Kerap kali agama, ayat Quran mahu pun hadis digunakan untuk tujuan yang selain dari maksud agama dan semata-mata kerana Allah.
Ayat Quran dan hadis sudah jadi mangsa untuk digunakan hanya untuk berhujah dan menegakkan pemahaman sendiri atau pun prinsip pari siasah yang mereka wakili.
Segala nas, hadis dan qias dikorek untuk digunakan dalam mempengaruhi orang lain supaya mengikut fahaman parti mereka.
Ketaksuban kepada gerakan siasah tidak lagi dapat dibezakan dengan perjuangan menegakkan agama hingga perjuangan mereka terhadap parti yang mereka wakili dianggap sebagai sebahagian dari jihad terhadap agama dalam menegakkan kalimah Allah di mukabumi.
Kekuatan ‘semangat dan ketaksuban’ mereka dalam membawa perjuangan parti siasah telah dianggap sebagai kononnya kekuatan ‘iman’ mereka dalam menegakkan agama.
Kekuatan semangat yang sebenarnya berpunca dari nafsu amarah i.e nafsu inginkan takhta(kuasa) telah disalah tafsir sebagai kekuatan iman yang datangnya dari keikhlasan dan keistiqlasan terhadap keagungan kalimah Allah.
Kononnya dengan bertaklid bahawa apabila ‘ada kuasa’ mudahlah agama ditegakkan di mukabumi.
Sudah jurublog bagi analogi dan kiasan yang sama berkali-kali dengan harapan mereka yang tergolong dalam terowong ketaksuban ini terbuka minda dan hati untuk belajar mengakui bahawa kita tidak sesempurna sepertimana zaman keagungan Islam.
Analogi paling mudah yang jurublog selalu tulis ialah, kalau hal-hal yang remeh seperti adab memotong kuku, adab nak terkencing atau pun adap ketika masuk dan keluar dari rumah pun nabi tunjukkkan kepada umatnya, inikan pula adab untuk menegakkan kalimah Allah di mukabumi…!
Mestilah ada cara dan pensekatan tertentu yang nabi telah tunjukkan kepada para sahabat baginda.
Orang Islam yang jauh dari agama juga adalah sewajibnya menjadi tugas orang-orang yang kononnya dekat dengan agama untuk menyeru dan membawa mereka kembali kepada agama seperti mana JALAN YANG TELAH DITUNJUK OLEH NABI dan bukan terikut-ikut dengan jalan yang ditunjuk oleh yahudi atau nasrani.
Strategi berpolitik dan berperang ala yahudi termasuk perjuangan menegak kalimah Allah melalui pentas demokrasi telah ditaklid dan dianggap sebagai hikmah, hemah dan helah dalam berjuang menegakkan kalimah. Alasan yang mereka berikan ialah sudah tiada pilihan dan zaman nabi dulu belum ada demokrasi.
Merasa teruja dengan sunnah yahudi dan nasrani dan berkeyakinan cara ini juga mampu menegakkan kalimah Allah adalah satu kesalahan paling besar. Tidak hairan kepada kita, pelbagai gerakan samada melalui parti siasah atau jemaah sehingga kini belum pernah berjaya menegakkan negara dan dunia Islam yang kononnya mereka cita-citakan.
Hassan Al Bana yang menjadi idola mereka juga tiada satu pembuktian pun dapat dijadikan contoh bahawa gerakan Ikwan Muslimin mereka telah berjaya, samada di Mesir atau di mana juga.
Adakah puak-puak ini merasakan sunnah atau pendekatan Hasan Al Bana lebih praktikal dan relevan dari pendekatan nabi, khalifah Rashidin atau pun warisan ikutan mereka? Atau mereka beranggapan Hasan Al Bana itu termasuk dalam warisan ikutan nabi?
Sikap menuduh orang yang tidak sehaluan dengan mereka jahil murakab, bersifat abu jahal dan sesat adalah jelas merupakan satu sikap warisan Azazil laknatullah yang taksub dan ujub pada diri dan tidak mahu langsung mengiktiraf kebaikan yang dilakukan oleh orang lain.
Sifat warisan Azazil inilah yang akan menghumbankan umat Islam ke lembah kehancuran. Sifat warisan Azazil ini selalunya hinggap kepada orang yang merasakan diri mereka alim dan tahu selok belok agama.
