Monday, December 26, 2011

ANTARA ANWAR DAN KHIR TOYO....

Beberapa persoalan boleh dibangkit dan dibandingkan dalam pertuduhan yang dihadapi oleh Khir Toyo dan Anwar Ibrahim.

1. Apakah Mahkamah Tinggi S.Alam yang menghakimi Khir Toyo adil tapi Mahkamah Tinggi Jalan Duta yang mengadili Anwar tidak adil?

2. Apakah pendakwa dan penyiasat dalam kes Khir Toyo benar-benar bebas tapi pendakwa dan penyiasat dalam kes Anwar dipengaruhi dan berkonspirasi?

3. Apakah pendakwaan Khir Toyo suatu yang prima facie dan pendakwaan terhadap Anwar suatu rekayasa?

4. Apakah pendakwaan terhadap Khir Toyo suatu yang wajib dilakukan demi kedaulatan undang-undang, manakala pendakwaan terhadap Anwar semata-mata untuk tujuan mengaibkan dan menjatuhkan kerjaya politiknya semata-mata.

5. Apakah bukti-bukti yang didedahkan oleh pendakwa dalam kes Khir Toyo suatu bukti yang benar, manakala segala bukti yang dikemukakan dalam kes Anwar segalanya palsu dan tohmahan.

6. Apakah bukti pembelaan kes Khir Toyo tidak kuat, manakala bukti pembelaan pasukan pembela Anwar sangat kuat dan mempunyai alibi?

7. Kenapa Khir Toyo akur dengan keputusan mahkamah tetapi Anwar awal-awal lagi sudah tolak bulat-bulat?

8. Kenapa Khir Toyo tidak buat gerakan Free Khir Toyo Campaign, seperti yang dilakukan oleh Anwar?

Siapa yang memperjuangkan kedaulatan undang-undang sebenarnya?

Siapa yang menjadikan undang-undang seperti sarkas sebenarnya?

Siapa yang mendefinisikan undang-undang mengikut hati dan citarasa sendiri sebenarnya?

Siapa yang sentiasa menolak takdir sebenarnya?

Sapa yang mahu menentukan takdir tuhan sentiasa bersama dan menyebelahinya sepanjang masa?

Siapa yang cuba memperbodohkan siapa sebenarnya?

Siapa yang menganiaya siapa sebenarnya?

Siapa yang memfitnah siapa sebenarnya?

Siapa yang fabricate setiap isu untuk kepentingan diri sebenarnya?

Siapa yang berani kerana benar sebenarnya?

Siapa yang benar-benar takut disebabkan rasa bersalah sebenarnya?

Siapa yang membuat kerja terkutuk sebenarnya?

1 comment:

  1. Didalam sejarah kerajaan BN, sangat jarang pemimpin utama umno atau pemimpin parti komponen lainnya yang di dakwa ke Mahkamah dan di jatuhkan hukuman, kalau ada pun, mesti pemimpin tersebut tidak disenangi pemimpin atasan kerajaan.

    Antaranya seingat saya ialah Dato`Harun Idris, Dato` Mokhtar Hashim dan yang terbaru DSAI dan paling baru Khir Toyo.

    Pendakwaan dan menjatuhkan hukuman terhadap Khir Toyo lebih kepada taktik mengelabukan mata rakyat supaya tidak nampak sangat perancangan yang mahu menamat karier politik DSAI.

    Seperti semua sedia maklum bahawa DSAI adalah satu-satu tokoh dikalangan pembangkang yang boleh menjadi faktor penyatuan, oleh itu usaha mesti dilakukan supaya kerjaya politik DSAI di tamatkan.

    Maka disinilah perbezaannya diantara kes Anwar dengan Khir Toyo dimana diyakini selepas PRU ke-13 nanti Khir Toyo akan dibebaskan dari hukuman dengan sesuatu alasan manakala Anwar terus merengkok di dalam penjara didalam waktu yang lama.

    Begitulah keadilan yang diperjuangkan oleh Umno.

    ReplyDelete