Raja-raja Melayu kelihatan sudah semakin bimbang melihat politik yang keterlaluan yang berlaku akhir-akhir ini.
Seorang demi seorang raja-raja melayu meluahkan ketidakselesaan baginda melihat perkembangan politik yang semakin tidak sehat.
Permainan politik hari ini sudah merentasi batas dan sensitiviti agama dan perkauman seolah-olah sudah tiada lagi kategori yang dianggap sensitif. Semuanya sudah halal untuk diperdebatkan secara terbuka.
Mereka seperti anak jahil yang tidak tahu membezakan antara sarang tebuan dan sarang burung. Mereka tidak tahu bahaya dan kesan yang terjadi jika menjolok sarang tebuan. Pemimpin mereka pula memakai pakaian kalis tebuan dan jika tebuan mengganas pun mereka tidak dapat apa-apa kesan. Orang lain terkena serangan tebuan itu dia punya pasal.
Politik "langgar lari" isu-isu sensitif berkaitan agama dan perkauman ini sangat merbahaya kepada kedudukan masa depan negara bangsa.
Jika kuasa politik tidak lagi dapat digunakan untuk membendung perkara-perkara sensitif ini dari menjadi api pergaduhan antara agama dan kaum, kuasa dan pertahanan terakhir negara bangsa mungkin terpaksa digunakan.
Institusi raja bukan institusi partisan dan institusi ini tidak mencampuri soal berkaitan politik kepartian. Tetapi institusi raja mempunyai peranan yang tersendiri apabila keadaan memerlukan. Yang diPertuan Agung ada peruntukan keramat, iaitu Fasa 3 perkara 150 Perlembagaan Persekutuan.
Yang diPertuan Agung berserta Raja-Raja Melayu yang lain selaku pemilik negara bangsa ini tidak mungkin akan duduk dan berdiam diri sahaja melihat sesuatu keadaan terjadi yang boleh menyebabkan keseluruhan negara bangsa ini hancur.
Rakyat pasca 13 Mei 1969, khususnya yang tidak mahu ambil pusing apa yang berlaku, kenapa peristiwa itu berlaku dan bagaimana peristiwa itu diselesaikan, tidak dapat merasai apa-apa dari peristiwa 13 Mei itu. Golongan inilah golongan yang dimaksudkan sebagai golongan yang telah menyamatarafkan sarang tebuan dengan sarang burung. Mereka terlalu jahil.
Mereka yang bermain dengan sentimen politik agama dan perkauman ini sedar akan bahaya dan kesan dari permainan mereka. Tetapi disebabkan terdesak untuk mendapat sokongan rakyat, mereka tidak peduli itu semua.
Yang terjerat dengan permainan politik agama dan perkauman ini adalah penyokong parti dan rakyat yang tidak tahu akan bahaya dan kesan buruk permainan kotor pemimpin-pemimpin mereka ini.
Penyokong jahil ini ibarat seperti anak-anak mumaiyiz yang memegang pisau cukur gillete. Mereka tidak tahu betapa pisau cukur gillette itu sangat bahaya dan boleh mendatangkan luka atau boleh memotong jari halus mereka. Tapi disebabkan kejahilan, mereka jadikan pisau itu barang permainan.
Jika gillette ini dirampas begitu saja, mungkin akan mendatangkan kecederaan. Jika dibiarkan mereka terus bermain dengan pisau cukur sensitif ini akan mendatangkan bahaya pula, bukan saja kepada mereka, malahan kepada orang lain.
Untuk menyelamatkan negara bangsa ini dari terjerumus ke kancah anarki, nampaknya tiada lain melainkan Raja-Raja Melayu harus tampil ke depan sebelum keadaan jadi tambah meruncing.
Tanpa kuasa proklamasi darurat yang diperuntukan kepada Yang diPertuan Agung, keganasan kaum pada 13 Mei 1969 mungkin tidak dapat dibendung dan mungkin negara ini sudah hancur lebur akibat dari tiadanya kuasa pemutus dan terakhir yang ada pada Yang Dipertuan Agung.
