Monday, June 17, 2013

NAJIB: JIKA MAHU JADI PM MESTI CUKUP SYARAT!!



"Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah menyatakan banyak lagi jawatan lain yang boleh ditandingi. Jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak sesuai untuk ditandingi sekarang. Situasi semasa tidak mengizinkan dan sekarang adalah masa untuk memperkukuhkan perpaduan dalaman parti"

Jika parti menang besar dan cemerlang, jawatan tertinggi tidak wajar dipertandingkan kerana kepimpinannya terbukti telah membawa kejayaan.

Jika parti hilang 2/3 seperti yang berlaku pada PRU2008, kepimpinan tertinggi wajar diganti dan dilakukan peralihan kuasa secara teratur.

Tetapi, jika prestasi parti menurun lagi dari PRU2008, pertandingan juga tidak wajar dijalankan kerana pertandingan akan membawa perpecahan dalam parti. UMNO sedang diperkukuhkan. Jika ada pertandingan mungkin segala usaha ke arah pengukuhan ini akan terbantut.

Jadi dalam keadaan apa pun pertandingan peringkat pimpinan tertinggi tidak sesuai untuk dipertandingkan.

Kesesuaian dari segi situasi dan masa untuk jawatan tertinggi parti  dipertandingkan, tidak akan ditemui sampai bila-bila. 

Masa parti dalam keadaan lemah, tidak sesuai adakan pertandingan di atas alasan untuk mengelakkan perpecahan dan melakukan pengukuhan parti. Masa parti kuat lagi tidak sesuai kerana kepimpinan telah membuktikan kejayaan.

Apa yang dibolehkan ialah peralihan kuasa secara tersusun sepertimana yang telah dilakukan dari kepimpinan Pak Lah kepada kepimpinan Najib, walaupun hasil yang diperolehi oleh parti melalui peralihan secara tersusun ini lebih terok dari sebelum berlakunya peralihan kuasa.

Perlu diingat, KPI UMNO tidak boleh disamakan dengan KPI lain-lain parti komponen seperti MCA, MIC, PBB, PBS atau lain-lain komponen. Parti-parti ini hanya bertanggungjawab untuk mewakili atau memimpin etnik yang mereka wakili sahaja.

Seorang Perdana Menteri tidak akan lahir dari parti-parti komponen ini. Perdana Menteri lahir dari kepimpinan UMNO jika BN menang PRU. Maka kepimpinan tertinggi UMNO harus memiliki KPI atau penanda aras yang jauh lebih tinggi dan "lebih ketat" dari kepimpinan tertinggi lain-lain parti komponen. 

Kepimpinan tertinggi UMNO bukan saja mesti keupayaan untuk mendapat sokongan majoriti kalangan kaum melayu, malah kepimpinan tertinggi UMNO mesti berupaya mendapat sokongan semua kaum di tanah air ini. 

Inilah kriteria utama yang ada pada semua Presiden-Presiden UMNO bermula dari Dato Onn, Tunku Abd Rahman, Tun Razak, Tun Hussein dan Tun Mahathir. Walaupun secara teknikalnya UMNO memimpin kaum melayu, tapi dari segi realitinya, pemimpin UMNO itu adalah pemimpin untuk semua kaum. Itu syarat dan kriteria asas terpenting bai sesiapa yang berhasrat untuk menjadi Presiden UMNO.    

Dengan kriteria yang dimiliki oleh "seorang Presiden UMNO" inilah yang menyebabkan UMNO/Perikatan/Barisan Nasional itu menjadi kuat kerana kepimpinannya diterima dan diakui oleh semua kaum di negara ini.

Jadi pemimpin-pemimpin picisan UMNO harus sedar dan keluar dari kepompong pemikiran rasis yang hanya memikirkan bagaimana untuk membolehkan UMNO kembali kukuh dan mendapat sokongan orang melayu. 

