Monday, June 8, 2009

POLITIK ULAMAK AKHIR ZAMAN VS POLITIK NABI

Imam Abu Hanifa, Imam Malik, Imam Shafie dan ramai lagi imam-imam besar zaman kerajaan Muawiyyah dan Abbassiah terpaksa merengkok dalam penjara gara-gara menegur dan memberi fatwa yang bertentangan dengan selera pemerintah di zaman masing-masing.

Tapi tiada seorang pun dari mereka yang membentuk gerakan massa atau gerakan politik untuk menumbangkan kerajaan yang tidak mengendahkan teguran dan kritikan mereka.

Apakah apabila mereka tidak membuat gerakan massa ini bermakna mereka tidak menegak yang makruf dan mencegah yang mungkar?

Apakah apabila mereka tidak mahu melibatkan diri dalam politik kenegaraan di zaman mereka, memberi makna mereka tidak faham bahawa wujudnya politik yang diberi nama politik Islam?

Apakah dengan keengganan mereka untuk terlibat dalam kancah politik dan perebutan kuasa waktu itu juga bermakna mereka tidak mengamalkan Islam syumul yang mencakupi segenap lapangan termasuk politik, ekonomi dan sosial?

Apakah mereka tidak sedar akan tuntutan fardhu kifayah dalam soal politik dan kekuasaan seperti yang digambarkan oleh pengamal politik Islam akhir zaman ini?

Adakah ilmu dan kefahaman mereka lebih cetek dari pengamal politik Islam yang ada pada hari ini?

Apakah mereka yang terdahulu ini telah melakukan kesilapan atau pengamal politik Islam akhir zaman ini yang tersilap pemahaman?

Apakah mereka yang terdahulu ini yang gagal membezakan tugas hakiki sebagai seorang ulamak atau pengamal politik Islam akhir zaman yang telah lari dari tugas hakiki ini?

Dalam banyak-banyak tugas wajib dan hakiki, mana satu tanggungjawab yang paling wajib dan hakiki yang paling wajib diutamakan oleh para ulamak hari ini?

Jika rumah sedang terbakar hangus, apakah bijaksana jika kita selamatkan pinggan mangkuk dan kerusi meja terlebih dahulu dari menyelamatkan ahli keluarga yang terperangkap?

Semuanya patut diselamatkan, tapi yang mana lebih wajib didahulukan?

Umat manusia hari ini sedang terdedah kepada bahaya pembakaran api neraka akibat dari kegagalan mentaati perintah tuhan.

Mana satu yang lebih wajib didahulukan pada pandangan pengamal poltik Islam?

Adakah mendapatkan kuasa pemerintahan yang lebih utama atau menyelamatkan seluruh umat dari gejala pembakaran api neraka?

Mana satukah tugas hakiki seorang ulamak? Adakah berjihad untuk mendapat kuasa pemerintahan atau memastikan 'hablumminallah dan hablumminannas' dijalankan untuk keselamatan seluruh umat selamat di dunia dan akhirat?

Jika mereka menjawab, wajib ke dua-duanya, maka yang mana satukah lebih wajib didahulukan jika kita berada dalam kesuntukan masa dalam melakukan usaha menyelamat umat dari terbakar hangus?

Persoalan ini ditujukan kepada para ilmuan dan ulamak yang sedang bergiat cergas berjihad melalui kaedah mendapatkan kuasa terlebih dahulu baru amal dan sebarkan Islam.

Kepada bukan ulamak yang berminat untuk berbahas, pembayang maksud boleh diambil dari kisah Nabi Muhammad saw ditawarkan menjadi raja dan pemerintah.

Nabi Muhammad saw tidak mengambil jalan pintas untuk sebarkan agama walau pun baginda berpeluang untuk berbuat demikian apabila ditawar menjadi raja.

Bagi mereka yang berfikir seangkatan dengan pemikiran Anwar Ibrahim, sudah tentu ini satu peluang untuk menyebar Islam. Peluang sudah terbuka. Bagi mereka yang mengguna logik akal akan berfikir ‘sudah tentu lebih mudah untuk menyebarkan Islam apabila kuasa sudah ditangan…!