Tun Razak atau siapa saja ketika itu tidak mungkin dapat mencari titik penyelesaian jika kuasa-kuasa Yang diPertuan Agung ini tidak diperuntukkan dalam perlembagaan negara.
Hari ini ancaman terhadap kesucian agama sudah semakin mencabar. Tahun 1969 dulu, pembangkang melayu yang berada dalam PAS tidak sehodoh perangai pemimpin melayu yang berada dalam Pakatan hari ini. Walaupun pemimpin PAS ketika itu tidak bersetuju dengan Perikatan dalam banyak perkara, tetapi apabila menyentuh soal kesucian Islam mereka turut sama berpadu tenaga atau sekurang-kurangnya mereka berdiam diri.
Yang mencabar kesucian agama dan bangsa melayu ketika itu hanyalah terdiri dati pemimpin pembangkang DAP dan Gerakan yang jelas memperjuangkan kepentingan bangsa mereka.
Hari ini suara-suara yang mencemar kesucian Islam bukan datang secara lanagsung dari pemimpin DAP cina, tetapi suara sumbang ini keluar dari mulut pemimpin melayu Islam dalam PKR dan PAS.
Seruan ke arah pluralisma agama datang dari mulut Anwar Ibrahim. Sikap yang diambil oleh Anwar ini turut memudahkan kerja IFC yang dipelopori oleh Bar Council untuk menyeragamkan kepercayaan antara agama dan menuntut hak samarata antara agama di negara ini.
Keterbukaan dan kebebasan memilih kepercayaan agama termasuk oleh umat melayu datang dari mulut Nurul Izah yang bersuara dari dalam gereja.
Yang paling hina ialah usaha pembendungan yang cuba dilakukan oleh beberapa kerat pemimpin PAS telah ditentang oleh kepimpinan PAS sendiri hingga ada yang dipecat tanpa bicara dari PAS.
Usaha pembendungan gejala yang meruntuhkan oleh kerajaan yang memerintah pula telah disalahtafsirkan hingga UMNO dan pemimpin kerajaan pula yang dilabel sebagai rasis agama dan rasis kaum.
Jika menurut fahaman Anwar, apa saja kerja yang dilakukannya tidak harus dibendung. Jika ada pihak yang cuba membendung dan membenteras gejala "fahaman rojak" yang dibawanya, bermakna mereka itu zalim, menindas dan mengongkong kebebasan hak asasi manusia.
Kesimpulan mudah yang dibuat oleh Anwar ialah pemerintahan kerajaan hari ini harus ditamat dan dibatu nisankan. Kerajaan hari ini bobrok, zalim dan hanya tahu untuk menyelamatkan kuasa, keluarga dan kroni semata-mata. Gejala rakus dan zalim ini adalah kerja UMNO sahaja. Kerja pengayaan kroni dalam kerjaan mereka adalah suci. Kepimpinan nepotisma yang diamalkan dalam PKR dan DAP adalah nepotisma suci. Ia hanya dikatakan salah jika ianya berlaku dalam UMNO.
Penipuan dan pengeliruan pemikiran rakyat ini adalah kemahiran Anwar yang menyamai kehalusan kerja yahudi dan zionis dalam usaha menakluki dunia.
Lihatlah endorsement PBB terhadap kerja halus zionis yang berjaya meletakkan terma "pengganas" hanya kepada umat Islam dan pejuang Islam. Kerja zalim zionis dan yahudi yang menghuru-hara dan menjatuhkan kerajaan Islam yang tidak bersama mereka dianggap sebagai suatu kewajiban dan suci.
Lihatlah bagaimana mereka menterbalikkan keadaan. Yang ganas dan salah dianggap benar, manakala yang benar-benar tertindas dianggap pengganas dan zalim dan harus dijatuhkan.
