MENJEMUR BANGKAI DI ATAS BUKIT.
Ramai di kalangan pemimpin melayu dan beragama Islam yang sedang memunggah bangkai ke atas bukit untuk dijemur. Itu sebab hari ini segala keburukan bangsa dan kebobrokan penganut agama Islam membusung baunya se anterio Malaysia.
DARI SEMAK KE BELUKAR.
Ramai di kalangan melayu Islam terutama yang alim dan bijak pandai tak mau mengaku kalah dan merasa penyelesaian politik cara merekalah yang paling baik. Akhirnya masalah yang kecil jadi besar kerana diperbesar-besarkan. Kalau dulu hanya tumbuh semak samun sekarang sudah jadi semak belukar hinggakan haiwan jelmaan manusia yang berperangai buas pun sudah boleh bermaharaja lela.
HUJUNG HILANG PANGKAL TERBENAM.
Ramai pemimpin melayu Islam yang hendak mencapai awan tapi tersadung ke gunung. Konon untuk membawa integriti, transparensi dan ketelusan yang lebih adil kepada rakyat tapi akhirnya keadaan menjadi lebih buruk dari sebelumnya. Apa yang dimiliki sebelumnya pun sudah hilang dan semakin tergugat. Yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran.
BENCI PADA TIKUS YANG SE EKOR, KEPUK DIBAKAR.
Gara-gara kebencian, dendam kesumat, kekecewaan terlampau kerana kegagalan mencapai impian telah menyebabkan beliau nekad, membujur lalu melintang patah. Apa saja mahu dirungkai dan dilerai. Kepuk bangsa melayu Islam yang tak sebesar mana ini pun mahu dibakar hangus.
Buatlah kesimpulan sendiri. Dah polak den...
dato',
ReplyDeleteizinkan saya tambah lagi...
HULU CANGKUL YANG DAH ELOK LAGI DIRAUT,
Maknanya...barang yang dah elok nak diusik lagi akhirnya terbuang jua..
Amacam Dato', ok ko.... Tak dapek den nak nolong gi do..