Sejauh mana impak dan penerimaan ahli akar umbi terhadap sistem pemilihan baru yang bakal diperkenalkan?
Hapusnya sistem kuota pencalonan dan menambah bilangan perwakilan yang terlibat dalam menentukan pemimpin adalah antara yang bakal diperbahaskan.
Berapa bilangan perwakilan yang perlu dilibatkan bagi membolehkan hapusnya politik wang?
Angka 2500 sudah terbukti gagal mengekang wang dari menjadi faktor penentu siapa yang harus jadi pemimpin UMNO.
Kalau 60,000 perwakilan di 191 bahagian UMNO yang mengundi MKT pula, macam mana?
Bagaimana pula kalau 3 juta ahli yang terlibat memilih pemimpin?
Mana 1 angka yang boleh menyebabkan wujudnya 'tebatan' politik wang?
Kalau 60,000 ahli terlibat, bermakna pemilihan peringkat MKT akan berlangsung dalam persidangan di 191 bahagian seluruh negara.
Apabila ini berlaku, adakah wujud kemungkinan ketua-ketua bahagian akan menjadikan tahun pemilihan MKT ini sebagai tahun mengumpul dana?
Cuba bayangkan jika ada 100 calon MKT dan barisan kepimpinan Naib Presiden hingga calon Presiden yang bercita-cita merebut jawatan.
Cuba bayangkan jika 100 calon MKT memberi RM10,000 secara purata kepada setiap seorang ketua bahagian.
Jika andaian itu berlaku, maka setiap ketua bahagian akan meraih sebanyak RM1,910,000. Jika setiap calon MKT hanya memberi focus kepada purata 100 bahagian untuk meraih undi dan pencalonan, maka jumlah dana terkumpul yang bakal diperolehi oleh setiap seorang ketua bahagian adalah sebanyak RM1,000,000.
Perlu diingat, penggunaan wang sebelum pemilihan agung di KL seperti mana lazimnya tidak wujud lagi. Maka peruntukan dana ini boleh disalurkan lebih awal sebelum persidangan umno bahagian.
Jika andai-andaian ini berlaku, maka ketua-ketua umno bahagian akan lebih terjamin kedudukan mereka dan akan semakin sukar digugat.
Dengan dana terkumpul secara purata antara RM1 juta ke 2 juta yang diraih oleh ketua-ketua bahagian, maka amaun ini bolehlah dibenafaatkan untuk mereka meraih sokongan secara ‘blanket’ dari ketua-ketua cawangan.
Jika ada 100 cawangan, maka bolehlah dana ini disalurkan antara RM10,000 ke RM20,000 kepada setiap ketua cawangan. Jika bilangan cawangan lebih kecil maka lebih besarlah peruntukan dana boleh disalurkan kepada ketua-ketua cawangan.

Kesan daripada pengurusan dana kempen ini, maka akan kekallah ketua-ketua bahagian di bahagian masing-masing selama mana yang mereka mahu.
Dalam masa yang sama, calon-calon MKT juga secara puratanya akan dapat menjimatkan kos pertandingan mereka di sekitar RM1 juta ke RM2 juta.
Secara keseluruhannya, sistem pemilihan MKT melalui sistem perwakilan 60,000 di persidangan bahagian-bahagian seluruh negara akan memberi benafaat kepada semua peringkat kepimpinan parti.
Calon MKT dapat menjimatkan kos kempen yang panjang. Ketua bahagian pula dapat duit ‘free’ untuk mengekalkan jawatan sebagai ketua bahagian. Ketua cawangan pula akan dapat diperkasakan kedudukan mereka kerana secara puratanya mereka akan mendapat habuan antara RM10,000 ke RM20,000 seorang.
Laba keuntungan yang selama ini dimonopoli oleh G7 sewaktu kempen di KL dapatlah dirasai oleh ketua cawangan pulak.
Jadi inilah impak serba ringkas yang mungkin akan berlaku jika keahlian seramai 60,000 diguna pakai untuk menggantikan sistem perwakilan 2,500.
Statistik ini hanya suatu andaian dan tiada kena mengena dengan mereka yang masih hidup atau yang telah mati politiknya…