Bodohlah Iblis kalau dia hantar iblis yang alim untuk menyesatkan orang jahil. Iblis yang alim akan bertugas menyesatkan orang yang alim. Bukankah itu strategi perang dan politik iblis?
Mana mungkin iblis mengambil pendekatan merosakkan orang alim dengan mengajak orang alim supaya berseluar pendek atau mengajak ke disko. Iblis akan gunakan pendekatan melalui agama juga kalau nak rosakkan orang alim. Kalau iblis ajak orang alim minum arak, siang-siang lagi orang alim akan cakap…itu haram.
Tapi kalau iblis ajak…mari kita daulatkan Islam. Hapuskan jejuak UMNO sesat kerana jejuak umno ni tidak mengambil Islam sebagai ikutan. Adalah menjadi kewajiban kita untuk memerangi mereka…! Mari kita susun strategi perang waima bersekongkol dengan DAP asal Islam dapat kita tegakkan dan jejuak UMNO sesat dapat kita hapuskan…!

Bukankah ayat ini kelihatan seperti menegakkan agama? Berapa banyak nas, hadis dan qias yang boleh digunakan untuk menghalalkan perjuangan mereka kononnya diredhai Allah?
Kalaulah ini pendekatan yang ditunjukkan oleh nabi dulu, sampai sekarang pun datuk nenek kita masih menyembah pokok..!
Inilah yang dikatakan tipu-tipuan syaitan kepada ahli agama….
terasa dunia semakin di penghujungnya...
ReplyDeletebila....pelbagai masalah melanda,
bila...pelbagai bala semakin turun,
bila...pelbagai musibah melanda,
bila...manusia lupa diri,
bila.....manusia lupa asal usul,
bila...manusia sering bersengketa,
bila...perpecahan berlaku,
bila...para ulama semakin jahil,
bila...hadis di permainkan,
bila...hukum hakam di persendakan,
sedih rasa dihati...mengenangkan nasib generasi yang akan datang...entah berpijak di bumi sendiri atau tidak.
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.

ReplyDeleteBermula hari ini komen akan dimoderasi terlebih dahulu sebelum disiarkan. Harap Maklum.
ReplyDeleteOrang Tuo Moto Kapcai,
ReplyDeleteKita bagi ruang disalah gunakan dan lari dari isu yang dibincang. Terlalu peribadi dan berniat mengaibkan orang lain. Tempat yang tak patut digunakan untuk melepas geram isu peribadi. Oleh itu kalau nak masuk boleh tapi kena ada etika dan masuk kena ikut akhlak Islam seperti yang PAS perjuangkan.
Tentang bab pengecut tu, sebenarnya kau yang pengecut sebab tak berani memperkenalkan diri. Baling batu sembunyi tangan. Tidak adil dari segi Islam kerana kau bebas mengaibkan orang tapi bersembunyi di sebalik keterbukaan den dalam blog.
Kerja nak menjaja memburukkan orang tu jelas kau tak ikut pun saranan agama yang melarang. Kau tak layak menyebut tentang perjuangan Islam pun kalau itu perangai kau. Nasib kaulah tak hendak perkenalkan diri. Den tak akan terikut dengan telatah dan nafsu serakah kau yang bersifat kebodohan dan tak waras.
Salam.
Memandangkan ada orang yang ambil kesempatan keterlaluan utk menyerang peribadi dan mengaibkan hingga mengusik sampai ke keturunan, mako eh terpaksalah sebarang komen di moderate terlebih dahulu. Saya mohon maaf kepada jurukomen yg ikhlas dan beretika kerana disebabkan setitik nila rosak susu sebelanga. Kerana 1orang punya karenah komen tuan2 yg iklhas juga terpaksa di moderate terlebih dulu.
ReplyDeleteAKAL ORANG KEKADANG KEK KEPALO LULUT...
ReplyDeleteSABO JO DATO',
KALAU DAH BUTO MATO HATI EH..MANO NAK DIBUEK LAIIII
soba jgn tak soba,
ReplyDeletesebab sobalah yang menaikkan maqam kita disisiNya, sesungguhnya soba itu ada berkatnya, mudah2an dipanjangkan umur dapat kita menambah segala bekalan dibulan yang mulia nanti, disini anakcucu pun ingin memohon sejuta keampunan dan kemaafan kepada saudara kk dan semua penulis juru blog, wassalam.
Mohon Penjelasan.
