Saturday, December 27, 2008

KETUA PEMUDA : SIAPA MILIKI AURA PEMULIHAN..?

Dianggarkan seramai 1.5 juta golongan muda berumur bawah 21 selepas PRU12 bakal jadi pengundi dalam PRU13 nanti. Jika dimasukkan lain-lain rakyat yang layak mendaftar tapi belum berdaftar sebagai pengundi, jumlah keseluruhan akan menjangkau sekitar 4 juta pengundi.

Undi popular BN dalam PRU 12 yang lepas sekitar 52%,manakala barisan pembangkang mendapat sekitar 48%. Keadaan ini sangat marginal bagi sebuah kerajaan yang mempunyai pola kependudukan yang kompleks.

Antara tugas besar yang perlu ditangani BN dalam memastikan kekuasaan pulih kembali ialah;

1. Memastikan pengundi setia (ahli) BN yang mengundi pembangkang dalam PRU12 disebabkan hilang keyakinan kepada pimpinan parti, kembali mengundi BN.

2. Memastikan majoriti senyap(bukan ahli mana-mana parti) yang selama ini memenangkan BN tapi telah beralih angin atas sebab yang sama, kembali menyokong BN.

3. Paling mencabar iaitu bagaimana untuk membuatkan MAJORITI pengundi muda seramai 1.5 juta akan mengundi BN dalam PRU13 nanti.

4. Tidak kurang mencabarnya iaitu bagaimana MAJORITI pengundi yang layak tapi BELUM mendaftar seramai 2.5 juta akan turut mengundi BN.

Sifir mudahnya, jika benar pengundi kategori 1 & 2 akan kembali kepada BN disebabkan faktor peralihan kuasa, maka tumpuan utama harus diberi kepada 4 juta pengundi baru yang rata-ratanya adalah golongan muda.

Tapi golongan 1&2 ini mahu lihat kepimpinan baru membuktikan keupayaan kepimpinan mereka terlebih dulu terutama beberapa aspek penting yang melibatkan kepimpinan, dasar dan formula penyelesaian yang bersabit dengan masalah ekonomi global, masalah ekonomi rakyat, masalah hubungan kaum dan keupayaan kepimpinan dalam mengurus sebarang krisis. Terlebih penting lagi ialah mencari jalan bagaimana untuk menghapus persepsi negatif terhadap kredibiliti para pemimpin BN yang selama ini menyelubungi pemikiran rakyat.

Bagi golongan muda (3 & 4) pula, BN perlu mewujudkan ‘persekitaran’ atau ‘faktor penarik’ kepada timbulnya minat, pandangan baik serta sifat yakin dengan kemampuan BN sebagai parti memerintah. Musuh atau lawan kepada persekitaran atau faktor penarik ini ialah persepsi negatif ‘massa’ yang menyelubungi pemikiran rakyat.

Inilah faktor penghalang utama kepada pengujudan ‘persekitaran’ atau ‘faktor penarik’ yang harus diambil perkiraan oleh kepimpinan baru BN.

Secara relatifnya, parti mana yang berjaya dan berupaya mewujudkan persekitaran dan persepsi baik pada pemikiran pengundi, parti itulah yang bakal mereka sokong.

BN perlu memecahkan ‘mind set’ pengundi yang pesimis, prejudis dan sentiasa beranggapan setiap tindakan pemimpin BN ada udang sebalik batu. BN akan berhadapan dengan kesulitan jika pemimpin mereka gagal merobohkan tembok persepsi ini terutamanya pada pemikiran golongan muda.

Dalam hal ini, imej pemudalah yang terpenting sekali untuk diberikan fokus. Pemudalah seharusnya berperanan sebagai penjana perasaan minat, bangga dan yakin golongan muda untuk bersama BN. Pemuda seharusnya bertindak sebagai agen pelenyap persepsi buruk golongan muda terhadap BN.

Walau bagaimana pun, 700 000 pemuda UMNO yang ada pada hari ini sudah tidak berpeluang lagi untuk turut terlibat dalam memperbaiki keadaan yang ada. Mereka hanya boleh berdoa. Mereka tidak berfungsi lagi untuk menentukan siapa pemimpin yang selayaknya memikul tanggungjawab sebagai ketua pelenyap persepsi buruk ini.

Hakikatnya, 800 perwakilan pemuda yang bakal bersidang pada Mac 2009 inilah akan menentukan siapa yang bakal menjadi pemimpin utama kepada 700 000 pemuda UMNO. Secara tidak langsung, 800 perwakilan pemuda ini jugalah yang bakal menentukan sama ada majoriti 4 juta pengundi muda akan bersama UMNO/BN atau sebaliknya.

Siapakah di kalangan 3 calon Ketua Pemuda yang memiliki “aura pemulihan” terhadap persepsi negatif golongan muda kepada parti?

Siapakah yang paling menepati kriteria sebagai penjana rasa minat, bangga dan yakin golongan muda terhadap BN? Siapakah di antara calon bertiga ini yang dirasa mampu memecah tembok dan halangan persepsi negatif yang selama ini menyelubungi pemikiran mereka?

Pendek kata, siapa di antara mereka yang boleh dijadikan ‘aset’ kepada parti?

