Tuesday, March 25, 2014

TAKZIAH KEPADA MH370, MANGSA DAN DUNIA!!

"Top priority", iaitu untuk menemui pesawat sudah tercapai berdasarkan sidang akhbar Perdana Menteri jam 10 malam tadi.

Walaupun butiran lanjut hanya akan diketahui petang nanti, kita sudah diberitahu pesawat MH370 berakhir di pendalaman Lautan Hindi.

Jika benar seperti yang diumumkan, ini bermakna salah satu andaian yang boleh diterima pastinya penerbangan ini berakhir disebabkan kehabisan kerosin.

Andaian seterusnya ialah samada pesawat ini dipandu dengan sengaja oleh kapten hingga kehabisan minyak ataupu pesawat ini telah dipandu secara auto pilot. Jika dipandu secara auto pilot, apa sebenarnya yang terjadi kepada kedua-dua pilot yang berada di dalam kokpit? 

Jika diandaikan ke dua-duanya mati mengejut setelah pesawat diprogram secara auto pilot, apakah punca yang menyebabkan mereka mati mengejut? Adakah kebocoran gas atau kegagalan mekanikal yang mengeluarkan suatu bahan bahaya hingga menyebabkan mereka mati mengejut? 

Jika mereka diandaikan dibunuh oleh seseorang di dalam kokpit, siapa dan bagaimana pembunuh andaian ini boleh masuk ke dalam kokpit pintu kebal? Jika benar pula "pembunuh andaian" ini berjaya masuk ke kokpit, seterusnya membunuh kapten dan pembantunya, kenapa pesawat ini dirampas hanya untuk diterbangkan secara auto pilot hingga kehabisan minyak dan terhempas di pendalaman Lautan Hindi? Takkan itu saja tujuannya, melainkan pembunuh andaian ini gila.

Sepanjang lebih 6 jam pesawat ini terbang, tiada langsungkah inisiatif dari anak-anak kapal lain untuk memberi isyarat di luar sana? Atau andaian seterusnya semua penumpang dan anak kapal mati mengejut juga dan pesawat terbang secara auto hingga ke destinasi "ontah-mano".

Andaian lain yang boleh dibuat ialah ia sengaja dilakukan oleh ke dua-dua kapten dan pembantunya. Tapi, untuk apa? Adakah kedua-dua mereka seia-sekata dan sehidup semati dalam hal ini? Ia tak mungkin berlaku.

Setakat kenyataan yang dibuat oleh PM dalam sidang akhbar tergempar malam tadi, inilah saja andaian yang boleh dinyatakan. Andaian lain hanya boleh dibuat selepas butiran lanjut yang bakal didedahkan dalam sidang akhbar hari ini.

Apa yang pasti, penemuan objek ini jika benar ia adalah sebahagian komponen pesawat MH370, ia adalah merupakan permulaan kepada suatu perjalanan dan perungkaian kepada sesuatu yang sangat-sangat misteri dan sulit untuk dirumuskan.

Seandainya berjaya pun ditemukan suatu yang conclusive, ia pasti tidak akan berjaya meyakinkan semua pihak khususnya kepada waris mangsa.

Penemuan pesawat di lokasi yang tidak terjangkau logiknya oleh pemikiran manusia ini akan menyebabkan kes ini menjadi terlalu rumit dan bakal membuka kepada pelbagai teori, kemungkinan, rumusan dan andaian yang tidak mungkin mencapai kepada suatu yang conclusive.

Mungkin juga penemuan pesawat ini bakal menjadikan dunia ini benar-benar bulat. Siapa bakal duduk di bulatan di bawah, di tepi dan di atas belumlah dapat dipastikan.

Siapa yang terkurung di dalam dan siapa yang terkurung di luar, belum pasti. Siapa yang terhimpit di atas dan siapa yang terhimpit di bawah juga sama-samalah kita menanti, menilai dan merumuskannya.

No comments:

Post a Comment