPEJABAT UMNO DIGODAM...TIADA SIAPA YANG LAYAK DIPERCAYAI LAGI!!Apa sebenarnya yang sedang berlaku di Bahagian Sistem Maklumat(IT) ibupejabat UMNO di PWTC?

Bagaimana bahagian keahlian dan unit IT ini boleh membuang dan memasukkan sesiapa saja yang dikehendaki sesuka hati dari atau ke dalam senarai keahlian UMNO?

Ramai ahli dari cawangan yang datang ke pejabat UMNO tingkat 20 PWTC kerana nama mereka tiba-tiba hilang dari senarai ahli cawangan setelah bertahun-tahun menjadi ahli UMNO dan hadir persidangan UMNO cawangan.

Banyak juga cawangan yang bertambah keahlian mereka secara tiba-tiba.

Saya berani mendedahkan perkara ini kerana cawangan saya sendiri telah menjadi mangsa permainan peringkat unit IT ini.

Harus diingat, Menurut peraturan parti, sebarang pemecatan atau pengguguran seseorang ahli dari menganggotai parti mestilah berdasarkan fakta dan bukti-bukti yang menyokong kepada pemecatan atau kehilangan hak mereka sebagai ahli parti.

Sebarang cadangan pemecatan/pengguguran hasil dari siasatan oleh Jawatankuasa siasatan/pihak pengurusan atau lembaga disiplin parti harus dikemukakan kepada MKT dan akhirnya MKTlah yang berkuasa penuh untuk membuat keputusan untuk memecat atau menggugurkan keahlian seseorang anggota parti.

Terbaru, seramai 100 ahli cawangan Kg Gadong, Labu keluar berdemo kerana nama mereka hilang dati senarai ahli cawangan tersebut. Mereka penduduk dan ahli asal cawangan tersebut. Sebaliknya wujud 50 nama ahli baru yang tidak kenali

Sebelum ini saya belum mahu membuat tuduhan kepada sesiapa yang berkedudukan lebih tinggi seperti Setiausaha Agung ataupun Setiausaha Kerja UMNO. Saya hanya baru di peringkat menaruh syak wujudnya permainan menghilangkan dan menambah nama ini berlaku di peringkat seksyen Data Maklumat Keahlian UMNO yang diketuai oleh En.Azwan Aziz.

Saya ada menghantar email kepada Azwan Aziz dan kepada Setiausaha Agung, Tengku Adnan Tengku Mansor. Malah saya telah berjumpa sendiri dengan DS Tengku Adnan pada 29 Ogos, jam 2.30 petang di pejabat kementerian beliau.

1. Bagaimana boleh berlaku dalam tahun yang sama, iaitu 2013 dan cawangan yang sama, ibupejabat parti boleh mengeluarkan 3 senarai keahlian yang berbeza?

1.1. Senarai keahlian pertama yang dihantar oleh ibupejabat ke UMNO bahagian pada 4 Julai 2013 berjumlah 248 orang.

1.2. Senarai keahlian yang ada dalam simpanan Ketua Cawangan pula berjumlah 221.

1.3. Manakala senarai keahlian yang ada di tangan pemantau pula berjumlah 219.

1.4. Jika 27 nama yang digugurkan dari senarai ini disebabkan mereka melanggar disiplin dan peraturan parti, apakah kesalahannya? Perlu jelas apa kesalahan mereka. MKT seharusnya menyiasat terlebih dahulu dan membuat keputusan jika wujud aduan, bantahan dan lapuran berkaitan dengan nama-nama berkaitan. Bukan ikut suka bahagian data maklumat untuk membuang atau memasukkan keahlian parti berdasarkan "know who".

1.5. Keputusan mesyuarat lembaga disiplin dibuat kemudian, iaitu setelah nama-nama tersebut dibuang! Itu pun setelah kedua-dua belah pihak menghantar bantahan dan lapuran.

1.6. Kenapa bahagian data maklumat membuat keputusan tanpa mengikut saluran dan peraturan parti? Bagaimana unit ini boleh bocor dan hilang kekebalannya?

1.7. Banyak lagi "lapuran ahli belot" dalam PRU13 pun masih belum diputuskan oleh MKT sehingga kini. Tetapi kenapa 27 nama ini boleh dibuang begitu saja dalam tempoh tidak sampai 24 jam? Hari Isnin, 19 Ogos 2013 nama mereka masih wujud, tetapi pada persidangan cawangan, keesokan harinya, nama mereka sudah dibuang berdasarkan senarai keahlian yag dipegang oleh Ketua Cawangan?