Tapi kenapa Nabi Muhammad saw tolak mentah-mentah tawaran yang datang menggolek, walhal ketika itu keadaan lebih mendesak kerana serba-serbinya kekurangan. Bukankah lebih mudah untuk sebarkan kalimah Allah jika baginda menjadi raja terlebih dahulu? Siapa yang berani menentang jika kuasa sudah di tangan?

Yakin hanya dengan kuasa ditangan boleh mengembangkan syiar Islam dengan lebih berkesan adalah satu tindakan yang menjurus kepada amalan syirik. Bukan begitu?

Apa bezanya antara orang yang ‘yakin hanya dengan kuasa boleh sebarkan agama’ dengan orang yang berkata ‘hanya UMNO satu-satunya parti yang boleh menyelamatkan agama, bangsa dan negara’?

Paku dulang paku serpih. 2 x 5.

18 comments:

  1. Salam,

    Anda dipelawa untuk menulis komen,Walaupaun idea anada berbeza,tidak mengapa.Manalah tahu idea anda diterima pembaca

    http://penpusaka.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Nak berkongsi beberapa perkara :

    - Dizaman imam Mazhab tersebut belum ada lagi Politik Demokrasi. Pemerintahan adalah warisan.

    - Tawaran pembesar Quraish kepada Nabi SAW adalah bersyarat, sila teliti syarat tersebut dan jawapan NABI SAW ketika menolak. Bukan spt tawaran penduduk Madinah yg bersumpah akan membela & mempertahan nabi.

    ReplyDelete
  3. salam..
    sebonar ekau nak ulama' kito jadi macam mano? jadi lombu dicucuk idung ajo ko? pemahaman kau tentang perjuangan dalam menegakkan agama sangat lemah, islam ke kito bila dah aman pergi ke masjid? atau islamkah kito bilo dah ado mahkamah syariah (yang tak berani nak penjarakan dan dondo orang VIP)? islamkah kito kalau hanya pandai baco al-quran (ikhfa' boleh bertukar jadi izhar)? hebat ke kito bilo soal aurat menjadi perkara ringan? negara islamkah kito bilo ramai umat eh yang dah murtad (hukum murtad, bagi nasihat 3 hari kalau tak ikut hukum pancung), apa yang nak dibanggakan dengan itu sumo, sedangkan apa yang ada di malaysia (agama rasmi islam) pun ada juga kek Amerika dan China (negara komunis yang tak percaya tuhan).
    apo kono eh kau jang....

    ReplyDelete
  4. sambung lagi sikit...
    zaman para ulama terdahulu belum ada lagi kumpulan tertentu atau parti politik untuk menegakan idea masing-masing, tapi hari ini samada negara demokrasi atau republik semua melalui proses undi dan ada parti masing-masing. lantaran itu para ulama terpaksa menggunakan kaedah parti untuk berjuang diatas pentas demokrasi dan republik. perlu diingat para ulama bukan gila pangkat kerana pangkat dan jawatan adalah amanah yang berat, kata imam ghazali "yang berat itu adalah amanah", jadi apa guna ulama menubuhkan parti politik sekiranya pemerintah sedia ada yang muslim dapat mengikut acuan agama dalam pentadbiran , pendek kata apa saja nak buat tanya agama dulu boleh atau tidak, bukan ikut kepentingan tertentu sebab matlamat tak boleh halalkan cara. dalam hal ini saya hanya lihat PAS(Petunjuk Al-Quran dan Sunnah) sahaja yang komited kearah mendaulatkan islam dalam suma lapangan hidup. wallahu a'lam.

    ReplyDelete
  5. Salam anakcucu dan lain-lain.