PEMIKIRAN INI ADALAH PEMIKIRAN PERKAUMAN. UMNO DILAHIRKAN BUKAN SEMATA-MATA UNTUK MEMBELA MELAYU. UMNO LAHIR DI ATAS AMANAH UNTUK MEMBELA DAN MEMIMPIN SELURUH BANGSA/UMAT DI MALAYSIA TAPI HARUS BERTERASKAN KEPADA PERJUANGAN BANGSA.

UMNO ADALAH TERAS KEPADA BARISAN NASIONAL. SELAMANYA UMNO TELAH DIAMANAHKAN TANGGUNGJAWAB UNTUK MEMIMPIN SELURUH KOMPONEN BARISAN NASIONAL YANG SECARA ATOMATIK MEMIMPIN SELURUH RAKYAT NEGARA INI.

Jika pemimpin UMNO hanya bertaraf picisan yang hanya sekadar memikir dan memenuhi aspirasi agenda perjuangan melayu dan meninggalka komitmen sebagai pemimpin nasional, maka hakikatnya mereka sudah terkeluar dari penanda aras sebagai pemimpin nasional. Mereka hanya setaraf dengan pemimpin yang ada dalam MCA, MIC, PBB, PBS dan lain-lain komponen Barisan Nasional.

Jangan marah jika hari ini pihak lawan menuduh UMNO parti rasis!

Tapi PM jangan pulak ingat disebabkan beliau adalah pemimpin nasional yang memimpin semua kaum, dia abaikan pula "agenda perjuangan agama dan bangsanya" hingga bangsanya sendiri berasa tidak "secured" berada di bawah kepimpinannya.

Pemimpin UMNO dan Perdana Menteri Malaysia mesti "straight" tapi bukan lurus bendul.

21 comments:

  1. Saya amat bersetuju jika sesiapa mahu menjadi Presiden UMNO yang kemudian nya secara otomatik boleh jadi PM mesti penhui syarat :

    Syarat syarat nya:

    1. Mesti mendahului orang melayu dan bumiputra dalam apa juga tindakan yang mahu dilaksana
    2.Mesti mendahului orang melayu dan bumiputra dalam apa juga tindakan yang mahu dilaksanakan .
    3.Mesti mendahului orang melayu dan bumiputra dalam apa juga tindakan yang mahu dilaksankan

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab takut dikatakan rasis dan ingin jadi popular dikalangan mereka yang tidak menyokong, terpaksalah dikemudiankan. untuk segalanya dan apa jer yang disebut Cina hendaklah didahulukan. orang Cina kan orang mendatang dan sebagai tuan rumah, hendaklah dilayan tetamu dengan baik. bukan kah itu suruhan agama?

      Delete
  2. Salam Tuan,

    PM Najib tak boleh dipersalahkan. Jika peratusan kaum Cina undi BN sebanyak PRU12 (35%) sudah pasti BN akan dapat kemenangan 2/3. Tapi undi kaum Cina pada PRU13 semakin menyusut dari 35% kepada hanya 5%-10% sahaja. Ini menyebabkan BN tak dapat 2/3. Kaum Cina sudah bulat tekad tak mahu undi BN (tsunami Cina).

    Tapi kita kena ingat juga. Najib bukan orang yang penakut. Dia buang sistem kuota. Dia tukar kepada sistem lebih terbuka. 146,500 perwakilan boleh memilih. Jadi tak timbul sebab untuk dia nak halang. Terpulang pada perwakilan nak tentukan nasib dia.

    Cuma soalan nak saya tanya. Apakah dengan naikkan si B untuk gantikan Najib akan kembalikan undi kaum Cina sekurang2nya 35% seperti PRU12 dulu? Atau lebih baik? Pusing macam mana sekalipun undi Cina dah jadi penentu sebab undi Melayu berpecah.

    Itu realitinya.

