Saturday, June 15, 2013

BN ANAK EMASKAN VERNAKULAR...DISKRIMINASI ANAK ISTIMEWA!!




Kerajaan akan memastikan sekolah terbabit tidak dipinggirkan dan terus dibantu terutama dari segi infrastruktur - Itu kenyataan dari YB Kamalanathan Timbalan Menteri Pendidikan.

Bermakna, Kerajaan akan terus membelakangkan perlembagaan negara yang membenarkan sekolah Vernakular beroperasi di negara ini, tetapi pihak kerajaan hanya akan memberi bantuan belanja modal.

Apakah bentuk tindakan dan hukuman yang harus dikenakan terhadap Kementerian Pendidikan yang secara terang-terangan telah bertindak bertentangan dengan syarat yang diperuntukan  di bawah perlembagaan?

Saya selaku Pengerusi Yayasan Minda Kebangsaan bersama panel-panel yang berkelayakan sedang membuat kajian lanjut apakah bentuk tindakan lanjut yang harus diambil bagi mendesak pihak Kementerian Pendidikan untuk mengkaji semula dasar bantuan terhadap sekolah vernakular yang jelas telah melanggar syarat dan perjanjian awal yang telah dipersetujui sewaktu penggubalan deraf perlembagaan persekutuan. 

Kajian lanjut ini juga turut dibaca bersama peruntukan seperti yang terkandung di bawah Akta Pelajaran 1961 and Akta Pendidikan (Pindaan) 1996 yang masih berteraskan kepada Penyata Razak yang digubal pada tahun 1956.

Setakat ini, tidak wujud peruntukan tambahan lain yang layak disalurkan ke sekolah vernakular seperti peruntukan Pembangunan Insfrastruktur selain dari "Bantuan Belanja Modal".

Kementerian Pendidikan hanya boleh menyalurkan peruntukan belanja modal yang berkaitan dengan pengurusan murid seperti gaji guru dan segala yang berkaitan dengan Pengajaran dan Pembelajaran (P&P). MOE tidak boleh sesuka hati memberi peruntukan walaupun untuk membuat tandas atau court Bola Keranjang.

MOE hanya boleh memberikan peruntukan sebagaimana peruntukan terhadap sekolah aliran perdana jika sekolah vernakular ini menukar status sekolah mereka dan bersetuju mengikuti sukatan pelajaran kebangsaan sepenuhnya.

Selama ini kerajaan hanya memperuntukan bantuan modal kepada sekolah vernakular bukan disebabkan mahu mendiskriminasi sekolah atau mahu meminggirkan sekolah aliran jenis kebangsaan, tetapi adalah disebabkan mereka enggan mengikuti sistem pendidikan aliran perdana yang mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama, selaras dengan status bahasa ini sebagai bahasa rasmi negara. 

Sebaliknya sekolah vernakular tidak mahu mengikuti sukatan pelajaran kebangsaan sepenuhnya dan tetap berkeras mahu mengekalkan bahasa Mandarin sebagai bahasa pengantar utama. Jadi, bagaimana kerajaan boleh memberikan bantuan yang setaraf dengan peruntukan yang diberi kepada sekolah aliran kebangsaan?

Sebutlah mana-mana negara sekali pun. Tidak ada negara yang begitu "lenient" terhadap sekolah aliran vernakular, kecuali negara Malaysia. Di negara inilah mereka boleh berbuat sesuka hati sama seperti seolah-olah mereka berada di negara ibunda mereka. Singapura yang sudah lebih 80% didiami oleh kaum cina juga tidak pernah melayan aliran vernakular. Indonesia lagi dahsyat. Bukan saja tidak ada sekolah vernakular, nama ibunda kaum pendatang pun turut dihapuskan dan harus menukar nama kepada nama watan Indonesia jika mahu menjadi warga Indonesia.

Jadi, kenapa di Malaysia mereka semua boleh? Bukan saja semua boleh, malah kerajaan juga berjaya ditundukkan dengan desakan di atas "alasan diskriminasi", akhirnya bersetuju menyalurkan bantuan yang tidak layak sama sekali untuk dipohon.

Jika begini keadaannya, kami Yayasan Minda Kebangsaan juga ingin membuat desakan yang lebih layak dan valid untuk dibantu oleh MOE.

Kami mahu desak MOE memberi bantuan dalam bentuk pembangunan infrastruktur dan juga bantuan belanja modal kepada sekolah swasta aliran Pendidikan Khas yang berselerak diseluruh negara yang memperjuangkan pendidikan anak-anak istimewa. Sekolah-sekolah pendidikan khas swasta ini hidup segan mati tak mahu!

MOE hanya membantu secara berpilih, iaitu menerima anak-anak istimewa yang "educable" sahaja. Mana-mana anak-anak yang "uneducable" dianggap sebagai warganegara "reject" dan terbiar tanpa bantuan dan dokongan pendidikan yang setaraf dengan anak-anak yang belajar di sekolah aliran perdana.

