Friday, July 5, 2013

MELAMPAU!!: ANWAR MINTA UMAT JANGAN PERCAYA KISAH ISRAK MIKRAJ!!!

Anwar menang dalam peperangan persepsi dengan UMNO/BN dan PM sendiri. Tetapi sayangnya, kemenangan persepsi yang diperolehi ini gagal dimenafaatkan sebaiknya oleh Anwar.

Persepsi para penyokong terhadap beliau telah menjadi "melampau-lampau" sama seperti imaginasi melampau Anwar yang membayangkan beliaulah PM Malaysia yang sebenar jika BN tidak rampas kemenangan PR pada PRU13 yang lalu.

15 tahun Anwar telah membawa para pengikutnya hidup di suatu alam yang dinamakan "alam andaian dan imaginasi", iaitu suatu alam yang tidak berpaksikan kepada sesuatu yang nyata atau zahir.

Alam ini tiada bumi dan tiada langitnya. Mahu dikatakan dunia bukan, akhirat pun bukan. Alam nyata bukan, alam ghaib pun entah. Alam bunian bukan, alam malakut pun tidak.

Anwar cuba menyaingi kisah "lipur-lara dan imaginasinya" dengan kisah Israk Nabi saw dari Masjidil Haram hingga ke Masjidil Aqsa. Para sahabat, pengikut sahabat dan yang mengikuti jalanNya hingga hari kiamat, wajib percaya apa yang dikhabarkan oleh Rasulullah saw, kisah yang dilaluinya sepanjang malam tersebut hanya bersandarkan kepada keimanan dan keyakinan kepada Allah dan rasul kekasihNya.

Tiada bukti dan tiada saksi yang dikemukakan oleh Rasulullah saw untuk menyokong dan meyakinkan para sahabat baginda mengenai peristiwa Israk & mikraj ini. Jika ada pun hanyalah "batu terapung" di Masjidil Aqsa yang cuba mengikut Nabi saw bermikraj ke langit. Satu lagi rombongan perdagangan dari Syam yang ditemui oleh Nabi saw di malam tersebut yang dijangka sampai ke Madinah selepas asar besoknya. 

DAN, Jika Allah swt tidak turut membantu dengan melambatkan pusingan matahari pada hari tersebut, nescaya rombongan perdagangan tersebut tidak akan sampai ke destinasi seperti yang dijangka oleh Rasulullah saw. Sudah pasti para sahabat, apatah lagi kaum kafir Quraisy akan hilang percaya dengan "plot cerita"  yang disebut oleh Nabi saw.

Kehebatan dan anugerah Allah kepada KekasihNya Muhammad saw inilah yang cuba dilakukan oleh Anu-war ibnu Ibrahim Al Liwati. 

Anu-war Ibnu Ibrahim Al Liwati mahu seluruh rakyat di negara ini percaya, mengakui, meyakini dan mengimani apa saja ilusi, imaginasi dan plot kisah yang digambarkan oleh beliau, sepertimana umat Islam wajib meyakini peristiwa Israk & Mikraj Nabi Muhammad saw.

Jika "Alam Israk Mikraj Nabi saw" menceritakan kisah-kisah benar yang bakal berlaku terhadap umat Muhammad di dunia, di alam barzah dan di alam masyar, "Alam Israk Mikraj Anu-war Al Liwati" pula menceritakan "kisah plot penafian sebarang kisah benar" yang dilakukan oleh Anwar dan "plot kisah buruk yang direkacipta" untuk menggambarkan peri-buruk kelakuan DS Najib, para pemimpin UMNO, SPR, PDRM, hakim dan lain-lain musuh politik Anwar.

Anwar meminta seluruh rakyat percaya dan beriman bulat-bulat dengan segala imaginasi bohong terlampaunya.

Tapi, hari demi hari semakin ramai rakyat, malah pengikut dan rakan setianya sendiri sudah mula menolak dan mengkufuri serta enggan beriman dengan "peristiwa alam israk mikraj buatan" Anwar.

No comments:

Post a Comment