Suasana inilah yang sedang berlaku dan sedang disemarakkan oleh Anwar di tanah air ini. Semacam sudah menjadi suatu endorsement, Kerja zalim dan sesat yang mereka lakukan sudah ditermakan sebagai "suatu tuntutan perjuangan" yang mesti disokong, manakala segala usaha dan autoriti yang ada pada kerajaan yang memerintah sudah dianggap sebagai penyalahgunaan kuasa untuk kepentingan mengekalkan kuasa UMNO, kroni dan suku sakat.
Semua pemimpin pembangkang terjerat dengan permainan halus didikan zionis yahudi yang dijayakan oleh Anwar. Pemimpin cina DAP tidak ada masalah langsung dengan gaya dan cara Anwar kerana ia sangat bersesuaian dengan kehendak DAP. Yang paling "menyayukan hati" ialah melihat pemimpin PAS yang berserban terjuntai juga telah berjaya dipocong dan dijerat oleh kerja halus Anwar ini.
Tidak dapat disangkal lagi, bahawa modus operandi Anwar sangat mirip dengan modus operandi zionis yahudi. Bagaimana dunia tertipu dengan permainan halus zionis yahudi, begitulah rakyat Malaysia tertipu dan terkeliru dengan permainan perang minda yang dilakukan oleh Anwar.
Tiada siapa dapat mengawal gejala ini dari terus merebak dan membakar hangus pemikiran harmoni rakyat negara ini kerana terlalu sedikit di kalangan rakyat yang memahami situasi merbahaya untuk negara yang sedang dijayakan oleh Anwar ini.
Rakyat tidak tahu bahawa yang sedang mereka genggam di tangan itu adalah gillette yang bakal memotong dan mencederakan tangan-tangan dan jari-jari mereka. Kita yang tahu dan cuba menasihatkan mereka dituduh pula cuba mengongkong dan menindas kebebasan mereka untuk berbuat apa saja.
Kita kata perbuatan mereka menjejaskan akidah, mereka kata kita menyeleweng dan memutarbelitkan fakta. Kita kata amalan LGBT ini songsang, mereka kata kita mengongkong kebebasan mereka. Kita kata perkomgsian yang dilakukan oleh PAS hari ini boleh menjerumuskan umat Islam kearah kemerosotan dan manipulasi DAP, mereka kata UMNO terlalu gentar untuk kehilangan kuasa.
Jadi kesimpulannya, kita tidak boleh melakukan apa-apa lagi untuk menyelamatkan keadaan ini dari menjadi lebih parah.
Yang boleh menyelamatkan situasi di negara ini dari menjasi lebih parah hanyalah Raja-Raja Melayu dan kuasa-kuasa yang telah diperuntukan kepada Yang DiPertuan Agung!!
Melayan Union berjaya dibendung dan kekuatan melayu terserlah hanya apabila Raja-Raja Melayu tersentak dan bangkit untuknmenyelamatkan tanah air dan bangsanya pada tahun 1946.
UMNO yang wujud ketika itu hanyalah platform yang digunakan untuk menyelamatkan Islam, bangsa Melayu dan tanah air ini. Pada hakikatnya kuasa melayu itu mendapat endorsement hanyalah apabila Raja-Rajanya turut serta bangkit menyelamatkan keadaan.
Sejarah mungkin berulang lagi dan lagi. Sudah sampai ketikanya Raja-Raja melayu mengambil tempat diposisi "menyelamat kembali negara bangsa" ini yang sudah benar-benar mahu tergugat.
Titik nokhtah dan sempadan kepada semua gejala yang memusnahkan ini harus dibina sekarang, sebelum keadaan sudah terlalu lewat.
Pengajaran harus diberi kepada pemimpin-pemimpin yang cuba membawa negara bangsa ini ke suatu arah baru yang unprecedented kerana arah itu sangat merbahaya.
Pengajaran juga harus diberi kepada kerajaan yang memerintah hari ini bahawa "mereka selaku pemerintah berkewajiban untuk melakukan pencegahan awal dari berlakunya kemusnahan" total kepada negara yang sudah begitu "structured" yang ditinggalkan oleh pemimpin terdahulu.
