Tuesday, December 18, 2012

AHLI POLITIK BAWA KITAB SAMPAI DALAM TANDAS....SIAPA??

Dalam entri yang lepas penulis nyatakan, "jika faktor selain dari faktor populariti PM dapat diperkemaskan, ia adalah merupakan bonus yang bakal membolehkan BN mendapat sokongan 2/3 pada PRU kali ini".

Jika semua parti-parti komponen dan pemimpin samada di pusat, negeri atau bahagian membebaskan diri dari "mentaliti" pergantungan sepenuhnya kepada syafaat dan populariti Perdana Menteri DS Mohd Najib, tiada siapa yang boleh menghalang untuk BN menang besar pada PRU13 akan datang.

Pengaruh pemimpin dan kepimpinan setempat juga amat penting. Negeri Selangor, Perak dan Kedah tidak akan kalah dalam PRU yang lalu jika pemimpin dan kepimpinan di negeri terbabit diterima dan dihormati majoriti rakyat. 

Negeri Sembilan, jika berdasarkan rekod terdahulu mempunyai kekuatan yang setanding dengan Johor dan Melaka, tetapi "BN nyaris kehilangan kerajaannya" di negeri ini disebabkan faktor pemimpin dan kepimpinan di peringkat negeri.

Selangor, Perak, Kedah dan N.Sembilan tidak boleh menyalahkan faktor ketiadaan syafaat dan kelemahan PM ketika itu yang menyumbang kepada kekalahan mereka. Kenapa Johor, Melaka, Pahang, Terengganu dan lain-lain negeri boleh menang sedangkan mereka juga berPMkan orang yang sama?

Dalam keadaan hari ini, selain dari faktor "calon boleh menang" yang sudah diletakkan sebagai "faktor paling penting" untuk jaminan kemenangan BN, "pengarah pilihanraya" dan bakal pemimpin yang memimpin negeri-negeri selepas PRU akan datang juga mestilah mempunyai kriteria "Pengarah dan MB boleh menang"!!

Penyumbang terbesar kepada kekalahan negeri-negeri yang "kalah dan hampir kalah" dalam PRU yang lalu, adalah disebabkan faktor "Pengarah atau MB-MB yang memimpin negeri terbabit ketika itu tidak memenuhi ciri-ciri "pengarah boleh menang".

Pengarah pilihanraya BN, pada PRU kali ini tidak boleh lagi bersikap seperti "anak kera yang berpaut di perut ibu" sewaktu melintas jalan atau tatkala mahu melompat pada wayar letrik yang halus dan lurus. 

Tidak termampu untuk seorang Perdana Menteri untuk "mendukung dan mengendong" setiap "pengarah boleh kalah" dalam "pilihanraya yang dikatakan paling getir" kali ini. Pengarah Pilihanraya atau pengerusi2 BN negeri harus tahu untuk mengukur baju di badan sendiri. Jika badan sudah gemuk dan perut sudah terlalu buncit, atau pun sudah hampir "paralyse pengaruh", janganlah masih mahu "minta didukung dan dikendong".  

Inilah "saat dan ketika" yang amat diperlukan untuk mereka membuktikan kesanggupan mereka untuk berkorban demi parti. Pengorbanan semasa senang dan aman tidak sama nilainya dengan pengorbanan dalam situasi getir. Masa senang dan aman semua orang boleh beretorik, "kita mesti sedia berkorban".

Dalam suatu peperangan yang getir, soldadu yang sudah mengalami cedera parah dan "patah ghiok" harus bersedia untuk, samada "disembunyikan" atau pun bersedia untuk "harakiri" demi kemenangan infantri yang sedang berjuang. 

Jika faktor ini tidak diambil pertimbangan, samada oleh soldadu yang sudah menjadi liabiliti atau pun oleh komandan yang mengetuai barisan, ia boleh mendatangkan risiko kekalahan kepada infantri keseluruhannya. "Membuat keputusan" dan "bersikap tegas dengan keputusan yang dibuat" amatlah penting dalam suasana yang paling getir. Keputusan saat ini akan menentukan samada infantri ini akan "kalah" atau "menang".

Adalah sesuatu tindakan yang tidak masuk akal, malah boleh menyalahi undang-undang perang jika memberi watikah dan panji-panji kepada seseorang yang "sudah patah ghiok" dan tidak berdaya untuk mengetuai angkatan perang, walaupun orang ini masih bersemangat dan mahu terus menjunjung langit.

Di atas "sangkaan baik", kita tidak mempertikaikan keputusan pucuk pimpinan dalam menentukan siapa yang harus dan paling layak untuk mengetuai BN di peringkat negeri-negeri pada PRU akan datang.

Di atas "sangkaan baik" juga, kita tidak mempertikaikan keikhlasan dan komitmen sesiapa yang bakal diberi amanah untuk mengetuai angkatan perang negeri-negeri.

Masing-masing semua sudah berbaiah dan bersumpah dengan nama Allah untuk berkorban apa saja. Sebarang pelanggaran terhadap sumpah yang mensabitkan nama Allah pasti akan menerima karma Allah.

Apa yang kita sebagai ahli UMNO mahukan ialah berlaku adil dan "letakkanlah sesuatu ditempatnya yang patut". Berilah watikah dan panji-panji kepada mereka-mereka yang memenuhi syarat dan kriteria yang boleh memenangkan parti, menggementarkan lawan dan dihormati jemaah seperjuangan.

Kesilapan mewatikahkan panji-panji kepada "mereka yang bukan ahlinya" pasti akan membawa mudarat.

Kalau nak masuk tandas tak boleh bawa kitab. Kalau nak masuk masjid tak boleh bawa najis. Kalau mahu parti menang janganlah bawa sekali kepentingan diri. Kalau mahu mendahulukan kepentingan diri harus berani menerima risiko kekalahan.

Amat sukar untuk memperolehi ke dua-duanya serentak  dalam keadaan hari ini. Kemenangan parti mahu, kepentingan diri pun mahu.

No comments:

Post a Comment