Agak lama juga jurublog tak sentuh hal ehwal DSAI. Mungkin ini juga yang dirasai oleh sebahagian besar rakyat Malaysia yang lain.
Kalau kita teliti betul-betul sejarah DSAI, macam mana dia boleh meletakkan diri sebagai salah seorang pemimpin ‘sohor’, semuanya sebab ISU kontroversi. Samada ISU kontroversi ini disengajakan, kebetulan atau tak sengaja tidaklah diketahui.
Jika tidak kerana isu-isu kontroversi, jurublog rasa DSAI ni sama lebih kurang standard Hishamuddin Rais dan lain-lain bekas pemimpin pelajar yang hilang ditelan zaman.
DSAI dan ISU kontroversi adalah ibarat ikan dengan air. Tanpa air ikan tidak boleh hidup. Untuk meneruskan survival politik, DSAI perlukan bekalan ISU yang mencukupi untuk dia hidup dalam politik.
Jurublog jangka, menjelang PRK Kuala Terengganu ni akan ada ISU baru yang bakal dibangkitkan. Jika tidak, bagaimana DSAI mahu hidup? Benar atau tidaknya sesuatu ISU yang dibawa tidak penting bagi DSAI. Yang penting ISU tersebut mesti ‘spin’ dengan baik sehingga boleh ‘create havoc’, sekurang-kurangnya untuk kegunaan PRK KT.
Berikut adalah di antara kronologi isu-isu yang menyebabkan DSAI jadi kelihatan hebat;
1. Demonstrasi besar-besaran anak mati ‘kebuluq’ di Baling. (Confirm tipu muslihat)
2. Ditahan di kem mencipta nama – ISA
3. Sesudah nama jadi ‘besar’ – masuk UMNO dan ambil kepimpinan dalam UMNO dengan mudah.
4. Bila dalam UMNO – tukar ‘modus operandi’ kepada publisiti ‘image building’ melalui media.
5. 1998 – Isu pemecatan. Nama terus meletup seantero dunia.
6. 1998 – Isu liwat. Lahirnya simpatisan dan penyokong taksub
7. 1998 – Isu konspirasi. Wujud persepsi Anwar terlalu hebat. Semua musuh nak hapuskan dia.
8. 1998 – Isu turutan yang meyakinkan orang ramai dia dizalimi.
a. Disuntik kuman HIV atas arahan Tun Mahathir. (confirm tipu)
b. Disuap racun arsenik atas arahan Tun Mahathir (confirm tipu)
c. Sebarkan maklumat KPN dah lumpuh, Mahathir pun lumpuh. Jadi nampaklah memang sah kena zalim. Itu sebab tuhan balas tunai pada penzalim.
d. Penyakit kronik yang sembuh sekelip mata – ‘slipdisc’(Ajaib)
e. Penyakit tambahan – tengkuk sakit hingga terpaksa pakai ‘pembelit tengkuk..!?'On the way balik rumah dari penjara terus buka. Sampai rumah pakai balik sebelum press datang. Pembelit betul!)
f. Dijatuh hukum penjara. Pantang pihak penjara lalai sikit, pihak kerajaan pasti dituduh berniat menginaya dan nak tamatkan nyawa dia.
9. Bila keluar penjara atas sifat ‘Mr Clean’ Pak Lah, DSAI kehabisan ISU peribadi yang boleh digunakan. Keadaan ini tidak boleh dibiarkan. Jika dibiarkan politik akan mati. Nak guna ISU mahazalim dah out dated. Mahathir dah tak jadi PM.
10. Modus operandi perlu ditukar kepada ‘character assassination’ para pemimpin pemerintah. Bermulalah serangan peribadi terutama kepada bakal-bakal pelapis kepimpinan UMNO. Bila bakal-bakal pelapis dah rosak imej senanglah nak tumbangkan UMNO. Antaranya ;
a. Kalau jadi PM dia akan hantar Najib jadi duta ke Mongolia
b. Liwat lagi. Orang lain yang seronok, orang lain yang jadi mangsa, orang lain pula yang dituduh konspirasi.(Tapi tuduhan konspirasi kali ni tak berapa menjadi macam Siri Liwat 1 dulu). Mata lebam tak berulang, jadi terpaksa tumpu lebih pada perkara-perkara teknikal seperti lapuran doctor, palitkan sikit-sikit mainan KPN, peguam negara dan apa juga yang boleh timbulkan syak wasangka rakyat terhadap pemimpin kerajaan.
c. Tuduhan pada Najib seolah-olah kerja Najib siang malam hanya nak rompak dan rompak harta kerajaan. Isu lama tak selesai lagi, Najib terus nak rompak lagi. Masa kerajaan tengah nazak pun Najib sempat lagi rompak melalui eurocopter. Macamlah Najib tu tak ada hati perut dan tak tau baca dan guna fikiran langsung.
11. Kerajaan 16 Sept. lagi satu hal. Macam-macam ‘count down’ orang buat. Dari hari ke 100 sampai hari ke 1 dan 0 pun tak jadi juga. Sampai hari ke –1, -2, -3…dan seterusnya pun masih tak berlaku. Sia-sia betul.