1.8. Sebaliknya, cawangan kg Jerjak Padang Lebar, Kuala Pilah yang telah membuat lapuran dan cadangan kepada pihak pengurusan parti menggugurkan nama-nama yang secara jelas telah berkempen menyokong calon PKR pada PRU lalu tidak pernah mendapat apa-apa jawaban dari pihak ibupejabat. Akhirnya, Ketua Cawangan yang ada telah menjadi mangsa, tewas di pemilihan parti peringkat cawangan baru-baru ini kerana pendokong parti lawan yang masih menjadi ahli UMNO yang sah ini telah membawa calon pilihan mereka.

1.9. Hari ini, cawangan Kg Jerjak ini boleh dijadikan contoh klasik bagaimana pendokong parti lawan telah berjaya menguasai UMNO di peringkat dalaman melalui pertandingan secara proksi!! Pasti banyak lagi cawangan di seluruh negara yang menerima nasib yang sama seperti cawangan Jerjak.

1.10. Beginikah cara ibupejabat UMNO melayan ahli UMNO dan orang-orang melayu yang ikhlas dan jujur mahu menganggotai UMNO?

1.11. Hari ini, bukan sahaja UMNO bahagaian dan cawangan, malah, Ibupejabat UMNO juga turut bertanggungjawab dan menyumbang secara langsung hingga menyebabkan ramai orang melayu termasuk bijak pandai dan golongan terpelajar menjauhkan diri mereka dari UMNO dan lebih cenderung menganggotai parti lawan.

1.12. Ironinya, lebih menghairankan, 27 nama ini sudah pun diterima dan diluluskan keahlian mereka pada 25 September 2009! Kenapa sehari sebelum persidangan UMNO cawangan 2013, nama mereka dihilangkan dari senarai?

Ketiga-tiga senarai keahlian 2013 yang berbeza ini datangnya dari ibupejabat UMNO Malaysia yang tertera tandatangan dan cop Setiausaha Agung UMNO.

Saya dimaklumkan secara lisan, bahawa mesyuarat MKT pada 30 Ogos telah memutuskan untuk membuang 27 nama ini dari senarai, sedangkan senarai tersebut telah pun dikeluarkan secara tergesa-gesa oleh seksyen Data Maklumat pada 19 Ogos, iaitu sehari sebelum persidangan cawangan Kg Sg Jelutong.

Kepada siapa lagi ahli UMNO marhaen mahu meletakkan kepercayaan dan pergantungan jika pengkalan data ibupejabat UMNO sendiri pun sudah tidak boleh dipercayai dan boleh digodam sesuka hati oleh mereka yang berkepentingan untuk terus berkuasa di cawangan?

Apakah wujud sindiket atau rangkaian yang membuat kerja gila ini di bahagian Data Maklumat sendiri, tanpa pengetahuan Setiausaha Agung, Setiausaha kerja mahu pun Majlis Kerja Tertinggi parti? Atau apakah Setiausaha Agung dan Setiausaha Kerja UMNO sendiri sedar atau terlibat sama membantu pihak-pihak terbabit menjalankan kerja kotor mereka?

Jika benar wujud sindiket "buang nama", apakah tujuan mereka berbuat begini? Ataupun, apakah kakitangan seksyen ini sudah boleh "dibawa berunding sulit" dengan cara ini?

Apakah wujud elemen sogok atau "wang bawah meja" yang telah menyerap di peringkat Seksyen keahlian dan IT ibupejabat parti?

En Azwan Aziz juga ada membalas email saya dengan menyatakan bersedia untuk ditemui atau beliau sendiri sedia datang berjumpa dengan saya untuk berbincang secara baik. Saya akan dedahkan kanungan email tersebut bila sampai masanya.

Saya sudah menyerahkan bantahan rasmi berserta dengan bukti-bukti serta hujah berkaitan dengan penangguhan persidangan cawangan dan diskrepansi yang berlaku pada persidangan cawangan yang berakhir dengan penangguhan kepada YB DS Setiausaha Agung di ibupejabat parti.

Ramai melayu termasuk golongan terpelajar akan bertambah benci dan akan menjauhi UMNO, kerana mereka sendiri berpengalaman secara langsung menjadi mangsa kepada permainan kotor pihak dalaman parti dan pemimpin cawangan.

Saya mendedahkan di dalam blog saya masalah dalaman UMNO ini setelah pelbagai saluran parti yang saya gunakan menemui jalan buntu.