Jika dulu, pemimpin-pemimpin ini yang mendesak sehingga Raja-Raja Melayu bangkit dari tidor, hari ini giliran Raja-Raja Melayu pula untuk bangkit dan menyelamatkan negara bangsa ini di atas "SATU SEBAB", iaitu pemimpin yang membina negara ini dahulu telah menyerahkan suatu peruntukan keramat KHAS buat Raja-Raja Melayu, iaitu Peruntukan Fasa 3, Perkara 150 Perlembagaan negara yang mana Yang Dipertuan Agung diberi kuasa untuk memanggil sidang Khas Parlimen atau menggantung parlimen seperti yang pernah dilakukan sewaktu negara ini mahu dikeluarkan dari keadaan anarki pasa 13 Mei 1969!!
Salam
ReplyDeletePerihatin sungguh saudara pasal isu islam yang berlaku kali ini. Itupun kemuncaknya selepas satu kenyataan YB Nurul Izzah satu forum di Subang Jaya baru-baru ini. Tetapi persoalannya kenapa ketika En. Dr Chua Soi Lek membuat kenyataan yang terang2 menghuris hati dan menghina islam kenapa tiada pihak yang bersungguh bersuara seperti hari ini terutama pihak yang menyokong kerajaan. semuanya pakat-pakat tak ada telor penakut nak mampus semuanya.
Jadi tak payahlah saudara nak ingatkan kami genarasi pasca 13 mei tentang itu semua, kalau kamu pihak yang mengingatkan itu semua adalah hipokrit dan munafik.
Wasalam
kata moses. syabas AWEKASTE.KEPAL NASI KEPAL BERAS jawap jgn tak jawap, saya setuju dgn AWEKASTE.
ReplyDeleteAwekaste..
ReplyDeleteSaya suka hujah sdr..cuma label munafik yg kamu beri pd saya itu tidak dibolehkan sama sekali oleh agama. Mendekatkan seorg Islam kpd Islam 70 kali lebih baik dr mengislamkan org bukan Islam. Sudah semestinya kenyataan Nurul Izah itu yg lebih songsang sbg seorg Islam berbanding dgn kenyataan seorg kafir spt Chua Soi Lek. chua SL tidak dpertanggungjwbkan atas kenyataannya kerana hukuman kpd dia dikira secara pukal iaitu tidak beriman dgn Allah. Itu sj. Malah CSL hanya mempertikaikan hudud PAS yg sememangnya tidak syarak pun. Dia tak pertikai Isllam yg disebut dlm perlembagaan..
Ok awekaste sila hujah lagi..saya suka
Sdr Kamarulzaman Kamdias, Setlh saya membaca tulisan sdr, saya dapati sdr mewakili PM lagaknya, bimbang sangat BN tumbang di PRU ke13 nanti, sehingga sanggup merayu kpd Raja2 supaya campur tangan, menuduh PR mengamalkan politik perkauman sdgkan sebenarnya demi menyelamatkan kuasa umnolah yg memainkan isu perkauman, sdr sehingga sanggup menghasut supaya tragedi 13 mei berulang jikalau umno kalah.
ReplyDeleteSedarlah sdr, org melayu yg sokong umno dah semakin kurang kerana sedar umno sanggup melakukan apa sahaja demi mengekalkan kuasa, hutang negara semakin banyak tetapi demi kuasa umno tidak peduli semua itu.