    Apa yg pasti sdr dan saya punya warna kaca mata yg berbeza. Kalau tuan pakai kaca mata warna hijau, benda putih pun akan dikata hijau. Begitu juga saya akan nampak benda putih itu biru kalau saya memakai kaca mata biru.
    Sdr dan saya tidak boleh 'claim' hak warna putih. Hak warna putih itu hanya agama suci sebenar yg telah ditunjukkan oleh nabi saw dan diikuti oleh para sahabat dan sebahagian tabiin. Selepas itu kemerosotan agama telah berlaku hinggalah sekarang.
    Sebarang kaedah samada melalui kaedah politik, demokrasi, sosialis atau lain-lain dalam mennyebar agama bukanlah kaedah terbaik dan ia tidak pernah membuktikan kejayaan dlm agama. Kejayaan dlm agama tidak sama dgn kejayaan menegakkan kerajaan Islam. Iran selepas Shah Iran dikatakan sebuah negara Islam tp adakah itu7 yang dikehendaki oleh agama?
    KAlau Islam itu ada ISO, ISo yang diiktiraf adalah cara yg telah ditunjuk oleh Nabi saw. Sebarang kaedah yg tidak mengikut atau tidak comply dgn Standard Operating prosedure(SOP) yg ditetapkan adalah dianggap satu kegagalan dlm mematuhi SOP dan ISO boleh ditarik balik oleh SIRIM. Itu ananloginya.
    Attitude sdr yg sering memandang org lain lemah, dangkal dan jahil pun dianggap terkeluar dr amal Islami krn itu budaya Azazil spt yg telah saya jelaskan sblm ini. Mana mungkin kita boleh menjayakan satu niat suci krn agama dgn mengambil cara yg tidak suci yg bersamaan dgn nilai2 yg terdapat pd Azazil laknatullah.

    Saya dah kata tp kenapa sdr tidak faham apa itu pembawaan sombong, riak dan takkabbur. Saya ingatkan sekali lg itu sifat syaitan Azazil laknatullah.
    Mana boleh sifat sombong, riak dan takkabbur dibawa dlm perjuangan utk menegak agama yg suci.
    Begitu jg satu perkara lg. Demokrasi mana pernah wujud dlm Islam. Islam bukan berdasarkan majoriti atau minoriti. Ini harus kita akui terlebih dulu. Demokrasi ciptaan org kafir. Kalau sistem itu yg terbaik kenapa tidak Allah beri kaedah itu pada Nabi saw? Bukankah nabi saw kekasih Dia? Kenapa cara terbaik Allah beri pd org kafir dan akhirnya org Islam meniru dan mengikut cara mereka atas alasan tiada ruang atau pilihan lain, kononnya?
    Peringkat awal kerasulan nabi pun tiada langsung pilihan yg ada pd nabi krn ia agama yg baru ketika itu. Tp nabi tak pernah terikut atau meniru cara mereka dan baginda tak pernah kata pada pengikutnya kita tidak ada pilihan.

    ReplyDelete
  6. Sambung lagi..
    Kalau kita memandang tinggi kaedah nabi tidak timbul masalah kita terpesona dgn kaedah yg selain dari yg dibawanya. tp krn kejahilan dan yakin pd logik akal sendiri atau berdasrkan keperluan semasa yg ada dipersekitaran kita, maka itulah kita mencuba pelbagai kaedah baru utk membawa agama. Maka keluarlah pelbagai pandangan mengikut kacamata masing2 bagaimanakah cara terbaik ketika ini utk mendaulatkan agama. Bagi yg cenderung kpd poltik dia akan mengambil dr sudut politik. Bg yang cenderung kpd tarikat, tasauf dll mereka akan memandang agama dr sudut itu.
    Jdi bagaimana mahu dijumpai jln sebenar? bagaimana mahu dipaksa org lain mengikut cara kita? Semua itu pandang yg telah bercampur warna. Tidak putih lagi spt Iso yg telah ditunjukkan oleh nabi?

    Tapi saya rasa tidak guna utk berhujjah. Saya tidak yakin melalui hujah aga akan didaulatkan dimukabumi ini krn nabi tidak menggalakkan hujah atau debat. Syaidina Ali pun ada berkata, salah satu perkara yg mematikan hati umat ialah berdebat dengan tujuan utk menegakkan hujah sendiri. Ia termasuk dlm kategori yg dia label termasuk dlm folongan yg bodoh lagi tolol.
    Islam naik bukan dgn berhujah. Islam naik dgn petunjuk Allah. Umatnya harus mencari jalan bagaimana supaya Allah bagi petunjuk. Jika mahu Allah bg petunjuk, hambanya perlu cari kesukaan Allah. Satu caranya ialah bodek kekasihNYa. Bodek kekasihNYa mestilah dgn cara mengikut kaedah atau sunnahnya. Bila kita bodek kekasihNYa, barulah Allah suka. Mana mungkin kita dpt petunjuk kalau Allah tak berpuas hati dgn cara kita meninggalkan cara dan kaedah nabi dan mengambil kaedah atau sunnah kafir demokrasi atau sosialis.
    Saya tahu sdr tidak akan bersetuju dgn pandangan yang ekstrim spt ini. Mungkin cara ini sudah ketinggalan zaman dan tak berpijak dibumi nyata.
    Satu pandangan utk difikir ialah
    "Kalau cara terkencing pun nabi tunjuk cara yg betul, inikan cara utk mendaulatkan Islam". Jadi fikir2lah. Jgn memperlekehkan cara nabi ketinggalan zaman.

    ReplyDelete
  7. Anon 4.09pm
    Tawaran berSyarat tu betul. Disebalik penolakan nabi juga tersirat satu perkara bhw nabi tidak perlu kuasa utk sebarkan agama. Itu ilmu yakin. Nabi tak tersedik hati pun tentang kuasa.Allah hantar baginda bukan atas maksud kuasa. Agama tidak perlu perantaraan.

    ReplyDelete
  8. Anon 4.09pm
    Tawaran berSyarat tu betul. Disebalik penolakan nabi juga tersirat satu perkara bhw nabi tidak perlu kuasa utk sebarkan agama. Itu ilmu yakin. Nabi tak tersedik hati pun tentang kuasa.Allah hantar baginda bukan atas maksud kuasa. Agama tidak perlu perantaraan.

    ReplyDelete
  9. Mana anakcucu?
    Bila nak jawab?
    Anakcucu Islam nama atau Islam keturunan aje kot?

    ReplyDelete
  10. Saya setuju apa yang dikatakan oleh saudara kamarulzaman. Kenapalah sempit sangat pemikiran anakcucu tentang Islam. Bagi saya mudah saja, apa jua dalam parti pas atau umno tidak lepas dari godaan nafsu dunia. Mungkin anakcucu sudah nampak telanjang bulat UMNO. Bagaimana pulak kalau Pas memerintah. Apa yang anak cucu nampak pulak? Lihat saja Mohamad Nizar. Ada kuasa sikit dah lupa perjuangan. Islamkah kalau membiarkan kafir menggunakan kuasa untuk menindas Islam secara halus. Sanggupkah ke anak cucu kata Mohd Nizar bukan Islam atau tergelincir akidahnya kerana sanggup berpeluk cium dengan Dap? Tentu tidak wajar bukan? Sebab Mohd Nizar hanya manusia biasa yang lemah. Istimewanya kerana pernah menjadi MB Perak. Mampukah dengan kuasa beliau dapat menarik Dap cintakan Islam. Sudah tentu tidak. Ini terjadi sebab ketakwaan Moh Nizar pada Allah swt terlalu dangkal. Akhirnya ketakwaan manusia bukan letak pada UMNO atau Pas. Ketakwaan itu boleh dimilki oleh sesiapa sahaja tanpa mengira Parti. Jadi janganlah mendakwa ulama dalam Pas tu maksum. Mereka tak lari dari buat silap.

    Insan yang lemah.

    ReplyDelete
  11. My another 2 cents..
    - Berhujah mencari kebenaran. Dgn hujahlah Ulama hadis menapis Ribuan hadis mencari yg Asli. Apabila Imam Bukhari & Muslim menolak hadis yg di rawikan oleh perawi yg dipertikaikan, adakah dia bersifat Azazil.