12. Tukar tarikh sebelum Raya Haji. Malam ni wukuf di Padang Arafah pun masih tak juga berlaku.
13. Episod seterusnya, tunggulah… Tapi yang pasti sebelum PRU Kuala Terengganu mesti dia akan letup dan bom lagi isu-isu baru.
Ikan yang satu ni sebenarnya takut kalau bekalan air putus, dia akan dibuat lauk dek penyokong taksub yang terus berharap dan menunggu keputusan tuhan untuk jadikan DSAI PM…
Selamat menyambut hari raya korban...
Kepada blogger Kepal nasi kepal beras
ReplyDeleteUsahlah melampau sangat membohongnya,
apa-apa yg berlaku keatas DSAI dari (1)sampai (13) adalah yg benar-benar berlaku dan bukan sengaja direka-reka oleh DSAI.
Walau macamana pun terima kasihlah kepada sdr, kerana org-org zalim seperti sdrlah yg membuat org ramai bertambah simpati kepada DSAI.
Apa tidaknya, terang -terang penyelewengan semasa perbicaraan keatas DSAI dahulu, sdr lansung tidak nampak, atau pura-pura tidak nampak.
Semoga Allah mencampakkan masaalah
yg sama kepada sdr, munkin baru sdr akan faham .
Janganlah ego sangat, Allah maha berkuasa, kalau dia nak sdr juga merasakan, sepertimana DSAI rasa,
sekejap saja sdr akan menerimanya.
Bertaubatlah sebelum terlambat...
DSA memang hebat, yang biasa sezaman dengannya semasa di Universiti Malaya tentu tahu. Jadi apa yang disentuhnya memang jadi isu. Cuma laluannya jadi sukar bila isu nagatif menghalangnya. Isu jugalah tu. Sebenarnya semua orang sama saja. Isu adalah faktur sebab dan akibat untuk sesuatu berubah. Isu menjadi pengeraknya.
ReplyDeleteSetuju dengan ababina328.Menyamakan DSAI dengan hishamuddin rais adalah satu penghinaan.Dari tulisan saudara orang boleh menilai dimanakah letaknya mentaliti saudara.Janganlah membenci seseorang sehingga membenarkan kezaliman keatasnya.
ReplyDeleteababina328 salah satu contoh pengikut yg anggap DSAI setaraf rasul.Dia kate semua 13 kejadian tu betul berlaku.Tapi hakikatnya DSAI x mati kena racun.Tun Dr M x lumpuh.
ReplyDeleteAbabina328
ReplyDeleteMasih ramai manusia taksub mcm mikee ni..1-13 tu betul ke tak betul ke bukan isu bagi mikee. DSAI perlukan penyokong taksub mcm mikee. Kalau takde org mcm mikee ni udah lame bebeno org lupe kat idola mikee oii..
Saudara,
ReplyDeleteSalute!! Apa yg saudara list dari 1 sampai 13 semuanya benar, jauhari juga yg nengenal manikam. Memang tepat.
Bagaimana pun UMNO dan BN dan kerajaan teraju Abdullah Badawi sangatlah teruk dlm sejarah negara.
Rasuah,kronisma,nepotisma dan bermacam2 lagi telah mengalahkan semua zaman pemimpin2 terdahulu dari Tunku hingga kpd TDM.
Kalau Mat Sabu jadi calon PAS, kemungkinan DSAI tidak akan berkempen sepenuh hati sebab dialah orang pertama yang membawa isu DSAI Al-juburi.
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeletesebenarnya DSAI memperjuangkan Parti Keadilan ni atas dasar apa? bukannya nak membela nasip rakyat sepenuhnya...tapi nak balas dendam dgn org2 UMNO yg telah menyingkirkan beliau dari UMNO, ini kerja bukan mudah, tapi percaya lah DSAI ni menyerupai Sesumpah....
Tahniah kopa nasik,
ReplyDeleteOrg mcm ababina328 tu memang taksub. Peduliklah dio. Tulihlah byk2 lai pasal D'SAI tu byk2. Rahim Tamby Chik buatt hal dia pecayo, JJ copot punggung dio pecayo. Siapo yo dr kalangan pemimpin UMNO buek hal semuo tak payah naik mahkamah, terus confirm betul & bersalah. YB negeri yg dio perintah kalau buek hal, itu pun konspirasi..Dio org yg sebona eh dah tertutup pintu hati..Org taksub tuhan memang tutup hati dio dr mendonga ckp org yg boleh merugikan dio. Bantai dio orglah.
dah abih wukuf pun, dah masuk rayo ke duo, mano kerajaan eh....
ReplyDeletejang......ooohhh......jang?
apo yang kau buek tu... hihihi
Anuat tu dok buat lawak bodo hangpa semua dok kena tipu hidup2..baik pak aji,pak lebai semua dok kena tipu dengan anuat..kahkahkahkahkah
ReplyDelete