Thursday, December 20, 2012

DAP SUDAH MENGAKU RASUAH? NIK AZIZ BILA LAGI?

Pengerusi DAP negeri, Datuk Ngeh Koo Ham hari ini tempelak kepada pemimpin Pas yang membocorkan rahsia pemberian tanah seluas 10,526 ekar di Gua Musang Kelantan. Ngeh hairan bagaimana dokumen tersebut boleh bocor sedangkan itu adalah maklumat sulit antara mereka dan pemimpin Pas.

Sebagai rakan sekutu dalam parti pemimpin Pas sepatutnya tidak mengamalkan sifat 'tikam belakang' dan beliau enggan mengesahkan sama ada benar atau tidak beliau merupakan ahli lembaga pengarah syarikat Upayapadu Plantation Sdn. Bhd. yang dikaitkan dengan dakwaan pemberian habuan tanah bernilai lebih RM30 juta.

Koo Ham memberi alasan surat daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang didedahkan sebuah blog kelmarin merupakan dokumen yang menjadi rahsia antara beliau sebagai peguam dengan anak guamnya.

''Kerana saya peguamnya. Di bawah undang-undang, ada benda yang menjadi rahsia yang tidak boleh didedahkan. Ia untuk melindungi anak guam," katanya ketika ditemui pemberita di luar sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak di sini hari ini.

Dalam satu entrinya kelmarin, blog pisau.net mendakwa Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah menawarkan tanah seluas 4,259.9 hektar atau 10,526 ekar di Gua Musang, Kelantan kepada Koo Ham yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sitiawan dan ADUN Pantai Remis, Nga Kor Ming.

Petikan dari Sungai rapat online....

Tak nampak langsung perbezaan parti pembangkang dengan tuduhan yang selalu dilemparkannya kepada orang lain. 

Kerja rasuah dan merompak harta rakyat demi kepentingan kroni dan kepentingan untuk mengekalkan kuasa ini sering mereka label kepada UMNO. Dan, di atas sebab inilah mereka menyeru supaya rakyat berhenti menyokong UMNO.

Tapi dalam masa yang sama kerja keji inilah yang dilakukan oleh mereka. Baru seminggu BN jatuh di Perak, DAP sudah ambil kesempatan di atas kebodohan dan kelemahan PAS. 

PAS bersedia menjadi proksi MB DAP di Perak dan pada masa yang sama menawarkan tanah di Kelantan kepada Ngeh & Nga Bersaudara.

Kelebihan ilmu agama dan kewarakan pemimpin PAS tidak langsung "menampakkan kelainan" dari segi amalan dengan pihak UMNO yang sering menjadi mangsa tuduhannya.

Cuma yang nampak kelainan antara ulamak PAS dan pemimpin UMNO hanyalah ketinggian tahap "nifak" yang mereka miliki. Mereka berlindung di sebalik imej agama untuk melakukan rasuah dan amalan kronisma. Mereka menjadikan agama sebagai benteng untuk melindungi segala kerja rasuah dan kerja menggadai kedaulatan agamanya.

1 comment: