Friday, June 12, 2009

ENGGEH&SOKONG : PR & UMNO 2 X 5

Kepimpinan Pas sudah berani untuk bersalah-salahan pendapat dan pendirian secara terbuka.

Keterbukaan seperti ini tidak berlaku dalam PKR atau pun DAP. Kalau ada pun, ia kelihatan agak kaku dan silu. Pengunduran Ezam Mohd Nor, Ruslan Kasim dan beberapa pemimpin PKR adalah di antara bukti tiadanya keterbukaan dalam PKR.

Keterbukaan hanyalah satu fahaman yang diketengahkan supaya orang lain mengamalkannya. Jika orang lain itu lari dari konsep keterbukaan ini, maka ia akan membuka ruang kepada mereka untuk melakukan kritikan bagi menarik sokongan ramai kepada mereka.

Sebenarnya tiada siapa di kalangan mereka yang benar-benar suka akan keterbukaan jika hasil dari keterbukaan tersebut mengena tepat ke batang hidung sendiri.

Keterbukaan dalam menyatakan pendapat dan pendirian seperti seperti yang berlaku di antara Husam Musa dan Hadi Awang sebenarnya hanya berlaku dalam UMNO.

Dalam UMNO ahli dan pemimpin bebas menegur dan mendesak kepimpinan bila perlu. Perletakan jawatan Tun Abdullah Badawi adalah contoh jelas wujudnya proses keterbukaan dalam menyatakan pendirian di kalangan pemimpin UMNO.

Dato Mukhriz, saya sendiri dan beberapa orang Exco Pemuda ketika itu telah mencetuskan secara terbuka agar PM meletak jawatan bagi tujuan menyelamatkan parti.

Budaya ‘enggeh dan sokong’ setiap apa yang dikehendaki oleh pemimpin besar, sebenarnya lebih berkembang subur di dalam Pakatan Rakyat.

Tapi entah macam mana label ‘enggeh dan sokong’ ini hanya dianggap sebagai budaya UMNO. Tapi kalau kita lihat di pihak sana sebenarnya bukan setakat ‘enggeh dan sokong’, malahan ia telah mencapai ke tahap budaya taksub buta tuli.

Kalau pemimpin besar mereka kata UMNO tak relevan, pengikut pun kata tak relevan.

Kalau pemimpin mereka kata hanya menunggu saat Ahli Parlimen BN melompat untuk membolehkan mereka menubuh kerajaan, pengikut yang tidak sabar untuk ke Putrajaya.

Kalau pemimpin mereka kata lompat sudah tak relevan dan perlu mendapat mandat rakyat melalui pilihanraya, maka pengikut pun tanpa banyak soal terus mendesak sultan bubarkan dewan.

Kalau pemimpin mereka kata pemimpin UMNO tidak bermoral dan rasuah, maka pengikut terus membenarkan tuduhan itu tanpa perlu ada apa-apa bukti.

Kalau pemimpin mereka disabit tuduhan moral dan rasuah, pengikut terus tolak mentah-mentah walaupun seguni bukti dikeluarkan.

Kalau ada yang terbukti bersalah di mahkamah, itu angkara campurtangan UMNO.

Kalau pemimpin mereka bersetuju dan menyanjung keputusan keputusan mahkamah kerana keputusan yang menyebelahi mereka, maka pengikut pun kata ‘lihat..!, tuhan maha adil’.

Kalau pemimpin mereka tidak bersetuju dengan keputusan mahkamah kerana keputusan tidak menyebelahi mereka, pengikut pun akan kembali kata, ‘lihat…!, sudah dijangka, UMNO pasti campurtangan’..

Kalau pemimpin mereka kata fahaman assobiah dan bersekongkol dengan bukan Islam itu ‘kerajaan toghut’, maka pengikut pun kata ‘toghut’.

Apabila pemimpin mereka kata dibolehkan bersekongkol dengan bukan Islam dan sudah tidak assobiah lagi, maka tanpa banyak bicara pengikut terus ‘enggeh dan sokong’, walau pun Kaparat Singh kata langkah mayat dia dulu.

Inilah di antara perkara-perkara yang membingungkan kita. ‘Bila tiba diperut dikempiskan, tiba di mata dipicingkan’.

Kenapa pengikut mereka begitu taksub? Walau pun mereka kata taksub tidak dibolehkan oleh agama, tapi taksub jenis mereka dibolehkan hasil ‘ijtihad pua condong ke perut’ mereka.

Ahli dan pemimpin UMNO dicop bersikap ‘enggeh dan sokong’ buta tuli, sedangkan amalan tersebut mendarah mendaging dalam diri mereka.

Sekaranglah baru kita lihat ada keberanian dari sebahagian kepimpinan PAS yang sanggup mengatakan ‘tidak’ kepada pemimpin no. 1 mereka.

Kita nak lihat adakah Hj Hadi benar-benar ikhlas dan sanggup mendahulukan perpaduan negara dari kehendak sebahagian pemimpin parti.

Kita juga nak lihat kumpulan Erdogan PAS terus menegur dan menyatakan pendirian secara terbuka kepada pucuk pimpinan mereka tanpa gentar.

Kita juga nak lihat adakah ini ‘satu permainan silap mata yang dibolehkan menurut pandangan Islam’ oleh pengamal politik Islam dalam usaha membina imej sebagai parti yang layak menjadi alternatif kepada kepimpinan negara selepas UMNO.

