Tuesday, May 22, 2012
1 PERUSUH VETERAN, 1 ANAK DERHAKA DIHADAP KE MAHKAMAH!!
Petikan artikel Dato Zainudin Maidin, Utusan 22 Mei.
"Orang UMNO tidak akan dapat menjiwai semangat nasionalis Pas atau mendukung parti chauvanis Cina seperti DAP. Nasionalis UMNO tidak mungkin dapat berada dalam semangat nasionalis Islam Pas yang berasaskan kepada revolusi Indonesia dan revolusi Iran. Sekalipun Pas telah melemparkan negara Islamnya tetapi apabila sampai saat dan masanya maka ia akan timbul semula.
Perbezaan ‘orang asing’ dengan orang yang berjati diri UMNO bila tersingkir atau terkeluar daripada parti ini dapat dilihat melalui tindakan Tengku Razaleigh Hamzah dan Anwar Ibrahim. Tengku Razaleih tidak dapat menjadi pembangkang sejati sebaliknya masih mahu memakai baju UMNO. Beliau menubuhkan parti yang menjiwai semangat UMNO bersama-sama rakannya daripada bekas UMNO.
Tunku Abdul Rahman dan Tun Hussein Onn pernah keluar daripada UMNO dan kemudian menyertai Parti Semangat 46 kerana melihat semangat UMNO dalam parti itu dan Semangat 46 itu sendiri adalah jelmaan semangat UMNO. Tun Dr. Mahathir Mohamad juga keluar daripada UMNO untuk membetulkan UMNO dari luar (kemudian kembali masuk UMNO) dan demikian juga Ibrahim Ali yang berjuang menerusi Perkasa memberikan sokongan kepada UMNO.
Keluar masuk mereka ini daripada UMNO tidak pernah dianggap oleh UMNO sebagai orang asing malah tetap dikenang sebagai pemimpin UMNO dari zaman ke zaman. Demikian juga pengasas UMNO Dato’ Onn Jaafar.
Ini berbanding jauh dengan Anwar yang hanya beberapa minit sahaja selepas dipecat daripada UMNO terus menelanjangi jati dirinya sebagai orang yang benar-benar benci kepada UMNO dan bukan darah daging UMNO, lantas berada di pihak pembangkang dan langsung tidak mempunyai masalah untuk memperlihatkan asal usul kejatian dirinya, malah sampai kepada peringkat untuk menghapuskan sejarah dan jasa UMNO kepada negara ini.
Anwar bukanlah darah daging UMNO tetapi menyertai UMNO dengan hasrat untuk menjalankan penyusupan dan menukarkan keperibadian UMNO. Dia juga ingin menukar dasar dan pemerintahan secara drastik menurut semangat revolusinya tetapi Tuhan tidak mengizinkannya."
Tepat sekali ulasan ni... Tak payah tokok tambah lagi.
2 penyeludup yang membawa idealisma kotor yang telah menukar keperibadian dan jatidiri UMNO ini akan dihadapkan ke mahkamah atas kesalahan menipu jumlah pendemo tak bertamadun sebanyak 10 kali ganda dari jumlah kehadiran sebenar.
Ye...lah selagi BN berkuasa kamu boleh cakap apa saje tetapi bila PR pula berkuasa jangan kamu menikus sudahlah.
ReplyDelete