Tuesday, June 18, 2013

MISTERI AIR JAMPI YASIN DI PWTC!!

Cara mana lagi yang boleh digunakan untuk memberi kefahaman kepada warlords dan para pemimpin UMNO bahawa tidak perlu takut atau fobia jika berlaku pertandingan di peringkat tertinggi parti?

Bagaimana untuk diberi kefahaman kepada mereka bahwa UMNO yang telah tercemar dengan pelbagai persepsi buruk boleh dipulihkan persepsi ini dengan cara menyuburkan semula proses demokrasi di dalam UMNO?

Percayakah para pemimpin UMNO bahawa ramai rakyat biasa di bawahan sana sedang "mentertawakan" para pemimpin UMNO? 

Tertawa melihat susah-payah para pemimpin UMNO merangka dan meminda perlembagaan untuk menunjukkan kepada umum bahawa UMNO sedia berubah dengan keberanian melakukan transformasi politik secara besar-besaran. 

Berapi-api menunjukkan keberanian mereka kepada umum untuk menyerahkan nasib politik mereka "bulat-bulat" kepada akar umbi dengan cara memberi akar umbi hak untuk memilih siapa yang mereka inginkan memimpin parti dan menamatkan cara pemilihan yang memberi hak hanya kepada 2500 perwakilan. Malah gara-gara terlampau berani, pencalonan dan sistem kuota pun turut dihapuskan dengan menggantikan hanya dengan mengisi borang melalui syarat yang sangat minima.

Akhirnya, bila sampai ketikanya, mereka yang "besar hentak dari langkah" ini jugalah yang meminta supaya akar umbi memikirkan semula supaya janganlah dipertandingkan jawatan tertinggi ini demi masa depan parti. Janganlah gunakan hak akar umbi yang telah "terberi" dan "ter"dibenarkan oleh parti itu.

Wahai para pemimpin UMNO...! Jangan kasi malu UMNO la kawan!

Yakinlah. Jangan takut. DS Najib dan TS Muhyiddin gerenti akan menang dan berjaya mempertahankan jawatan masing-masing! Tiada siapa yang mampu memberi saingan kepada mereka. Betul! Mintak tolong sangatlah percaya! Jika saya perwakilan cawangan nanti, saya sumpah, 1 undi pasti untuk DS Najib dan 1 untuk TS Muhyiddin.

Akar umbi dan rakyat yang dibawah ini hanya mahu melihat UMNO menghormati dan membiarkan proses demokrasi berjalan sepertimana yang pimpinan atasan sendiri cadangkan.

Tolonglah beri modal dan bukti nyata kepada akar umbi untuk bercakap, "gebang lebih sikit" dengan kawan-kawan PKR, UMNO dah baguih dan demokratik, tak macam DAP dan PKR yang suka tipu dan perbodohkan ahli sendiri. Barulah ahli bawahan ni bersemangat untuk mempertahankan parti dan merasa bangga menjadi ahli UMNNO.

Tak malu ke pemimpin UMNO bila ahli bawahan macam kami di bawah ni memberi "nasihat paling basic dan bodoh-bodoh" macam ni supaya mereka mudah faham!

Nak beri faham "murid kelas lembam" pun tak sesulit nak memberi faham para pemimpin UMNO. 

Saya cadangkan akar umbi UMNO ramai-ramai buat "air surah yasin" sebotol mineral 500ml seorang, dan beri minum para pemimpin UMNO ini sebagai sebahagian dari ikhtiar "penerang hati dan minda" agar mereka dapat berfikir secara normal dan semoga hilang sifat "besar hentak" mereka yang terlampau berani menyerahkan nasib kepada akar umbi, tapi akhirnya takut.

No comments:

Post a Comment