Tuesday, March 25, 2014

TAKZIAH KEPADA MH370, MANGSA DAN DUNIA!!

"Top priority", iaitu untuk menemui pesawat sudah tercapai berdasarkan sidang akhbar Perdana Menteri jam 10 malam tadi.

Walaupun butiran lanjut hanya akan diketahui petang nanti, kita sudah diberitahu pesawat MH370 berakhir di pendalaman Lautan Hindi.

Jika benar seperti yang diumumkan, ini bermakna salah satu andaian yang boleh diterima pastinya penerbangan ini berakhir disebabkan kehabisan kerosin.

Andaian seterusnya ialah samada pesawat ini dipandu dengan sengaja oleh kapten hingga kehabisan minyak ataupu pesawat ini telah dipandu secara auto pilot. Jika dipandu secara auto pilot, apa sebenarnya yang terjadi kepada kedua-dua pilot yang berada di dalam kokpit? 

Jika diandaikan ke dua-duanya mati mengejut setelah pesawat diprogram secara auto pilot, apakah punca yang menyebabkan mereka mati mengejut? Adakah kebocoran gas atau kegagalan mekanikal yang mengeluarkan suatu bahan bahaya hingga menyebabkan mereka mati mengejut? 

Jika mereka diandaikan dibunuh oleh seseorang di dalam kokpit, siapa dan bagaimana pembunuh andaian ini boleh masuk ke dalam kokpit pintu kebal? Jika benar pula "pembunuh andaian" ini berjaya masuk ke kokpit, seterusnya membunuh kapten dan pembantunya, kenapa pesawat ini dirampas hanya untuk diterbangkan secara auto pilot hingga kehabisan minyak dan terhempas di pendalaman Lautan Hindi? Takkan itu saja tujuannya, melainkan pembunuh andaian ini gila.

Sepanjang lebih 6 jam pesawat ini terbang, tiada langsungkah inisiatif dari anak-anak kapal lain untuk memberi isyarat di luar sana? Atau andaian seterusnya semua penumpang dan anak kapal mati mengejut juga dan pesawat terbang secara auto hingga ke destinasi "ontah-mano".

Andaian lain yang boleh dibuat ialah ia sengaja dilakukan oleh ke dua-dua kapten dan pembantunya. Tapi, untuk apa? Adakah kedua-dua mereka seia-sekata dan sehidup semati dalam hal ini? Ia tak mungkin berlaku.

Setakat kenyataan yang dibuat oleh PM dalam sidang akhbar tergempar malam tadi, inilah saja andaian yang boleh dinyatakan. Andaian lain hanya boleh dibuat selepas butiran lanjut yang bakal didedahkan dalam sidang akhbar hari ini.

Apa yang pasti, penemuan objek ini jika benar ia adalah sebahagian komponen pesawat MH370, ia adalah merupakan permulaan kepada suatu perjalanan dan perungkaian kepada sesuatu yang sangat-sangat misteri dan sulit untuk dirumuskan.

Seandainya berjaya pun ditemukan suatu yang conclusive, ia pasti tidak akan berjaya meyakinkan semua pihak khususnya kepada waris mangsa.

Penemuan pesawat di lokasi yang tidak terjangkau logiknya oleh pemikiran manusia ini akan menyebabkan kes ini menjadi terlalu rumit dan bakal membuka kepada pelbagai teori, kemungkinan, rumusan dan andaian yang tidak mungkin mencapai kepada suatu yang conclusive.

Mungkin juga penemuan pesawat ini bakal menjadikan dunia ini benar-benar bulat. Siapa bakal duduk di bulatan di bawah, di tepi dan di atas belumlah dapat dipastikan.

Siapa yang terkurung di dalam dan siapa yang terkurung di luar, belum pasti. Siapa yang terhimpit di atas dan siapa yang terhimpit di bawah juga sama-samalah kita menanti, menilai dan merumuskannya.

Friday, March 21, 2014

RAKYAT JANGAN TERTIPU PEMIKIRAN AKIBAT MAINAN MEDIA LUAR!!

Pelbagai teori dari pelbagai agensi penyiasatan, satelit, pakar dan media luar negara telah dimuntahkan untuk tatapan kita, hingga akhirnya kita yang tidak pakar ini sudah tidak tahu lagi mana satu yang paling berasas dan mana satu yang tidak berasas.

