Wednesday, July 3, 2013
TIADA PERTANDINGAN VP UTK SELAMATKAN HISHAMMUDDIN!! @KUNAN@ZAHID
Pemimpin UMNO hanya "insaf dan sedia berubah" dalam perkara tertentu secara berpilih-pilih.
Mengharapkan pemimpin UMNO sedia berubah walaupun kepentingan diri sendiri terpaksa dikorbankan, samalah seperti kita mengharapkan Omar Ong berhenti secara sukarela dari memberi khidmat nasihat kepada DS Najib.
Yang sering diperingatkan supaya berani berubah pun hanya ahli akar umbi. Pemimpin tidak terikat dan tidak perlu berubah.
Ahli diperingatkan supaya insaf dan mementingkan masa depan parti.
Ahli juga dikehendaki bertindak matang dan setia kepada parti.
Ahli mesti memperjuangkan dan mendahului parti dalam segala hal.
Semua perkara ahli kena fikir dan semua perkara ahli mesti lakukan demi untuk kebaikan UMNO dan masa depan orang melayu di negara ini.
Pendek kata, tanggungjawab seseorang ahli UMNO lebih berat dari tanggungjawab seseorang yang bertaraf pemimpin. Lebih penting lagi, ahli perlu lebih memahami kehendak dan aspirasi para pemimpin UMNO daripada pemimpin perlu memahami aspirasi dan kehendak ahli di bawah.
Ini kedudukan UMNO zaman "transformational".
Tanggungjawab ahli berat kerana harus memahami kenapa pertandingan peringkat tertinggi perlu dielakkan.
Jika dulu pertandingan hanya perlu dielakkan bagi jawatan Presiden dan Timbalan Presiden, hari ini ahli perlu fikir lebih ke depan supaya pertandingan bagi jawatan Naib Presiden pun perlu dielakkan.
Jika berlaku perpecahan akibat dari pertandingan, siapakah menjadi faktor penyumbang kepada perpecahan ini? Adakah ahli ataupun pemimpin itu sendiri?
Jika ahli telah membuktikan mereka boleh akur dan taat dengan saranan pemimpin atasan supaya jangan dipertandingkan jawatan tertinggi, sejak tahun 1990, kenapa ahli tidak boleh akur jika selepas pertandingan para pemimpin yang bertanding ini menyaran dan menasihatkan ahli UMNO merapatkan semula barisan?
Jawatan tertinggi tidak pernah dipertandingkan sejak kali terakhir ia dipertandingkan pada tahun 1987. Selepas 1987, tiap kali diambang pemilihan semua pemimpin akan menyarankan supaya jangan dipertandingkan jawatan tertinggi, dan setiap kali itu juga ahli tetap akur dan taat dengan saranan pemimpin.
Tetapi, walaupun tidak pernah lagi berlaku pertandingan peringkat tertinggi, kenapa UMNO sekarang jauh lebih lemah dari UMNO yang diwarnai dengan pertandingan? Kenapa UMNO tetap juga mengalami pasang-surut sokongan rakyat, kadang-kadang kuat dan ada kalanya lemah, walaupun pertandingan peringkat tertinggi sentiasa berjaya dapat dielakkan dari berlaku?
Jelas sekali "kemungkinan berlakunya perpecahan akibat dari pertandingan jawatan tertinggi" hanyalah ayat yang digunakan untuk menjaga kepentingan pemimpin semata-mata. Hakikatnya ia tidak kena-mengena langsung dengan kepentingan ahli UMNO dan rakyat seluruhnya.
"Kemungkinan berlaku perpecahan akibat dari pertandingan jawatan tertinggi" adalah bahasa moden yang digunakan bagi menggantikan bahasa kuno Hang Tuah, tetapi tetap membayangkan maksud yang sama, iaitu ahli UMNO harus taat dan setia kepada pemimpin walau dalam apa keadaan sekali pun, jika mahu melayu terus selamat dan tidak hilang di dunia.
Ahli mesti memahami dengan mendalam masalah yang dihadapi oleh para penjawat 5 jawatan tertinggi ini.
