Wednesday, June 17, 2009

AN-WAR BRAIM BUKAN SETAKAT AGEN CIA....

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim membidas Perdana Menteri Najib Abdul Razak kerana cuba mengumpan Pas menyertai Barisan Nasional dalam usaha terdesak untuk mengekalkan kuasa politik.

Anwar Braim tuduh PM Najib terdesak pulak. Siapa yang terdesak ni? Anwar cepat-cepat buat sidang akhbar di parlimen sebaik saja PM Najib beri kenyataan yang responsif terhadap kerajaan perpaduan yang dicadangkan oleh PAS.

Dia yang terdesak dan terlalu takut kalau UMNO dan PAS saling bersangka baik.

Anwar tahu, jika wujud dan berjaya perundingan antara UMNO dan PAS, maka perpaduan di kalangan orang melayu Islam di negara ini akan wujud.

Abdulah bin Sabak si munafik musuh Islam begitu takut jika wujud perdamaian antara puak Aisyah ra dan puak Saidina Ali ra. Abdullah Sabak telah mencari jalan untuk menggagalkan perdamaian dan akhirnya berlakulah peperangan Jamal yang menyayat hati.

Puak-puak Abdullah bin Sabak berusaha keras siang dan malam bagi memastikan rundingan damai antara Isteri dan menantu Nabi saw gagal.

Nampaknya modus operandi Abdullah Sabak sedang cuba ditiru oleh Bapa Manipulasi Pemikiran Rakyat Malaysia.

Puak Abdullah Sabak juga pernah melontarkan keraguan dan mempertikaikan soal keikhlasan puak Aisyah dan puak Ali. Abdullah Sabak juga tidak kurang petahnya mengeluarkan ayat-ayat quran dan hadis-hadis nabi.

Kita nak lihat babak-babak seterusnya bagaimana Abdullah Sabak Malaysia akan melakukan usaha keras mengelirukan seluruh umat Malaysia agar usaha mencipta perpaduan di negara ini menemui kegagalan seperti mana gagalnya perdamaian Aisyah ra dan Ali ra.

‘Sabak’ kalau di Negori Sembilan adalah ‘tempat pembakaran’ khusus untuk memasak gula anau.

Kerja ‘sabak’ memang untuk memanas dan membakar…

No comments:

Post a Comment