Apakah ledakan teori dan andaian ini sengaja dilakukan melalui kerjasama licik di antara pelbagai agensi penyiasatan, pakar-pakar dan media mereka bagi tujuan agar kita hilang pedoman dan tidak mampu lagi berfikir secara waras?

Apakah tangan-tangan ghaib kuasa-kuasa besar ini sedang melakukan gerakan "mengalihkan tumpuan" dan seterusnya mengelirukan fokus penduduk dunia ini seluruhnya?

Ramai mempersoalkan kenapa kerajaan Australia membawa hingga ke parlimen negara itu sesuatu andaian yang belum pasti dan disahkan bahawa objek yang dikesan oleh radar Australia itu adalah MH370?

Negara China juga mengesan objek di LCS dan objek tersebut akhirnya disahkan bukan dari komponen MH370. China hanya memaklumkan kepada kita dan aset negara kita, Vietnam dan China terus digerakkan untuk mencari objek yang dimaksudkan.

Amerika dan sheriffnya, Australia begitu pantas sampai ke destinasi. KD kita hanya boleh sampai ke lokasi secepatnya dalam tempoh 8 jam. Dikhabarkan objek tersebut sudah lebih 4 hari dikesan tetapi negara kita hanya dimaklumkan pada hari ke4.

Andaian awal yang boleh dibuat jika benar objek yang timbul tersebut adalah komponen MH370, hampir mustahil badan yang tenggelam itu akan dapat dikesan. Lokasi tersebut dikatakan antara lokasi paling dalam di dunia. Ikan pun tak larat untuk berhabitat di situ.

Jika tidak dapat dikesan, maka peluang untuk mendapatkan kotak hitam amat tipis. Jika kotak hitam tersebut tidak dijumpai, maka akhirnya misteri MH370 sudah pasti akan terus menjadi misteri sampai bila-bila.

Maka seluruh dunia sekali lagi terpaksa bergantung kepada andaian dan logik pakar-pakar, CIA, FBI, intelligent dan lain-lain rumusan dari pelbagai agensi. Di sini sekali lagi pihak media antarabangsa akan memainkan peranan penting untuk mengalih dan meyakinkan dunia terhadap sesuatu teori dan rumusan yang mereka mahukan untuk dunia mempersetujuinya.

Kalau mereka rumuskan ke arah elemen terrorist, maka dunia akan mengakuinya sebagaimana dunia bersetuju bahawa WTC dan Pentagon telah dilanggar oleh kapalterbang yang dipandu oleh pengganas.

Jika mereka rumuskan negara ini tidak selamat dan terdedah kepada bahaya dan ancaman pengganas, maka dunia akan turut mengakuinya sebagaimana dunia telah diyakini bahawa Afghanistan dan beberapa negara Islam lain adalah sarang pengganas yang mahu menghancurkan kepentingan Israel dan Amerika.

Kalau mereka merumuskan MH370 ini telah dirampas oleh puak pejuang minoriti Islam di China dengan kerjasama kapten kapal untuk mengugut kerajaan China pun boleh, kerana tiada apa-apa fakta fizikal atau data yang wujud. Semuanya sudah musnah bersama kotak hitam. Pakar-pakar yang mentadbir dunia ini melalui CIA, FBI dan lain agensi seperti NASA boleh saja mewujudkan kononnya data-data dan maklumat sahih yang menunjukkan sememangnya wujud elemen keganasan atau apa saja yang mereka rasakan boleh dan logik untuk mempengaruhi dunia.

Jika itu situasi yang mahu di deliberate, maka akan runcinglah hubungan di antara negara ini dengan negara China.

Apa senario yang bakal berlaku pun, negara kita hampir pasti bakal menjadi negara "kambing hitam". Hanya kotak hitam saja yang boleh menyelamatkan negara ini dari menjadi mangsa kambing hitam atau terlepas dari label yang bakal dikenakan terhadap negara kita oleh pentadbir persepsi dan kecenderungan dunia ini.

Jika diamat-amati sejak hilangnya MH370 ini, sudah pun diwujudkan pelbagai teori dan media spinner untuk menjejaskan imej dan kredibiliti negara di pandangan mata dunia.

Mereka boleh saja merumuskan kehilangan pesawat ini adalah angkara individu pilot sendiri.