ReplyDelete- Apa pandangan anda ttg Demokrasi (yg anda katakan sunnah Yahudi& Nasrani). Bukankan UMNO juga menerima sistem ini.
- Sapa Hassan Al Bana dimata sdr? Mmg kita tahu berbagai pendapat ttg beliau. So which one is yours. (Apa buku Hasan Albana yg telah tuan khatam atau di USRAHKAN)
Saya hanya cuba memahami tulisan sdr.
Terimakasih & Selamat Berpuasa
UPU PAS Saujana Utama,
ReplyDeleteTkasih atas pertanyaan yg sangat rasional.
Memang UMNO pun terlibat dlm sistem demokrasi dan saya tidak mengatakan UMNO boleh tapi PAS tidak boleh.
Apa yg saya katakan adalah dari perspektif Sunnah Rasul atau pandangan Islam kerana PAS sering mengaku memperjuangkan Islam dan menuduh UMNO menentang Islam. JIka kita memandang dr sudut Islam sebenar maka sistem yg ada hari ini termasuk demokrasi adalah tidak Islamik. Cuma sistem ini sudah menguasai dunia dan kita memikir kononnya sudah tiada pilihan, maka terpaksalah mempjuangkan Islam dari dlm sistem itu sendiri.
Kalau Hj Hadi pernah mengkritik Anwar Ibrahim spt mencuci tong tahi dr dlm, apabila Anwar bertindak masuk UMNO. Bg jurublog pula, kalau UMNO itu dianggap sbg tong tahi, sistem demokrasi yg mana BN atau PAS juga terlibat adalah merupakan tong tahi yg lebih besar. Harus diakui Demokrasi bukan cara Islam. Jika kita mengakui demokrasi lebih baik dr sistem khalifah maka itu terang2salah. Jd kenapa anggap UMNO kotor dan dlm masa yg sama mengakui kebaikan sistem demokrasi, walhal kedua2 sistem itu tidak Islamik? Malahan sistem berdasarkan majoriti yg turut diamalkan PAS juga adalah tidak Islamik kerana Islam tidak pernah mengajar formula berasaskan majoriti, melainkan ianya hanya diijtihadkan oleh pejuang2 gerakan pembaharuan Islam moden yang dibawa oleh reformis Islam spt Hasan Al Bana atau Syed Qutb. dan yg seangkatan dan sepemikiran dgnnya.
Politik memang ada dlm ISlam tp bukan sistem politik yg kita santap pd hari ini. Jgn mengambil jln mudah dgn mengatakan politik ada dlm Islam lantas terus mengakui sistem politik hari ini sbg sbhg dr tuntutan Islam.
Sambung UPU Saujana,
ReplyDeleteSaya tak mahulah kata habis baca buku Hasan Al Bana umpama katam kitab atau quran. Tp saya sudah baca bbrp buku bkaitan Hasan Albana, Sayyid Qutb mahu pun Almaududi seawal tahun pertama di universiti. Ketika itu saya meminati mereka krn saya cenderung kpd politik Islam sama spt sdr juga.
Akhirnya saya menyedari bhw Islam tak boleh ditempel2 ke dlm kerangka yg ada begitu sj. "Islam itu asalnya asing dan akan kembali asing". Itu sabda nabi.
Jika pd zaman awal dulu Islam itu asing, kini Islam itu sebenarnya sudah kembali asing. Semua nabi2 yg diturunkan ditengah2 kejahilan dan krn kejahilan itu jg tuhan menurunkan nabi utk jd panduan. Saya rasa tidak pernah nabi2 ini terpengaruh dgn sistem yg ada pd zaman mereka. Mereka pasti membawa cara tersendiri dgn panduan tuhan melalui para malaikatnya. Hanya nabi Sulaiman sj yg sejak awal kenabiannya memang telah memegang kuasa. 'Yakin hanya dgn kuasa' Islam boleh ditegakkan adalah menghampiri syirik. Nabi tak pernah bergantung kpd kuasa utk mendakwahkan agama Allah. Kecuali Nabi Sulaiman sj yg memang sejak awal telah menjadi raja. Kalau PAS mengatakan UMNO melakukan syirik apabila ada yg berkata 'hanya UMNO yg mampu mentadbir negara'. Apa pula hukuman org yang percaya 'hanya dgn kuasa agama dpt ditegakkan dibumi Allah'? Tidakkah itu juga syirik?