    - Al Quran penuh ayat suruh berfikir, mencabar kaum kafir .... spt pelajaran semasa tkt 2 Surah Al- Baqarah> Ayat 23 'Dan kalau kamu ada menaruh syak tentang apa yang Kami turunkan (Al-Quran) kepada hamba kami (Muhammad), maka cubalah buat dan datangkanlah satu surah yang sebanding dengan Al-Quran itu dan panggilah orang-orang yang kamu percaya boleh menolong kamu selain dari Allah, jika betul kamu orang-orang yang benar.'

    - Manakan kita tau kaedah & sunnah yg betul tanpa berhujah.

    - Bagi Al-arqam merekalah beramal dgn sunnah sebenar begitu juga dgn yg lain. So camana nak selesaikan.
    "Kalau cara terkencing pun nabi tunjuk cara yg betul, inikan cara utk mendaulatkan Islam".

    ReplyDelete
  12. Anon 4.36
    Hujah utk kebenaran sesiapa pun tidak boleh menolak. Hujah @ debat utk memenangkan kelompok sendiri dgn menggunakan ayat Allah itu yg menjadi salah. Jgn dilurus bendulkan maksud sesuatu ayat atau jgn ditafsir ayat secara lateral. Mana yg dirasa boleh menyokong hujah kelompok sendiri maka ia dipergunakan, walhal maksud sebenar mungkin berbeza. Menokok tambah dan mentafsir sendiri boleh dilakukan kalau kita buat R&D atau membuat 'new invention' sesuatu produk atau 'prototype', tapi agama tidak begitu. Jgn disamakan ayat Allah dgn teori dan penemuan baru dlm soal dunia. Itu percubaan utk merendahkan ayat Allah. Ulamak dulu begitu takut utk mentafsir ayat2 tuhan krn khuathir disalah erti oleh pengikut terkemudian. Ulamak yg yg ringan mulut saja yg bebas mentafsir dan pantang diminta pandangan maka mereka akan segera mentafsir segala nas yg relevan. Saidina Abu Bakar ra dulu, utk mengumpul segala mushaf yg ada utk dibukukan pun takut krn khuatir ia tidak pernah dilakukan oleh nabi. Akhirnya himpunan mushaf yg nak dijadikan buku itu telah dibakarnya. Kita hari ini mungkin kata Abu Bakar ra tersilap, tapi itulah tindakan yg dilakukan oleh org yg paling hampir dgn nabi dan bertaraf siddiqin.
    Hari ini keadaan yg berlaku sgt menggusarkan. Semua berlumba2 memberi tafsiran quran dan hadis, tapi sahabat nabi dulu sering mengelak apabila diminta pandangan oleh tabiin krn takut dipertanggunjawabkan di atas pentafsiran mereka diakhirat kelak jika tafsiran mereka tidak tepat sbgmana sepatutnya.
    Apakah sahabat nabi tidak bertanggungjawab krn sikap mereka yg sering mengelak apabila diminta pandangan? Apabila ditanya, sahabat nabi sering mengarahkan tabiin bertanya kepada si polan-sipolan krn dia lebih arif. Itulah cara org yg faham bagaimana utk amal agama.
    Cuba kita bandingkan perlakuan org2arif yg ada title RA ini dgn org yg mengaku diri mereka arif dlm pandangan mereka terhadap mentafsir quran dan hadis.