Mereka juga boleh merumuskan dari "kononnya" hasil siasatan yang sahih bahawa pilot dan pembantu pilot sudah mati akibat kerosakan mekanikal yang mengejut seperti kebocoran gas dalam kokpit. Pesawat terbang secara auto pilot sebaik saja membuat turning back hingga kehabisan kerosin dan terus terhempas di lautan Hindi.

Semua rumusan boleh saja diwujudkan kesahihannya dengan sokongan bukti2 dan data-data yang kita tidak faham oleh pakar-pakar ini, dengan syarat kotak hitam itu tidak dijumpai.

Negara Amerika yang begitu sofistikated pun mereka boleh wujudkan satu kepercayaan bahawa kemusnahan WTC adalah angkara terrorist. Begitu hebatnya sistem satelite dan survailance US, mereka boleh yakinkan dunia bahawa terrorist berupaya mengatasi semua kecanggihan sistem surveilance dan anti-terrorist Amerika, termasuk merampas kapalterbang sampai dua tiga biji serentak dan terus pergi melanggar WTC tanpa pihak pertahanan Amerika sempat berbuat apa-apa. Sepertinya, pertahanan Amerika ketika itu setaraf dengan sistem pertahanan negara Somalia.

Bagi saya, senario inilah yang terpenting untuk difahami oleh rakyat negara ini. Jika tidak difahami, maka negara dan rakyat negara ini akan terus terikut-ikut dan terkeliru serta menerima apa saja rumusan yang bakal dilakukan dan di endorse oleh kuasa besar ini nanti.

Paling menakutkan ialah apabila permainan media barat dengan kerjasama licik agensi risik antarabangsa di bawah kelolaan mereka, akan berjaya mengelirukan rakyat hingga rakyat negara ini bangkit dan berperang sesama sendiri sepertimana yang berlaku di beberapa negara-negara Arab ketika ini.

Permainan halus kuasa besar yang gagal dihidu oleh pemimpin dan rakyat di sesebuah negara akan menyebabkan negara tersebut musnah dan hanyut di dalam anarki. 

Semoga Allah swt melindungi negara dan rakyat Malaysia dari fitnah besar yang boleh mengundang malapetaka besar.

Semoga mangsa krisis MH370 dan keluarga tidak teraniaya oleh permainan kuasa dunia.

Saturday, March 15, 2014

AMALAN MENYOKONG ANWAR LEBIH MEMALUKAN NEGARA DARI AMALAN BOMOH TIKAR TERBANG!!

Saidatina Aishah r.h berkata, "Ada sekali Rasulullah saw masuk ke rumah dan saya agak dari air mukanya bahawa sesuatu telah berlaku kepadanya. Baginda tidak bertutur kepada sesiapa pun dan setelah berwudhu beliau masuk ke masjid. Saya cuba dengar dari belakang dinding apa yang baginda bersabda. Baginda duduk di atas mimbar dan setelah memuji Allah swt baginda berkhutbah, "Hai manusia! Allah telah memerintah kamu supaya menyuruh orang berbuat baik dan melarang mereka dari melakukan kemungkaran; kalau tidak, akan tiba satu masa manakala kamu berdoa kepadaNya, Dia tidak akan mendengari doa mu; kamu akan memohon keperluanmu dariNya tetapi Dia tidak akan memperkenankanNya; kamu memohon akan bantuanNya terhadap musuh-musuh mu, tetapi Dia tidak akan membantu mu" (H.R Ibnu Majah dan Ibnu Hibban).

Mungkin misteri kehilangan pesawat MH370 dan kebuntuan dalam mencari serta menyelamat hanyalah 1 daripada berjuta-juta peringatan yang ditunjuk dan diturunkan oleh Allah swt bagi manusia memikir dan mengkaji kesilapan, kelalaian dan kelemahan manusia, khususnya umat Muhammad saw.

Setakat ini manusia hanya mengkaji dari sudut kelemahan dan kegagalan teknologi, juga kecanggihan sistem ciptaan manusia. Manusia hanya mampu mengkaji kemungkinan dan kebarangkalian yang berlaku kepada punca yang membawa kepada berlakunya trajedi kehilangan dan kebuntuan yang dihadapi.