    Dr S.A.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tidak timbul soal mengembalikan undi Cina kepada BN. Persoalannya membalas undi Melayu Bumiputera yang telah memberikan mandat kepada UMNO BN dalam PRU-13. Najib tidak sedikit pun berterima kasih. Jauh lagi memasukkan agenda Melayu Bumiputera yang jelas dalam perancangannya. Yang terbaru ialah bantuan untuk SME yang bakal diuruskan oleh Wahid Omar. Majoriti SME ialah Cina. Sekali lagi Cina diutamakan, secara tidak langsung. Najib pura-pura tak tahu.

      Selagi Cina menguasai ekonomi, mereka akan merencanakan pelbagai usaha untuk menekan peniaga dan usahawan bangsa lain. Tanpa bantuan khusus kerajaan, mustahil untuk memecahkan monopoli ekonomi Cina. Sektor peruncitan jelas memang dikuasai oleh mereka. Bukan tidak ada Melayu Bumiputera yang berkecimpung dalam sektor peruncitan tetapi pelbagai kekangan menyebabkan perkembangan mereka terhad.

      Secara nyata, Najib telah mengutamakan Cina, membodek Cina selama empat tahun pertama dia menjadi PM. Hasilnya 1Malaysia ditolak mentah-mentah oleh Cina berdasarkan corak undi dalam PRU-13. Setelah menguasai ekonomi negara, kini Cina kemaruk kuasa politik. Mereka akan terus berusaha.

      Najib nampaknya tidak cuba mengekalkan sokongan Melayu Bumiputera terhadap UMNO BN. Najib juga masih mengekalkan corak pentadbiran yang dipelopori oleh Pak Lah dengan bergantung kepada penasihat luar kerajaan. Yang dulunya di Tingkat 4 telah menjadi menteri dalam kabinet Najib, naik pangkat lagi. Kerana itulah Najib wajar ditolak. Diharap pengganti Najib mampu bertindak untuk menghargai sokongan Melayu Bumiputera dan mengekalkan undi mereka dalam PRU seterusnya. Biarlah Cina dengan kecinaannya yang memencilkan diri mereka. Tanpa undi mereka pun UMNO BN mampu membentuk kerajaan. Apa lagi yang kurangnya......

      Delete
    2. mereka mereka itu akan menyokong 1Malaysia kiranya diberikan kesamarataan dan tidak ada lagi hak keistimewaan Melayu yang sekarang ini dan sentiasa tersimpan kemas dalam peti berkunci. Kenapa tidak diujudkan satu sekolah satu aliran yang dapat memupuk perpaduan kaum? oleh kerana orang Cina menentangnya, maka kerajaan terpaksa akur dan bina sekolah vernakular. kenapa mesti Najib tunduk kepada mereka dan tidak mengambil kira perasaan kaum Melayu, bangsa yang sepatutnya diperjuangkan. mungkin kerana takut digelar rasis agaknya, tapi bagaimana pula dengan DongZhong yang membuat tuntutan demi kepentingan bangsa Cina; tidak kah itu juga dinamakan rasis? tak payahlah nak berikan apa alasan sekali pun yang nyata Najib gagal. berikanlah laluan kepada yang lainya dan berikanlah sokongan kepada penggantinya pulak.

      Delete
    3. wahid omar ex ceo maybank? hahaha. mat sekor ni memang suka cina. tengoklah berapa ramai cina pangkat besar2 di dalam maybank. dalam maybank cina cina ini semua anti umno-BN. aku tahu sebab aku staff maybank di head office.

      Delete
  3. ketika undi melayu pon cukup2 mkn, undi cina hilang.. ape lagi yg nk diusahakan.. sakit dlm umno da makin byk..
    undi melayu yg cukup2 mkn plak tu dari kws luar bandar.. bererti tranformasi bkn la sesuatu yg difahami atau diterima rakyat.. krn kehidupan rakyat masih spt dolu..
    mereka undi umno krn tiada pilihan dan rasa terancam bangsa dan agama mereka dgn tindakan PR.. disamping element negative yg dibawa oleh pemimpin PR.
    agama islam,ketuanan melayu,ancaman pengaruh asing yg rakus adelah pikiran yg bermain dibenak mereka yg undi dan memenangkan umno dan BN..
    bkn tranformasi,kewibawaan dan populariti najib semata.. bkn janji2 dlm manifesto yg ditulis...
    kalau ini tidak difahami.. kemungkinan besar tsunami melayu akn berlaku pd pr14... makin parah kalau pas keluar pakatan.. sudah pasti undi akn beralih arah..

