Negeri-negeri yang masih belum mewartakan fatwa anti Syiah, patut berbuat demikian dengan mengambil kira bahawa fahaman itu hanya akan membawa kesan negatif dan memecah belahkan ummah, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beliau berkata, setiap kerajaan negeri patut mengkaji serta mempertimbangkan perkara itu dan mencontohi Kedah yang telah mengumumkan akan mewartakan fatwa anti-Syiah baru-baru ini.
Secara kasarnya, ialah pewartaan fatwa anti-syiah. Tetapi apa yang harus dicontohi di sebalik pewartaan ini ialah "ketegasan" dalam "tindakan", mencegah sebelum wabak merebak dan mengekang sesuatu isu yang boleh membawa kepada perpecahan dan perbalahan di kalangan umat.
Itu yang perlu dilihat.
Seseorang pemimpin dan pemegang kuasa harus tahu apa dan bila ketikanya mereka diwajibkan untuk bersikap tegas, berani dan konsisten dalam melaksanakan sesuatu keputusan.
Jika menjadi pemimpin tapi takut dan "undecisive", kerajaan yang dipimpin akan beransur-ansur hilang kredibiliti dan kerajaan tersebut tidak akan dihormati lagi oleh rakyat. Akhirnya, pihak penentang dan pembangkang serta musuh akan mengambil kesempatan dari sifat takut dan lembik sesebuah kerajaan dalam menangani sesuatu isu.
Lulus jarum lulus kelindan. Apabila pihak-pihak ini berjaya mengambil kesempatan dan mencucukkan jarum mereka di dalam benak dan pemikiran rakyat, maka akan bermulalah "satu sesi baru" pula, iaitu sesi di mana kerajaan menjadi mangsa buli pembangkang dan rakyat yang berjaya mereka pengaruhi.
"Kejayaan sesi buli oleh pembangkang" inilah yang telah menjejaskan kredibiliti kerajaan keseluruhannya pada pandangan umum sejak lebih 5 tahun yang lalu.
Benang@kelindan yang dilekatkan pada jarum ini telah menyebabkan pihak kerajaan sering "dipintal" dan terikat dengan pelbagai isu dan permasalahan yang datang bertali-arus dan bertimpa-timpa satu demi satu.
Apabila satu bahagian pada kain itu sudah "terpintal dan terbelit", ia akan menjejaskan bahagian-bahagian lain yang berikutnya. Akhirnya segala rancangan "design" asal akan bertukar kepada design baru yang tidak pernah kita ingini.
Apabila perancangan asal sudah "menjadi lain", ia akan menambah satu lagi bebanan baru yang tak pernah diundang. Kerajaan akan terdedah dan terbelit lagi dengan "isu domino" yang baru.
Akhirnya kerajaan tidak ada kerja lain. Tak habis-habis melayan segala isu dan karenah yang ditimbulkan oleh pembangkang. Celik mata saja, terus berfikir macam mana nak membenteras rakyat dari terpengaruh dengan pembangkang. Itu sajalah kerja kerajaan sepanjang tempoh penggal pentadbiran.
Di sinilah pentingnya peranan ahli dan perwakilan UMNO untuk memastikan parti ini dipimpin oleh pemimpin yang "tepat dan betul" di segenap peringkat.
Jangan pilih pemimpin main tangkap muat saja. Jangan pilih pemimpin ikut "apa aku boleh dapat". Sekurang-kurangnya fikirlah "apa kami yang di bawah ini boleh dapat, jika pun tidak mampu untuk memikir "apa kebaikannya untuk agama, bangsa dan tanah air ku" seluruhnya, jika aku memilih mereka-mereka ini sebagai pemimpin.
Negara ini semakin hari semakin kompleks masalah dan keperluannya. Semakin kompleks masalah dan keperluannya, maka semakin pentinglah sesuatu "pembuatan keputusan". Semakin penting dan kompleks sesuatu "keputusan yang ingin dibuat" maka semakin perlulah ianya kepada amalan tegas dan berani membuat keputusan.
Semakin perlunya kepada ketegasan dan keberanian dalam membuat keputusan, maka semakin berkewajibanlah ahli dan perwakilan untuk mencari dan memilih pemimpin yang memiliki ciri-ciri ketegasan dan keberanian ini untuk diletakkan di tempat yang sewajarnya!
Masalah dan keperluan yang wujud hari ini lebih kompleks dari masalah yang wujud di zaman Tun Razak, Tun Hussein mahupun di zaman Tun Mahathir.
Semua kita mengakui mereka-mereka yang diberi amanah ini sangat berjaya di zaman pentadbirannya disebabkan resepi ketegasan dan keberanian dalam membuat dan melajsanakan sesuatu keputusan berdasarkan masalah dan keperluan yang wujud di zamannya.
Dengan kompleksiti yang wujud hari ini, sepatutnya pemimpin yang diberi mandat dan amanah "seharusnya mempunyai ketegasan dan keberanian berganda" dari apa yang dimiliki oleh pemimpin-pemimpin terdahulu ini.
Tetapi realiti yang ada adalah sebaliknya. Pemimpin hari ini memiliki "kelemahan berganda". Takutnya bukan kepalang, lembutnya mengalahkan sotong. Lembiknya mengalahkan lumpur di paya bakau yang akan terus jerlus jika kita berpijak dan bergantung harap pada mereka.
Ahli dan perwakilanlah nampaknya kena tegas dan berani buang saja pemimpin bermentaliti subsidi yang sentiasa mengharapkan ehsan perwakilan di bawah dan dasar perlindungan dari presiden parti untuk menyelamatkan tengkuk mereka kekal di jawatan.
mereka da jauh dari ulamak kot.. jd mereka memandai ikut pemikir mereka sahaja, bkn dlm hal agama shj dlm hal2 lain mereka perlu dpt nasihat org yg pakar.. bkn main suka2 dan pandai ikut kepala otak sendiri ja..
ReplyDeleteMemang sokong 1000% krismudin mesti 'Out '..!!
ReplyDeleteIsu mazhab adalah sangat sensitif. mana boleh you atau negara decide seseorang individu mesti ikut mazhab yang telah ditetapkan, you atau negara nak jawab soalan kubur orang ke. Selagi tak de huru hara dalam menegakkan fahaman agama to me its ok. Yang perlu diterapkan ialah perasaan sayang kepada Tuhan, agama dan sesama manusia. selagi orang itu mengucap, mazhab mana pun dia pilih you have respect that person sebab dia bertanggungjawab atas diri dia sendiri.
ReplyDelete