Jd sebenarnya saya sangsi samada mereka2 yg digelar mujaddid ini adalah mujaddid sebenar. Pendekatan mereka tidak dpt lari dari kerangka politik dan kuasa utk mengangkat Islam dan sebenarnya mereka tidak pernah pun terbukti berjaya melalui pendekatan yg mereka lalui.
sdr Zaman,
ReplyDeletesaya ingin mempersoalkan kata sdr iaitu "Nabi tak pernah bergantung kpd kuasa utk mendakwahkan agama Allah" bagi pdgn saya, nabi saw meninggikan syiar Islam terawal di bumi Madinah selepas terbentuk piagam Madinah. Kuasalah yg membolehkan syariat Islam semarak di sana sehingga Nabi saw membentuk pasukan tentera dan pentadbir untuk meneguhkan pentadbiran. Saya kira sdr berhujah tanpa tarbiah khasnya dari ulama yg ikhlas. Bgm boleh turunnya ayat Alquran ttg perlunya melengkapkan tentera berkuda jika itu menunjukkan perlunya kuasa?
Bgm dgn Abu Bakar r.a memerangi golongan riddah yg mengingkari zakat jika tanpa kuasa? Maulana Abu Ilyas mengatakan zaman ini ' Tiada Abu Bakar untuk menangani riddah' bermaksud tiada wujud lagi pemerintah Islam yang menunaikan amanahnya. Inilah yg dikatakan oleh Tg Nik Aziz, semasa beliau menjadi pendakwah/ guru agama perubahan untuk memantapkan syiar Islam tidak berjalan sempurna sehinggalah beliau terjun dalam politik dan kemudiannya berperanan dalam mentadbir peringkat negeri. Barang yang mungkar dan kerja dakwah menjadi lebih mudah apabila kuasa ada di tangan. Walaupun menghadapi berbagai mehmah dan cubaan spt gangguan politik dari Pusat, paling kurang Pas berjaya membuat perubahan di negeri tadahan wahyu itu. Lagi satu, saya mengira gerakan Islam spt Ikhwan Muslimin berada di jalan yg betul. Selagi ada pemerintah dan pendokong kebatilan spt regim di Mesir, Iraq, Pakistan, Algeria termasuk UMNO selagi itulah mereka yg berjuang untuk pemerintahan Islam menghadapi halangan. Hasan Turabi telah mencuba pendekatan mendekati pemerintah spt juga DSAI tetapi tong najis itu bukan mudah dicuci dari dalam. Saya kira cara menggunakan saluran demokrasi /praya masih praktikal selagi tidak menyalahi syariat. Masalahnya, kenapa umno ingin memusuhi PAS dan mendera kami?
Ahli Pas
cadangan saya ahli-ahli UMNO yg Islamik dan ada ahli gerakan Islam perlu menyelinap ke dalam UMNO sbgm peranan Anwar Ibrahim terdahulu. Perancangan halus perlu dilakukan untuk megambil alih kuasa dari dalaman. Saya kira biasanya gergasi politik dan kuasa besar tidak jatuh mudah di tangan pihak lawan melainkan ada 'perubahan dalaman'.
ReplyDelete(Jika terpost 2x, sila delete)
ReplyDeleteSistem Khalifah pun bukanlah rigid. Perlantikan Khalifah pun melalui pelbagai
Omar r.a ditunjuk oleh Abu Bakar r.a
Uthman r.a dipilih melalui Majlis Shura yg telah di pilih oleh Omar r.a
Ali k.w pula atas desakan umat. (????)
Jadi mmg takda satu cara Khalifah dipilih, tetapi yg penting CARA Khalifah itu melaksanakan tanggungjawapnya.
Nabi SAW hanya suruh shura' sepertimana dlm hadis.
Walau ada yg terlebih mengatakan demokrasi adalah shura' atau hampir kpd shura'
---------------------
Kalau kejayaan melambangkan kebenaran satu perjuangan, banyak nabi yg 'kurang' berjaya. Spt Nabi Noh A.S., Nabi Yahya yg dibunuh
Saya lebih yakin kpd model Ikhwan Hassan Albana kerana ia telah merangka gerakan Organisasi bukan kepimpinan individu.
'.... Mereka pasti membawa cara tersendiri dgn panduan tuhan melalui para malaikatnya...... " Bukankah berapa ramai Ajaran Sesat yg mendakwa meneriwa wahyu/perintah dari tuhan
--------- kuasa
Gerakan Islam boleh bertahan lama tanpa kuasa, PAS boleh subur di Sabah & Serawak tanpa apa kuasa, hanya melalui Guru/ustaz/pekerja yang 'dibuang daerah'. Juga dijohor, Melaka & N9 yyg memang pokat birunya dan sinonim dlm masyarakat.
