Tidak dinafikan penyumbang terbesar kepada pengaruh dan kemenangan UMNO/BN dalam PRU13 banyak bergantung kepada faktor kepimpinan dan dasar-dasar pentadbiran yang sudah mula menampakkan hasil positif yang telah diperkenalkan DS Najib selaku Perdana Menteri.
Kaji selidik dan lapuran dari pelbagai pihak secara umumnya kelihatan senada di dalam rumusan ini.
Walau bagaimana pun, untuk bergantung sepenuhnya kepada faktor kepimpinan PM Najib semata-mata untuk mencapai keputusan cemerlang, ia adalah seumpama "Umat Muhammad saw yang menyerahkan untung nasib di padang masyar sepenuhnya kepada kuota syafaat Nabi Muhammad saw untuk masuk syurga", sedangkan amal soleh (fixed deposit) mereka kosong.
Jika komponen BN, khasnya MCA dan Gerakan juga turut bergantung sepenuhnya kepada populariti DS Najib sebagai syafaat untuk mendapat sokongan kaum cina, ia belum mencukupi buat mereka. Pola dan cara kaum cina dalam membuat pendirian dalam menentukan "undi apa dan siapa" sangat berbeza dengan cara kaum melayu dan India menentukan pendirian mereka. "MCA dan Gerakan lebih maklum akan hal ini"!!
MCA dan Gerakan tidak mungkin mampu menarik kembali majoriti sokongan kaum cina kepada BN jika mereka hanya bergantung sepenuhnya kepada populariti Perdana Menteri. Kita mengakui dan banyak pihak lagi turut bersetuju bahawa populariti PM bakal menjadi fixed deposit terbesar yang bakal menyumbang kepada kemenangan BN.
Tetapi persoalannya apakah fixed deposit "populariti PM" ini sudah melampaui jumlah sokongan majoriti di kalangan pengundi cina? MCA dan Gerakan harus membuat kajian ini secara mendalam. Apakah nilai fixed deposit populariti PM ini menyumbang 20-30% sokongan kaum cina? Atau apakah nilai FD ini sudah mencapai simple majority? Atau pun 2/3?
Kenyataan Koh Tsu Koon yang menyebut akan mengajak rakyat di Penang untuk mengikuti setiap program Perdana Menteri memperlihatkan Gerakan belum menemui sentuhan dan inisiatif program mereka sendiri, bagaimana untuk menarik sokongan pengundi cina terhadap BN.
Kaum melayu dan India boleh dikatakan secara umumnya akan lebih banyak terpengaruh dengan daya dan nilai kepimpinan seseorang Perdana Menteri.
Majoriti pengundi melayu khususnya, amat terkesan dengan sifat, personaliti dan ketrampilan seseorang Perdana Menteri. Kesungguhan dan kebolehan seseorang Perdana Menteri dalam membangunkan negara dan membela rakyat mampu "mencairkan" hati majoriti pengundi melayu untuk terus memberikan sokongan terhadap kepimpinannya. Melayu sangat terkesan dengan "nilai keikhlasan dan kesungguhan" seseorang pemimpin. Penghormatan dan simpati terhadap nilai keikhlasan dan kesungguhan pemimpin akan diterjemah di dalam bentuk sokongan.
Hakikatnya, tiada isu besar dan kelemahan ketara yang menyebabkan pengundi melayu "boleh timbul benci dan meluat" dengan kepimpinan PM Najib. Tiada siapa boleh menyangkal kenyataan ini.
Setakat "perasaan ragu dan bimbang" orang melayu terhadap seseorang pemimpin, tidak akan menyebabkan orang melayu bertindak "membakar kelambu". Perasaan ini sentiasa wujud pada diri orang melayu dan ia akan lenyap dengan sendiri apabila seseorang Perdana Menteri itu berjaya menunjukkan bukti dan hasil kepimpinan mereka dalam period tertentu.
Trend pengundi India juga sudah berubah "kembali kepada BN secara ketara". Sensitiviti kaum India india agak mirip kepada sensitiviti kaum melayu. Mereka sangat sensitif dengan isu yang melibatkan agama dan kaum mereka. Jika sesebuah kerajaan itu berupaya mengendalikan isu asas kaum India ini, mereka akan menyokong kerajaan yang ada.
