Tuesday, December 2, 2008

GARA-GARA TERTEKAN 'PUNAT' TABIR PELINDUNG, MUKHRIZ BOGELKAN AGENDA PERKAUMAN CINA...

Memang sudah dijangka…! Kepentingan kaum cina tidak boleh disentuh langsung. Padah akan datang tanpa diundang.

UMNO telah diarah oleh MCA dan GERAKAN supaya kenakan tindakan terhadap Dato Ahmad Ismail hanya kerana beliau mengambil bahan sejarah dalam intisari ucapan beliau. Akhirnya UMNO tunduk dan patuh terhadap amaran MCA dan Gerakan.

Tapi apabila Tan Lian Hoe memutar belit sejarah dan mengatakan melayu pendatang, tiada sebarang tindakan dikenakan. Cukup dengan menjawab kenyataan beliau telah diputar belit oleh media.

Hak keistimewaan melayu yang jelas termaktub dalam perlembagaan acap kali dipertikaikan oleh para pemimpin bukan melayu. Belum pernah mereka meminta maaf atas ketelanjuran mereka. Cukup dengan memberi penjelasan semula, semua akan beres dan orang melayu pun diam.

Sebenarnya, pemimpin bukan melayu menyimpulkan secara tidak langsung apa yang termaktub dalam per. 153 & 152 adalah bersifat perkauman kerana segala terjemahan dan perlaksanaan yang menjurus ke arah pengisian per. 153 semuanya dianggap bersifat perkauman.

Di antara medium perlaksanaan per. 153 adalah DEB, soal biasiswa, mendaulatkan bahasa Melayu dan agama Islam sebagai agama rasmi, permit dan segala yang berkaitan dengan hak istimewa orang melayu semuanya mendapat reaksi yang tidak menyenangkan dari kaum bukan melayu.

Di sini jelas, mereka sebenarnya tidak bersetuju dengan segala perlindungan dan keistimewaan yang diperuntukan melalui per 153 & 152 yang diberi kepada kaum melayu. Pelbagai mesej dan ucapan diluahkan bagi menyatakan perasaan tidak senang mereka terhadap segala keistimewaan ini.

Kini, apabila ada di kalangan pemimpin melayu yang cuba mengusik sedikit atau cuba memberi persepsi baru yang bersesuaian dengan proses liberalisasi dan globalisasi mengenai keistimewaan mereka, semua pemimpin kalangan mereka bertindak pantas mempertahan hak mereka, mengutuk dan mengecam pemimpin tersebut.

Hari ini jelas, semua mereka sudah menjatuhkan hukuman dan mencadang supaya dijatuhkan hukuman melalui pelbagai kemudahan peruntukan undang-undang yang boleh disabitkan kesalahan.

Jika Dato Mukhriz dicadangkan supaya dikenakan tindakan di bawah akta hasutan, kenapa usikan mereka terhadap segala intipati dan medium perlaksanaan per. 153 & 152 bebas tanpa sebarang tindakan?

Bukankah per 152 mengenai hak pendidikan vernacular dan hak istimewa melayu dalam per 153 sama sucinya dari sudut perlembagaan? Kenapa jika hak orang melayu mereka bebas untuk berhujah dan membelakangkan perlembagaan tapi, apabila hak mereka tersentuh terus mencari-cari peruntukan undang-undang untuk beri cadangan tindakan?

Kalau kenyataan Mukhriz dianggap menghasut dan boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Hasutan, maka kenyataan berbaur hasutan yang selama ini dihamburkan kepada hak orang melayu kita nak letak bawah akta apa?

Kenyataan Mukhriz sebenarnya adalah satu bahan kajian dan ujian tentang karakter pemimpin kaum cina yang selama ini berselindung disebalik proses liberalisasi dan kesaksamaan dalam meneruskan agenda rasis mereka!

Terbukti, sudah jelas terbentang karakter sebenar mereka… Sebenarnya mereka telah terperangkap melalui kenyataan Mukhriz!

Sekalung tahniah buat Dato Mukhriz kerana telah menekan ‘punat’ tabir pelindung dan kepura-puraan liberalisasi dan kesaksamaan yang selama ini melindungi mereka! Apabila terbuka saja tabir-tabir liberalisasi, maka nampaklah segala sifat perkauman mereka.

Rupa-rupanya paku dulang paku serpih, tuduh orang merekaa yang lebih….!!!!!

