Saturday, March 30, 2013

PKR BAKAL JADI PARTI PALING COROT DLM PAKATAN!!

Sudah jelas kelihatan persefahaman antara komponen pakatan pembangkang semakin menunjukkkan tanda-tanda "retak". Ia hanya menunggu masa untuk terbelah dan "terberongau".

Secara luarannya, semua ini dilihat berlaku disebabkan faktor calon dan pembahagian kerusi di antara sesama pakatan. Jelas, pembahagian kerusi masih belum ada kata putus.

Masing-masing, terutama PKR dan DAP sedang berusaha untuk mendapat kawasan paling selamat untuk ditandingi.

Tidak dapat dinafikan masalah pembahagian ini dilihat paling ketara berlaku di Johor, Selangor, Perak dan Penang. Di Pahang dan N.Sembilan juga tidak terkecuali.

Persoalan yang harus dianalisa ialah kenapa perkara ini berlaku di saat-saat akhir. Sepatutnya awal-awal lagi perkara pokok ini sudah selesai. Memang beberapa kenyataan yang dibuat oleh 3 pakatan sebelum ini membayangkan mereka tiada masalah dalam isu pembahagian kerusi. 

Tetapi kenapa sekarang isu ini menjadi antara masalah paling besar yang dihadapi pakatan?

Semua ini hanya tanda-tanda luaran. Isu pokok yang sebenar ialah  masing-masing, terutama PKR dan DAP telah dapat "menghidu dan merasai kemerosotan" trend penolakan rakyat yang semakin ketara terhadap pakatan.

Hakikatnya mereka sudah mula menerima dan mengakui realiti bahawa pakatan hampir mustahil menawan Putrajaya. Malah mereka sudah dapat menghidu paling kurang, Selangor dan Kedah berkemungkinan besar turut "jalan".

Bila mereka menyedari realiti ini akan berlaku, mereka tiada pilihan, melainkan terpaksa meminda "blueprint" asal dari misi menawan Putrajaya kepada misi mempertahankan kerusi dan kuasa yang ada.

Masalah yang dialami ini samalah seperti yang dihadapi tentera Kiram yang sudah mula sedar dari "rasukan keyakinan buta" untuk menawan Sabah.

Akhirnya masing-masing terpaksa melepaskan pucuk masing-masing demi keselamatan diri. Bila mereka mengakui matlamat menawan Sabah adalah satu kerja gila dan tak masuk akal, maka apa yang mampu dilakukan ketika ini hanyalah agenda untuk menyelamatkan diri dari turut terbunuh.

Inilah sebenarnya yang sedang difikirkan dan direncanakan oleh warlord2 PKR dan DAP. "Tak dapat lauk, jangan sampai kuah basi". Itulah sasaran minima yang mereka cuba lakukan, daripada tiada.

Itu sebab kita lihat Anwar mencari kawasan baru. Pertukaran kawasan Lim Kit Siang pun Anwar yang umumkan. Beberapa persetujuan awal antara rakan pakatan terpaksa dirombak. Bila satu sudah bertukar, secara otomatik kawasan lain turut dianjak dan terpaksa dirombak. Maka ramailah yang terlibat dan terjejas kedudukan mereka.

Punca masalah, tetap dari PKR. Anwar menjayakan matlamat peribadi bersama PKR melebihi persefahaman yang dicapai di antara pakatan.

Anwarlah yang "terbau lebih-lebih" akan musibah yang bakal menanti PKR selepas PRU nanti. Anwar sedar, kerusi yang ditandingi PKR bakal terjejas paling terok berbanding PAS dan DAP dalam PRU kali ini.

Anwar sudah dapat menghidu "perkhabaran bala" bahawa pengundi tegar PAS dan DAP tidak akan mengundi calon-calon PKR dalam PRU nanti. Inilah yang paling dibimbangi oleh Anwar. Jika ini berlaku, maka untuk PKR menang 5 kerusi pun mungkin sukar.

Itu sebab Anwar terpaksa "menyusupkan" calon-calon PKR bertanding di kubu kuat DAP dan PAS. PKR tidak sanggup menerima kenyataan selepas PRU nanti, PKR menang paling sikit kerusi berbanding DAP dan PAS.

Anwar bukan saja cuba memperbodohkan dan memanipulasi pemikiran rakyat Malaysia, DAP dan PAS pun cuba diperbodoh dan dimanipulasi untuk agenda diri. Anwar mahu semua orang menjadi lembu dan kuda tonggangan dia.

Pengaruh dan kekuatan PKR entah di mana. PKR selama ini hanya hidup dan bernafas melalui "nyawa tumpang" yang diberi pinjam oleh PAS dan DAP. Tapi si penumpang nyawa pula yang mahu memutuskan semua perkara dan percaturan. 

DAP tidak sebodoh Misuari dan PAS tidak buta dan sepet seperti Kiram untuk diperbodoh dan dikaburi oleh percaturan tunggang kuda Anwar.

No comments:

Post a Comment