Tuesday, October 18, 2011

YAB MAT HASSAN: TAKKAN HARI TAK SIANG KALAU SEKOR DUO AYAM TAK BERKOKOK..

Winnable candidate sudah dibincang. Winnable component party pun PM dah bagi bayangan. Ciri-ciri winnable juga sudah diberi panduan.

Sekarang mari kita pergi terus kepada individu pemimpin-pemimpin besar UMNO dan rakan komponen pula. Siapa kalangan mereka yang masih punya ciri-ciri winnable dan siapa yang sudah lupus ciri-ciri winnable. Siapa yang masih mampu menang tapi bila diukur secara makronya boleh merugikan BN atau UMNO, juga boleh dibincang sama.

Kita di pihak orang bawah-bawah dan bertaraf pemerhati juga berhak memberikan pandangan pada pucuk pimpinan kerana pucuk pimpinan juga tidak boleh memandang rendah terhadap kesetiaan, rasa tanggungjawab dan kecintaan orang bawahan kepada parti.

Masih terdapat, jutaan loyalist, ahli dan silent majoriti di bawah ini yang sayang dan mahu BN terus memerintah negara ini. Golongan inilah sebenarnya ingin melihat bukti nyata, janji-janji dan keazaman pucuk pucuk pimpinan untuk berubah sebelum rebah.

Di kalangan ahli kabinet berapa ramai yang sudah tiada ciri-ciri winnable seperti yang digariskan. Perlu diingat, antara ciri-ciri winnable yang dijelaskan oleh pucuk pimpinan ialah, bukan saja calon itu popular, malah mampu dan boleh memberi khidmat terbaik dan dalam masa yang sama tidak menjadi baggage kepada parti.

Contoh terbaik adalah negeri Perak dan Pulau Pinang.

Ke dua-dua negeri ini mempunyai wakil di peringkat kabinet dan pimpinan parti yang agak besar dan hebat-hebat belaka. Mereka secara peribadinya tiada masalah untuk menang. Tetapi secara keseluruhannya, negeri mereka jatuh ke tangan pembangkang.

Tidak payah disebutkan nama-nama besar yang ada di negeri ini. Semua rakyat kenal kerana mereka begitu popular. Tetapi kenapa parti BN/UMNO di negeri ini seolah-olah tidak mendapat menafaat langsung dari populariti serta pengaruh peribadi mereka untuk BN terus diberi kepercayaan memerintah?

Kita lihat pula di Selangor. Semasa PRU 12 yang lalu, ada 3 menteri kanan yang datang dari Selangor tetapi Selangor hanyut juga.

Dari trend yang berlaku ini, jelas sekali menggambarkan bahawa individu pemimpin itu tidak penting. Individu pemimpin, hakikatnya  boleh datang dan pergi. Pucuk pimpinan tidak perlu takut untuk melakukan transformasi politik dan menyuntik bakat baru dalam kepimpinan parti dan kerajaan.

Sepatah kata MB Negeri Sembilan, "Takkan tak siang hari togah dek seekor dua ayam tak berkokok".

Suntikan persepsi positif dari rakyat amat penting bagi sesebuah parti untuk terus diterima dan disokong. Keberanian pucuk pimpinan untuk bertegas di atas prinsip dan survival parti amatlah dipandang tinggi oleh ahli parti dan silent majority. 

Mereka mahukan bukti jelas dari kotaan janji pimpinan sebagai satu suntikan keyakinan dalam diri bahawa parti dan pucuk pimpinan yang ada ini masih boleh terus dijadikan sandaran sebagai kerajaan yang boleh menumpang berteduh.

Walau pun saya juga mempunyai kepentingan di dalam soal ini, tetapi saya juga tidak mahu dan minta disiahkan malaikat 44 dari tergolong di dalam kategori "bahan caci dan maki" rakyat hanya disebabkan mahu mendaulatkan personal glory sebagai YB dan calon winnable.

Zaman glamour sebagai YB sudah berlalu. 20-30 tahun dulu, jika YB turun bertandang ke kampong-kampong sambutan yang diterima sama meriahnya dengan sambutan kepada lawatan seorang yang bertaraf MB dan pemimpin besar hari ini.

Satu mukim akan keluar menyambut dan meraikan YB mereka. Berbondong-bondong rakyat datang bersalam dan mengambil berkat tangan YB. Hari ini, jika YB duduk, rakyat berdiri, YB yang akan bangun salam dengan rakyat. Jika rakyat duduk, YB berdiri, YB akan datang ke tempat duduk rakyat untuk bersalam. 

Rakyat sudah tidak peduli siapa itu YB. Penghormatan rakyat kepada seorang YB atau pemimpin sudah tidak wujud lagi.

Kadang-kadang kesian tengok. Mungkin inilah nasib YB-YB akhir zaman. Kalau tak percaya cubalah tanya YB one2one.

1 comment:

  1. Salah YB tu juga..
    -Yg Bongkak
    -Yg Bangang
    -Yg Bodoh
    -Yg Bengap
    -Yg Bahalul
    -Yg B...(boh lah apa yg patut sesedap rasa)

    ReplyDelete