Saturday, September 3, 2011

PEMIMPIN PEMBANGKANG MASIH GAGAL ATASI PEMIMPIN BN

Masih belum terlambat untuk mengucapkan selamat hari raya eidulfitri kepada seluruh umat muslimin dan muslimat. Maaf zahir batin dipinta sepanjang penulisan Kepal Nasi Kepal Beras. Kepal Nasi Kepal Beras akan terus menulis mengikut perspektif sebagaimana lazim, walaupun ada kalangan pembaca yang tidak bersetuju dan berasa marah, meluat atau berbulu dan sakit dada.

Apa pun, maksud penulis menulis adalah bertujuan untuk menyatukan pemikiran dan bukan untuk tumpang sekaki memecah-belahkan rakyat khususnya umat Islam dan melayu di negara ini. 

Penulis harus bertanggungjawab di atas penulisannya. Sama juga seperti bidang-bidang lain. Setiap manusia harus bertanggungjawab terhadap apa yang dikerjakannya. Setiap pekerjaan itu mesti disertakan dengan niat yang baik dan jujur. Itulah awal setiap pekerjaan. 

Jika di awal-awal pekerjaan kita sudah tersilap niat, maka ia akan melarat sampai ke hujung. Hasilnya sudah pasti akan mendatangkan keburukan kepada diri dan juga kepada orang lain.

Inilah maksud kepal nasi kepal beras. 

2 pekerjaan/perbuatan yang sama akan memberi kesan dan hasil yang berlainan. Ia bergantung kepada niat kerana apa ianya dilakukan. 

Petatah petitih menyebut, kalau mahu jadi pemimpin, jadilah pemimpin kepal nasi. Janganlah jadi pemimpin kepal beras. Perbuatannya sama tapi kesannya berbeza. Satu boleh menyatu-padukan dan kesan yang satu lagi boleh menyumbang kepada perpecahan.

Cubalah nilai setiap ungkapan dan perbuatan setiap pemimpin di negara ini samada pemimpin kerajaan mahu pun pemimpin pembangkang. 

Jika kita orang yang berfikir menggunakan pemikiran secara rasional tanpa berpihak dan prejudis, pasti kita akan dapat menilai jenis dan fi'iil setiap pemimpin ini. Kita akan nampak jelas, ungkapan dan perbuatan apa dan siapakah yang menambah-baik dan ungkapan apa dan siapakah yang akan menambah-buruk kepada keadaan sediada.

Pemimpin harus berkata benar dan jujur. Pemimpin harus menjaga mulut dan keperibadian. Pemimpin tidak boleh berkata sembarangan kerana setiap kata-kata atau ungkapan mereka akan memberi kesan besar kepada masyarakat. Pemimpin yang lepas cakap tanpa berfikir akan kesannya kepada masyarakat tidak layak sama sekali dijadikan pemimpin.

Kalau saya sebagai orang kecil berhujah di kedai kopi dan mempertahankan komunis sebagai pejuang tanah air dan polis atau tentera sebagai talibarut penjajah, tidak akan memberi kesan aoa-apa kepada masyarakat. Jika ada pun adalah di kalangan yang mendengar hujah saya.

Tetapi, jika pemimpin bertaraf Timbalan Presiden sebuah parti besar yang berhujah seoerti itu, sudah pasti kesannya kepada masyarakat sangat besar.

Begitu juga jika saya berhujah dengan dua tiga orang kawan, menyalahkan tindakan Jais menyerbu gereja dan mempertahankan secara buta tuli tindakan pihak gereja meraikan orang-orang Islam secara private di gereja, mungkin tidak akan memberi kesan dan tidak mewujudkan polemik dalam masyarakat. 

Tetapi, jika seorang bertaraf Menteri Besar atau bertaraf nasional berhujah seperti saya, sudah pasti akan lebih banyak menimbulkan perbalahan dan pergolakan dalam masyarakat.

Ini adalah antara beberapa kisah dan contoh nyata yang sedang berkembang begitu pantas di negara kita sekarang ini.

Apa akan terjadi kepada negara ini, jika semua pemimpin hilang kewarasan dan tidak lagi mementingkan kebenaran dan kejujuran dalam setiap kata-kata mereka.

Apa akan jadi jika semua pemimpin begitu ringan mulut dan main lepas cakap sesuka hati tanpa memikirkan langsung kesan buruk yang akan berlaku akibat dari ungkapan dan perbuatan yang tidak disulami dengan kebenaran dan kejujuran?

Apa pula yang akan berlaku jika pemimpin besar kerajaan seperti Najib dan Muhyiddin juga membalas hujah mereka dengan cara yang sama dengan melepaskan kata-kata tanpa berfikir dan main lepas cakap seperti mereka?

Sudah pasti negara akan lebih pantas menuju kepada kehancuran. Alhamdulillah, syukur merana pemimpin besar kerajaan ini masih waras dan tahu keutamaan dan kepentingan yang lebih wajib untuk mereka dahulukan sebagai pemimpin.

Jika tahap kematangan dan kewarasan mereka sama saja 2x5 seperti fi'il pemimpin pembangkang, saya anggarkan negara ini sudah lama hancur dan lebur. Tiada siapa lagi yang berasa selesa dan selamat untuk hidup di negara ini.

Walaupun kebijaksanaan pimpinan kerajaan masih boleh dipertikaikan, tetapi sesuatu yang harus kita akui ialah mereka masih menjalankan pentadbiran di dalam keadaan akal yang waras dan tidak terpengaruh dengan nafsu "matlamat menghalalkan cara". Pihak pembangkang akhir-akhir ini sudah semakin hilang punca dan semakin hilang kewarasan dalam mengendalikan mental mereka di dalam berpolitik.

Dengan segala macam onak dan "pemikiran luar kotak bukan-bukan" yang sedang diungkapkan oleh pemimpin-pemimpin pembangkang, sebenarnya telah membuka ruang yang cukup besar kepada Barisan Nasional untuk menamatkan terus riwayat politik pembangkang.

BN boleh saja mengambil setiap kesempatan dari sikap melatah dan lepas cakap pemimpin pembangkang ini untuk menarik kembali sokongan rakyat. BN boleh saja menggunakan segala kelebihan yang ada dan mengajak rakyat menolak terus pembangkang ke gaung.

Tetapi, BN tetap BN. BN tidak pernah lari dari dasar pokok dan utama. BN ada keutamaan dan amanah lain yang lebih besar, iaitu terpaksa mendahulukan keharmonian dan keamanan hidup rakyat di dalam negara. BN tidak pernah mengkompromikan perkara pokok ini dengan melakukan tindakan politik diluar kewarasan dan menurunkan tahap piawaian BN setaraf dengan fi'il pembangkang.

Itulah yang membezakan di antara BN dan pakatan pembangkang. Barangkali inilah yang menyebabkan pembangkang tidak pernah berjaya mengambil-alih negara ini.

Bukankah tuhan itu maha kuasa dan maha mengetahui? Apa yang pasti tuhan tidak pernah lalai dan leka walaupun sesaat.

No comments:

Post a Comment