    dan sy amat setuju dgn pendapat undi cina akn kembali kpd bn, kiranya hak istimewa org melayu lupus, bangsa mereka dilantik menjadi perdana menteri dan yg penting umno terhapus dan menjadi parti pelbagai kaum.. klu ini terlaksana tiada masalah utk umno dpt undi org cina 90%

    ReplyDelete
    Replies
    1. persoaloanya ada kah kita rela menyerahkan tampuk kerajaan ketangan mereka demi sokongan mereka itu? tidak kah dayus namanya jika orang Melayu merelakanya? sampai bila kita nak ikutkan kemahuan mereka? aku yakin mereka tidak akan merasa puas walaupun mendapat kuasa selagi orang Melayu masih lagi dengan keMelayuan mereka.

      Delete
    2. saya tak fikir pengundi di luar bandar undi bn sebab nak pertahankan hak melayu. kalau ikutkan melayu di bandar tak undi pun bn. apakah melayu di bandar tak pandai nak fikir pasal hak melayu? jawapannya tidak. macam saya. saya asal luar bandar atau lebih tepat di felda. dan najib dah banyak membantu masyarakat felda yg rata-ratanya orang melayu. dengan rumah mampu milik generasi ke dua. gaji yang lebih tinggi. skim tuisyen felda untuk anak-anak peneroka. brim. dan pelbagai lagi. saya tak fikir najib ketepikan melayu. cuma bagi saya orang melayu di bandar dah jadi semakin tamak dengan kesenangan hidup.

      Delete
    3. Tak guna nak pujuk kaum Cina. Mereka dah termakan janji-janji yang dibuat Anwar Ibrahim. Nak beri jawatan Timbalan Perdana Menteri kepada kaum Cina. BN di bawah semua PM termasuk Najib tak kompromi benda ni. Tak layan pun desakan jawatan strategic macam TPM. Tapi manusia bernama Anwar kemaruk nak jadi PM sampai sanggup gadai jawatan TPM. Jawatan tu bukan kosong. Jawatan yang bawa sekali dengan kuasa politik tu. Ditambah pula dengan janji Anwar nak kaji semula semua dasar yang kaum Cina tak suka. Jadi kita kena faham sebab apa BN kena tsunami Cina.

      Delete
  4. Salam bro,

    ulasan yang baik, namun sedikit tambahan sebagai pelegkap kepada ulasan tuan.

    Saya berpendapat DS Najib sebagai PM adalah ok dari segi idea dan kebolehan, cuma sedikit kepincagan adalah kerana beliau sentiasa dikaitkan dengan rosmah dengan pelbagai tuduhan dan persepsi dan menyebabkan segala apa yang Ds Najib lakukan menjadi tawar. Ini adalah pandangan ikhlas daripada saya. Ini adalah kerana bukan melayu bahkan rakan rakan saya berbangsa Cina dan India juga menyatakan perkara yang sama.

    perang yang dilakukan oleh pembangkan memang menjadi dan keadaan ini ibarat ;ditelan mati emak dan diluah mati bapak"

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau macam tuh, kemam sajalah bro. jangan banyak cakap dah takut kalau2 tertelan atau terluah pulak daaaah.

      Delete
  5. lebih baik diadalan pemilihan yang berbeza untuk Presiden UMNO yang dipilih dari ahli UMNO dan Presiden BN yang dipilih dari semua anggota komponen parti tetapi menuruti syarat sebagaimana terkandung dalam perlembagaan Malaysia. dengan itu bolehlah UMNO memperjuangkan bangsa Melayu dan juga parti parti komponen lainya meneruskan agenda mereka. bukan kah lebih elok dari menjadikan UMNO mangsa rasis. tidak semestinya PM dari parti UMNO jika sekiranya semua ahli bersetuju melantik orang Melayu dari kalangan parti komponen yang lainya sebagai Presiden BN sekali gus menjadi PM.

