Wednesday, July 24, 2013

KUASA BELI RAKYAT HILANG 75%!!... RAMAI PENIAGA BERMUSIM BAKAL GULUNG TIKAR

Perdana Menteri mengumumkan bantuan hari raya sebanyak RM500 kepada kakitangan awam sehingga gred 54.

Sebagai penerima, kakitangan awam terpaksa bersyukur juga walaupun jurang imbuhan yang diberi oleh kerajaan sebelum dan selepas PRU agak besar.

PM pernah menyatakan bahawa kerajaan mempunyai kedudukan kewangan kerajaan yang cukup dan kukuh. PM kata, "Itu sebab kerajaan memberikan bantuan rakyat dalam pelbagai bentuk seperti BRIM, KRIM, BLIM dan lain-lain. "Ini bukan soal pilihanraya atau untuk membeli undi", katanya.

Jika kerajaan mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh dan punya cukup wang, bantuan raya sebanyak RM500 ini boleh dikira "ciput" jika kita berpegang kepada kenyataan PM mengenai kemampuan kewangan kerajaan sebelum PRU yang lalu.

Setakat ini tiada bonus untuk kakitangan awam yang diumumkan. Tidak seperti tahun-tahun sebelum PRU, tahun ini kelihatannya kerajaan hanya beri bantuan meringankan bebanan untuk menyambut hari raya.

Timbul persoalan, apakah asas atau formula yang digunakan oleh kerajaan dalam menentukan pemberian bonus atau bantuan raya? 

Adakah ia benar-benar berasaskan kepada fundamental ekonomi kerajaan dan kemampuan atau pun berasaskan faktor untuk menarik sokongan rakyat?

Jika berasaskan asas ekonomi yang kukuh dan kedudukan kewangan yang stabil seperti yang dinyatakan oleh PM sebelum PRU tempohari, maka sepatutya kerajaan lebih dari mampu untuk memberi 1/2 bulan gaji sekurang-kurangnya, walaupun PRU sudah berlangsung.

Dengan pemberian bantuan meringankan beban hari raya yang hanya berjumlah RM500 kali ini, bolehkan kita jadikan ia sebagai bukti kukuh bahawa pemberian kerajaan yang begitu generous sebelum PRU13 dahulu, tidak lain-lain dan tidak bukan adalah bertujuan untuk menarik sokongan dan membeli hati serta undi rakyat?

Rakyat mungkin "terasa hati" jika ini tujuan sebenar kerajaan Barisan Nasional.

Jika bantuan raya tersebut diberi sebanyak RM1000, tidaklah menjurang sangat beza pendapatan rakyat pada tahun 2013 berbanding dengan 2012.

Dulu dengan BRIM, bonus 1/2 bulan gaji, dengan BLIM dll imbuhan kakitangan awam atau rakyat, ada yang boleh dapat hampir 2k, ramai yang dapat lebih 2k dan ada yang dapat lebih dari 3k atau 4k ketika mahu menyambut aidilfitri.

Jadi kesimpulannya, pada hari raya kali ini kakitangan awam secara puratanya bakal kehilangan "kuasa beli tambahan" menjelang hari raya sekurang-kurangnya sebanyak 75% atau 3/4 dari apa yang diperolehi mereka tahu lalu.

Alangkah baiknya jika PRU boleh diadakan setiap tahun. Tapi apa yang paling minta "disiahkan" malaikat 44 ialah, janganlah hendaknya ada menteri yang buat kenyataan, "kalau raya aidilfitri terlalu mahal belanjanya, jangan sambut. Sambut raya aidiladha sudah".

13 comments:

  1. Amin. Terima kasih. Syukur pada ilahi.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah la tu ! Ramai kat swasta cuma dpt gaji pokok dgn sikit OT je.

    ReplyDelete
  3. Sambut raya apa sampai nak RM2-4ribu?

    diberi salah, tak diberi salah

    beri byk salah, beri sikit salah

    yg kerja swasta/sendiri lg la langsung tak dpt apa2

    sepatutnya seperti kata anon di atas, berterima kasihlah pd yg memberi.....bersyukurlah pd atas kurniaan Allah....itu lebih molek drpd MENGELUH, MEMINTA2 scr berlebihan

    jika kita dpt merasa apa yg org "miskin" rasa, insyaAllah sesiapa yg menerima imbuhan tu akan berterima kasih sgt2 & bersyukur atas kurniaan Allah

    ReplyDelete
  4. kamaruzaman awak tak tahu hee, bulan ni juga dpt satu lagi kenaikan tahunan gaji ktangan awam(tak campur lg kenaikan biasa). Bab kenaikan tahunan deme dpt 2x kenaikan la tahun ni. Itula cara beri secara dikit2 bukan sekaligus, utk elakkan nilai sekaligus tu nampak besar dan jadi publisiti dlm media akhirnya kesan kenaaikan brg2 cinabeng mendadak2 naik. Kalu skit2 tak la media besar2kan sgt.

    untunglah ktangan awam, alhamdulillah.

