Monday, December 19, 2011

ANWAR KETULAHAN DENGAN TUN M SEKALI LAGI....

Anwar semakin tak pandai berbohong. Kemahiran berbohong, melakukan fitnah dan pendustaan yang selama-lamanya menjadi aset penting Anwar dalam pendakian ke puncak populariti semakin tidak menjadi akhir-akhir ini.

Kesilapan dan kelalaian terbaru Anwar dalam mencari sasaran mangsa pembohongan dan dusta ialah apabila dia cuba menjadikan Tun M sebagai subjek untuk dibolosi kredibiliti dan reputasinya.

Inilah rahsia kelemahan utama Anwar yang telah menyebabkan dia gagal terus-menerus di dalam pendakiannya untuk menjadi penguasa di negara tanah melayu ini.

Anwar gagal menjadi penguasa kerana dia sering mengambil jalan singkat, salah dan kotor untuk mendapat kuasa, iaitu dengan menjadikan pendekatan bohong, fitnah dan dusta sebagai rukun utama dalam perjuangannya.

Semasa di puncak sokongan dan simpati yang membuak rakyat hasil dari tempelengan dan tumbukan Rahim Noor pada tahun 1998 pun Anwar masih gagal untuk meruntuhkan kredibiliti dan reputasi Tun M, kenapa dalam keadaan yang semakin lemah dan tembelangnya yang sedang pecah satu demi satu ketika ini pun, Anwar masih cuba untuk meraih simpati dan sokongan dengan menjadikan Tun M sebagai subjek utamanya?

Ini yang saya katakan kelemahan ketara Anwar yang telah menyebabkan dia terus menerus gagal dalam usaha untuk mendaki ke puncak kuasa. Dia selalu melakukan "silap besar" dalam percaturannya.

Dia lupa bahawa pendekatannya yang meletakkan ayat al Quran di lidah dan sifat serigala di hatinya selama dia membawa perjuangannya, telah memakan korban yang bukan sedikit kepada diri dan keluarganya, malahan kesan perlakuan serigalanya telah menyebabkan malapetaka besar kepada agama, bangsa dan negaranya sendiri.

Lihatlah... Kemudahan Pakej Pinjaman World Bank yang disediakan untuk setiap negara di dunia ini untuk tujuan pembangunan pun cuba dikelirukan oleh Anwar sehingga rakyat tidak dapat membezakannya dengan pakej kewangan IMF yang ditolak mentah-mentah oleh Tun M sewaktu mengalami krisis kewangan pada tahun 1997/1998.

Lihatlah... Bagaimana Anwar mahu menggambarkan dia pernah menolak pinjaman world Bank pada tahun 1993!. Tahun 1993 bukankah tahun kemakmuran ekonomi yang berlaku di seluruh dunia? Bukankah limpahan kemakmuran ekonomi begitu dirasai oleh seluruh rakyat di negara ini pada ketika itu? 

Hantu mana yang nak pinjam duit waktu makmur? Waktu Anwqr menolak tawaran World Bank itu, bukankah Tun M juga yang jadi PM? Bukankah Tun M juga yang jadi PM sewaktu negara menolak mentah-mentah pakej kewangan IMF pada tahun 1998? 

Bukankah Anwar sedang merengkok di Sg Buluh pada tahun 1999, tahun di mana dikatakannya Tun M merayu pinjaman World Bank? Bukankah waktu itu kawalan RM telah dikuatkuasakan sebagai alternatif terhadap penolakan mentah-mentah pakej bailout yang dibuat oleh IMF? Apa perlunya Tun M merayu pinjaman lagi?

Tapi Anwar tetap Anwar. Disebabkan pembohongan, fitnah dan dusta sudah menjadi darah daging, dia tak tahu lagi mana satu cakapnya yang bohong dan yang tak bohong. Dia keliru sendiri kerana cakap-cakap bohongnya sudah bercanggah di antara satu sama lain.

No comments:

Post a Comment