Begitu juga di Mesir walau ditindas, Algeria, Turki walau bertukar2 nama. Matlamat gerakan islam bukanlah Kuasa
-----------
Tetapi yg paling penting adalah kebijaksanaan pemimpin. Berani ijtihad dan meneroka ruang2 baru dlm lingkungan syariat.
Siapa sangka pemimpin DAP boleh berceramah di pentas PAS?
Mungkin ada yg menilai sebagai GILA kuasa ia juga medan Dakwah.
Mungkin generasi Karpal menolak Islam tetapi cucu mereka belum tahu.
Anony & UPU Saujana..
ReplyDeletePenatlah nak tulis balik. Tp takpalah saya cuba.
Saya lebih cenderung utk menggunakan analogy dr menggunakan Quran atau Hadis krn saya bukan ahli dlm ke dua2nya.Dan tak sepatutnya ke dua2 sumber itu digunakan utk menegak hujah. Ia diguna utk di amal.
Ramai mengakui Cinta pd harta bersalah2an dgn agama. Ramai jg mengaku harta boleh melalaikan sbhg besar manusia spt yg nabi gambarkan.
Tp sebelum mendpt harta , kita selalu berdoa supaya dikurniakan rezki dan kekayaan yg melimpah ruah. Selalunya doa ini disabitkan terus dgn niat kita utk menggunakan harta dijln yg diredhai.
Tp mari kita lihat brp ramai yg depan mata telah lupa daratan apabila medpt harta.
Cinta pd harta itu bukankah namanya cinta pd dunia?
Bgmana pula dgn Cinta pd kuasa? Walau apapun niat kita kononnya apabila dpt kuasa mudahlah menegakkan agama Allah.
Samalah jg dgn cerita org ingin mndpt harta tadi. Bila kuasa sudah ditangan brp ramai manusia yang lupa daratan. Lihat sj Anwar yg kononya nak berjuang dr dalam. Akhirnya dia lebih UMNO dr UMNO, lebih kroni dr kroni yg ada n lebih bijak main politik wang @ rasuah dr org UMNO asal mcm Ghafar Baba. Apakah sdr nak kata perlu buat mcm tu demi utk dptkan kuasa dulu n bila sudah dpt kuasa baru bertaubat dan takkan buat lg? Lantas baru laksanakan pemerintahan ISlam? Adakah ini 'bil Hikmah'? atau pun pembohongan dgn bisikan kebijaksanaan Iblis memainkan sentimen agama dlm diri kita? Siapa yg cuba dibohongi? Manusia atau Allah atau kedua2nya sekali?
Nabi pesan dlm byk hadis jauhkan diri dari pintu kuasa atau pintu harta tu.. ada lah sebabnya. Cuba kalau kita taksub dgn nabi sama spt kita taksub dgn seseorg, sudah pasti kita akan benar2 yakin dan menerima saranan nabi ini. Tp krn kita lebih taksub kpd org2 tertentu, maka hadis lain pula yg dicari utk menghalalkan apa yg kita lakukan sbg tidak bertentangan dgn agama. Itu alasan paling minima."boleh asal tidak bertentangan dgn hukum". Inilah ayat bisikan iblis yg membuat tipuan dlm agama yg telah menyebabkan fitnah agama berluasa depan mata skrg ini.
"nabi saw meninggikan syiar Islam terawal di bumi Madinah selepas terbentuk piagam Madinah. Kuasalah yg membolehkan syariat Islam semarak di sana sehingga Nabi saw membentuk pasukan tentera dan pentadbir untuk meneguhkan pentadbiran".
ReplyDeleteKenyataan ini bg saya benar2 salah. Tidak hairanlah sdr begitu payah menerima pandangan lain selain dr memandang agama dr kaca mata politik.