Layanan MOE terhadap komuniti ini jelas adalah suatu tindakan diskriminasi dan bertentangan sama sekali dengan konvensyen UNESCO, yang memperjuangkan "Education for All".

Tahukah anda bagaimana dan berapa ramai bilangan anak-anak istimewa yang telah menjadi mangsa diskriminasi kerajaan Barisan Nasional?

Anak Istimewa yang berdaftar di JKM sahaja sudah menjangkau hampir 200,000 orang. Dianggarkan, yang tidak mendaftar adalah sekali ganda dari angka ini. 

Bermakna, kerajaan Barisan Nasional telah mendiskriminasi hampir 400,000 anak-anak istimewa di negara ini. MOE hanya membantu tidak sampai 40,000 anak-anak istimewa yang "educable" melalui Rancangan Pendidikan Khas di bawah Jabatan Pendidikan Khas, MOE! 

Selebihnya, telah dinafikan hak mereka untuk mendapat pendidikan yang sempurna sepertimana lain-lain wargnegara! Warganegara "reject" ini diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat yang hanya bertanggungjawab menjaga hal-ehwal kebajikan, bukan hak pendidikan!

Kami dan lain-lain NGO yang berkaitan inilah yang terkial-kial membangunkan pendidikan anak-anak yang tidak dikurniakan akal yang sempurna oleh Allah swt ini tanpa dipedulikan sedikit pun oleh pihak MOE!

Bilangan komuniti istimewa yang didiskriminasi ini hampir menyamai bilangan pelajar sekolah vernakular yang terdiri dari "anak sempurna" orang cina yang kaya-kaya!

Tetapi, kerajaan Barisan Nasional telah memperuntukan susu yang mahal dan berkualiti kepada anak-anak sempurna di sekolah vernakular, walaupun anak-anak ini sentiasa mendapat bekalan susu "tetek" yang cukup dan berzat dari ibu mereka, sedangkan hampir 400 ribu anak-anak istimewa ini terbiar dan "pandai-pandai ibubapa" mereka sendirilah bagaimana untuk berusaha mendidik dan membangunkan anak-anak mereka.

Kerajaan Barisan Nasional hanya tergila-gilakan sokongan ibubapa dan ahli keluarga anak-anak kelahiran vernakular. BN lupa di belakang 400,000 anak-anak istimewa ini ada 800 ribu ibubapa dan sekurang-kurangnya 2 juta ahli keluarga terdekat yang melihat bagaimana kerajaan Barisan Nasional melayan anak atau saudara "cacat" mereka ini.

Anak kera di negeri China disusukan, anak cacat di Malaysia mati kelaparan!

8 comments:

  1. Mulayu, apa lagi lu mau? Lu punya Laja gua sudah tak ada pandang; Lu punya tuhan Allah gua mahu kasi jadi '3'; Lu punya Nabi pun gua tak da hailan!
    Lu bagi gua ambik; Lu mahu gua tak da bagi punya!

    SAMPAI BILA BARU KITA NAK SEDAR DAN INSAF. KUASA YANG ADA PERLAHAN-LAHAN DIKIKIS. JANGAN NANTI ANAK CUCU KITA MELUDAH KUBUR KITA.

    ReplyDelete
  2. MUNGKIN NAJIN DAN MUHYIDDIN NAK RASA JADI PEMBANGKANG KUT...BAGAIMANA KALAU KITA UNDI PROTES PRU14? AKU DAH MUAK DENGAN MEREKA YANG ASYIK PERJUANGKAN ORANG CINA..SIAL BETUL..

    ReplyDelete
  3. Jika bantuan untuk sekolah vernakular boleh diteruskan..apa salahnya salurkan juga bantuan ke sekolah² agama rakyat yang tak berdaftar bawah SABK[Sekolah Agama Bantuan Kerajaan] hanya berdaftar bawah majlis agama negeri².

    ReplyDelete
  4. Umno masih kemarok undi cina. Dah kena tipu hidup-hidup pun tak sedar diri. Orang melayu patut tubah parti lain.

    ReplyDelete
  5. Jawatan Timbalan Presiden wajib dipertandingkan kerana Muhyiddin gagal sebagai Menteri Pelajaran. Disamping itu dia membiarkan DS Najib sahaja dipersalahkan didalam PRU 13. Tanggungjawab kolektif tidak dipikul bersama.

    ReplyDelete
  6. Buang dua2 sekali. Najib ni keje dia kayakan kawan2 dia yg tak berguna dan tak pernah berjuang dalam parti. Bagi projek dan bagi tanah supaya senang kaya. Lepas tu jadi bongkak dan nak ajar pulak orang parti. Tak sedar diri dapat duit senang. Bini pulak samun habis habisan sampai semua orang tak rasa.
    Ceritanya, rakyat dah loya tengok najib ni. Yamg suka hanya orang cina saje pasal dia orang tau najib ni senang kena tipu. Mintaklah apa nak. Najib akan bagi sama ada dia sedar atau tidak. Najib ni sah bebal. Orang parti dia suruh taat dan sokong. Yang kaya kawan2 dia saja yg tak pun jadi ahli parti.