Saya juga bertindak mendedahkan perkara ini di atas kesedaran dan maklumat yang saya perolehi bahawa kes yang terjadi di Kg Sg Jelutong bukanlah kes terpencil. Banyak lagi cawangan UMNO yang mengalami masalah serupa di seluruh negara.

Selaku ahli UMNO yang bertanggungjawab, saya tidak boleh mendiamkan perkara ini hingga menjadi barah yang bakal meruntuhkan UMNO secara anai-anai.

Kepada sesiapa ahli atau mana-mana cawangan yang mengalami masalah ini boleh menghantar email atau komen terus ke blog ini. Blog ini sedia membantu demi melayu danmasa depan UMNO.

Jangan biarkan UMNO dijadikan bahan tongganggan makhluk-makhluk perosak UMNO hingga menyebabkan otang melayu benci kepada UMNO.

Apakah trend "hilang dan tambah nama" ini berlaku secara kebetulan atau ianya berlaku disebabkan format sistem pemilihan parti di peringkat pusat yang sudah berubah, di mana wakil cawangan ke persidangan UMNO bahagian berkuasa menentukan siapa menang dalam pemilihan peringkat MKT?

Jika ia berhubungkait dengan pemilihan peringkat MKT, maka tidak menghairankan kenapa DS Tengku Adnan hanya membutakan mata dan memekakkan telinga dengan membiarkan keadaan ini berlaku.

Maka tidak hairan kepada kita kenapa Sekyen Data Maklumat keahlian di ibupejabat sudah menjadi umpama bursa saham yang menentukan turun naik harga saham, menggantung perniagaan sesetengah kaunter dan mencela atau menyahsenarai PLC-PLC tertentu.

Mereka yang mendapat keuntungan besar adalah mereka-mereka yang mempunyai kuasa beli yang tinggi dan para insider trading.

Ibupejabat UMNO seperti sudah di "cornered" atau menjadi "designated counter" yang telah dimonopoli oleh pihak tertentu!!

Kamarulzaman Kamdiashttp://www.blogger.com/profile/16884679574847388057noreply@blogger.com8tag:blogger.com,1999:blog-7309039898290916969.post-41129495848223497102013-09-02T23:11:00.000+08:002013-09-02T23:11:20.794+08:00HARGA MINYAK DUNIA NAIK ATAU SUBSIDI DIKURANGKAN?

Petanda ekonomi negara bakal panik...?Kamarulzaman Kamdiashttp://www.blogger.com/profile/16884679574847388057noreply@blogger.com5tag:blogger.com,1999:blog-7309039898290916969.post-52641650239818722712013-08-21T09:39:00.003+08:002013-08-21T10:04:35.851+08:00SIDANG CAWANGAN YB DUN JUASSEH DITANGGUH KERANA PENIPUAN!!!Persidangan Agung Mesyuarat UMNO Cawangan Kg Sg Jelutong, dalam Bahagian Kuala Pilah yang telah dijalankan semalam, 20hb Ogos 2013, telah ditangguhkan di atas keputusan yang dibuat oleh wakil bahagian.

Saya menerbitkan posting ini kerana apa yang berlaku di dalam persidangan cawangan ini boleh dijadikan contoh paling klasik, bagaimana rupabentuk perangai dan mentaliti pemimpin yang sedang memegang kuasa di dalam parti hari ini memimpin dan mengurus parti.

1. Demi untuk mempertahankan kuasa, Ketua Cawangan sanggup melakukan apa saja.

2. Ketua Cawangan merangkap Adun Juasseh telah menyalahgunakan kuasa beliau sebagai wakil rakyat untuk mengarahkan orang-orangnya memberi ugutan kepada ahli-ahli, terutama warga emas, ibu tunggal dan surirumah sepenuh masa, jika kelompok sasaran ini memberi sokongan kepada saya selaku calon yang bakal mencabar beliau sebagai Ketua Cawangan.

3. YB Ketua Cawangan juga telah menyalahgunakan kuasa beliau selaku wakil rakyat untuk mengarahkan orang-orangnya untuk membuat pelbagai janji dan tawaran habuan jika kelompok sasaran ini menyokong YB Ketua Cawangan ini.

4. Antara ugutan, ancaman, tawaran dan habuan yang dijadikan bahan kempen bagi membolehkan YB Ketua Cawangan ini meraih sokongan ialah;

4a. Akan menarik balik bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat

kepada mana-mana warga emas dan ibu tunggal atau pun miskin

tegar yang tidak menyokong YB Ketua Cawangan.

