Wednesday, August 26, 2009

TONGGANG TERBALIK

Banyak sudah bukti ‘terang terbentang’ wujudnya kekalutan dalam barisan Pakatan Rakyat khususnya di negeri-negeri di bawah pentadbiran mereka.

Perselisihan Exco PAS dan Exco DAP Selangor seperti sedang menunggu masa untuk menyinsing lengan.

Wakil DAP Kedah sudah tunjukkan belang dengan bertindak menjadi bebas tapi telah diselesaikan oleh pucuk pimpinan parti masing-masing.

Terbaru, wakil PKR Kedah pulak sudah istihar hilang kepercayaan pada pucuk pimpinan dan terus jadi wakil bebas dalam dewan.

Isu arak, isu kuil, isu tanah dan banyak lagi isu yang timbul secara logiknya akan memberi jawapan kepada kita bahawa akhirnya pertembungan antara ideologi PAS dan DAP akan berlaku juga.

Persoalannya, apakah jika DAP berkompromi dari segi prinsipnya bersama PAS, maka DAP akan terdedah kepada bahaya hilang sokongan kaum cina?

Jika PAS yang berkompromi prinsip perjuangan demi mengekalkan ikatan sesama PR, adakah PAS akan terdedah kepada bahaya hilang kepercayaan dari penyokong melayu Islam?

Jika pola pengundian Pematang Pasir diambil kira, pengundi tidak terkesan dengan pertembungan ideologi antara PAS dan DAP ini. Nampaknya penyokong ke dua-dua parti lebih mudah mencari titik persamaan dari para pemimpin mereka. Pengundi cina di Permatang Pasir tetap memberi sokongan kepada calon PAS.

Malahan pengistiharan adun PKR keluar parti dan menyertai bebas pun tidak menjejaskan sama sekali sokongan pengundi kepada calon PAS.

Tidak mungkin pengundi cina mengundi PAS kerana mereka bersetuju dengan agenda negara Islam PAS. Tapi kenapa pengundi cina terus juga undi calon PAS?

Pemimpin PAS pula, walau pun telah galak kali tersepit gara-gara tentangan DAP secara terbuka dalam beberapa isu seperti kandang babi, tuduhan ekstrimis agama dan macam-macam lagi, tapi pemimpin PAS masih lagi menujukkan sifat toleransi yang tiada tolok bandingnya dengan DAP. Amat berbeza sekali pendekatan PAS terhadap DAP berbanding pendekatan PAS terhadap UMNO, parti se agama dengan mereka.

Pengundi tidak fikir itu semua. Kenapa keadaan tonggang terbalik ini ini boleh berlaku?

Anwar Ibrahim, menjadi gam ‘double-sided’ antara PAS dan DAP. Sifat ‘boleh belaka’ Anwar ini mampu mengelirukan ramai pihak. Mampu menghilangkan rasa rasional di kalangan rakyat, dan mampu juga membuatkan rakyat bersedia mengabaikan segala kelemahan pentadbiran atau penyelewengan sebahagian adun mereka. Dia juga berkebolehan menghilangkan rasa syak wasangka di antara cina DAP dan Melayu Islam PAS.
Malahan SPRM pun was-was untuk menyiasat kes yang membabitkan pemimpin parti pembangkang. SPRM yang sepatutnya melakukan siasatan, akhirnya mereka mampu meletakkan SPRM sebagai pihak yang harus dipertikaikan.

Itulah kehebatan propaganda mainan pemain politik khianat. Khianat kepada amalan demokrasi, khianat kepada institusi-institusi yang menjaga negara, khianat kepada bangsa sendiri, khianat kepada perpaduan nasional dan khianat kepada keselesaan hubungan antara kaum dan kepercayaan agama yang selama ini telah berfungsi dengan baik.

Tapi..apa nak dikata. Mainan pengkhianat ini direstui oleh ramai rakyat jelata yang tidak faham asal usul.