    ReplyDelete
  7. Apa dah jadi Mahyudin.......

    ReplyDelete
  8. Salam,

    Syabas kerana saudara telah mengupas suatu isu yg sangat signifikan dengan kelangsungan umat Melayu/Bumiputera dan menelanjangkan amalan songsang MOE dan para menteri dalam menjahanamkan hak pribumi.

    Izinkan saya berkongsi pandangan berkaitan isu tersebut.

    1. Kita tidak boleh selamanya membiarkan orang-orang politik mendominasi sesuka rasa dan berbuat sesuka hati terhadap pelaksanaan pelbagai dasar negara yg akhirnya melingkupkan dan membelakangkan serta mengkhianati bangsa sendiri.

    2. Syabas kepada Yayasan Minda Kebangsaan yg telah/sedang/akan memainkan peranan besar lagi bermakna dalam merealisasikan keperkasaan bangsa Melayu/Bumiputera yg menjadi TERAS kepada TANAHAIR yg tercinta ini.

    3. Kesemua NGO Melayu/Islam MESTI BERPADU TENAGA SEDERAP LANGKAH dan SEBULAT SEKATA memperjuangkan nasib anak bangsa kita yg semakin terpinggir di bumi sendiri. Sedang dalam aspek ekonomi yg jelas Melayu/Bumiputera ketinggalan dan dikesampingkan, ironinya hak memperoleh peluang pendidikan juga dinafikan! Apakah kita masih berdiam diri membisu tuli redha menerima semua ini?

    4. Barangkali kita boleh persoalkan apakah peranan yg dimainkan oleh MAJLIS PROFESOR NEGARA. Apakah mereka juga bagaikan diKASI sudah hilang tara ketandusan idea tidak lagi berbisa? Atau sebenar-benarnya mereka MABUK asyik mahsyuk KERDIPAN DUNIA penuh tipudaya dengan segala macam gula-gula dan ganjarannya?

    5. Saya sebagai seorang akademikawan kerdil tidak akan berdiam diri selamanya! Kita tak boleh lagi bergayut paut pada Sang Profesor yg ternyata sebok sekali mebicarakan hal-hal yg molek-molek belaka seperti PeMelayuan/PemPribumian/PengIslaman Matematik sebagaimana dilontarkan oleh Prof Shaharir sedikit masa lalu.

    6. NGO Melayu/Islam dan badan siasah UMNO/PAS tidak boleh terus-terusan terperangkap dengan stigma alah SEPAKAT dalam melestarikan kelangsungan hak/nasib anak bangsa. Tak semestinya bersatu sebagai sebuah entiti tetapi bergeraklah dalam ASPIRASI yg sama meskipun WADAH berbeda!

    7. Momokan bahawa sebut Melayu itu rasis sifatnya, perjuangkan nasionalisme Melayu itu assobiyah lagi radikal wajahnya, sayangkan bangsa/tanahair itu kurang Islamnya MESTI DINYAHKAN JAUH-JAUH di benak minda kita. Cukup-cukup sudah bagaimana chauvinist Cina DAP upaya meracuni dan membina persepsi dalam kalangan muda/mudi Melayu yg kononnya liberal dan eksekutif/korporat Melayu/Bumiputera yg mahu dilihat sebagai neo-liberal BAHAWA DENGAN MENJADI MELAYU/MEMPERJUANGKAN HAK MELAYU itu adalah RASIS! Jangan pula golongan yg dikatakan ulama MEMPERLEKEHKAN sebarang rasa kecintaan terhadap bangsa/tanahair dan segala bentuk perjuangan yg menyekutukan soal-soal nasib dikatakan ASSOBIYAH!

    8. Kita umat Melayu/Bumiputera tidak boleh terpedaya dengan permainan persepsi sebegini. Apakah dengan memperjuangkan secara ekstrem sistem pendidikan Cina/Tamil itu tidak rasis sifatnya? Apakah perbuatan merampok kalimah ALLAH itu tidak rasis/sadis sifatnya? Apakah dengan lebih 90% kaum Cina bersepakat mahu menumbangkan kerajaan Melayu/Islam di PRU13 tempohari bukan DATUK/NENEK ASSOBIYAH sifatnya? Bukankah dengan menetapkan pengambilan pekerja dalam iklan mesti kaum Cina dan fasih Mandarin itu tidak rasis dan assobiyah? Apakah dengan memanipulasi dan mendominasi beratus tahun segala macam jenis perniagaan dan mengawal harga sesuka-sukanya tidak RASIS/SADIS sifatnya?

    ReplyDelete