    ReplyDelete
  6. Masaalahnya,kita tidak tahu apa orang cina nak,bantuan sekolah cina,tanah,pertumbuhan ekonomi,suasana perniagaan yg mampan.Di balas pula janji PR,harga kereta murah,pendidikan percuma dan penghapusan hutang PTPTN.Kerajaan serang semula,pembayaran balik pinjaman PTPTN diskaun 10%,produk 1 malaysia,BR1M,KR1M,TR1M,M1M,UTC,Terminal Makanan.Bagi koperat besar dan SME pula,projek iskandar malaysia,TRX,MRT,RAPIP,Score,Wilayah pembangunan utara,timur dan sabah.Nak bagi balence wujud teraju,ekuiti nasional dll.Kalau di renung balik,benda di atas,andaikata di letak kat ngra papua new guine,BN shj yg menang 20 tahun(4 penggal) akan dtg.Semua perkara di atas,hanya belaku hanya dlm tempoh 2 penggal tanpa kita sedar.Ini hasil dari pekik dan terlolong "kita mesti ada visi dan misi utk negara".Kesimpulannya kita dlm suasana yg baik walaupun krisis ekonomi melanda, di zon eropah sampai kini.Maka kita sebagai rakyat malaysia, harus bersyukur pada Allah kecuali manusia yg bernama anwar ibrahim,jantan keparat.Sensitiviti rakyat malaysia perlu di jaga dan di kawalselia dgn baik dgn isu2 semasa yg memerlukan kadar displin yg sgt tinggi.Jangan sampai Anwar cekup semua di atas,sepertimana negeri selangor dan p.pinang,atas penat lelah usaha kerajaan BN selama ini, terutama di era Tun Dr Mahadthir.Senyum sampai ke telinga Anwar di PRU 14 nanti.Mintak maaf cakap la,pemikiran kita tidak sampai lagi,di tahap negara maju. Kita sendiri,tidak tahu apa yang kita mahu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita bercakap soal UMNO...kenapa pulak kaitkan dengan cina ....kita jangan cakap soal cina ........Ini soal pemilihan ketua untuk UMNO........Kenapa mesti takut untuk adakan pertandingan kenapa pemimpin UMNO yang ada sekarang tidak yakin akan kemampuan sendiri .Pemimpin macam S Ali dari ceras merupakan seorang yang sayangkan jawatan .....dan penakut

      Delete
  7. Para pembahas, mari la kita fokus kpd intipati posting oleh Tuan Kepal' empunya blog. Isu seperti yg beliau tonjolkan ialah proses pemilihan kepimpinan tertinggi parti selaku wadah memperkasakan umno. saya menyokong pandangan beliau, jangan la dijadikan alasan samada keadaan sesuai atau tidak untuk mengelakkan pertandingan. pemikiran feudal seperti ini hendaklah dibuang demi memastikan umno tetap relevan kpd generasi pengundi muda!

    ReplyDelete
  8. tuan kepal, saya amat bersetuju. sejajar dgn sentimen pengundi khasnya generasi muda, umno hendaklah dilihat demokratik dan terbuka. sokongla calon yg diminati tetapi jgn sekat pertandingan jawatan tertinggi. bila la pemimpin umno nak faham ni?

