Wednesday, December 19, 2012

HJ HADI : PAS SEPATUTNYA SUDAH BOLEH DIBUBARKAN JIKA.....!!

Pendekatan gerakan politik PAS sudah semakin mirip kepada apa yang telah lebih 60 tahun dilakukan oleh UMNO, sejak PAS pandai berkawan dengan DAP. 

Semakin serasi kerjasama PAS dengan DAP, semakin UMNO nampaknya perjuangan PAS kerana segala prinsip dan kaedah bersiasah yang cuba dilakukan oleh PAS ini sudah lama diamalkan oleh UMNO melalui BN.

Ulamak dan pemimpin PAS sering berkata, "Jika sebelum subuh UMNO mengumumkan bersedia menukar perlembagaan dan pemerintahannya menurut Al Quran dan Hadis, maka sebaik selepas subuh, kami akan bubarkan PAS dan akan menyertai UMNO".

Jika PAS hari ini telah mengubah fatwa dan amanat yang dipegangnya selama ini, atas alasan tidak salah dari sudut "tahaaluf siyasi" atau "persefahaman politik", maka, bermakna selama ini apa yang telah diamalkan oleh UMNO adalah selari dengan prinsip yang mahu diamalkan PAS. Jika apa yang baru mahu diamalkan oleh PAS ini selaras dan tidak bertentangan dengan Quran dan hadis, maka apa yang telah diamalkan oleh UMNO sejak 60 tahun dahulu juga syariiah!

Maka berdasarkan lafaz dan ikrar yang sering dibuat oleh PAS, sewajibnya PAS dibubarkan dan seluruh ahli serta pengikutnya bersatu di bawah UMNO!

Bukankah dulu PAS tidak boleh sama sekali menerima bukan Islam sebagai pemimpin? Hj Hadi pernah berfatwa bukan Islam hanya layak untuk menjadi rakyat dan tidak boleh sama sekali menjadi pemimpin.

Ke mana tenggelamnya Amanat Hj Hadi yang membawa kepada fatwa UMNO kafir disebabkan berkongsi kuasa dengan bukan Islam? Apakah amanat dan fatwa itu sudah luput sepertimana luputnya perjanjian Hudaibiah dengan sendiri?

Di manakah keadilan dan amanah serta tanggungjawab PAS terhadap segala fatwa dan hukum yang telah dijatuhkannya terhadap UMNO?

Jika tahun 1981 mereka berfatwa berkongsi kuasa dengan bukan Islam boleh jatuh kafir, apakah hukum perkongsian kuasa yang telah dilakukannya dengan DAP sejak memerintah beberapa negeri selepas PRU12 yang lalu?

Seorang kafir atau apabila seseorang jatuh kafir atau murtad, maka dari segi hukumnya pastilah ke neraka. 

Jadi barangsiapa yang berkongsi kuasa dengan bukan Islam bermula dari 1981 hingga 2008 adalah jatuh kafir. Maka hukumannya adalah neraka.

Dan, hukuman neraka ini luput selepas 2008 disebabkan PAS sudah membolehkan prinsip perkongsian kuasa dengan bukan Islam dilaksanakan. Maka, jika berdasarkan fatwa PAS, barangsiapa yang terlibat berkongsi kuasa dengan bukan Islam bermula dari tanggal PRU 2008, adalah bebas dari hukuman neraka.

Makanya, apa jadi dengan para pemimpin yang telah terjerat dengan hukuman sesat dan neraka bermula dari fatwa Hj Hadi pada tahun 1981 hingga sebelum PRU 2008?

Amalan yang sama, iaitu perkongsian kuasa dengan bukan Islam, telah memberikan implikasi 2 jenis hukum. Mereka-mereka yang menjadi pemimpin dalam penggal pemerintahan 1981-2008 menerima hukuman neraka, manakala pemimpin pasca 2008 diberi pelepasan dari seksaan api neraka atas prinsip Tahaaluf Siyasi. 

Kenapa PAS menyamatarafkan fatwa hukum agama seperti pindaan Akta Cukai Pendapatan 1967?

Hukum Islam mahu disamatarafkan dengan pemberian pelepasan cukai pendapatan dan tariff duti impot?  Boleh naik dan boleh turun ikut keperluan? 

Tidakkah tindakan PAS ini tindakan mempermain-mainkan agama?

Walau bagaimana pun, ulamak PAS sangat pandai memanipulasi ilmu dan hukum tuhan.

Tindakan UMNO berkahwin dengan MCA dikatakan salah dan fatwa yang dikeluarkan oleh ulamak PAS ialah, "wajib diceraikan". Bila mereka berkahwin dengan DAP, dibolehkan atas alasan untuk menjinakkan bukan Islam dengan Islam.

Bila orang UMNO terkencing mengadap kiblat, PAS menjatuhkan hukum "haram". Bila PAS pula terkencing mengadap kiblat, ulamak PAS kata, "tidak salah tubuh badan mengadap kiblat ketika terkencing asalkan "menate" tu serong ke kiri.

1 comment:

  1. Saya sependapat dng sdr Kama tentang pembubaran Pas tetapi merasakan Pas masih releven jika memikirkan tentang menghadapi nafsu serakah pemimpin umno.

    Kerajaan BN tdk boleh menghapuskan rasuah didlm pentadbirannya krn nafsu menguasai kerajaan, sbb itu sampai kini SPRM masih gagal bertindak terhadap jerung besar, yg di tangkap cuma ikan bilis, sdgkn yg menelan duit negara secara berjuta2 adalah ikan jerung.......inilah masaalahnya.

    ReplyDelete