Penggunaan kepala lembu dan kepala babi sudah jadi cara baru untuk rakyat Malaysia berkias dalam menyatakan ketidak puasan hati mereka terhadap penganut yang berbeza fahaman agama.
Sebelum ini kalau dalam politik, bila sudah terlalu marah dengan parti lawan, ada yang bertindak sampai membakar bendera parti yang dimusuhi.
Sebelum daripada itu pula, ada juga rakyat yang membakar bendera negara sebagai menunjukkan kemarahan mereka pada pihak pemerintah.
Kesimpulannya, budaya berparti, budaya bernegara dan budaya beragama yang selama ini menjadi jenama Malaysia sudah beransur lupus ditelan keinginan sendiri tanpa perlu mengambil kira pertimbangan-pertimbangan lain yang lebih utama.
Apa yang pasti, di dalam masing-masing pihak mempertahankan apa yang mereka buat itu lebih betul dari orang lain, sebenarnya tidaklah menyebabkan keadaan menjadi lebih baik dari sebelumnya.
Dalam mereka mempertikai setiap tindakan yang dilakukan kerajaan BN tidak betul, menyeleweng atau tidak prihatin dengan masalah rakyat pelbagai agama, tapi setelah mereka memerintah tidak pula keadaan menjadi bertambah baik.
Malahan keadaan yang tidak pernah terjadi sudah pun terjadi. Salah faham antara agama dan salah faham antara kaum yang sudah lama tidak kedengaran sudah pun hampir membawa kepada ketegangan kaum dan agama.
Rakyat di Selangor, khususnya di Seksyen 23 Shah Alam mungkin sudah beransur-ansur berpijak di bumi nyata. Mungkin ramai di kalangan mereka sudah kembali rasional dalam perhitungan politik. Mereka yang beranggapan tidak ada bezanya menyokong MCA atau DAP, hari ini mungkin telah sedar bahawa kefahaman mereka sebenarnya silap. Mereka yang beranggapan bahawa DAP lebih faham tentang nilai agama Islam dari MCA, hari ini mungkin sudah dapat membezakan antara intan dan kaca.
Dulu mungkin mereka terlalu taksub bahawa Anwar boleh mengawal rakan-rakan komponen PKR dalam PR seperti mana yang selama ini dilakukan oleh UMNO di dalam BN.
Mereka berfikiran, ‘Tak apa, Pak Syeikh ada, dia tau macam mana nak uruskan puak cina dan India ni”. Orang PAS pun sama. Dia akan kata ‘Anwar ni bijok..dio tau nak buak gapo’.
Sekarang bila segala ‘mak datuk nenek’ ekstrimis kaum dan agama terlonggok di dalam PR dan mereka menuntut itu dan ini tanpa batas, sampai bilakah Anwar mampu bertahan dengan pendekatan kepimpinan ala-sesumpahnya?
Kalau Anwar dapat petunjuk macam mana Nabi saw dapat petunjuk melalui Jibrail, mungkin Anwar akan berjaya. Kalau tak melalui malaikat Jibrail pun mungkin Giebrael Amerika boleh bagi petunjuk…