11 comments:

  1. Sekalung tahniah dan syabas kepada Datuk Mukhriz Mahathir (DMM)diatas keberanian dan kejaguhan mengeluarkan kenyataan demi bangsa melayu.
    Chua Soi Lek sebenarnya marah sebab bukan punat ditekan tetapi "kelentik" ketua wanita MCA digentel oleh pemimpin melayu.(maaf ayat 18SX)

    ReplyDelete
  2. Mukhriz is the last malay standing dan dia jantan (ada telur) jika di bandingkan lain yang masing ade kepentingan peribadi dan chukong.
    Saya doa beliau terus maju ikut jejakin semangat melayu ayahandanya TDM.
    Datuk Mukhriz jangan undur walaupun semua orang yang depani olih Lim KS dan DSAI.
    Owang Melayu perlu suara Melayu bukan suara UMNO atau Pas,PKR jauh sekali (ertsaz DAP/PGRM) dalam perkara yang di timbulkan olih orang bukan Melayu.
    Memang ramai melayu sendiri yang tak suka memperjuangkan hak dan kepentingan melayu .
    Datuk Mukhriz anda kena kerja kuat kerana perang saibar hentam melayu tidak akan pulihkan keadaan sekarang kerana pempinan melayu sudah di lemahkan.
    Salam hormat dan terima kasih semua pencinta bangsa melayu.
    arjuna waspada

    ReplyDelete
  3. Saya sokong kenyataan Hishamuddin, agar sistem pendidikan negara disatukan..., perlukan sekolah bersifat Malaysia...

    ReplyDelete
  4. hapuskan sekolah cina, india... guna sekolah kebangsaan sudah laaa.... kalau kita ingat isu sauqiu sebagai contoh... depa ni memang bangsat...ANJURKAN PERHIMPUNAN MELAYU DI STADIUM BUKIT JALIL TAK PUN DI DATARAN MERDEKA@KELAB SULAIMAN...ada brani...

    ReplyDelete
  5. Boleh bersabar tak?
    Kata anda hak mereka tidak boleh disentuh.
    Macamana kalau disentuh dengan cara lain.
    Maknanya daripada kita hapuskan sekolah tersebut, kita sokong keujudannya sungguh-sungguh. Kita masukkan anak-anak kita juga masuk beramai-ramai belajar bahasa cina dan india. Jadikan satu DASAR NEGARA. Mewajibkan sekian peratusan kemasukan kesekolah tersebut dari anak-anak bumi.
    Kalau inipun mereka marah, itu sunguhlah membuktikan bahawa mereka memang payah diajak berunding.

    ReplyDelete
  6. melayu sebenarnya pribumike? kan melayu datang dari indonesia? ini bukan perkauman. hanya minta penjelasan.

    ReplyDelete
  7. Nahs...
    Sila baca posting saya pada 9 & 20 Nov. mungkin sdr/i boleh dpt sedikit jawaban kpd persoalan yang ditanya...

    ReplyDelete
  8. 1. mana pemimpin2 melayu, mengapa langsung tidak berani bersuara untuk menyokong dan mempertahankan ketuanan melayu. tolonglah, jgn jadi macam zaid ibrahim akhirnya semua orng tau pekung didadanya.
    2. walau pun lambat sikit tp dato hisham pun kira oklah ada juga bagi respon.
    3. yang lain2 sibuk berkempen nak pegang jawatan dalam pemilihan akan datang. Entahlah masih tak sedar lagi la diorang ni.
    4. yb2, tan sri, dato seri, dato, apa gunanya pegang jawatan besar dalam parti kalau nak bercakap soal kepentingan orang melayu pun tak berani. Tak de telor.
    5. Pemimpin UMNO dilanda sindrom pekak dan bisu, DAP,MCA, GERAKAN DAP hentam Melayu pun diaorang boleh diam. Dayus! Nak harapkan orang PAS dan Keadilan sorilah mereka lebih sanggup bersekongkol dengan DAP dari berjuang untuk MELAYU dan ISLAM. Cakap tak serupa bikin.
    6. Apa2 pun tahniah untuk MUKHRIZ andalah pejuang MELAYU sejati! Perjuangan kita belum selesai, bERANI BERUBAH!!!

    ReplyDelete
  9. Mcm mana bangsa lain nak hormat melayu apalagi islam kalau tulang belakang pemerintahan malaysia iaitu umno terus hanyut dgn pergolakan kuasa dan rasuah, maaf saya tidak menggunakan istilah politik wang.org melayu beragama islam terang2an melanggar hukum haram dlm agama baik di peringkat akar umbi mahupun pimpinan.perbetulkan ini dahulu.respect is earned.

    ReplyDelete