Kebarangkalian yang tercapai oleh akal manusia hanyalah sekitar kemungkinan ianya terhempas di Laut Cina Selatan atau di Selat melaka mahupun Lautan Hindi, kemungkinan ianya dirampas, dan pelbagai kemungkinan lagi yang terfikir oleh manusia menurut fakta, petunjuk baru dan kronologi yang disandarkan kepada radar, transponder dan lain-lain alat yang terangkum di dalam teknologi penerbangan.

Ramai juga yang bertindak menjadi tukang ramal, dukun dan pawang. Dan paling "sial" pula ada yang hanya menjadi "tukang caci" yang terlupa langsung "sifat mahakuasa Allah yang menjadikan tiap sesuatu". 

Usaha mencari dan menyelamat yang paling mudah, malah lebih mudah dari penggunaan tikar terbang dan buah kelapa ialah gerakan mencari dan menyelamat melalui kaedah "Tukang Caci".

Gerakan inilah yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim. Jika bomoh Ibrahim menggunakan tikar dan buah kelapa, Anwar Ibrahim pula hanya menggunakan mikrofon, pentas dan lipur-laranya. Mungkin Anwar menjangkakan dengan segala cacian, hinaan dan makian yang dilemparkan kepada PM, isteri, menteri-menteri, maka MH370 ini akan dijumpai.

"Pendengar bebal" pula hanya mengiayakan segala lipur-lara tahyol, khurafat dan nujuman Anwar yang cuba mengaitkan kebuntuan usaha mencari dan menyelamat ini adalah disebabkan kelemahan kerajaan. Segala usaha rumit di lautan, udara dan dasar laut yang sedang digerakkan oleh kerajaan dibenamkan dari fikiran pendengar, seolah-olah kerajaan telah memalukan negara dan rakyat dengan menggunakan khidmat bomoh terbang untuk menyelesaikan kebuntuan.

Serendah-rendahnya pemikiran dan mentaliti Anwar, lebih rendah lagi pemikiran orang-orang yang mengiayakan segala lipur-laranya. 

Cuba bayangkan. Semua pihak berusaha sedaya upaya mengumpul maklumat, mengaplikasi pelbagai teknologi terkini dan segala petunjuk baru bagi mencari MH370, Anwar hanya mampu mengolah dan menganalisa situasi dan kebuntuan misteri MH370 ini dengan hujahan isu bomoh kelapa dan tikar terbang!! Inikah orangnya yang diidolakan oleh para pendengar bebal di PRK Kajang?

Kepada pendengar bebal yang telah terbodoh mindanya oleh Anwar Ibrahim, kembali dan dalamilah maksud hadis di atas. Berdoa dan bertaubatlah agar tuan-tuan dan puan-puan yang telah terjerat dengan tahyolan dan khurafat yang dibawa oleh Anwar Ibrahim dapat keluar dari kepompong dan pasungan minda yang digerakkan oleh si pembawa berita dusta ini.

Jika Ibrahim tikar terbang telah memalukan negara dengan amalan khurafatnya, tindakan para penjilat dan pentaksub Anwar ini lebih memalukan negara dan seluruh rakyat negara ini kerana terus-terusan berusaha menaikkan seorang yang telah terbukti pengamal liwat untuk dinobatkan sebagai Perdana Menteri Malaysia. Amalan khurafat Ibrahim tikar terbang terlalu kecil untuk dibandingkan dengan amalan tuan-tuan dan puan-puan yang mahu menaikkan peliwat menjadi pemimpin negara!!

Friday, March 14, 2014

SAMPAI BILA ANWAR BERJAYA MEMASUNG PEMIKIRAN PARA AKADEMIK DAN ILMUAN??

PRK Kajang berlaku secara disengajakan. Perancangan mewujudkan PRK ini mempunyai pelbagai tujuan yang mahu menghasilkan perkara yang sama, iaitu "diversion".

1. Mengalih isu dalaman pentadbiran PKR di Selangor, di antara puak Khalid dan puak Azmin.
2. Persediaan untuk mengalihkan isu kemungkinan disabitkan dengan kesalahan liwat.

Jika hukuman liwat dijatuhkan tanpa isu lain yang boleh digunakan untuk melakukan diversion, impak buruk terhadap Anwar pasti lebih berganda. 