Nabi muhammad saw dihantar ke mukabumi bukan atas maksud itu. Piagam madinah,kuasa bg membolehkan syariat dijlnkan..itu semua bukan sebab islam berkembang di madinah! Islam berkembang di Madinah krn penduduk ansar sudah menerima agama yg dibawa nabi dan hanya sbhg kecil yg tidak menerima. Di Mekah hanya 83 org yg mengikut nabi. Maka hanya yg 83 org ini sjlah yang menurut apa juga yg nabi unjurkan. Sistem itu hanya berjln dilingkungan 83 penganut agama sj. Mana mungkin Nabi nak laksanakan hukum ditengah2 masyarakat yg tidak menerima agama. Itu sebab ayat mekah dan ayat madinah berbeza. Ayat hukum hanya diturunkan di Madinah. Ayat Mekah hanya soal Kepercayaan, pengakuan dan keyakinan kpd Allah. 13 tahun nabi hanya menyeru utk itu. Berbeza dgn Madinah, sebhg besar penduduk Madinah sudah beriman kpd agama yg nabi bawa. Itu sebab seluruh sistem dan pentadbiran Madinah itu berjln sptmana yg nabi unjurkan. Nabi pun bukan bermatlamat utk menegakkan negara Islam madinah. Nabi memikir secara Rahmatan-lilalamin iaitu semua manusia atau umatnya dpt beriman kpd Allah, walau abujahal atau yahudi, matlamat nabi supaya mereka beriman kpd Allah. Itu sj. Nabi bukan ingin memajukan sistem kekuasaan, sistem harta @ ekonomi atau lain2. Bagi nabi itu semua keperluan dan bukan maksud. Apa pun memanglah nabi tunjukkan bagaimana utk mentadbir negara mengikut syariat agama. Tapi Nabi tidak korbankan matlamat utk ditukarkan dgn kuasa atau harta walaupun utk sementara waktu.
Kejayaan bagi nabi adalah sejauh mana manusia dpt beriman kpd Allah dan sejauh mana manusia dpt ikut sunnah nabi. Bukan sebanyak mana kuasa atau jajahan dpt ditakluki.
Saya tidak akan membandingkan Hasan Albana atau lain2 pejuang dgn pejuang Islam lain yg sezaman atau terkemuadian mahu pun yg sebelumnya krn tiada ISo yg mengatakan mereka2 ini boleh diikuti dan seharusnya diikuti. ISo kita umat Islam adalah Sunnah Nabi dan sejauh mana ia mirip kpd perjalanan sunnah nabi sejauh itulah pengiktirafan yg boleh diberi. Kalau kita tak mampu jgn byk ckp utk suruh org lain menjlnkan hukum tuhan.
Gerakan pembaharuan sgt terdedah kpd amalan bidaah. Walau bagaimana hujah pun ditegakkan ada hasanah disebalik bidaah...sebenarnya dlm agama tiada bidaah hasanah atau bukan hasanah. Bidaah tetap bidaah.
Abang Zaman,
ReplyDeletesaya melihat hujah sdr tidak menepati pandangan ramai dalam grakan Islam. Ini mungkin kerana sdr berada dalam wadah berlainan dan seakan menyakinkan diri bahawa umno adalah tempat terbaik untuk perjuangan diri ( kerana agama atau bangsa?). Sdr masih merasakan iblis berperanan untuk monitor gerakan Islam dan adakah gerakan bukan Islam atau golongan nasionalis/assobiah itu ( umno) berada dalam landasan yang betul?
Nasihat kami, umno perlu meletakkan ulama sebagai penasihat parti dan tanya tulus ikhlas kepada ulama umno yang pernah bersama pas spt Nakhaie, kerana beliau terlibat dalam plan menyelinap ke dalam umno setelah mendapat pandangan almarhum Pak Natsir dari Indonesia. Saya masih mengharapkan gerakan itu perlu diteruskan.
Anon 5.11pm.
ReplyDeleteJgn salah faham. Saya menolak kaedah PAS dlm memperjuangkan Islam bukan bermakna saya bersetuju dgn apa yg UMNO lakukan. Apa yg saya katakan ialah kita tidak ada wadah yg benar2 menepati sbgmana yg dikehendaki oleh Allah dan rasulnya. Kerangka demokrasi yg ada ini bukan dtg dr Islam. Itu pokok hujahan saya.
Kita harus mengakui bhw semua gerakan yg ada terutama dinegara kita hari ini jgn ada siapa2 yg perasan bhw gerakan dialah yg paling hampir dgn kehendak Allah dan Rasulnya.