4b. Mana-mana yang sedang menantikan kelulusan bantuan seperti

bantuan kebajikan, rumah PPRT ataupun mesra rakyat tidak

akan diluluskan permohonan mereka.

4c. Mana-mana ibu tunggal yang anak-anak mereka sedang

bersekolah dan keluarga miskin tidak akan dibantu oleh wakil

rakyat jika mereka memohon bantuan.

4c. Wakil kempen YB Ketua Cawangan juga telah memberi janji

untuk meluluskan peruntukan seperti jambatan menuju ke

rumahnya, meluluskan permohonan rumah PPRT dan mesra rakyat

Serta segala bantuan lain yang diperlukan jika kelompok sasaran

ini memnyokong YB Ketua Cawangan.

5. Dengan ugutan, ancaman dan tawaran ini, ramai kalangan warga emas, ibu tunggal dan surirumah ini berada di dalam ketakutan, bimbang akan masa depan keluarga mereka dan merasa kehidupan mereka dalam masyarakat akan terancam dan terpinggir.

6. Budaya kempen dan penyalahgunaan kuasa yang dilakukan oleh YB Ketua Cawangan dan orang-orangnya sangat busuk, kotor dan boleh menyebabkan seluruh masa depan institusi masyarakat di Kg Sg Jelutong rosak dan runtuh.

7. Sebenarnya masalah ini sudah menjangkau 10 tahun. Mesyuarat cawangan yang ditangguh atau gantung sementara ini hanyalah kesan atau implikasi dari segala masalah tertunggak yang telah berlaku di disebabkan cara kepimpinan YB Ketua Cawangan ini memimpin dan mentadbir cawangan.

8. Antara budaya dan cara pimpinan yang dijalankan oleh YB Ketua Cawangan hingga menyebabkan masalah cawangan dan institusi masyarakat menjadi tidak harmoni ialah;

8a. Menyekat dan menghalang sesiapa saja orang melayu dan warga kampong dari menjadi ahli UMNO yang mereka fikirkan tidak menyokong YB Ketua Cawangan.

8b. Mana-mana warga kampong yang telah bersara dan balik bermastautin di kampong yang mahu berpindah cawangan ke cawangan ini juga tidak dibenarkan berpindah cawangan jika pesara dan keluarga mereka ini dikenalpasti tidak bersama YB Ketua Cawangan.

9. Puteri UMNO cawangan sengaja dibatalkan pada 2005/2006 di atas alasan tidak cukup korum sedangkan borang keahlian Puteri baru yang diserahkan oleh Ketua Puteri untuk program menambah ahli tidak pernah diproses atau diluluskan oleh YB Ketua Cawangan.

10. Sebaliknya, beberapa kali mesyuarat pemuda di dapati tidak cukup korum dan sering membawa pemuda yang bukan ahli memasuki mesyuarat terus dibiarkan berfungsi.

11. Akhirnya setelah pelbagai usaha dan inisiatif dilakukan oleh sebahagian pemuda dan puteri yang dinafikan hak keahlian mereka di cawangan telah bertindak menyerah dan mendaftar keahlian mereka terus ke ibupejabat UMNO, apabila ibupejabat mengeluarkan perintah dan arahan "KETUA CAWANGAN ATAUPUN BAHAGIAN TIDAK DIBENARKAN MENYEKAT SESIAPA SAJA YANG BERNAMA MELAYU UNTUK MENJADI AHLI UMNO DI MANA-MANA CAWANGAM YANG MEREKA MAHU".

12. Antara peraturan baru yang dkeluarkan ialah;

12a. Jika Ketua Cawangan tidak menandatangani dalam tempoh sebulan, pemohon berhak menyerahkan permohonan mereka ke bahagian.

12b. Jika dalam tempih sebulan bahagian juga tidak mengambil apa-apa tindakan, maka pemohon boleh menghantar terus permohonan mereka ke ibupejabat parti di Kuala Lumpur.

12c. Malah, jika kita baca di laman web UMNO, pemohon boleh mendaftarkan terus keahlian mereka secara "Online".

13. Pokoknya, tiada sesiapa atau mana-mana Ketua Cawangan lagi yang boleh menyekat atau menahan sesiapa saja yang berminat untuk menganggotai cawangan pilihan mereka.