Sekurang-kurangnya bila ada isu PRK, maka dengan kelebihan yang dimiliki Anwar dan para politician pembangkang dalam bermain sentimen dan memandu minda para penyokongnya, hukuman kes liwat ini mampu diubah dari ancaman terhadap masa depan politik Anwar kepada peluang untuk mencipta simpati kepada mereka dan pada masa yang sama mencipta imej buruk terhadap Najib dan kerajaan.

Para penyokong dam simpatisan Anwar masih tidak sedar lagi walaupun Anwar sudah divert dan bodohkan pemikiran mereka sebanyak 2 kali dalam kes liwat yang sama.

1. Sewaktu Saiful membuat lapuran polis, dan,
2. Sewaktu hukuman mahu diputuskan.

Waktu Saiful membuat lapuran polis, Anwar cepat-cepat arahkan isterinya Wan Azizah kosongkan kerusi parlimen Permatang Pauh untuk membolehkan dia bertanding dalam PRK Permatang Pauh.

Ketika kes rayuan dijangka tidak boleh ditangguh lagi, dun Kajang pula yang berjaya dijadikan kambing hitam dengan  menyuruh penyandangnya mengosongkan kerusi.

Apabila Anwar dijatuhkan hukuman bersalah, dan tidak layak untuk bertanding, Wan Azizah sekali lagi dikambinghitamkan. Jika dulu dikambinghitamkan dengan menyuruh kosongkan kerusi Permatang Pauh, kini dikambinghitamkan pula dengan menyuruh isterinya bertanding pula di PRK Kajang.

Penyokong dan pengundi Anwar "masih tidak juga sedar-sedar lagi" bahawa mereka terus-terusan dijadikan bahan pengawet kepada segala kesalahan dan kebobrokan tabiat peribadi dan kekotoran mainan politik Anwar.

Tiada siapa yang boleh menolong para pentaksub dan bahan pengawet Anwar ini untuk keluar dari jeratan minda yang telah "terpasung" di dalam benak mereka.

Biarkanlah pemikiran para pentaksub ini terus dipasung oleh Anwar. Padan dengan muka mereka. Bodohnya tak dapat nak diajar, pandainya tak terikut dek mana-mana manusia.

Walaupun mereka ini pensyarah, doktor Phd dan pegawai tinggi kerajaan dan semuanya berpelajaran tinggi, tapi akibat dari kesilapan mereka bersedia untuk diperbodohkan oleh Anwar, maka Allah swt  izinkan Anwar memperbodohkan mereka. 

Allah Maha Adil dan Dia tunaikan permintaan mana-mana hamba-hambanya berdasarkan apa yang mereka minta. Jika mereka menyediakan minda mereka untuk diperbodohkan oleh Anwar, maka itulah yang Allah izinkan buat mereka.

Maka itu sebablah, begitu ramai sekali para ilmuan, budayawan dan orang-orang yang kononnya merasakan diri mereka berpelajaran hari ini berjaya dipasungkan pemikiran mereka oleh Anwar Ibrahim.

Hakikatnya para ahli akademik ini hanya berpengetahuan dalam bidang yang mereka mendalaminya sahaja hingga diiktiraf dengan Phd, profesor dan dll pengiktirafan. Selain dari bidang kajian yang dijalankan, mereka sangat "naif" dan ada yang bertaraf "jahil muraqad". Inilah antara sebabnya golongan ini sangat mudah diresapi dan seterusnya dipasung pemikiran mereka oleh mereka-mereka yang kelihatan pada permukaannya menarik, berilmu dan petah dengan bahasa dan pujangga.

Thursday, March 13, 2014

MISTERI KEHILANGAN MH370 SEBARIS MISTERI PENEMUAN BENIH NABI ISA DALAM RAHIM MARIAM??

Kebuntuan misteri kehilangan MH370 benar-benar mengejutkan bukan saja rakyat negara ini, bahkan satu dunia sedang mengikuti perkembangannya.

Semoga Allah swt akan memberi petunjuk dan hidayahNya kepada umat dunia ini dari peristiwa yang membuatkan seluruh akal manusia menjadi buntu dan segala kecanggihan teknologi yang wujud di mukabumi ini seolah-olah hilang upaya.

Hanya mereka yang tidak punya naluri kemanusiaan sahaja yang tidak simpati, tergamam, hampa dan pilu dengan kebuntuan yang berlaku.

Pun begitu, masih terdapat juga sekelompok manusia yang semakin jelas sifat, niat serong dan kecenderungan sebenar mereka. Semua ini menjadi petunjuk.