    ReplyDelete
  9. Nak di luah mati mak,nak di telan mati bapak...Ketua umum tengah gaul senduk dlm belanga(BN), kepala ikan masak kari,suksesX2 katanya.Bonus pada dia kalau melompat lauk kari kelapa ikan dan menghirup kuah di dlm pinggannya.Maka pemimpin tertinggi,ke nilai apa yg telah Umno buat,dari PRU 11 sehingga PRU 13.Instrumen memberi tak berapa nak lekat cuma BR1M yg berjaya utk kaum melayu,india,bumiputra sabah dan sarawak.Masaalah yg sgt di risaukan,ialah konsep memberi sebegini,tidak membantu membela nasib dan masa depan anak bangsa,di sebab status sosial ekonomi,bangsa melayu,india,bumiputra sabah dan serawak sangat jauh bezanya dgn bangsa cina. KR1M agak berjaya,tapi tidak meluas.Puak pembangkangpun pergi membeli belah ke KR1M yg terdekat.Sepatutnya,mewujudkan kerjasama projek dari pehak kerajaan dan swasta,(tanggungjawab sosial dan memakmurkan ekonomi rakyat) terutama dari FDi pemaini pelbagai industri yg berpontesi dgn insentif gaji minima tetap(hasil dari GST) dan ketetapan bonus 4 kali setahun dari pengilang mengikut prestasi pengeluaran kilang.Termasuk juga dgn insentif teknologi hijau.Pekerja kilang adalah di pilih dari kalangan keluarga yg berpendapatan rendah.Hasil pendapatan dari cukai yg di kenakan pada aktiviti2 ekonomi di atas dan juga GST,akan di salurkan pada gaji tetap pekerja kilang, BR1M dan pembangunan negara.Harapan paling besar,agar dapat menarik minat lebih ramai pelabur luar,merangsang aktiviti pekilang tempatan dan memacu pertumbuhan ekonomi negara.

    ReplyDelete
  10. Rakyat dah matang berpolitik dan akan mencalunkun untuk dua jawatan tertinggi dari kelompok yang ada.Tetapi jika disekat diperlekehkan atau dihina siapa2 mencabar dua jawatan tertinggi itu tentu ramai yang membantah kerana perasaan marah kepada pemimpin memang telah tersimpan didalam hati setiap ahli umno.Ghani Othman dan Ali rostam telah lama memimpin dan ramai yang ditolong kenapa kalah ?Kalah kerana yang ditolong tak ramai mana bandingkan dengan yang tak ditolong berlipat ganda ramainya.Melayu akan pecah lagi jika disekat supaya yang layak adalah yang sedang memegang jawatan saja sedangkan yang lain semuanya tak berguna.Kalau penyekatan dilaksanakan ramai akan meninggalkan umno kerana tamak dan nafsu mengatasi sistem demokrasi yang lama diamalkan.Rakyat sedang memerhati demokrasi macam mana yang akan diguna pakai untuk memilih pemimpin umno samaada untuk perut sendiri atau untuk semua.Kalau ada unsur kepentingan peribadi tunggulah umno akan berpecah lagi...

    ReplyDelete
  11. Salam hormat,

    Izinkan saya berkongsi pandangan berkaitan isu yg menarik lagi bermakna untuk dibicarakan ini.

    Bahagian 1

    1. Pandangan yg mengatakan bahawa setiap kali ada pertandingan peringkat tertinggi parti maka akan berlaku PERPECAHAN amat NAIF.

    2. Tujuan pertandingan SIHAT jawatan tertinggi parti bukanlah bertujuan bagi MELAGA-LAGAKAN PEMIMPIN ATASAN UMNO tetapi sebagai MENYUBURKAN PENDEMOKRASIAN PARTI (jangan hanya berani melaksanakannya di peringkat Naib Presiden/MT/Bahagian/Cawangan sahaja). Bukankah dengan mempertandingkan kesemua jawatan dalam parti akan MENTRANSFORMASIKAN PARTI, PEMIMPIN DAN AHLI UMNO ITU SENDIRI?

    3. Pertandingan peringkat tertinggi parti menjadi medan pengukur KEUPAYAAN CALON MENTERJEMAHKAN AGENDA MEMPERKASAKAN MELAYU/BUMIPUTERA sebagai PRIBUMI di tanahair tercinta ini.

