Sunday, May 20, 2012
ABU BAKAR, OSMAN, MUAWIYAH, NIK AZIZ DAN HARUSSANI
Kata-kata siapa yang lebih credible sebagai ulamak? Setiap patah perkataan yang keluar dari mulut seorang ulamak sangat penting dan boleh memberi kesan yang besar kepada masyarakat, samada kesan yang baik atau sebaliknya.
Itu sebab bagi ulamak yang benar-benar dikatakan warisatul anbia tidak akan sewenang-wenangnya mengeluarkan kata-kata secara sembarangan, kerana takut perkataan yang keluar dari mulutnya akan menjadi ikutan dan rujukan umat.
Tanda seorang ulamak akhirat, antaranya mereka sangat berhati-hati dalam mengeluarkan setiap patah perkataan kerana takut seandainya ada perkara yang tidak benar-benar menepati kehendak Allah dan rasulNya. Jika ini berlaku dan ia menjadi ikutan umat, maka ulamak ini akan bertanggungjawab terhadap sebarang salah faham dan kerosakan umat akibat dqri pandangan yang keluqr dari mulutnya.
Saidina Abu Bakar "assiddiq" sendiri pernah membuat inisiatif mengumpulkan ayat-ayat al-Quran, tapi akhirnya Saidina Abu Bakar membuat keputusan untuk membakar semua musyaf yang telah dikumpulkan. Alasannya ialah beliau tidak berani membuat sesuatu perkara yang tidak pernah dibuat oleh Rasulullah saw.
Begitulah taqwa Abu Bakar r.a kepada Allah dan taatnya beliau kepada rasulNya. Beliau tidak berani langsung untuk memandai-mandai dalam soal agama.
Pengumpulan musyaf ini hanya dilakukan semula pada zaman Saidina Osman. Saidina Osman melakukan apa yang tidak dibuat oleh RasulNya, juga adalah tindakan yang betul atas maksud ditakuti umat akan datang tidak kenal lagi akan Al Quran.
Pendek kata semua keputusan yang dibuat oleh ke dua-dua khalifah ini adalah di atas dasar "ditakuti" akan berlaku kemerisotan didalam amalan agama yang telah ditinggalkan oleh Rasulullah saw.
Tidak ada maksud yang selain dari semata-mata untuk menjaga kesucian agama. Tidak berpihak kepada kelompok, penguasa atau penentang pihak penguasa, atau kepada yang selain dari maksud agama.
Ulamak begini baru ada kelas.
Cubalah kaji setiap krisis yang terjadi di zaman muawiyyah, Abbassiah atau pemerintahan selepasnya.
Para sahabat nabi yang masih hidup di zaman muawiyyah, boleh dikatakan semuanya "tidak mahu campur" dengan sebarang konflik yang berlaku di antara umat atau yang berhubungkait dengan soal pemerintahan ketika itu.
Malah, para sahabat ini sering-kali mengelak untuk memberikan pandangan apabila didatangi oleh para tabbiin untuk merujuk sebarang kemusykilan samada mengenai agama mahupun mengenai soal pemerintahan.
Para sahabat ini sering menyuruh pergilah berjumpa dengan si anu-si anu, mungkin mereka lebih arif dari aku dalam soal ini.
Itulah pendirian sahabat-sahabat ketika itu. Mereka tidak berebut rebut mengeluarkan fatwa dan pendapat. Mereka tidak mahu tunjuk mereka lebih hampir dengan rasulullah saw daripada sahabat lain. Mereka tidak mengaku mereka lebih pandai dan lebih alim tentang sesuatu permasalahan.
Mereka tidak koyok, eksyen atau riak, jauh sekali untuk membuat temberang atau kecenderungan untuk berpihak kepada sesuatu kelompok. Mereka tidak sekali-kali mendaftar untuk apa-apa kepentingan yang bermaksud duniawi.
Sekarang mari fokus kepada isu Nik Aziz dan Ust Harussani.
Pendirian siapakah yang kebih mirip kepada pendirian sahabat nabi saw?
Siapakah yang tidak berpihak? Siapakah yang berpihak? Siapakah yang yang tidak mempunyai kepentingan atau ada conflict of interest?
Siapakah yang paling ringan mulut?
Apa yang pasti Harussani dan Nik Aziz ke dua-duanya adalah ulamak. Harussani adalah ulamak tetapi tidak merangkap Menteri Besar, sebaliknya Nik Aziz adalah ulamak dan pada masa yang sama merangkap Menteri Besar.
Siapa yang terperangkap dengan iblis dan syaitan?
Wallahualam....
No comments:
Post a Comment