Keberanian pucuk pimpinan dalam meliberalisasi sector perkhidmatan dan kewangan negara termasuk liberalisasi tongkat bumiputera pastinya telah diperhalusi kesan baik dan buruknya.
Kerangka baru model ekonomi negara ini sudah pasti diambil pertimbangan dari pelbagai sudut samada aspek kepentingan ekonomi, politik mahu pun sosial.
Pastinya pilihan yang telah diambil pucuk pimpinan ini bukan satu keputusan mudah.
Di samping faktor persaingan ekonomi global, kepelbagaian latar belakang sosio-ekonomi masyarakat, jurang antara kaum dan antara masyarakat, kestabilan politik nasional adalah di antara elemen-elemen yang pasti menjadi sebahagian dari pertimbangan di dalam merangka model baru ekonomi yang sedang diolah semula.
Pucuk pimpinan baru pasti punya keazaman cukup tinggi untuk membuktikan segala dasar-dasar baru yang dirangka mengena tepat pada permasalahannya dan terbukti keberhasilannya.
Walau bagaimana pun, untuk memahamkan kepada seluruh rakyat segala rasional dan justifikasi di sebalik kerangka baru ini adalah suatu yang mustahil.
DEB yang dirangka oleh Tun Razak dulu juga pada peringkat awalnya sukar difahami oleh sebahagian besar rakyat. Mereka hanya memahaminya setelah mereka menerima benafaat langsung hasil dari perlaksanaan DEB.
Ketika DEB dirangka, semua pemimpin-pemimpin kaum, agama, NGO, teknokrat dan profesional telah dibawa duduk bersama di dalam majlis perundingan negara ketika itu.
Merekalah yang memahaminya kerana mereka terlibat secara langsung di dalam merangka DEB ketika itu. Majoriti rakyat tidak memahaminya.
Agensi penerangan dan propaganda kerajaan ketika itu juga begitu berkesan peranannya dalam memberi penjelasan kepada rakyat.
Hari ini, demi menjamin kelangsungan dasar yang dirangka, amat penting pemimpin dari semua sektor dan kepelbagaian latar belakang untuk bersetuju terlebih dahulu terhadap setiap rancangan besar kerajaan dalam merangka formula membina upaya negara.
Penjelasan dan penerangan akan lebih mudah tanpa timbul prasangka dan saling mencurigai di antara satu sama lain.
Dasar yang baik tidak semestinya diterima selagi belum terbukti. Sebaliknya, mungkin dasar yang sebenarnya tidak sesuai untuk negara pula akan dianggap baik oleh rakyat.
Ia bergantung kepada sejauh mana penjelasan dan maklumat dapat sampai kepada rakyat.
Oleh itu, adalah perlu, pihak kerajaan memikirkan suatu mekanisma berkesan bagi membolehkan penjelasan dan kefahaman kepada rakyat dapat disampaikan hingga peringkat paling bawah.
Agensi penerangan samada melalui Jabatan Perdana Menteri atau lain-lain unit penerangan haruslah diperkasa agar segala maklumat mengena tepat ke sasaran.
Negara tidak berupaya lagi untuk bertangguh dalam membuat sesuatu yang betul dan tepat untuk dilakukan demi kelangsungan keharmonian, keselamatan dan kemakmuran negara dan rakyat.
Dasar perlindungan terhadap industri strategik negara atau pun dasar perlindungan terhadap hak kepentingan bumiputera dianggap sebagai satu kekangan bagi kemajuan negara, mungkin ada kebenarannya, jika difikir dari satu sudut persaingan dan efisiensi.
Dari sudut yang lain pula, jika proses bina upaya negara berjaya dari sudut pertumbuhan dan persaingan global tapi tidak wujud keseimbangan pengagihan dalam masyarakat, maka ianya akan menimbulkan satu kekangan lain pula.
Kekangan yang akan berlaku ialah, akan wujud ketidakadilan pengagihan sosio-ekonomi di kalangan masyarakat. Jurang antara kaum dan rakyat akan kembali melebar, dan ini sudah pasti akan mengundang masalah lain yang lebih parah.