14. Hasil inisiatif pemohon yang dinafikan hak untuk menjadi ahli di Cawangan Kg Sg Jelutong, maka hampir 30 pemohon secara berkelompok yang menghantar terus permohonan mereka ke ibupejabat telah diluluskan permohanan mereka.

15. Saya bertanggungjawab menjadi saksi terhadap permohonan mereka. Saya juga yang memberi panduan kepada mereka bagaimana cara untuk menghantar terus permohonan ke ibupejabat parti. Sayalah orangnya yang memberi mereka jalan untuk pergi berjumpa siapa dan menyerahkan borang keahlian mereka di ibupejabat.

16. YB Ketua Cawangan tidak berpuas hati kerana tandatangan beliau dikatakan telah dipalsukan oleh mereka yang menghantar borang tersebut.

17. Inilah kesan dan akibat dari penipuan, penyalahgunaan kuasa ataupun sekatan yang selama ini telah dikenakan oleh YB Ketua Cawangan terhadap hak warga melayu kampong yang tidak pernah diberi peluang untuk menjadi ahli UMNO.

18. Apabila kita memulakan penipuan, penyelewengan ataupun menyalahgunakan kuasa, maka mereka yang menjadi mangsa kepada permainan ini akan membuat tindakan dan inisiatif untuk mengatasi permainan kotor YB Ketua Cawangan.

19. Akhirnya, itulah tindakan yang diambil oleh mangsa permainan kotor oleh pemohon yang masih muda dan mentah, tetapi sangat berminat untuk memganggotai perjuangan UMNO.

20. Berlakulah "penipuan balas" tandatangan palsu oleh mangsa yang selama ini telah ditipu hidup-hidup dan dinafikan hak untuk menjadi ahli oleh Yang Berhormat Ketua Cawangan, Dato Mohammad Razi Kail. Walhal, pada hakikatnya jika borang keahlian tersebut dihantar tanpa tandatangan Ketua Cawangan pun, ibupejabat tetap akan meluluskan permohonan tersebut kerana pekeliling ibupejabat telah membenarkan ahli menghantar terus permohonan ke ibupejabat jika Ketua cawangan menyekat permohonan mereka. Tetapi anak-anak muda yang masih mentah ini telah melakukan kesalahan etika disebabkan kesalahan etika dan penyelewengan yang disuburkan Yb Ketua cawangan yang begitu takutkan bayang-bayang sendiri demi untuk terus berkuasa dan menongkat langit.

21. Sekarang kita mahu bertanya,

21a. "Siapakah yang sedang menyumbang kepada kerosakkan dan

masalah bertimpa-timpa di dalam UMNO Cawangan Kg Sg

Jelutong sebenarnya?"

22b. Pemuda dan puteri yang dinafikan hak untuk bergiat bersama

UMNOkah?, atau Yang Berhormat Ketua Cawangan sendiri yang

menjadi penyumbang dan perosak kepada keharmonian warga

UMNO Cawangan Kg Sg Jelutong sebenarnya?

23. Inilah di antara sebab kenapa blog ini bernama Kepal Nasi Kepal Beras.

24. Ada mereka yang menjadi pemimpin tetapi ibarat mengepal beras. Diberi mandat menjadi pemimpin tetapi sebenarnya menjadi pemecah belah hingga masyarakat pecah berderai.

25. Jadilah pemimpin kepal nasi. Semakin dikepal semakin padat dan lekat perpaduannya.

Kamarulzaman Kamdiashttp://www.blogger.com/profile/16884679574847388057noreply@blogger.com16tag:blogger.com,1999:blog-7309039898290916969.post-91852372839831491122013-08-15T22:23:00.000+08:002013-08-15T22:23:50.840+08:00PROF KHOO KAY KIM SOKONG HAPUS VERNAKULAR TAPI KERAJAAN TAKUT!!BUKIT MERTAJAM: Sistem pendidikan negara perlu disusun semula termasuk melaksanakan sistem sekolah satu aliran bagi memastikan matlamat gagasan 1Malaysia tercapai, kata tokoh sejarah dan akademik Prof Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim.

Beliau berkata, sistem pendidikan yang mengamalkan sekolah pelbagai aliran ketika ini tidak membantu rakyat menyelami makna sebenar gagasan itu.

Katanya, sejak dari kecil lagi rakyat sudah diasingkan mengikut aliran dan bahasa ibunda masing-masing dan apabila dewasa, semangat kerjasama dan persefahaman sukar untuk dijalinkan.