5 comments:

  1. MANTAP.......MEMANG MANTAP....
    GO DATUK GOOOOO.....

    KALAU KENA PADA ORANG UMNO "HARAAAAMMMM". SEMUA HARAAAAMM....

    KENA TANG DEPA.... LU PIKIR LA SENDIRIIIIIII....

    ReplyDelete
  2. Dalam sejarah Malaysia, Parti mana yg Presiden (Asri) dan Naib Presiden (Nakhie) melompat ke Parti lawan, tetapi parti tersebut tetap utuh malah makin berkembang ......

    Sejarah UMNO pula telah diuji oleh Ku Li & Bro Anwar.

    My 2 cents

    ReplyDelete
  3. parti mana dulu haram berpakat dengan KAFIR tp la ni boleh pulak pasal tak haram dah.
    Dulu.....
    makan ayam putih...haram,
    makam UMNO sembelih....haram,
    konset...haram,
    buka aurat...haram,
    wanita jadi wakit rakyat...haram,
    menentang ulama...haram,
    judi...haram,
    arak...haram

    Lani....
    orang PAS pun ada bela ayam daging..halal,
    UMNO sembelih...ada yang haram lagi dan adda yang halal dah,
    kat kelantan pun ada konset dah... halal,
    ornag UMNO yang buka aurat ja yang haram...selain dari UMNO halal,
    wanita sama hak dgn lelaki dah...halal,
    UMNO ja yang tolak ulama, PAS maki hamun, cerca ulama depa sendiri pasal tak ikut kehendak ahli.. halal,
    Judi kat kedah pun belambak lagi dan yang dok p beli tu pun PKR ngan PAS paling ramai...halal,
    Kedai juai arak belambak kat kedah ni pun tak tutup lagi pun...masa kempen janji nak tutup kedai arak...cakap PAS pun minafik jugak..tak ta halal.......

    ORANG KAMPUNG AKU MENANGIS TERESAK2 KAT NYA NAKAIE DAH MURTAD MASUK UMNO. SEBAB TU YANG PAS SEMAKIN BERKEMBANG SEBAB TAKUT MURTAD, DAN JAMINAN SYURGA. MALANGNYA NENEK MOYANG KITA SEMUA MASUK NERAKA PASAL BUKAN ORANG PAS.... SEDIHNYA....

    ReplyDelete
  4. Dalam pakatan pembangkang PAS walaupun minoriti kerusi parlimennya tetapi mampu menjadi dominan seperti UMNO dalam BN tetapi malangnya belum pun sempat menapak dan kukuh..Anwar sudah awal menyusup dan memecahkan PAS dari dalam hingga terpecah dua atau tiga puak dan amat amat sukar menyatu semula...bibit2 perpecahan makin menular, itu yang diharapkan.

    Semua ini menyebabkan PAS akan dicatur dan terus menjadi boneka DAP dan PKR..selari dengan kehendak Nik Aziz.

    Walaupun Anwar dilihat gagah secara luarannya tetapi masa depannya banyak bergantung kepada ehsan dan budibicara DAP untuk terus menyokongnya atau akan terhumban ke longkang juga jika Anwar gagal mengekang kemaraan PAS bagi pihak DAP.

    Hadi Awang masih berlembut untuk melihat setiakawan dalam pakatan pembangkang sebelum mendapat dahan yang lebih kukuh.

    ReplyDelete
  5. salam...
    dalam soal halal dan haram itukan jelas, manakala yang tak jelas itu sebenarnya lebih hampir kepada yang haram (baik tinggalkan).
    kepada ano ayam putih saya nak habaq bagi, selama saya dalam pas (dulu umno piang) tak pernah saya dengar perkara karut marut tu, jika ada sekalipun mungkin dalam skala yang kecil dan mungkin terbawa oleh perasaan,tentang konsert itu jelas haram kerana berlakunya percampuran antara lelaki dan perempuan (semua org tau takleh pertikai) sekalipun konsert nasyid jika dengan cara yang sama dan penonton boleh tinggal solat. buka aurat dengan sengaja pun haram (tak kira sapa pas ka umno ka pkr ka atau dap ka) tapi org umno buka aurat tak sengaja kot no? org perempuan dan lelaki disisi Allah SWT adalah sama yang membezakan adalah tingkatan Taqwa. hg pun akui umno tolak ulama, pas bertelagah sesama depa hg toksah susah hati depa bertelagah dengan adab, maki lagu mana? hg biaq betoi? pasal judi dan arak ni memang mainan kapiaq? tu pasai kena buat hudud depa tak takut dengan undang2 manusia, ada hg nampak tiap2 kali berita org islam kena tangkap masuk penjara sebab minum arak? setiap jabatan agama negeri ada paling tinggi 20 org ja (patut tambah penguat kuasa syariah macam tambah anggota polis) itu pun kalau dasar pemerintah islam. kedai judi dan arak yang melambak lani pun bkn org lain yg bagi lesen pak manakan hg gak. padahai melambak org islam yg minum arak n main judi (tak kira parti apa) bagi pemerintah muslim yang sensitiv (tak kira parti apa) patut buat sesuatu sebelum jadi wabak H1N1x2 atau sbelum singgah kat anak-anak kita, soalan saya setakat ni apa usaha yang hg dah buat untuk menyelesaikan masalah ni? banyak lagi ni tapi sabaq dulu kita tengok mcm mana...

    ReplyDelete