Rakyat pasti akan membuat perubahan kerana jika tidak membuat perubahan kali ini, negara Malaysia yg dicintai ini akan hancur ditangan umno laknat.
salam
ReplyDeleteterima kasih kerana respon komen saya, saya terlebih dahulu minta maaf jika ayat saya itu buat saudara terkilan. isu komen yb nurul izzah itu boleh diperdebatkan oleh pihak yang lebih arif, tapi komen Chua soi lek tersebut kita semua tak buat bodoh macam lembu kondo tu dek kerana malaun tu kapir dan yb n.izzah itu islam. tapi kedua2 adalah pemimpin utama parti yg boleh di anggap mewakili pandangan parti masing. olehitu tanggungjawab individu yang ada wadah seperti blog wajib atas selaku orang yang mengaku beriman kepada Allah SWT kena buat teguran dan gesaan melalui pena kalam dan bukannya menyalak dan mendengus bila komen itu dibuat oleh individu yang tak sekapal dgn kita. ikhlaskanlah teguran kita itu walaupun kena pada keluarga sendiri jika kita hendak dihormati oleh orang disekiling. sekian
wasalam
awekaste
Chua Soi Lek mengikut kato adat eaa, sokong atau tak sokong hudud Pas samo yo deh...
ReplyDeleteLaie pon baghu sokali dio kutuk hudud Pas. Yang Pas dah menyolewengkan agamo sojak parti itu totubuh apo hal..?
Yang Nuar Brahim tak sotuju hudud Pas tu apo hal.. apo tak bising. Yang Khalid Samad dan Dr Zulkifli sobut Hudud Pas tu bolun sosuai di Malaysia ni apo hal.. Yang Hj Hadi kato hudud Pas ni cumo 0.001% daghi perundangan Islam tu apa hal plak..
Baco dgn tonang apo yang disarankan dek Kepal Nasi ni baghu faham. Ini bukan masalah agamo yo doh, ini masalah yang sumo ea akan punah bilo dapek dek DAP dan PKR sok..
salam
ReplyDeletesaya ada sedikit Kemusykilan ttg pandangan saudara pemilik blog yang tak setuju hudud pas, sejauhmana dalamnya ilmu agama saudara sehingga sanggup mengatakan hudud pas itu tidak mencerminkan undang2 islam yang digariskan di dalam Al Quran. Pandangan saya janganlah dok terpengaruh dan terikut2 secara membabi buta dgn kata pemimpin umno ynag memang tak ada langsung niat dalam hati dan perjuangan mereka untuk menegakkan undang2 islam di muka bumi malaysia ini.
Oleh itu kita sebagai orang islam yang beriman dan yakin dengan ketetapan yang Allah nyatakan bahawa Islam shj agama yang diiktiraf olehnya kena wajib memberi sokongan yang tak bebelah bagi kepada pihak berusaha untuk menegakkan hukum Allah di Malaysia.
ikhlas daripada ' awekaste '
sekian. wasalam
Awekaste...
ReplyDeleteSdr sudah ketinggalan kapal PAS. Bukankah muktamar PAS baru saja berlangsung dan bapak presiden dan yg seangkatan dgnnya mana ada certia pasal hdud lagi.. PAS dah cerita silasi ke siyasi ke apa bende bahasa arab yg DAP pun tak faham. PAS dah tak sebut lg pasal hudud wahai sdr ku!!! Sedar ke tak sedar apa yg dikata ni? Kalau sdr cerita lagi pasal hudud, itu maknanya bukan lawan UMNO dah tp lawan tokey presdien sendiri. Hehe
salam
ReplyDeletebukan soal tertinggal kapal tapi ada lah strategi bagi menghadapi musuh politik yang licik seperti umno. pada pandangan saya Pas perlu dapat kuasa dan buangkan segala momokan yang dimainkan selama ini terhadap undang2 islam oleh pihak pemimpin umno dan seterusnya setelah ada kuasa serta tanpa kacau ganggu pihak umno. insyallah Islam mampu ditegakkan di bumi malaysia ini. amin
awekaste
wasalam
Awekaste dll..
ReplyDeleteSdr2 semua mungkin dah terlalu kepingin agar undang2 hudud terlaksana diMsia. Baguslah. Cuma jgnlah mengharapkan hudud sptmana yg kamu bygkan akan dilaksanakan dibwh PAS itu akan terlaksana.
