MELETOPP!!!! HAPUSKAN KUOTA BUMIPUTERA DI UITM??? APA LAGI YANG CINA MAU..?
POSTED BY MPP ON JUMAAT, 14 JUN 2013 1 COMMENTS
Suara Rakyat Malaysia (Suaram) baru-baru ini dilaporkan membuat satu kenyataan meminta kerajaan memansuhkan dasar Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang hanya menerima kemasukan pelajar Bumiputera ke institusi pengajian tinggi awam itu.
Memetik sebuah portal, Pengarah Suaram, Kua Kia Soong mendakwa dasar UiTM itu melanggar Konvensyen Antarabangsa mengenai penghapusan segala bentuk diskriminasi perkauman.
Isu itu turut didakwa cukup sensitif kerana menyentuh hak keistimewaan orang Melayu di negara ini.
Kenyataan itu dikatakan berpunca daripada cadangan Pro-Canselor UiTM, Tan Sri Dr Abdul Rahman Arshad yang meminta kerajaan mengkaji semula sistem sekolah vernakular kerana dirasakan menjadi penghalang kepada perpaduan negara.
Kenyataan Kia Soong tidak seharusnya dipandang ringan oleh kerajaan kerana banyak isu yang kini dibangkitkan kerana tidak berpuas hati dengan layanan Melayu dan Bumiputera di negara ini.
Portal itu turut memetik kata-kata Prof Madya Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah bahawa, agenda Melayu (Islam) mesti diteruskan, jati diri mesti diperkasakan dan Melayu tidak boleh hanyut dalam arus sekular.
Inilah yang dikatakan "persefahaman unik" yang terjalin di antara NGO dan parti-parti politik cina. Masing-masing bijak menjalankan peranan masing-masing.
Rujukan NGO mereka sering bersandarkan konvensyen antarabangsa, sedangkan pengertian diskriminasi kaum yang dimaksudkan oleh konvensyen tersebut tidak kena-mengena langsung dengan senario yang wujud di negara ini.
Mereka fikir semua konvensyen antarabangsa boleh "supersede" undang-undang, dasar dan perlembagaan yang wujud negara di mana-mana negara?
Rakyat harus faham permainan puak ekstrimis, chauvinis dan opportunis ini. Mereka memanipulasi segala konvensyen antarabangsa yang berkaitan dengan hak asasi dan kebebebasan, demokrasi dan segala macam peraturan dunia untuk diserap dan dijadikan penanda aras bagaimana negara ini harus ditadbir.
Puak ini adalah wakil penjajah bentuk baru yang sedang menjalankan operasi penjajahan minda dan budaya hidup rakyat di negara ini dengan menggunakan pelbagai platform NGO melalui kerjasama dan persefahaman dengan parti politik chauvinis dan opportunis. Kerja mereka dilihat berkesan kerana ada parti melayu/Islam yang sanggup menjadi roket pelancar dan kuda perang yang berbaris di barisan hadapan ketumbukan mereka. Ini yang menyebabkan gerakan mereka begitu sukar ditapis dan dibenteras.
Kita tidak berupaya menjadikan MCA dan Gerakan sebagai roket pelancar dan kuda barisan hadapan bagi menghadapi golongan ini kerana parti-parti ini adalah sebahagian dari pakej persefahaman unik yang terbentuk secara semulajadi disebabkan naluri assabiah yang sudah sedia wujud di dalam diri MCA dan Gerakan ini adalah naluri assabiah yang sama. Kambing biri-biri jantan akan tahu mencari sendiri biri-biri betina apabila mahu mengawan walaupun di padang ragut itu terkumpul segala jenis baka kambing.
tutup sekolah cina dan tamil, then baru talk about uitm. orang cina malaysia terlalu kecinaan dan tak layak nak cakap hak melayu
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeleteKaum Cina dan India ternyata menunjukkan SIKAP ANTI NASIONAL. Dengan memperjuangkan dan mengekalkan sekolah vernakular JELAS mereka SANGAT TAKSUB kepada PEMIKIRAN JURASSIC yg hanya percaya bahawa budaya/bahasa mereka MAHA LUARBIASA HEBATNYA!
Sedangkan jika mereka berlapang dada, bersumpah setia kepada NEGARA ini, patuh pada RUKUN NEGARA, pasti perkara ini tidak timbul.
Bukankah Mandarin dan Tamil dan apa juga bahasa boleh dipelajari di SEKOLAH KEBANGSAAN?
Justeru para pembesar kerajaan tolonglah jadi BIJAK SEDIKIT. Jangan cepat alah/melatah dengan permainan 'trivial' mereka ini.
Tak selicik mana pun. Hanya yg mediocre sahaja bisa tertipu hidup-hidup!