Monday, June 17, 2013

TUN M HANYA MENYARANKAN..BUKAN ARAHAN!! JANGAN MANIPULASI...



PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyokong penuh cadangan jawatan presiden dan timbalan presiden Umno tidak dipertandingkan pada pemilihan parti November ini.

Katanya beliau bimbang pertandingan bagi dua jawatan tertinggi yang masing-masing disandang Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin itu akan menyebabkan perpecahan dalam Umno dan juga orang Melayu.

"Mengikut amalan demokrasi, kita patut ada pertandingan tetapi orang Malaysia tidak begitu faham amalan demokrasi sebenar. Kalau kalah, mereka akan tarik diri (keluar parti) dan tubuhkan parti lain dan ini menyebabkan orang Melayu dan Umno berpecah lagi.

"Sehubungan itu, saya sokong kalau ada pertandingan tetapi bukan untuk dua jawatan di puncak sekali iaitu presiden dan timbalan presiden.

Komen Kepal Nasi;
Tun M tidak akan memberi pandangan selain dari pandangan di atas. Jika saya di kedudukan beliau juga akan menyarankan demikian kerana  kenyataan beliau semasa memegang jawatan yang sama harus konsisten dengan kenyataan beliau sewaktu tidak lagi memegang jawatan tersebut.

Jika beliau membuat kenyataan yang bertentangan dengan pendirian beliau sewaktu memegang jawatan tersebut, sudah pasti konsistensi dan prinsip serta pendirian beliau akan dipertikaikan ramai pihak.

Ketika kepimpinan beliau UMNO dan BN begitu kuat dan diyakini. Tidak timbul keraguan terhadap kepimpinannya di kalangan majoriti rakyat. Masalah keraguan terhadap cara pentadbiran dan hala tuju negara yang ingin dibawanya hanya timbul di kalangan kepimpinan atasan.

Di atas perbezaan pendekatan dan cara mana negara harus dibawa itu yang telah menyebabkan berlakunya pertandingan di peringkat tertinggi hingga terbentuknya "Team A dan Team B".

Walaupun pertandingan itu sengit dan berlaku pertikaian hingga terpaksa melibatkan mahkamah yang akhirnya membawa kepada pengharaman UMNO, tetapi keributan tersebut tidak langsung menjejaskan sokongan "silent majoriti" di peringkat akar umbi rakyat yang selamanya telah menyumbang terhadap kemenangan BN di setiap PRU.

UMNO hanya "begoghok" di atas tetapi di bawah sana tiada kesan.

Pemimpin UMNO yang kalah ketika itu pula tidak berkelakuan seperti Anwar Ibrahim yang bertindak mengheret rakyat di dalam kekecewaan dan masalah yang dihadapinya. Mereka tidak mengheret rakyat supaya melanggar dan membuat provokasi sehingga rakyat tidak hormat kepada peraturan dan undang-undang. Mereka tidak mengajak rakyat supaya menghina polis dan badan kehakiman.

Mereka berlawan secara "gentleman" melalui saluran demokratik dan hanya menggunakan pentas demokrasi dan lunas-lunas perundangan.

Itulah nilai-nilai luhur yang membezakan cara Tengku Razaleigh/Musa Hitam bermain politik ketika itu berbanding dengan cara Anwar Ibrahim. Politik Anwar politik "sondol babi". Hanya kerana mengidam cacing, habis tanah satu kampong dibajak dan segala tanaman dimusnahkan.

Hari ini isu dan masalah yang dihadapi oleh UMNO/BN sudah jauh berbeza dan tidak sama langsung dengan masalah zaman Tun Mahathir.

Masalah yang dihadapi oleh UMNO/BN hari ini adalah isu sokongan dan kepercayaan rakyat dan silent majoriti. Bukan masalah perbezaan pendapat dari segi prinsip, dasar dan cara mana negara ini harus ditadbir di kalangan para pemimpin UMNO.

Para pemimpin UMNO "di atas sana" tidak mungkin lagi sanggup bertentangan pendapat dan menegur kepimpinan Presiden atau Perdana Menteri di mana perlu secara terbuka. Mereka juga tidak mungkin lagi sanggup mengambil risiko seperti meletak jawatan atau menawarkan diri bertanding demi untuk mempertahankan prinsip dan dasar parti atau dasar negara yang diyakininya sedang eiurus secara salah oleh Presiden parti atau Perdana Menteri.

Zaman menegur pemimpin di dalam mesyuarat MKT atau di dalam Mesyuarat Kabinet sudah lama mati dan ia tidak mungkin berlaku lagi di dalam UMNO.

Para pemimpin ini lebih sanggup melihat negara menerima risiko daripada diri mereka sendiri menerima risiko akibat dari teguran dan kritikan atau pertentangan pendapat yang timbul. Mereka hanya ada "telor setengah masak".

Ini maksud saya mengatakan zaman Tun Mahathir berhadapan dengan pertandingan berbeza sama sekali "isu dan mauduknya" berbanding dengan keadaan dan senario semasa hari ini.

Dulu isunya, "cara mana dan lauk apa" yang sesuai harus dimasak untuk rakyat makan. Rakyat hanya makan apa yang dimasak dan kebetulan pula masakan yang dimasak menjadi kesukaan rakyat. Depa bergaduh sewaktu memasak, rakyat bukan tahu.

Sekarang isunya, rakyat sudah ramai yang mempertikaikan "masakan yang dihidang" oleh para pemimpin ini. Dulu masakan yang disediakan oleh UMNO/BN ini dimakan oleh sekurang-kurangnya 176/222 rakyat. Hari ini masakan ini hanya dimakan oleh 133/222 rakyat.

Isunya rakyat sudah kurang yakin. Ada yang hilang keyakinan kerana terkena sakit perut dan berak-berak. Ada yang hilang keyakinan disebabkan fitnah dan temberang Anwar & co yang mengatakan masakan "daging lompap" UMNO tidak sembelih la, duit beli lembu hasil rasuah la, dan macam-macam lagi.

Isu persepsi dan kurang keyakinan rakyat ini yang sedang dihadapi oleh UMNO/BN.

Jadi apakah pertandingan peringkat tertinggi itu yang jadi masalah sebenar hingga rakyat ragu untuk memakan masakan UMNO/BN?

Sudah tentu isu pertandingan peringkat tertinggi ini bukan punca sebenar yang menyebabkan uMNO/BN mengalami penyakit kurang yakin rakyat!

Malah, pertandingan peringkat tertinggi inilah antara preskripsi yang boleh dijadikan ubat berkesan untuk memulihkan keyakinan dan sokongan rakyat. Kenapa pula ubat yang boleh menjadi penawar penyakit pula ditimbulkan persepsi buruk dan cuba dihilangkan keyakinan serta "ditakut-takutkan" agar ahli UMNO yang juga akar umbi rakyat jangan makan.

Takut berpecah dan bertambah penyakit? Jangan songsangkan fikiran rakyat...

No comments:

Post a Comment