Jgn samakannhukum hudud dgn hukum jenayah sivil. Kanun jenayah sivil tiada sangkut menyangkut dgn kehidupan selepas mati. Tetapi perlaksanaan hudud adalah di atas maksud kejayaan di dunia dan akhirat. Islam berkehendakkan semua umatnya mdpt kejayaan dunia dan akhirat. Adakah sdr pasti seseorg yg telah dikenakan hukuman hudud akan berjaya dikehidupan selepas matinya? Jia tiada jaminan kejayaan selepas mati,mitu bukannmaksud hudud sptmana yg digamnarkan oleh Nabi saw. Itu adalah hudud gambaran PAS.
Sudah jelaskah sdr bagaimana tertibnya nabi tatkala bagindabmahu melaksana hukum hudud di zamannya?
Zaman nabi tiada agensi penguatkuasaan atau pasukan penguatkuasa yg dipertanggungjwbkan utk mencari sesiapa yg boleh disabitkan dgn hukum hudud melainkan mereka2 yg melakukan dosa itu sendiri yg dtg berjumpa nabi dan minta dihukum. Tetapi nabi tidak terus melaksanakannya sehingga anak yg dikandung (jika berlaku jenayah zina) lepas dari susuan. Setelahbhukuman rejam dikenakan, nabi mengiktiraf taubat mereka dan nabi memberitahu sahabat yg lain jika dikumpulkan seluruh taubat kamu tidak sama dgn taubat wanita ini.
Apakah maksud semua ini? Maksudnya adalah semata2 kerana Allah dan maksud kejayaan akhirat. Adakah kamu pasti mereka yg dikenakan hukuman hudud PAS paati berjaya dan adakah sibersalah itu pasti bertaubat dan mati dalam taubat?
Kalau tak pasti, tutuplah kisah dan angan2 hudud sdr yg tak mendalamkan air ni. Kamu rasa kamu beriman kpd Allah dan org lain tidak?
Kesimpulannya,mjika mahu laksanakan hukum hudud jgn menerima secara membabibuta sesuatu hukum dan fatwa yg datang dari ulamak politik kerana mauduk mereka yg utama asalah kuasa dan bukan menegakkan hukum Allah...
ReplyDeleteTektikal move? Pas perlu dapat kuasa dulu baru tegakkan hukum Allah? Bro awekaste...itu angan2 bro...itu bukan tektikal Islam. Itu tektikal orang yg yakin pada akal logik melebihi yakin kepada Quran dan Hadis nabi.
ReplyDeleteKalau nabi pakai tektik kau bro, dulu lagi nabi dah guna. Nabi dah ditawarkan jadi raja danntinggalkan dakwah Islam. Nabi yang dibimbing secaravlangsung oleh Allah pun tidak pakai tektik mcm tu. Kalau nabi tu setaraf pemikiran baginda dgn ahlul PAS, boleh saja dia terima tawarannjasi raja dan bila kuasa sudah ditangan siapa berani lawan? Tegakkanlah hukum Islam dimukabumi. Bukankah itu sgt mudah? Bro awekaste...cara nak terkencing pun nabi tunjuk contoh, inikan cara untuk berdakwah dan mengembangkan agama bro...tolong jgn bertuhankan akal....
Sdr Kamarulzaman Kamdias, cukuplah sdr jadi pengampu umno,insaflah sdr, umno tu dah nazak dan nak tamat riwayat dah....berjuanglah demi kebenaran, jangan lagi bersama umno yg dah busuk sampai ke usus tu.......
ReplyDeletesalam
ReplyDeletekesimpulan saya ialah kepada yang beri hujah sepertimana di atas adalah Saudara semua tepuk dada tanya iman dalam hati masing2, tapi kalau dalam hati tiada sedikit habuk pun cita2 ingin melihat tegaknya perlaksanaan hukum Allah, tak payah cakap banyak saudara semua.
awekaste
wasalam
UMNO dah lobih 50 tahun dah bekuaso di Malaysia ni, pasal apo tak ado agenda nak laksanakan hukum Allah .. tunggu masa yg sesuai ko?
ReplyDelete