Macam mana gambaran yg dikatakan Ulamak 'warisan sebenar' nabi Muhammad saw? Ciri2 ulamak akhirat dan ciri ulamak dunia boleh dibaca dgn jelas melalui karangan Imam Ghazali dlm kitab Ihya nya. Cuba perhalusi ciri2 yg dikatakan oleh Imam Ghazali dan perbandingkan betul2 dgn setiap ulamak yg ada di Msia ini, adakah di kalangan mereka yg benar2 menepati sptmana yg digambarkan oleh Imam Ghazali...Tp sebelum mengkaji ciri2tersebut, kita terlebih dahulu perlu keluarkan dari hati segala kepentingan dan kecenderungan kepartian dan ketaksuban kpd tokoh2tertentu agar dapat dicari kebenaran sebenar..Saya tidak boleh mempengaruhi sdr dlm hal ini krn sudah tentu saya akan dianggab bias..
Assalamualaikum...
ReplyDeleteIslam Ya'lu wala yu'la alaih,
Islam itu mudah tapi jangan dipermudahkan,
segala yang baik dalam masyarakat adalah islam kerana itu antara method dakwah islam bertapak.
saya kagum dengan kamu semua, masing-masing sebenarnya amat cintakan islam dan rasul,
namun jangan kita lupa hari ini kita begitu taat dengan undang2 manusia, sedangkan undang Allah SWT kita abaikan, terlalu banyak yang belum kita tunaikan seperti yang tercatat dalam al-Quran, terlalu sedikit hadis serta matan dan sanad yang kita tahu, sedangkan para muhaddisin menghafaz sehingga 600 ribu hadis serta sanad dan matan dan amalkannya, kenapa kita tak gunakannya untuk hujah melawan golongan kuffar dan ingkar? jangan guna logik akal dan falsafah yang dangkal kerana kita amat lemah, Allah dah pesan maksudnya kita tak boleh sekali-kali redha dengan cara yahudi dan nasara, pernahkah diaorang nak cara kita? macam tutp aurat, tak makan babi, hanya guna bukti saintifik untuk percaya sesuatu, dll lagi, Nabi pernah pesan maksudnya siapa yang redha dengan manusia dengan marahnya Allah maka allah akan pulangkannya kepada manusia (maksudnya Allah tak akan pelihara dirinya dunia dan akhirat hingga dia bertaubat, dan siapa yang redha dengan Allah dengan marahnya manusia maka dia akan dipulangkan kepada Allah (Allah akan jaga dirinya dunia dan akhirat-wa imma mati disalib!)
jadi sama2 mujahadah menuntut ilmu dengan seberapa ramai guru (untuk elak asobiyah) jinakkan hati dalam solat kerana kita semua adalah saudara. Orang yang hebat adalah orang-orang yang ingin menegakkan kalimah Allah di muka bumi tanpa khuatir mudarat yang menimpa!! wallahu a'lam.
anon ni berhujah atas dasar apa??
ReplyDeletepolitik islam??
demokrasi???
atau perbezaan PAS UMNO ???
banyak ayat2 dari anon ni boleh dipertikai walaupun saya belajar bidang engineering????
Nabi memang tidak bergantung kepada apa apa , malah ilmu kerana ... Nabi yakin dan percaya hanya ALLAH...
keiklasan anon ni pun boleh dipertikai... letak la nama...
orang pilah jugo
Salam ramadhan,
ReplyDeleteDisini anakcucu ingin menegur secara ikhlas kepada yang lupa bahawa sesungguhnya kita memang dituntut untuk mendalami ilmu Al-Quran dan hadis bukan sahaja untk diamalkan dan menambah keimanan, bahkan untuk dijadikan hujah menolak sebarang unsur dan usaha fasiq lagi munafiq yang ingin menjatuhkan agama Allah, justeru anakcucu sentiasa suka dan berdamping dengan orang yang diketahui tinggi ilmu Al-quran dan hadisnya dengan harapan dapat sedikit tempias ilmunya walaupun tak semua, nak harap pergi mesir belajar memang dah terlambat, satu lagi lupakah kita setiap kali lepas baca Quran kita digalakkan berdoa dan sebahagiannya "...waj al hu lana hujjatan..." ini adalah doa dari Rasulullah, "...ya Allah jadikanlah Al-Quran ini hujah untuk kami..." sayang orang yang tidak belajar bahasa arab tk paham doa, namun kita hendaklah mengelakkan berhujah tentang perkara cabang atau furu' dan tidak sesekali mempertikai hukum Allah yang qati' dalam al-Quran. Wallahu a'lam.