    4. Tidak timbul keraguan bahawa Presiden UMNO gagal memainkan peranan sebagai Presiden BN dan Perdana Menteri yg mewakili keseluruhan rakyat hanya kerana pada masa yg sama MESTI meletakkan agenda MEMPERKASA MELAYU/BUMIPUTERA sebagai SUMPAH SETIA. Nah lihat sebahagian buktinya:

    i) semenjak hampir 56 tahun merdeka apakah keenam-enam Presiden UMNO yg juga Presiden BN dan Perdana Menteri telah melakukan penyisihan terhadap kaum lain? Jika ianya berlaku apakah mungkin terzahir kesemua bandaraya/bandar utama di Malaysia dikuasai oleh kaum Cina? Apakah SJKC dan SJKT makin terhapus atau terus diperkasa? Bukankah Sdr Kepalnasi telah menyentuh bagaimana hampir 3 bilion diperuntukkan kepada SJKC dan SJKT sejak dari PRU12 hingga ke PRU13 lalu?

    ii) selama 30 tahun pelaksanaan DEB apakah kekayaan kaum lain dirampas untuk diberikan kepada Melayu/Bumiputera? Tidakkah kek ekonomi diperkembangkan dengan mencipta kepelbagaian sumber melalui transisi daripada sistem berasaskan pertanian kepada pengeluaran dan sektor industri? Bukankah lebih 80% SME dikuasai oleh kaum Cina yg mana pernah diakui sendiri oleh DS Ong Ka Ting dalam blog beliau semasa menjawat jawatan menteri sedikit masa lalu?

    iii) Bukankah pendidikan tinggi kaum Cina dan India terus berkembang maju sepanjang 55 tahun merdeka ini? Siapakah yg menguasai AIMST University, TAFE University, Sunway University, UTAR, HELP University, INTI University, NILAI University, WAWASAN OPEN University, dan segala macam kejadah Kolej University milik Dong Zhong yg chauvinist itu?

    5. Jika bukan dengan ENDORSEMENT oleh Presiden UMNO/BN yg juga Perdana Menteri Malaysia apakah kesemua itu BISA DIREALISASIKAN? Tolong jangan terperangkap dengan PERMAINAN PSIKOLOGI (REMEH) oleh puak-puak EVANGELISTA KRISTIAN BINTANG 3 DAP itu! Lihatlah blog helenang.wordpress.com (kita perlu kaji psyche kaum Cina khususnya DAP melalui kacamata orang Cina sendiri).

    ReplyDelete
  12. Salam hormat,

    Bahagian 2

    6. Saya telah kupas sebelum ini bagaimana Tun Dr Mahathir upaya melonjakkan Malaysia sepanjang 22 tahun beliau menjawat PM. Kenapa? Bukankah pada tahun 1987 beliau dicabar oleh Tengku Razaleigh yg berganding dengan Datuk Musa Hitam ketika itu? Meskipun pertandingan peringkat tertinggi UMNO waktu itu telah menyebabkan wujudnya Team A dan Team B seterusnya tertubuh pula S46 tapi bak kata pepatah Melayu, 'Biduk lalu kiambang bertaut'.

    7. Kemenangan tipis Tun Dr Mahathir MEMBUKA MATA/MINDA BELIAU bahawa betapa perlunya MUHASABAH DIRI. Kejayaan sebenar pemilihan UMNO ketika itu bukan terletak pada kemenangan Tun tetapi ALLAH SWT memberi ruang kepada beliau untuk TRANSFORMASI DIRI/PARTI demi SURVIVAL bangsa dan tanahair tercinta! Buktinya? Lihat sahaja bagaimana beliau bukan sahaja telah dapat mengembalikan semula S46 ke pangkuan UMNO malah di era pemerintahan beliaulah PKM ditundukkan (meletak senjata sepenuhnya), diikuti dengan 'rujuk semula' oleh PBS di Sabah ke pangkuan BN.

