Friday, November 25, 2011

TUN M BINGUNG : HISHAMUDDIN BERPUSING-PUSING DI BULATAN PANDAN!!??

Perhimpunan Agung UMNO 2011, hampir pasti bakal menjadi PAU PRU.  Sebagaimana Budget 2011 yang dikatakan Budget Pilihanraya, begitulah juga dengan PAU 2011. 

Di samping kelaziman yang berlaku setiap tahun, PAU 2011 sudah pasti akan menjadi platform penting UMNO ke arah persiapan menghadapi Pilihanraya.

Ramai kalangan pemimpin parti yang sedang memperkatakan mengenai transformasi politik. Hishamuddin Hussein Onn (H2O) juga ditanya mengenai PTP dan sejauh mana ia boleh merubah budaya dalam UMNO.

Cuma jawaban dari H2O yang tidak pernah jelas. Saya cuba membaca dua tiga kali wawancara beliau dalam Utusan hari ini, tapi masih belum jumpa apa sebenarnya yang cuba diperkatakannya. Saya masih lagi membaca dan cuba memahaminya. Insyaallah mungkin saya akan faham agaknya nanti.

Pendek kata, jawaban yang diberikan tidak konklusif langsung, ibarat air tak masak. Baru nak mendidih, api dah padam. Atau ibarat kereta yang berpusing-pusing di round about, tak tau nak pergi ke mana. 

Saya tak dapat nak bagi penjelasan lanjut apa yang diperkatakan oleh H2O. Siapa yang nak tau, bacalah sendiri.

Tak hairanlah Tun M kata pemimpin UMNO sudah tak tahu nak berhujah dan tak pandai nak mempertahankan parti dari serangan pengkritik.

Berbeza sekali antara penjelasan Tun M dengan H2O. Tun M baru nak masuk round about, kita dah boleh tahu dan agak Tun M nak menyusur keluar ke mana.

Pemimpin UMNO sudah tidak faham isu. Pemimpin UMNO sudah tidak faham perjuangan sebenar. Pemimpin UMNO sudah takut untuk mempertahankan kebenaran terhadap apa yang diperjuangkannya selama ini.

Pemimpin UMNO sudah tak tahu membezakan antara perjuangan UMNO dengan perjuangan pembangkang. Pemimpin UMNO sudah tidak yakin bahawa apa yang diperjuangkan selama ini, sebenarnya baik untuk agama, bangsa dan negara. 

Pemimpin UMNO terbawa-bawa dengan perjuangan dan isu yang dibawa oleh pembangkang.

Ada ke patut? Isteri melahirkan anak yang cantik, bijak dan sempurna hasil perkongsian hidup, si ayah pulak tidak yakin bahawa anak cantik dan sempurna itu sebenarnya anak dia.

Inilah penyakit jiwa paling kronik yang telah banyak ditunjukkan oleh ramai pemimpin UMNO.

Telah terbukti dengan nyata segala dasar, idealisma dan perjuangan yang di bawa oleh UMNO sejak lebih 60 tahun telah memberi terlalu banyak kesan baik terutama terhadap kestabilan dan perpaduan rakyatnya yang majmuk.

Dasar dalam beragama, dasar dalam memakmurkan ekonomi, dasar pembahagian kekayaan negara, dasar menang-menang dan toleransi kaum, perlindungan terhadap hak setiap warga, dasar keselamatan negara dan pelbagai lagi dasar yang terbukti telah memberi kejayaan kepada negara dan rakyat.

Tapi sayang, disebabkan masalah dan sikap pemimpin UMNO seperti yang dinyatakan oleh Tun M telah menyebabkan ramai yang memperlekehkan segala perjuangan dan pengorbanan yang telah dilakukan UMNO.

Bila ada kalangan yang mempertikaikan hak istimewa melayu, pemimpin UMNO jasi takut. Bila ada yang pertikai dan perlekehkan kesucian agama Islam, tiada pemimpin yang berani ke hadapan untuk mempertahankannya.

Bila ada pihak yang mempertikaikan DEB dan memalitkannya dengan kronisma dan rasuah, pemimpin UMNO terkial-kial tak tahu macam mana nak jawab.

Akhirnya, semua dasar yang telah terbukti baik dan berkesan ini dirombak, diliberal dan diubahsuai mengikut selera pihak yang memberi tekanan.

Usaha menyelamat hak melayu sudah tidak berani lagi dibuat secara transparen dan tegas. Usaha menyelamat beralih kepada cara sembunyi-sembunyi, sama seperti usaha menyelamat maruah dan harta benda bangsa waktu zaman penjajahan Jepun. Sorokkan padi dalam tanah, sorokkan radio atas loteng, sembunyikan anak dara dalam rumah tok penghulu.

Inilah tahap keberanian yang ada dalam diri rata-rata pemimpin UMNO. Kebaculan disembunyikan dengan alasan dunia sudah berubah, kehendak zaman sudah tidak seperti dulu, semua ini dilakukan untuk menjaga sensitiviti semua pihak dan semua keadaan. Pelbagai alasan digunakan untuk melapik dan menyembunyikan ketakutan dan kebaculan yang wujud dalam diri.

Sekarang kita ingin lihat sejauh mana pemimpin berpegang kepada kata-kata. Dikatakan parti tidak pernah menghalang kritikan terhadap pemimpin parti, dikatakan parti mengamalkan demokrasi dan memberi kebebasan kepada setiap perwakilan untuk meluahkan setiap kebimbangan dan kemusykilan. Dikatakan tiada berlaku apa-apa sekatan atau halangan untuk menyatakan fakta dan perbahasan tanpa pemantauan awal. 

Semua ini kita mahu lihat. Jika ia tidak berlaku, sudah pasti ia hanya bahasa retorik yang sangat dibenci oleh H2O.

1 comment:

  1. Hishamuddin patut disingkirkan. Dia bukan reti jadi menteri. Dari setiap kementerian dipegang mesti ada masaalah. Dia naik bukan kerana merit dan bijaksana tetapi kerana bapa dia. Orang Johor bukan suka sangat dengan dia.

    Najib pun boleh digulungkan dan diketegori nak jadi macam dia juga (maaf ini kenyataan). Kalau dah sepupu katakan. Najib mesti berani buang semua menteri dan orang-orang yang liabliti seperti H2O, Nazri, Zahid Hamidi, KJ dan ramai lagi. Banyak diluar sana ahlil dan ahlul UMNO yang berkeliber, tegas,berani dan cekap.

    Kalau macam inilah Najib simpan bahlul-bahlul saya akan mendoakan negari-negeri bawah BN akan jatuh ke tangan pembangkang. Kalau bawah BN dah sakit hati baik sakit hati bawah PKR. BN, undi protes akan menunggu mu.

    ReplyDelete