"Kita tidak perlu kepada sekolah yang banyak aliran, bahasa ibunda setiap kaum boleh diselitkan sebagai sebahagian daripada kurikulum di bilik darjah," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program wacana "One Malaysia: Cabaran dan Harapan" sempena program semarak perpaduan dan patriotisme Institut Pendidikan Guru Malaysia peringkat kebangsaan di sini hari ini.

Namun begitu, beliau menjangkakan ada pihak yang akan membantah cadangan itu tetapi mereka yang berbuat demikian perlu menilai semula sejauh mana sistem pendidikan ketika ini boleh membantu mengukuhkan pembentukan sebuah negara bangsa. Mengimbau kembali sejarah terbentuknya sekolah pelbagai aliran di negara ini, Prof Khoo Kay Kim berkata, mengikut sejarah, British membenarkan penubuhan sekolah pelbagai bahasa di Tanah Melayu kerana kebanyakan pendatang ketika itu tidak mempunyai niat untuk menetap di negara ini.

"Jadi, British membenarkan mereka membuka sekolah menggunakan bahasa ibunda masing-masing supaya mereka dapat belajar mengenai negara sendiri. "Bagaimanapun, sistem ini tidak lagi perlu diteruskan sekarang kerana mereka sudah menjadi warga negara Malaysia dan perlu dididik supaya menerima negara ini dan masyarakat berbilang kaum yang ada di sini sebagai sebahagian daripada diri mereka," katanya lagi.

Khoo juga berkata, kebanyakan rakyat negara ini tidak tahu dan tidak memahami sejarah negara sehingga menyebabkan mereka berfikiran secara sempit.

Menurutnya, ada segelintir ahli politik yang lebih mengutamakan kepentingan diri dan agenda masing-masing berbanding matlamat utama negara bangsa.

"Ada ahli politik kita yang tidak mahu berintegrasi dan lebih suka kepada pemisahan, dan lihatlah bagaimana negara menjadi kucar-kacir kerana adanya ahli politik yang tidak mengutamakan negara bangsa tetapi lebih kepada agenda sendiri," katanya.

Komen Kepal Nasi;

Prof Emiretus Tan Sri Khoo Kay Kim berani berkata benar kerana beliau seorang non-partisan. Tiada agenda politik dan tidak terikat dengan kepentingan politik mana-mana pihak. Agenda beliau adalah agenda bagaimana negara bangsa seharusnya dibangunkan.

Sekolah vernakular dan sistem pendidikan pelbagai aliran yang diamalkan di negara ini adalah "umpama tanah jerlus" yang akan menggagalkan pembinaan atau pembangunan sistem pendidikan tunggal yang mampu mewujudkan perpaduan sebenar di antara rakyat berbilang kaum, seterusnya berupaya menghapuskan amalan rasis secara jangka panjang.

Aliran vernakular juga adalah umpama racun tikus yang dicampur di dalam makanan. Walau bagaimana lazat pun makanan yang dihidangkan, ia akan tetap membawa mudarat jika di dalam hidangan tersebut turut dicurahkan racun tikus.

Jika dianalogikan kepada suatu tubuh badan, aliran vernakular ini bakal mendatangkan pelbagai penyakit kronik yang boleh membawa maut dan pendek umur.

Selagi wujud aliran pendidikan vernakular selagi itulah rakyat Malaysia dari kalangan kaum cina dan India yang mengikuti aliran ini akan mempunyai jati diri dan persepsi yang berbeza dengan kaum melayu dan pribumi yang dididik melalui sistem pendidikan aliran kebangsaan. Mana mungkin tuangan yang berbeza boleh menghasilkan rupa bentuk yang sama.

Jika sudah tahu dan jelas punca yang menyebabkan penyakit perkauman yang tiada kesudahan dan kegagalan integrasi kaum adalah berpunca dari sistem pendidikan pelbagai aliran, kenapa kerajaan masih cuba menafikan dan tercari-cari punca lain serta tidak mahu mengakui hakikat ini?

Kerajaan masih juga memberi jaminan pendidikan aliran vernakular akan terus dibantu dan dimajukan sepertimana pendidikan perdana.

Kerajaan jangan buat kerja sia-sia. Punca penyakit adalah pada otak yang berpenyakit kiasu dan rasis. Bodohlah kerajaan cuba nafikan punca penyakit ini dan bersusah payah membuat rawatan palsu pada perut dan keronkong.Kamarulzaman Kamdiashttp://www.blogger.com/profile/16884679574847388057noreply@blogger.com7