DS Zahid Hamidi tiada masalah untuk terpilih semula. Tan Sri Muhyiddin Yassin juga tiada masalah untuk kekal dikedudukannya jika berlaku pertandingan. Malah DS Najib juga tiada masalah untuk diberi semula peluang ke dua oleh para perwakilan untuk membuktikan bahawa darah yang mengalir di dalam tubuh beliau masih kental darah keturunan Allahyarham Tun Razak.
Yang dilihat bermasalah besar untuk mengekalkan jawatan dan dipilih semula oleh perwakilan adalah DS Hishamuddin Tun Hussein dan DS Shafie Afdal.
Apakah 3.5 juta ahli UMNO perlu berkorban perasaan dan akur supaya dielakkan pertandingan di peringkat Naib Presiden hanya semata-mata demi untuk menyelamatkan kedudukan DS Hishamuddin Tun Hussein seorang?
Apakah 145 ribu perwakilan UMNO cawangan ke mesyuarat bahagian harus bersedia untuk mengorbankan kepentingan masa depan UMNO dipandangan mata rakyat dan orang melayu seluruhnya dengan bertindak mengelakkan berlaku pertandingan semata-mata mahu memastikan agar DS Hishamuddin tidak tersingkir dari kerusi Naib Presiden?
Adakah ahli UMNO mahukan "ikon" yang menjadi daya penarik sokongan rakyat untuk diletakkan di kedudukan-kedudukan penting hairaki parti, atau mahu mengekalkan "ikon" yang telah menyebabkan UMNO telah dipandang sebelah mata oleh rakyat pelbagai kaum, khususnya saluran 4 & 5?
Saya berkeyakinan penuh bahawa Allahyarham Dato Onn menubuhkan UMNO semata-mata demi untuk memastikan kedudukan umat melayu di tanah air ini terus didaulatkan.
Saya juga berkeyakinan penuh beliau tidak pernah sekelumit pun memikirkan untuk menubuhkan UMNO semata-mata bagi memastikan keturunan beliau "wajib mewarisi kepimpinan UMNO" walau selemah mana pun kepimpinan yang dimiliki oleh cucunya yang seorang ini.
Jika Anwar sudah dinasihatkan, "kalau dah peliwat tu peliwat jugak, kalau dah kalah tu kalah lah".
Nasihat untuk DS Hishamuddin macam mana pulak ya....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
kalo dah amaran 2 amaran jugak.amaran la yg dy bg kpd akar umbi umno."saya bg amaran!jgn ad pertandingan naib presiden.kalo x umno berpecah".puuiii!!
ReplyDeleteSaya berpendapat Hishamddin tidak berjaya malah tal sesuai jadi saorang menteri.Dia hanya menempil pada sepupunya Ds najib.He should be removed. Ramai lagi pemimpin Umno yg lebeh berkeliber.Terus terang saya katakan kami akan tukar channel setiap kali wajahnya keluar tv.
ReplyDeleteSaya sedang dalam proses memprogramkan otak saya supaya menerima kenyataan bahawa selepas PRU14 kelak, tidak ada lagi kerajaan Melayu seperti UMNO yang ada hanya ketua2 orang Melayu dibawah kepimpinan DAP! Dan Raja2 Mealyu hanya akan menerima sahaja penjajahan CINA ke atas Negeri2 Tanah Melayu!
ReplyDeleteTerima kasih Najib dan konco2 kamu kerana membunuh politik dan kekuasaan orang Melayu.
Hisham ni memang dah terbukti tak "competent" untuk bawa misi dimana mana jawatan dan kementerian pun. aku paling tak boleh lupa insiden menghunus keris ...masa dia mula mula menjulang keris nampak macam hebat sangat ...tapi rupa rupanya bila diprovoke oleh puak puak sebelah sana terus terbenam "telur dan kelakiannya" ..start dari situ aku tahu dia ni dah jadi "auwww".
ReplyDeleteLagi pun kat mana pun dia diletakkan tak ada apa pun pencapaian hebat yg boleh kita ingat . DI KDN dia diingati sebagai Menteri Amaran.....bahkan legasi "takut -takut" polis pun berasbab dari Zaman Hisham . ISA dan Ordinan Darurat pun lingkup dibawah Zaman Hisham...