    ReplyDelete
  13. salam...
    umang aiiii....
    tak sangka jadi panjang lebar lak, baru tinggai 2 hr ja.
    anyway syabas, saya cuma nak bagi point2:
    1. Islam itu mudah tapi jgn dipermudahkan (lihat golongan mana yang sering mempermudahkan agama).
    2. Sebagai muslim wajib kita menggunakan Al-Quran dan Hadis serta Sunnah sebagai panduan hidup tapi bukan memperalatkan (hanya digunakan bila perlu saja spt mempertahankan hujah dan ideologi sesat).
    3. Allah SWT mencipta hukum untuk diikuti bukan untuk dipertikaikan.
    4. Islam itu baik lagi sejahtera, maka segala undang-undang atau sistem yang baik (untuk kemaslahatan ummah adalah diterima asal tidak bertentangan dengan hukum syara' dan akidah) tapi ramai yang ambil sistem logik akal kaum kuffar sbg jalan mudah tanpa merujuk kepada alim ulama.
    5. Ulama bertugas setiap masa tak perlu tunggu hingga dilantik oleh pihak kerajaan, seperti bagi kuliah kat masjid dan surau, kerana keilmuan ulama bukan diukur dengan sijil sahaja malah hablum minallah dan hablum minannas (macam sdr kk kata)sangat-sangat dijaga.
    6. Rasulullah SAW tidak menerima tawaran tersebut kerana syarat yang dikenakan mesti meninggalkan ajaran Islam. Tapi akhirnya Rasulullah SAW diangkat sebagai ketua negara di madinah munawwarah tidakkah itu dinamakan kuasa yg selepasnya dakwah dapat berkembang dengan begitu mudah sehingga kaum yahudi tunduk dengan pemerintahan Baginda.Selama ini pun para ulama sentiasa mengajarkan sesuatu ilmu samada secara formal atau informal.
    7. Sebagai muslim kita tak perlu kepada ukuran ISO ciptaan manusia, jika dapat amalkan sedapat mungkin apa yang disuruh dan yang dilarang spt dalam Al-Quran dan Sunnah dah kira hebat.
    8. Al-Islamu Ya'lu wa la Yu'la alaih (Islam itu lebih tinggi dan tiada yang lebih tinggi daripadanya, maka itu segala tindakan, perbuatan dan percakapan hendaklah menjurus kepada pengakuan kita.
    9. Umara' boleh jadi ulama dengan syarat sanggup melalui disiplin ilmu seperti yg dilalui ulama' sejak dari kecil lagi, ulama' pula boleh jadi umara' kerana al-ulama' ul warithatul anbiya', maka apa yang pernah dilakukan oleh nabi boleh juga dilalui oleh ulama, ini kerana ulama sangat arif apa yg boleh apa yg tak boleh seperti jadi pemerintah, peniaga, petani, ketua tentera dan tabib.
    10. Sbg ulasan, samada dengan kuasa atau tidak percayalah ramai para ulama' yg tak pernah berkira dan sabar dalam mengajar ilmu agama dan memberi kesedaran dan mereka tak pernah mengharap sebarang ganjaran dari pihak kerajaan (termasuklah ulama yg kerja dibawah kerajaan), soalan saya satu sahaja, pernahkah tuan mengajar kanak-kanak yg belum kenal sebarang huruf dan membaca Al-Quran? jika pernah, adakah tuan mengadap kanak-kanak tersebut mengaji setiap hari hingga khatam? jika tuan pernah melaluinya saya akui tuan memang orang yang sabar. wallahu a'lam.

    ReplyDelete
  14. Anakcucu
    Saya makin seronok bertukar pandangan dgn sdr krn saya lihat ada sedikit timbal balik dlm memberi dan menerima pandangan.