Tidak dinafikan mereka bertiga ini secara peribadinya mempunyai kelebihan dan keupayaan tersendiri sebagai Ketua Pemuda. Tapi mengikut permasalahan yang dihadapi dan berdasarkan kepentingan hari ini, siapa paling layak? Maksudnya, siapakah yang dijangka paling ‘laris’ kepimpinannya jika dijual kepada “open market” atau pelanggan rakyat, sekurang-kurangnya kepada 4 juta pengundi muda ini?

Kita tidak mahu bila dijual kepada “close market” atau pelanggan parti (800 perwakilan), ia begitu laris sehingga terlebih langgan(over subscribe)berkali-kali ganda tapi bila dijual kepada pelanggan rakyat, ia tidak laku-laku hingga terpaksa disimpan di peti sejuk dan dipanaskan berkali-kali untuk dijual esok, lusa atau tulatnya.

Bila terkena keracunan makanan dan muntah-muntah, pelanggan akan fobia untuk makan di restoren yang sama untuk kali ke dua. Kalau kes ini berlaku di asrama, bukan senang untuk memulihkan persepsi dan keyakinan pelajar kepada penyedia dan pembekal makanan sedia ada.

Di Kelantan, UMNO begitu susah untuk mendapat kembali keyakinan rakyat. Rakyat sudah fobia akibat kes keracunan kepimpinan yang telah dipanaskan berkali-kali kerana tak laku dijual hinggakan pemimpin pelapis pun turut mendapat tempiasnya. Rakyat Kelantan telah membentuk persepsi seolah-olah barang siapa yang datang dari UMNO, semua ‘tok se’. ‘Pade doh’. Orang Negori salah faham. Mereka ingatkan ‘pade doh’ sama dengan ‘padan muko’.

Jangan nanti 700,000 pemuda UMNO dan 4 juta golongan muda mengharapkan orang lain menjadi pemimpin mereka, 800 perwakilan pemuda pilih pulak orang lain. Kalau golongan muda menjauhkan diri dari pemuda UMNO akibat dari perwakilan tersalah pilih pemimpin yang bertanda ‘baggage’….

…..padan muko.

6 comments:

  1. Isi yang menarik!!! Pade muko tok samo denge pade doh? Baghu ambo perase ye hok gilo reko slogan tu ore lua ye tumpe nogori sembile, mano dio pahe mano dio ghoti....budus!!!cedik kunon.....

    ReplyDelete
  2. Insya'Allah yakin dan percayalah UMNO dan BN akan kembali disukai rakyat dan kekal memerintah walaupun banyak kritikan dan label-label buruk dilempar oleh pihak pembangkang yang pada masa sama harus dihebahkan kepada rakyat bahawa mereka juga lebih teruk daripada BN jika memegang kuasa..

    1.) pemuda perlukan pemimpin yang bijaksana dan tahu mengawal diri berhadapan tekanan pada masa yang sama berstrategik utk menyerang

    2.) menganjurkan program-program yang lebih aktif dan ada personal touch

    3.) tidak terikat dengan kontrak2 besar kerajaan

    4.)menghormati pemimpin2 veteran UMNO

    5.) bersih dan kelihatan bersih..tidak sombong dan ego

    6.) tolak yang hanya tahu menggunakan retorik berlebihan utk memasarkan diri..tapi penuh dengan skandal..

    ReplyDelete
  3. UMNO masih ditokse oleh rakyat kelate..terutamonyo ore mudo..kalu nok amik ati ore mudo lo lo ni..UMNO kena tolong ore melayu hok mudo ni bangun dale segalo segi..

    UMNO jange dok main politik janji pembangune lagi..puok2 ni raso loyo bilo dengar puok2 umno kato gitu.

    ReplyDelete
  4. hatiminda.....""" memang itulah yg sepatutnya. Tapi pandangan suadara hanya hiasan kamus pemuda. 6 perkara yg di bariskan semuanya dilanggar oleh UMNO (BARU)sekarang. Walau bertimbun kertas kerja yg berkualiti dan pandangan yg berilmiah, pemimpin UMNO sudah hilang etika perjuangan. Hujahlah dan bahaslah, maka yg ikhlas berjuang akan di matikan dgn apa cara sekali pun. Kerana sesungguhnya Agenda pemuda UMNO masa kini umpama anau dlm belukar, melepaskan pucuk masing2. Kalau lah ini pegangan dan pendirian(hatiminda), yg di genggam dgn keluhuran roh kejujuran, UMNO (BARU) bukan untuk hatiminda. Roh Perjuangan UMNO sudah lama mati. @@ GUA64 @@

    ReplyDelete
  5. Oghang negori tolak KJ. Buktinyo Tunku Mukhriz Dato Undang dan endorsed. Nama pun dah ada daya penarik...Baru boleh tarik orang mudo. Kok KJ besok, abihlah org mudo lari ikut pembangkang.

    ReplyDelete
  6. Tengku Radin Khir Toyo ibni Almarhum Edikromo al hantam pun layak. Boleh lebardaunkan empayar PKR ke negeri2 yg masih dibawah jajahan takluk BN....yahoooo

    ReplyDelete