Artikel ini sebenarnya diulang posting dengan sedikit rombakan pada fakta dan cara penyampaian. Ini semua kerana gara-gara sekolah vernakular....
Kalau dulu penjajah British tidak impot buruh ladang dan lombong, tidak wujudlah masalah kaum imigran di Tanah Melayu.
Kalau dulu tidak wujud kaum imigran, maka orang melayulah yang akan tuntut sepenuhnya kemerdekaan tanah air ini dari British.
Kalau dulu kaum imigran tidak wujud, maka percaturan British untuk memberi kemerdekaan kepada tanah melayu tentu lebih mudah kerana British tidak sakit kepala memikir hal-hal yang berkait dengan masalah kaum imigran. British telah cari jalan mudah dengan memberi syarat kepada pemilik tanahair ini agar menerima kaum imigran ini menjadi sebahagian dari mereka. Jika syarat asas ini dipenuhi barulah boleh bincang selanjutnya mengenai kemerdekaan.
Kalau dulu orang melayu tidak mahu bertolak-ansur menerima kaum imigran ini menjadi sebahagian dari mereka, maka hari ini seluruh tanah melayu dan seisinya adalah 100% menjadi milik kaum pribumi.
Kalau tanah melayu ini 100% milik orang melayu, apa perlunya wujud istilah bumiputera atau bukan bumiputera? Istilah itu tidak akan relevan kerana semua penduduk negara ini adalah penduduk pribumi.
Kalau dulu tanah melayu ini dimiliki 100% oleh orang melayu, maka hari ini kita tidak perlu sakit kepala fikirkan masalah kuota itu dan kuota ini. Tidak perlu ada kuota pasal lesen, permit atau biasiswa.
Kalau tanahair ini 100% milik kita, orang melayu tidak perlu fikir bagaimana untuk jaga hati bukan melayu kerana bukan melayu tidak wujud di negara ini.
Kalau dulu tanah melayu ini dimiliki 100% oleh orang melayu, maka kerajaan tidak perlu sakit kepala fikir untuk buat akta tanah rezab melayu, tidak perlu fikir pasal keseimbangan kek ekonomi antara kaum, tidak perlu fikir soal keperluan sekolah pelbagai aliran atau soal bahasa apa yang patut jadi bahasa pengantar.
Kalau tanah melayu ini 100% milik orang melayu, maka sekurang-kurang 95% penduduknya adalah beragama islam. Tidak perlu fikir macam mana nak jaga sensitiviti penganut agama lain. Tidak perlu fikir kaedah untuk menyediakan tanah dan segala prasarana untuk kemudahan ibadat penganut agama lain. Tidak perlu susah payah untuk mengadakan hari kebesaran serentak atau tak perlu beri macam-macam cuti hari keagamaan untuk pelbagai penganut.
Pendek kata, negara ini tidak perlu kepada perlembagaan 153 atau 152. Tidak perlu jaminan perlindungan kepada kedudukan dan keistimewaan orang melayu dan bumiputera, agama islam atau bahasa melayu. Tidak perlu juga masukkkan fasa ‘menjaga kepentingan lain-lain kaum dan kepercayaan’ dalam Per 152. Tidak perlu wujudkan Akta Pelajaran Kebangsaan untuk melindungi sekolah vernacular untuk anak-anak buruh asing. Semua ini tak perlu…tak perlu. Pendek kata separuh dari pengorbanan, tenaga, fikiran dan wang ringgit telah JADI KOS MELEPAS / membazir kepada perkara yang akhirnya menyusahkan kaum pribumi. Tak ada beban batu digalas…
JIKA SEMUA FAKTOR INI TIDAK WUJUD, KETIKA INI MUNGKIN RAKYAT NEGARA INI SEDANG GUNAKAN MASA, TENAGA, FIKIRAN DAN WANG RINGGIT YANG MEMBAZIR ITU, UNTUK MENINGKATKAN DAYA SAING DAN PEMBANGUNAN NEGARA DAN MUNGKIN NEGARA INI SUDAH LEBIH MAJU DARI NEGARA-NEGARA PESAING. TAPI, SEKARANG KITA TERPAKSA KORBAN DAN SERAHKAN SEBAHAGIAN MASA, TENAGA, PEMIKIRAN DAN RATUSAN BILLION WANG RINGGIT KEPADA BEBAN MENSTRUKTUR SEMULA MASYARAKAT DAN MEMBENDUNG KONFLIK PERKAUMAN GARA-GARA SIFAT TOLARENSI KETERLALUAN KAUM PRIBUMI YANG SANGGUP BERKONGSI NEGARA DENGAN MEREKA YANG PADA ASAL NYA IMIGRAN.
Mengalir air mata darah sekali pun tanahair ini tidak akan menjadi 100% milik melayu lagi. Kalau nak mengalir pun mungkin darah saja, iaitu bila mana semua kaum sudah bertindak ikut nafsu dan sifat tamak mahu lagi dan lagi menguasai diri…
Tukar aje nama negara ni kepada....PERSEKUTUAN TANAH MELAYU....nah....UN pun tak boleh nak buat apa-apa....
ReplyDeleteMan,
ReplyDeleteKita boleh senaraikan berpuluh2 bukti betapa pemimpin kaum Cina dan India ini tanpa mengira parti adalah bersifat perkauman.
Kita juga boleh senaraikan betapa bertolak ansurnya kaum Melayu dalam banyak hal demi memelihara keharmonian kaum demi kestabilan negara.
Cuba ambil iktibar dari kisah ini. Di satu kampung kecil bernama Terachi, yang tidak ada penduduk Cina, tetapi terdapat kedai Cina yang beroperasi di situ sejak puluhan tahun dahulu. Jika benarlah Orang Melayu bersifat perkauman, kedai itu tidak akan bertahan untuk tempoh lebih daripada 2 bulan.
SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA.
Jokiden
kesian org melayu, dah buek baik dgn org lain tapakso pulak berkorban mcm2 kelobihan nan ado..
ReplyDeleteni skrg ni cino kato melayu pulak pendatang dari indonesia, brunei, filipina... mcm2 laei ah.
hai cino... wa ang samuo eh indak paham bana dgn apo nan dinamokan Alam Malayu Nusantara...