Apabila wujud kembali masalah ketidakadilan sosial dan peminggiran terhadap sebahagian rakyat yang tidak punya kemampuan untuk bersaing, maka akhirnya kerajaan juga akan dianggap gagal dalam tradisinya untuk melakukan pembelaan terhadap segenap lapisan rakyat, khususnya golongan yang terpinggir dari arus globalisasi.
Dasar-dasar ke arah liberalisasi dalam menghadapi dunia persaingan dan meritokrasi sudah nampak jelas sedang dilakukan oleh kerajaan.
Biasiswa Nasional sedang dirangka, Ekuiti Nasional sudah diumum, Liberalisasi 27 sektor perkhidmatan juga sudah dikuatkuasakan. Pemilikan asing dalam sector pembrokeran, kewangan dan hartanah juga sudah dipertingkatkan.
Semua ini dilakukan demi liberalisasi dan meritokrasi atas maksud mengejar pertumbuhan dan persaingan global.
Apa pula mekanisma alternatif bagi menjamin kepentingan strategik negara yang mungkin terdedah kepada ancaman?
Apa pula mekanisma yang akan digunakan bagi menjamin kelangsungan dalam membela golongan terpinggir dan golongan yang tidak punya kudrat untuk bersaing?
Perkara ini pasti akan berlaku apabila berlaku ‘relaxation’ terhadap dasar perlindungan.
Apa akan jadi dengan jaminan perlembagaan dalam soal biasiswa, permit, hak dan kedudukan istimewa melayu? Jaminan ini sememangnya bertentangan dengan doktrin liberalisasi.
Ini perminan ‘jungkang-jungkit’. Di hujung sini berat, hujung sana terjungkit. Begitu juga sebaliknya.
Keadilan sebenar adalah memastikan permainan jungkang-jungkit ini sentiasa mengimbangi dan diimbangi.
Apa pilihan terbaik yang harus lakukan oleh kerajaan dalam keadaan ini?
salam...
ReplyDeleteactly, bknnya nak liberlisasi, tp hakikat nya nak jual negara, memang dari dulu, kini dan selamanya, umnolah parti yang menjual tanah air, lepas tu sibuk nak takutkan orang melayu dengan lagu anak kecil main api (entah siapa yang main api pun tak tahulah), undang2 tanah negara digubal sebegitu rupa bg memudahkan para yb mendapat duit komisyen dari tokey2 balak dan pemaju hartanah ca ya nun alif. segala apa dasar yg diwujudkan atas nama apa sekalipun tujuannya tetap sama dengan yang dulu, orang kerja kerajaan bergaji dan berpencen, tapi mereka tahu apa masalah yang berlaku dalam gomen, kebanyakan mereka tidak lagi memihak kepada kerajaan, kerana konsep menyokong membuta tuli hanya akan merugikan bangsa melayu satu ketika nanti iaitu bila sampai tahap tepu yang dah tak boleh diubah suai melainkan dibuang dalam tong sampah. segala cendiakawan, profesional dan guru tidak lagi respect dengan parti warisan, cuma segelintir yang masih menyokong hanya kerana ada habuan yang masih boleh diharapkan (orang2 kerajaan mcm ni makan gaji buta je..), hakikatnya kerajaan bn lebih selesa melahirkan rakyat yang separuh2 kerana tiada persoalan berat yang perlu dijawab, apabila majoriti rakyat asyik dengan hiburan, seni warisan dan sibuk nak jadi jutawan, ini akan memudahkan lagi kerja bn untuk terus berkuasa apabila kurang tentangan dan teguran, soal ibdah solat dan amalan2 agama atau perkara yang dilarang agama hanya dipandang sebgai hak peribadi, nampaknya memang bn dah berjaya 50% dalam hal ini, apabila ditegur kenapa tak solat dan asyik main piano (alat muzik dalam gereja, kini dalam rumah orang islam)? dia akan berkata kubur masing-masing. mungkin atas konsep kubur masing-masinglah hukum hudud di pandang sebelah mata (walaupun ia hukum Allah SWT yang wajib dilaksanakan disebuah negara islam yang berdaulat). Wallahu a'lam...