Friday, January 11, 2013

MESYUARAT KHAS MAJLIS RAJA-RAJA WAJIB DIADAKAN SEKARANG!!!

Kalau ulamak berpecah dua, itu tandanya alamat nak mampos (Meminjam kata-kata nujum pak belalang).

Itulah hakikatnya. Malah faktor itulah yang bakal menjadi penyebab utama yang menyebabkan Allah swt tidak lagi memandang sesuatu kelompok atau kaum@kawasan itu dengan pandangan rahmatNya. Bila Allah swt tidak lagi memandang dengan pandangan rahmatNya, itu tandanya sesuatu kaum atau kelompok@kawasan itu bakal nak mampos.

Percanggahan dalam soal asas mengenai akidah di kalangan para ulamak sepatutnya tidak langsung timbul. Ia amat straight forward. Tiada "lengkang lengkok". Kalau soal akidah umat pun sudah mennyebabkan ulamak berbalah sesama sendiri dan bercakap lengkang-lengkok, itu memang benar-benar petanda nak mampos.

Apa yang kita lihat hari ini, umat Islam di Malaysia seolah-olah sudah hilang tempat untuk bersandarkan harapan dan bimbingan dari para ulamak. Apabila ditanya hari ini kepada 10 ulamak untuk membolehkan umat mendapat bimbingan yang "benar dan hak", maka kita akan dapati 10 pandangan yang berbeza. Isu "pengkorporatan nama Allah" untuk keuntungan semua agama oleh kalangan PAS dan PKR yang berlaku hari ini adalah bukti jelas betapa para ulamak di Malaysia sudah "berbelah-bahagi pandangan". 

Macam manalah umat Islam tak mampos, kerana semakin banyak mendengar pandangan para ulamak warisatul anbiya akhir zaman, pemahaman Islam akan semakin kelabu dan perbalahan di kalangan umat pula semakin menjurang.

Kalau para ulamak yang berbalah ini sahaja yang mendapat musibah dan bala bencana Allah tak apalah. Tapi Allah swt kata, apabila azab Allah diturunkan, maka seluruh manusia di tempat atau kawasan yang mengengkari perintah Allah itu akan terkena musibat, tidak terkecuali juga orang-orang yang soleh di kalangan mereka. Ini yang kita tak tahan! Tak pasal-pasal kita yang naive ini pun terkena musibat disebabkan oleh perangai menunjuk pandai dan tak takut tuhan yang ditunjukkan oleh para-para ulamak akhir zaman ni.

Kalau bala bencana tuhan Allah turun secara dedicated hanya kepada para pesalah yang membawa kerosakan kepada umat yang banyak ini lantak dialah. Tapi kita ni tak pasal-pasal akan terbabit sama. Jlkalau bala tanah runtuh diturunkan ttuhan Allah, tak pasal-pasal rumah kita pun turut ditelan bumi disebabkan kerakusan ulamak akhir zaman untuk memonopoli setiap kebenaran agar berada di pihak mereka. 

Ulamak akhir zaman ini seolah-olah mempunyai kefahaman bahawa pendapat mereka saja yang benar dan dipandu oleh tuhan dan menganggapan pandangan ulamak lain dipandu oleh nafsu serakah.  Taraf ulamak yang mereka miliki bukanlah tiket untuk mereka bebas dan terkecuali dari melakukan perkara-perkara yang menyesatkan umat banyak yang bergantung harap kepada pandangan mereka.

Lihatlah ragam para ulamak yang dimaksudkan ini. Sifat "hati-hati dan takut kepada Allah" dalam memberikan fatwa dan pandangan yang menjadi ciri penting seorang ulamak sudah tiada lagi dalam kamus hidup mereka. Ciri-ciri "taqwa dan berhati-hati" dalam memberikan pendapat ini sudah digantikan dengan ciri-ciri sombong, riak dan takabbur. 

Maka disebabkan ciri-ciri bersifat baru yang dimiliki inilah yang telah menyebabkan mereka begitu berani mengeluarkan fatwa hingga adakalanya ulamak ini mengeluarkan pendapat dan fatwa sampai 2 kali sehari, seperti memakan makanan rugi!

2 comments:

  1. Kita mesti memberitahu umah bahawa pemimpin2 PAS ini bukan semuanya ulamak dan tidak semestinya buah fikiran mereka pengikut kena patuh.

    ReplyDelete
  2. Itu sebab Ulamak2 dahulu kebnyakan nye menjauhkan diri dari Raja dan Pemerintah (Dunia)Ulamak skrg (Ulamak PAS) Gila Dunia, nak Kuasa dan Harta dunia.Oowh begini lah ragamnya dunia kata P.Ramlee

    ReplyDelete