Cukup Cukuplah kita bernostalgia dengan anak anak Aristokrat yg tak tahu macam mana susah payah dan jerih perih rakyat marhain...jangan terpedaya dengan lakonan yg kononya perihatin..walhal sekadar ingin kan Undi...
Jawatan Naib Presiden Perlu dipertandingankan...Kita tengok sapa yg timbul atau tenggelam . UMNO perlu kepimpinan baru untuk berhadapan dengn "BAPAKKKKKKK" segala Pilihanraya pada PRU 14 nanti.... fikir fikirkan....
Cukup-cukup lah si Hisham jadi passenger dalam government dan jadi perhiasan kat pejabat menteri. Najib perlu korbankan sepupu dia yang sorang ini demi untuk selamatkan masa depan dan senambungan UMNO/BN sebagai wadah melayu bumiputra. Tun Mahathir mungkin boleh bantu nasihat Najib. Honestly dan sincerely, Hishamuddin is not minister material, dan kalau sebagai PM, jauh pangang dari api. Potential sebagai next presiden, sekiranya UMNO masih berkuasa, adalah Mahyudin, Zahid Hamidi dan Shafie Afdal. Hisham can never be in the list. He has been given sufficient opportunities.
DeletePendapat saya, boleh tidak di adakan pemilihan jawatan Naib Presiden, tapi dengan satu syarat: ia itu Hishamuddin letak jawatan NP dan tidak bertanding. Amacam Hisham? Are you man enough to accept this challenge?
ReplyDeleteSemasa serangan keLahat Datu dulu Hisham kata penyerang2 bukan pengganas.Bodoh betul mentri ni.Penyerang bersenjata berat gerakan ala tentera tu bukan pengganas ke.Bodoh.Bila polis dibunuh dengan kejambukan perbuatan pengganas yg menceroboh negara kita.Hisham not only childish but stupid.For DS Najib our advise to u is that pl be careful, dont let your cousin pull u down together with him, just because he is your cousin.
ReplyDeletekalau ada pertandingan peringkat MT umno,maka belakulah perpecahan.Kalau yg berpecah kerana kalah akan protes dan menentang parti umno.Adakah kekuatan tokoh2 umno yg kalah di dalam pertandingan, ada semacam aura putar belit,kaki spin,membakar semangat rakyat,kaki auta,lagak,memfitnah, hebat dan alim dgn membaca potongan ayat Al quran dan terjemahannya, hakikatnya rakyat telah mengetahui siapa anwar yg sebenarnya.Soalan,adakah akan lahir,beberapa tokoh politik seperti anwar ibrahim.Adakah akan wujud parti politik baru yg menganggu gugat undi melayu?.Jawapannya, adalah imej yg baik dan ada pada tokoh berkenaan.
ReplyDelete' UMNO akan buat perubahan dan menjadi inclusive ' kata Najib ....i want to vomit bloodlah bro ..lagi aku tengok dia ...nak loya aku ni ...
ReplyDeleteKPI Najib:
ReplyDelete1. Bela nasib Melayu/Bumiputera = F
2. Martabatkan Sekolah Kebangsaan = F
3. Menjulang perundangan dan syiar Islam = F
4. Mewujudkan golongan pengusaha Melayu/Bumiputera yg menguasai bidang pemborongan dan peruncitan = F
5. Menzahirkan sebuah Bandar/Bandaraya Melayu/Bumiputera dengan deretan gedung komersil = F
6. Memastikan professional Melayu/Bumiputera bertambah dalam sector kritikal seperti perakaunan (ACCA) dan pelaburan (analyst) = F
7. Meningkatkan taraf hidup bangsa Melayu/Bumiputera sebagai teras peradaban Bangsa Malaysia = F
8. Memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan pentadbiran di sector kerajaan dan swasta = F
9. Merealisasikan penguasaan ekonomi di sector korporat oleh Melayu/Bumiputera = F
10. Membasmi/mengurangkan jenayah = F (lantaran kebebalan beliau membakulsampahkan ISA dan EO atas punahsihat Omar Ong dan tekanan DAPigs/PKR)
Apalah yg diharapkan pada minda dan batang tubuh bernama Mohd Najib Abdul Razak ini?