    Sudah saya jelaskan sedikit tentang tawaran bersyarat dr puak kafir mekah kpd Nabi saw.
    Apa pun tidak terlintas oleh nabi utk mendapat kuasa bg tujuan menyebar agama. Kuasa diMadiah selepas 13 thn datang dgn sendiri apabila semua umat Muhammad di madinah beriman kpd Allah. Nabi tidak buat apa2 perancangan utk beroleh kuasa. Apa yg direncanakan baginda hanyalah memastikan setiap manusia dpt ucap kalimah dan berjaya di alam kekal. Itu maksud sebenar baginda dihantar. maksud nabi bukan utk menegakkan kerajaan di madinah. Maksud sebenar baginda adalah umat seluruh alam beriman kpd allah. Kuasa di madinaha sgt kecil bg diri baginda dan tidak kena mengena dgn agenda baginda dihantar ke mukabumi. Kita yg hubud dunia sj yg taksub akan kuasa seolah2 tanpa kuasa agama akan hancur.
    Ulamak kerajaan yg dilabel sbg ulamak upahan dsebabkan imbuhan yg diterima tidak ada bezanya dgn ulamak swasta yg mendpt habuan peribadi atau sumbangan/derma masyarakat apabila melakukan penyampaian agama. Ke dua2nya mendapat apa yg dinamakan imbuhan dunia hasil dr kerja agama yg dijalankan. Bezanya cuma, satu pihak mendpt habuan melalui payroll dan yg satu lg melalui envelope.
    Hakikatnya, berat tanggungjawab kita kpd anak dan beban tanggungjawab kita kpd umat adalah sama. Cuma kita tidak ada title nabi tp apa kerja nabi itulah sebenarnya kerja umatnya. Jd sepatutnya bagaimana ikhlasnya kita mengajar anak mengaji tanpa mharapkan imbuhan begitulah sepatutnya kita berikhlas dgn umat dlm menyampai dan menyebar agama. Tp kenapa treatment kita kpd ahli keluarga dgn treatment kita terhdp umat berbeza? Di sini bolehlah kita tanya diri sendiri tentang ketidakadilan yg kita lakukan sehari2an kerana diskriminasi yg kita lakukan kpd umat dlm soal membimbing dan memimpin serta menyampaikan agama.

    ReplyDelete
  15. My Another 2 cents (tq for allow me space)

    http://drmaza.com/home/?p=623
    Tajdid atau pembaharuan (renewal) adalah satu keperluan. Jika tidak kerana gerakan atau usaha tajdid sepanjang sejarah umat ini tentulah Islam menjadi begitu lemah dan hilang kemampuannya. Nabi s.a.w dalam hadis yang sahih diriwayatkan oleh al-Imam Abu Daud menyebut: “Sesungguhnya Allah akan menghantar untuk umat ini setiap awal seratus tahun sesiapa yang mentajdidkan untuk umat ini agamanya”.

    Sepanjang sejarah, tokoh-tokoh atau gerakan tajdid muncul melaksanakan berbagai usaha dan menghadapi berbagai cabaran. Berbagai-bagai bidang tajdid dilakukan demi kebaikan umat. Khalifah ‘Umar bin ‘Abd al-‘Aziz ialah tokoh tajdid (mujaddid) yang disepakati umat. Kemudian muncul berbagai tokoh lain yang dianggap mujaddid; seperti al-Imam al-Syafi’i (meninggal 204H), al-Imam Ibn Taimiyyah (meninggal 728H) dan lain-lain.
    Tajdid bukan bererti mendatangkan agama baru........

    memang kita sayangkan anak, tapi bila dah besar, dipinang orang, kita lepaskan

    mmg kita tau kesucian islam, tp bukan kita simpan dlm peti kaca, tanpa disentuh....

    ReplyDelete
  16. KK, Boleh saya tau apa buku rujukan berkaitan Sirah? Terutama berkaitan peristiwa Nabi ditawarkan kuasa.....

    tq

    ReplyDelete
  17. Anon 12.19, susah utk bckp dgn anonymous sedangkan saya tidak menyorok muka. Mana mungkin saya melayan utk menunjuk semua rujukan kpd mereka yg seangkatan dgnnya. Apa pun setakat berguru dgn buku rujukan akan menyebabkan pemikiran menjadi lebih kronik. Mana sama guru dgn buku rujukan

    ReplyDelete
  18. Anon 12.12
    Semakin panjang perbincangan ini. Mungkin tahap pemahaman kita tidak sampai ke situ utk memecah kebuntuan. Panjang berkajang kalau ditulis segalanya utk suatu penemeuan yg paling tepat. Khalifah Umar abd Aziz diakui sbg mujadid spt hadis yg tuan tulis, oleh orang yang selepasnya dan bukan yg sezaman dgnnya. Ketika baginda memerintah mungkin hanya beberapa kerat org yg nampak sj bhw baginda adalah mujaddid yg dimaksudkan di zamannya.
    Kita tak boleh nak pandai2 'claim' org itu dan ini sbg mujadid.

    ReplyDelete