    8. Renungkanlah. Bahawasanya Tun Dr Mahathir telah diuji secukupnya sepanjang meneraju UMNO/BN. Kesemua cabaran inilah yg telah MEMATANGKAN beliau. Pengajaran UTAMA yg perlu difikirkan secara halusi di sini ialah betapa pentingnya seseorang pemimpin tertinggi parti (Presiden UMNO/BN dan PM) MENJADI DIRI SENDIRI. Mereka mesti punya KEKUATAN KEPEMIMPINAN TERSENDIRI. Tak perlu menjadi orang lain atau buat sesuatu ikut TELUNJUK ORANG LAIN DEMI POPULARITI! (Itulah penyakit yg dialami oleh Pak Lah yg OBSES dengan bebudak Tingkat 4). Anehnya PM Najib yg dikatakan lebih cerdik berbanding Pak Lah itu turut terjangkit sama! Manakan tidak! Lihatlah siapa 'inner circle' beliau. Siapa Omar Ong itu? Bukankah anak Mustapha Ong si oportunist di era Pak Lah dulu.

    9. Benar kata berasiam (June 17, 2013 at 12:09 PM) bahawa PM Najib masih GAGAL membaca/memperhalusi dan menangani fenomena pasca PRU13 ini. BUKAN soal bagaimana nak mengembalikan sokongan kaum Cina yg ternyata TUMBUK RUSUK TIKAM BELAKANG slogan BOMBASTIK '1Malaysia' dan 'JARI TELUNJUK' mahupun gula-gula getah mereka, 'AH JIB GOR' dan 'I Love PM' itu!. Perkara pokok ialah betapa PM Najib MESTI tahu BERSANTUN BERBAHASA atas kepercayaan yg telah diberikan oleh majoriti Melayu/Bumiputera dengan meletakkan beliau di persada kuasa pada PRU13 yg lalu.

    10. Sebagaimana pembesar kerajaan selalu ulangbicara mengatakan bahawa keamanan, kesejahteraan, kedamaian dan kemakmuran tanahair Malaysia nan tercinta ini BUKANNYA TERJADI SECARA SEMULAJADI. Ianya adalah perancangan teliti lagi rapi oleh Bapa-Bapa Negara yg BERJIWA BESAR menerima dengan AKUR apa yg termaktub dalam PERLEMBAGAAN NEGARA hinggalah terbentuknya RUKUN NEGARA sebagai penyatuan bangsa selepas tragedi berdarah 13 Mei 1969. MAKA PM Najib juga perlu SEDAR bahawa kemenangan BN pada PRU13 tempohari JUGA BUKANNYA TERJADI SECARA TAK SEMENA-MENA MAHUPUN SEMULAJADI! Apakah kita boleh nafikan HAKIKAT betapa Melayu/Bumiputera telah MEMBERI ISYARAT JELAS kepada pucuk kepimpinan negara agar suara hati dan rintihan mereka lebih DIDENGARI? Atau barangkali PM Najib sendiri terlupa pada DENYUT NADI Melayu/Bumiputera lantaran terlalu leka mengejar undi dan sokongan kaum Cina?

    11. INGATLAH! PRU13 hanyalah permulaannya. Apakah kita fikir puak-puak ultra kiasu ini terus berdiam diri sedangkan mereka telah mencatat kejayaan luarbiasa pencapaiannya hasil dari manipulasi MELAYU TOTOK PAS/PKR semau-maunya? CUKUP-CUKUP SUDAH mendambakan undi/sokongan kaum Cina yg punya agenda YG SUDAH TERANG LAGI BERSULUH INI. Fokuskanlah pembangunan luarbandar/desa yg daif dan insan-insan Melayu/Bumiputera naif yg tidak pandai meningkah bicara memanipulasi '1Malaysia'! PERKASAKANLAH SEKOLAH KEBANGSAAN! Jangan hanya SEBOK MENYUSUKAN KERA sedang ANAK DI PANGKUAN MATI TERANIAYA!

    ReplyDelete