Tahun 2008 dulu, masalah ini berada di luar kawalan apabila Hindraf memanipulasi isu ini secara berkesan, manakala BN pula dilihat gagal mengatasi masalah yang muncul secara tiba-tiba seperti isu tanah dan tempat ibadat mereka. Hari ini isu yang dibawa oleh Hindraf dulu sudah dapat di atasi dan kaum India sudah kembali rasional.
Period kepimpinan DS Najib baru mencecah 3 tahun lebih. Tiada siapa yang mempunyai keistimewaan seperti "lampu aladin" untuk menghasilkan dan membuktikan segala-galanya di dalam tempoh waktu yang sesingkat itu.
Setakat ini, tidak mungkin pihak pembangkang berupaya dengan sekelip mata dalam tempoh 4 bulan dari sekarang untuk membangkitkan sentimen dan perasaan benci majoriti orang melayu terhadap PM Najib;
....melainkan PM Najib "didapati bersalah oleh mahkamah Perancis yang tidak pernah pun membuat apa-apa pendakwaan" berkaitan dengan apa yang dikatakan sebagai rasuah pembelian kapal selam seperti yang didakwa oleh pembangkang dan SUARAM. Sudah pun terbukti bahawa pembangkang dan SUARAM telah melakukan "tipu muslihat peringkat tertinggi" iaitu, rekayasa di mana "suatu siasatan dan pendakwaan sedang berjalan serta sapina oleh mahkamah Perancis akan dikeluarkan terhadap PM Najib".
Ataupun, majoriti orang melayu akan membenci PM Najib secara tiba-tiba apabila wakil pembangkang berjaya menghidupkan semula Altantuya, dan mantan mendiang Altantuya ini terus membuat pengakuan bahawa segala tuduhan pembangkang yang menyatakan DS Rosmah Mansor dan PM Najib telah bekerjasama membunuhnya adalah benar.
Sehingga kini, 2 tuduhan inilah yang paling berat dan terus-terusan dimainkan oleh pembangkang melalui penggunan pelbagai kaedah dan berbagai jenis manusia untuk mencacatkan nama DS Najib suami isteri pada pandangan majoriti rakyat.
Dan, segala usaha untuk mencacatkan kepimpinan DS Najib melalui isu ini sudah gagal secara total. Jadi apakah isu lain yang lebih besar dari 2 isu ini yang boleh dimainkan oleh pembangkang untuk menaikkan kemarahan dan kebencian majoriti rakyat terhadap kepimpinan Perdana Menteri dalam tempoh sesingkat ini menjelang PRU13?
Pendek kata, pembangkang tidak mungkin berupaya menambah gelora kebencian rakyat melebihi dari tahap yang berjaya dilakukannya sehingga kini. Gelora kebencian ini masih belum berupaya untuk menjatuh atau menukar kerajaan BN yang ada.
Jika faktor selain dari faktor populariti PM dapat diperkemaskan, ia adalah merupakan bonus yang bakal membolehkan BN mendapat sokongan 2/3 pada PRU kali ini.
Jika kepimpinan UMNO di negeri dan bahagian, jika MCA dan Gerakan dan jika MIC dan parti komponen Sabah dan Sarawak semuanya tidak semata-mata mengharapkan kepada syafaat PM Najib untuk menarik sokongan rakyat, BN akan menang besar kali ini.
Jokiden TERPAKSA bersetuju dengan posting ini. Sentimen kebencian yang cuba ditimbulkan oleh pembangkang terhadap PM dan keluarga telah sampai ketahap tepu.
ReplyDeleteSilap hari bulan strategi tersebut akan makan tuan. Maka menjeritlah budak gembala kambing mengatakan serigala nak makan kambingnya. Sekali, dua kali orang kampung percaya. Dia sengeh.. "mana ada serigala aku tipu je"
Kali ketiga betul-betul serigala datang.. "Tolonglah oii.. ini betul2 serigala makan kambing aku.."
"Ah jangan percaya dah serik kito kono tipu.. bia deh.." Kih..kih..kih..