Kelompok ini sekali lagi mengambil kesempatan sepertimana peristiwa pencerobohah tentera Kiram dengan mengekploitasi takdir bencana dan musibah yang berlaku bagi tujuan "menambah-bencikan" lagi perasaan rakyat terhadap pemerintah.

Lain perhitungan kita sebagai rakyat dan pemimpin yang bertanggungjawab yang seharusnya dilakukan di saat getir sebegini, lain pula niat dan gerakerja serta kesempatan yang mereka cuba lakukan dari musibah yang berlaku.

Apalah pula agaknya nasib dan musibah yang bakal ditakdirkan oleh Allah swt buat manusia-manusia fasik seperti ini? 

Tiada tanda-tanda simpati di wajah mereka dengan musibah yang sedang terjadi.

Semua negara bersimpati dan menghulur bantuan menurut kepakaran bidang masing-masing, puak fasik ini hanya tahu mengeluarkan "bisa mulut" dengan menuding jari kepada pemerintah. Setiap inisiatif "emergency" yang dilakukan oleh pihak berkuasa untuk mencari pesawat dan 239 nyawa manusia sentiasa dipertikaikan. Lambat bertindak, sistem yang lemah dan longgar, flip-flop dll. Apabila ada saja unsur kelemahan yang muncul di saat getir ini, maka mereka tanpa berlengah akan mengekploitasi sepenuhnya untuk menimbulkan rasa ragu rakyat terhadap kemampuan pihak berkuasa.

Di satu pihak, semua berdoa, berusaha dan tidak lelap tidor turun padang untuk menyelesaikan musibah yang terjadi, puak fasik ini pula turun padang menghasut rakyat dan bertindak menjadi pemantau kepada semua gerakan menyelamat yang sedang dilakukan oleh pemerintah. Sebarang kelemahan atau kelewatan pasti akan diguna untuk menimbulkan dan menambah lagi sentimen kebencian para pendengar ceramah mereka. 

Bukan soal keselamatan dan penyelesaian krisis yang mereka harapkan berlaku, sebaliknya mereka mengharapkan rakyat akan bertambah benci kepada pemerintah.

Walaupun isu kehilangan MH370 ini sudah menjadi krisis global yang belum pernah terjadi, bagi puak ini isu Anwar dijatuhkan hukuman bersalah meliwat adalah isu paling besar.

Rakyat harus dialihkan semula fokus dan pemusatan pemikiran mereka dari krisis MH370 kepada isu bahawasanya Anwar terus dianiaya dan sistem kehakiman negara telah dipandu oleh kuasa ghaib eksekutif yang terlalu takutkan pengaruh Anwar, kononnya.

Walhal, semua sudah tahu bahawa jika benar pun wujud konspirasi untuk membunuh masa depan politik Anwar, sehebat dan secanggih mana sekali pun perancangan konspirasi tersebut, para konspirator ini tidak mungkin dapat memastubasi air mani dari alat sulit Anwar dan memasukkannya ke dalam dubur Saiful. Itu hakikatnya. Fakta yang berlaku ialah iar mani Anwar "wujud" di dalam dubur Saiful.

Apakah pentaksub Anwar ini beranggapan air mani Anwar di dalam dubur Saiful itu "se misteri dan sesuci" benih di dalam rahim Mariam yang telah melahirkan Nabi Isa as?

Apa pun, mangsa krisis MH370 ini melibatkan 12 negara dan kewarganegaraan. Kehebatan teknologi Amerika sendiri masih gagal mengenalpasti punca dan lokasi di mana hilangnya MH370. Gabungan semua teknologi tercanggih di dunia ini sedang dan bakal tercabar oleh hanya oleh misteri kehilangan pesawat MH370.

Sepatah kata Kapten Norudin, di mana kuasa (teknologi manusia) berakhir, di situlah kuasa Allah (dilihat oleh manusia) bermula, walaupun pada hakikatnya setiap sesuatu yang bergerak walau sebesar zarah sekali pun ia adalah kuasa dari yang maha kuasa.

Jika kecanggihan teknologi manusia yang tercanggih pun sudah dinafikan kehebatannya oleh Allah swt, apakah air mani yang dapat diwujudkan di dalam dubur Saiful itu lebih canggih lagi aplikasi teknologinya hingga Anwar sendiri buntu bagaimana air maninya sendiri boleh diambil oleh Najib dan Najib memasukkannya pula di dalam dubur Saiful?