    ReplyDelete
  5. Memang betul K.N.K.B!...Aku yg dh pencen ni terasa amat kecewa dgn imbuhan RM250 nih jika dibandingkn dgn kenyataan PM mengenai kedudukan kewangan negara!..Walau bagaimana pun aku tetap bersyukur kerana aku orang Islam yang sentiasa mensyukuri segala nikmat yang diberikan Allah SWT.

    ReplyDelete
  6. Elok pun..kalau aku jadi najib,aku tak bg dh duit..org kerajaan pun byk yg sokong pakatan haram..tak bersyukur langsung..

    ReplyDelete
  7. bro, bersangka baik. itu pemberian sahaja. kalau boleh jgn dikira bonus. dalam bulan ni kan dh ada satu kenaikan gaji...tengok la hujung tahun, berapa bulan gaji yg menteri kewangan aka pm nak bagi bonus... harap2 serupa janji sebelum pru dulu...

    ReplyDelete
  8. Untuk kali ini tak apa. Hilang kuasa beli maka poket cina juga agak kempis. Biar begitu.

    Ini bukan rasis tetapi seharus nya peniaga-peniaga cina punya kesedaran memberi potongan harga yang berbaloi membantu Melayu merayakan Aidilfitri. Cuma setahun sekali. Cina amat suka menahan lukah di pergentingan. Tambahan kerajaan selalu umum bonus setiap tahun yang di ambil kesempatan berlipat ganda.

    Biar Melayu bersederhana tahun ini. Semoga amalan ini boleh menjadi ubah halatuju berbelanja kepada peniaga-peniaga Melayu pula.

    Istilahkan Melayu Sedar!

    ReplyDelete
  9. ko bagi RM500 je kat penjawat awam untuk raya najib? jenis tak kenang budi punya keturunan. Tanda-tanda nak jadi macam paklah dah ada pada najib. ko rasa kalau kak ros dapat RM500 apa dia boleh beli? korang tak pe la, minyak pakai duit gomen, toll free, buat open house claim dengan gomen, bg duit raya pakai duit gomen. yang kami ni ko nak seksa mcm ni? Mmg la tak de kepala otak kalau bahasa kampong nya. Pikir2 la sendiri... ko bg 1 KGT, income tax collect balik tambahan buatkan kenaikkan aku just RM40 je. Cerita dok canang satu Negara. Dah la aku BR1M tak dapat,rumah 1 Malaysia pan tak boleh beli.

    ReplyDelete
  10. Sebenarnya yang ditakuti ialah bila terlampau banyak janji dibuat banyak pulalah belanja yang kena dikeluarkan. Itu belum lagi hal-hal darurat yang timbul seperti bencana alam macam banjir, ribut dan kebakaran atau jambatan runtuh, bangunan runtuh, pencerobohan neagara dan lain-lain masalah yang timbul secara tergempar dan tiba-tiba. Perkara begini tentunya akan melibatkan kewangan yang besar juga.

    Walaupun kewangan negara pada tahap baik tapi kita tak boleh membazir. Kita perlu berbelanja dgn berhemah. Yang perlu dibuat sekarang jalan terbaik utk mengelak dari pembaziran, kerajaan perlu mengambil langkah meminimakan majlis-majlis yang kurang penting. Pengendalian majlis-majlis seperti majlis keramaian atau majlis makan-makan perlu dikurangkan. Begitu juga dengan lawatan-lawatan yang kurang penting. Tapi majlis-majlis penting dan lawatan-lawatan penting mesti diteruskan seperti biasa. Majlis keramaian dan lawatan yang penting juga boleh dijimatkan belanjanya jika dibuat secara sederhana dan elakkan dari berbelanja mewah. Kita mesti simpan utk "hari yang perlu" atau kata orang putih "save for the rainy day". Kata orang tua-tua, berjimat sebelum habis.

    Inilah pendapat saya rakyat biasa yang sentiasa mengikuti perkembangan semasa dalam kerajaan. Terima kasih.

    ReplyDelete
  11. betull.., maae, bersyukurlah dulu, bonus bukan hak kita, terpulang kepada majikan kita nak bagi dan yang penting dek kerana dapat sikit, aku percaya nanti jualan murah akan lebih besar-besaran, kalau tak mampus lah cinabeng semua

    ReplyDelete
  12. Lagi banyak jumlah bonus, lagi banyak belanja, lagi banyak mengalir ke poket peniaga. Mungkin kerajaan boleh ganti bonus dalam bentuk kopun belanja KRIM atau kedai-kedai yg menguntungkan kerajaan, selain tambahan RM500 wang bantuan raya.

    ReplyDelete
  13. Kerajaan Selangor bayar sebulan gaji dan Peneng setengah bulan gaji Najib.

    ReplyDelete