Tuesday, July 24, 2012

FATWA TERBARU UNTUK PEMIMPIN PAS!!!

Apakah beza perjuangan Islam dan perjuangan demokrasi atau yang selain dari Islam?

Jika semua platform perjuangan yang selain dari Islam mahu diserapkan nilai Islam, maka sangat rendahlah nilai Islam itu pada tanggapan orang lain. Apakah ketinggian dan kesucian amalan Islam ciptaan Allah itu mahu disamatarafkan dengan amalan demokrasi yang dicipta oleh si hamba Allah?

Apakah amal Islam itu tidak ada KPI tersendiri yang ditunjukkan oleh utusanNya sehingga Islam itu perlu hanya perlu ditempel-tempel di dalam platform ciptaan kafir kapitalis?

Apakah amalan itu sudah layak dikatakan bersesuaian dengan Islam asalkan "ia tidak bertentangan dengan Islam"? Atau, asalkan sesuatu perkara itu tidak bertentangan dengan Islam, maka ia dibolehkan. Asal saja tiada larangan khusus mengenai sesuatu perkara yang disebut oleh Allah dan RasulNya, maka ia sudah cukup dikatakan "Islam tidak menegah"?

Apakah cukup kita bersembahyang sekadar memakai "seluar katok" hanya disebabkan seluar katok itu berada di bawah paras lutut? Jika cukup sekadar seluar katok, kerana ia tidak bertentangan dengan syarak, kenapa tidak kita galakkan umat Islam lelaki mengenakan seluar katok sahaja ketika sembahyang jemaah?

Apakah kita mahu Islam itu diamalkan menurut citarasa, kemahuan dan nafsu semata?,  dan tidak lagi bersandarkan kepada iman dan takwa?

Selama mana amalan yang dilakukan itu bersesuaian dengan citarasa dan nafsu, walaupun amalan tersebut didapati tidak bertentangan dengan Al Quran dan Sunnah, maka amalan itu dilakukan bukanlah disebabkan keimanan dan ketakwaan seseorang kepada tuhannya. Amalan yang paling benar dan paling tinggi di sisi tuhan adalah amalan yang paling bertentangan dengan citarasa dan nafsu kita. Lawan kepada citarasa dan nafsu adalah iman dan takwa. Ia ibarat air dan minyak. Ia juga ibarat main jongkang jongkit. Bila nafsu bergelora, itu bermakna iman sedang nazak. Begitu juga sebaliknya. 

Jika amalan itu dilakukan dengan dokongan semangat dan nafsu semata, maka amalan itu amatlah diragui akan kesasihannya di sisi tuhan. Sedekah yang paling tinggi nilainya di sisi tuhan adalah apabila kita sedekahkan sesuatu yang paling kita sayang. Ia tidak sama nilainya dengan kita bersedekah barangan terpakai yang sudah tidak diperlukan lagi. 

Apakah untuk menambat hati si raja cukup dengan melakukan protokol mudah sepertimana kita berbual dan bersembang dengan orang biasa? 

Benar, memang tiada arahan atau protokol khusus untuk bercakap dan bertemu dengan raja. Benar, tiada hukuman yang boleh dikenakan kepada seseorang yang berbual tanpa protokol dengan raja. Benar, memang ia dibolehkan kerana tiada larangan atau SOP khusus bagaimana untuk berbual dan bersembang dengan raja. Tiada hukum wajib, harus atau sunat dalam cara bagaimana untuk kita "behave" dengan si raja, tapi persoalannya, apakah kita mampu menambat hati raja dengan berbuat sesuka hati tanpa mengikut protokol walaupun ia dibolehkan? Sudah tentu jawabannya tidak mungkin.

Jadi bagaimana Raja Kepada Segala Raja boleh memberi perkenan kepada hambaNya yang bersikap sambil lewa dan menurut citarasa atau kehendak sendiri dalam melakukan amalan Islam? Apakah cukup hanya berkata ia tidak bertentangan dengan Islam. Apakah cukup hambaNya melakukan sesuatu hanya dengan melakukan ijtihad bahawa apa yang mereka amalkan itu tidak salah di sisi agama atau agama tidak mencegah?

Pekerjaan umpama melepas batuk ditangga tidak akan membuahkan hasil yang dikehendaki. Bagaimana mungkin Allah boleh memberi bantuanNya kepada mereka yang kononnya membantu menegakkan agama Allah sedangkan mereka pada hakikatnya mengikut kehendak dannhawa nafsu sendiri? 

Jika ukuran prestasi ada SOP dan KPI yang dijadikan sebagai penanda aras, takkanlah agama Allah yang begitu suci tiada KPI dan kita bebas memperjuangkannya mengikut selera dan kecenderungan politik sendiri!!

KPI agama di sisi Allah adalah sejauh mana amalan itu mirip kepada sunnah RasulNya. Semakin kurang "variasi" amalan kita berbanding dengan amalan nabi, maka semakin hampirlah kita kepada amalan Islam. Semakin besar "variasi" sesuatu amalan berbanding dengan amalan nabi, bermakna semakin jauhlah amalan itu dari rahmat Allah. 

Maka mana mungkin Allah meredhai perjuangan suci yang ditempelkan atau ditumpangkan di dalam amalan demokrasi ciptaan hodoh hambaNya sendiri.

Ulamak yang memperjuangkan Islam melalui kaedah politik demokrasi harus hentikan segala amalan "shubhah" Islam tempelan ini serta merta sebelum rahmat tuhan ditarik terus dari tanah air ini. 

No comments:

Post a Comment