Jika begini keadaannya, pakar Amerika dan seantero dunia ini harus datang ke Malaysia dan belajar dari Najib bagaimana dia boleh melakukannya

Wednesday, March 5, 2014

RAKYAT FIKIR BN TAK BOLEH BODOHKAN MEREKA LAGI!!

Siapa kata masyarakat hari ini sudah semakin cerdik dan matang. Katanya, pemimpin kerajaan tidak boleh lagi senang-senang nak tipu rakyat?

Realiti hari ini tidak begitu. Lihat saja PRK Kajang. Kerajaan negeri Selangor senang-senang saja tipu dan bodohkan rakyat Kajang. PKR yang memerintah Selangor senang-senang saja memanipulasi pemikiran rakyat Kajang. Senang-senang saja jadikan pilihanraya dan jawatan YB seperti barang permainan.

Hari ini menwarkan diri. Besok lusa bila menang senang-senang letak jawatan semata-mata kerana mahu menjalankan agenda politik PKR. Permainan ini sudah pernah dilakukan oleh Wan Azizah di Permatang Pauh. Bila suami terdesak direpot polis oleh Saiful yang mengaku telah diliwat Anwar. Dalam tempoh seminggu Wan Azizah kosongkan kerusi Permatang Pauh semata-mata kerana mahu memberi laluan kepada Anwar untuk menyandarkan isu peribadinya menjadi polemik rakyat.

Hari ini bila kes rayuan liwat Saiful hampir ke penghujung, Anwar sekali lagi menyandarkan isu peribadinya kepada rakyat Kajang pula. Sedangkan jika rakyat benar-benar memikirkan kesan jika Anwar didapati bersalah oleh mahkamah sudah pasti kerusi dun Kajang dan parlimen Permatang Pauh akan terpaksa dikosongkan dan sekali lagi rakyat akan berhadapan dengan pilihanraya.

Tapi, rakyat yang mengaku sudah cerdik dan mengaku bukan senang untuk diperbodohkan oleh pemimpin politik, tidak terfikir pun kesan yang bakal menyusahkan mereka sekali lagi jika mereka memberi kemenangan kepada Anwar dalam PRK Kajang nanti.

Hakikatnya, rakyat terutama yang menyokong PKR sudah gagal menggunakan pemikiran dan akal yang waras untuk menilai sesuatu yang berlaku secara rasional.

Cerdik-cerdik mereka pun, masih tidak terfikir pun oleh mereka bahawa mereka sebenarnya sudah berpuluh-puluh kali dan bebelas-belas tahun dimanipulasi dan diperbodohkan akal pemikiran mereka oleh para pemimpin mereka sendiri.

Cukup dengan pemimpin mereka memainkan emosi dan sentimen dengan pelbagai kisah kebobrokan pemimpin BN, akal pengikut sudah gagal berfungsi secara adil dan rasional.

Cerdik apakah ini? Inikah yang dikatakan rakyat sudah matang berfikir? Ini bodoh tahap paling rendah.

Sebenarnya sebahagian rakyat merasa diri mereka cerdik dan dan tidak lagi boleh diperbodohkan hanya oleh kerajaan BN sahaja, tapi di sudut lain, hakikatnya mereka sudah terjerat dan diperbodohkan akal dan jiwa mereka oleh para pemimpin PKR khususnya Anwar Ibrahim.

Dari satu sudut mereka tidak rela diperbodohkan oleh pemimpin BN, tapi di satu sudut lagi mereka sanggup membiarkan diri mereka jadi bodoh dan dungu oleh Anwar Ibrahim hanya disebabkan sentimen kebencian meluap terhadap BN hasil dari "gampangnya" Anwar memanipulasi akal fikiran mereka yang kononnya cerdik dan sudah matang ini.

Mereka sanggup tidak makan makanan yang telah dihidang hanya disebabkan termakan tuduhan Anwar bahawa bau busuk yang melintas di hidung mereka adalah bau kentut busuk para pemimpin BN yang telah memakan hasil dari memeras harta rakyat, sedangkan harta Selangor negeri terkaya di Malaysia sedang dinilai, dicongak dan diintai oleh para pemimpin mereka dengan penuh bernafsu.