Kita tunggu apa reaksi pemimpin kaum bukan melayu samada yang duduk dalam BN atau pun pembangkang berkaitan dengan kenyataan Dato Mukhriz mengenai sistem pendidikan satu aliran.
Apa yang kita nak lihat sangat ialah mereka akan beri komen yang menunjukkan mereka benar-benar liberal dan benar-benar Malaysian. Pasal mereka dok sibuk kata melayu berfikiran sempit, bersifat perkauman, tidak relevan dan tidak berdaya saing. Maka mereka asyik desak supaya orang melayu lebih terbuka, hapuskan konsep ketuanan melayu dan segala hak istimewa, kerana kononnya itu semua telah menyebabkan berlakunya diskriminasi dan peminggiran terhadap hak-hak warganegara Malaysia yang lain dan menjadi punca kepada lemahnya daya saing negara.
Sekarang, bila Mukhriz cadang supaya dihapuskan sistem pendidikan pelbagai aliran agar semua anak Malaysia dididik melalui sistem satu aliran, kita nak tunggu bagaimana jawapan mereka. Kalau mereka setuju apa yang mereka setuju, kita nak tahu. Kalau mereka tak setuju, apa pula bentuk putar belit kenyataan yang mereka nak keluarkan.
Kaum bukan melayu dah jadi warganegara di negara yang berbahasa pengantar melayu sudah lebih dari 50 tahun. Patutnya dari segi bahasa dan tutur kata pun sudah tidak nampak lagi perbezaan ketara antara kaum melayu dan bukan melayu.
Di Indonesia kalau orang bercakap bahasa Indonesia tapi rupa macam cina, kita tak tahu samada dia melayu Indonesia atau cina Indonesia. Tapi di Malaysia, dalam gelap gelita pun kita tahu yang sedang bertutur bahasa melayu tu orang melayu, cina atau pun India.
Kalau nak kesahihan apa etnik mereka, kita terpaksa tanya ‘bapak ni orang cina indonesia ka atau apa?’ Tapi kalau pembantu rumah yang baru sampai sini pula, akan tanya, ‘bapak, jiran yang di sebelah rumah tu barangkali cina ya pak?’ Kita tanya dia balik, ‘mana kamu tau?’ Dia jawab, ‘bunyi dia bercakap tu tidak sama macam bapak bercakap-cakap..’
Di Penang pun sudah jelas terbukti sikap sebenar mereka yang tidak ada rasa bangga atau rasa kekitaan terhadap bahasa kebangsaan. Semua bahasa nak diletak pada papan tanda, konon atas nama memudahkan pelancung…! Kalau nak letak semua, kenapa tak letak bahasa kadazan atau Iban sekali? Baru dapat sikit-sikit kuasa sudah tunjuk warna..!
Pemimpin bukan melayu jangan nak selindung-selindung lagi. Cakap saja terus terang apa sebenarnya yang kamu mahu..! Bukankah kamu sedang perjuangkan hak dan kepentingan kaum kamu agar nasib kaum kamu terbela dan terus menguasai kalau boleh dalam apa juga bidang tidak kira ekonomi, politik, pendidikan atau apa juga yang ada di atas bumi Malaysia ini! Tapi kamu tak guna perkataan ‘demi maruah dan ketuanan kaum cina’. Kamu guna ‘demi memperjuangkan hak sebagai warganegara’.
Sekarang kita cadangkan supaya pemimpin bukan melayu turut turun padang dan mengenal pasti segala permasalahan rakyat tanpa menira kaum dan tempat. Mereka harus turun hingga ke kawasan-kawasan luar bandar dan pendalaman yang masih terlalu banyak kekurangan dan juga kemiskinan terutama dalam bidang pendidikan dan ekonomi isi rumah. Mereka tidak boleh lagi berjuang hanya di bandar dan di kampong-kampong baru cina saja. Sebagai pemimpin Malaysia mereka perlu lepaskan diri dari ikatan memperjuangkan kepentingan kaum mereka semata.
Kalau di bandar mereka juga harus mengambil tahu dan memperjuangkan kepentingan semua kaum yang juga rakyat Malaysia. Berapa ramai rakyat bukan cina yang hidup melarat di bandar-bandar besar yang perlu mereka beri perhatian. Pendidikan kaum cina dan bukan cina yang masih perlukan pembelaan, perlu dibela tanpa mengira warna kulit dan kepercayaan. Jangan hanya memperjuangkan kepentingan kaum cina saja. Kepentingan kaum bukan cina juga perlu dibela!
Kolej-kolej dan universiti-universiti swasta dan ternama perlu lebih bercirikan Malaysia. Kaum bukan cina perlu diperbanyakkan dan ditambah kemasukannya agar tidak terlalu ketara kecinaannya. Berilah juga penekanan kepada pembangunan pendidikan rakyat bukan cina yang lain.
Syarikat-syarikat besar senaraian awam dan gedung-gedung perniagaan jangan terlalu rasis dengan hanya mementingkan kaum cina semata, manakala kepentingan bukan cina terus dianak-tirikan terutama bagi jawatan-jawatan penting dan strategik. Iklan perjawatan gunalah bahasa kebangsaan yang betul dan bukan menggunakan bahasa yang mewakili kaum-kaum tertentu. Barulah melambangkan syarikat-syarikat ini benar-benar syarikat anak Malaysia.
Mesyuarat agong parti samada MCA, MIC, GERAKAN, DAP dan lain-lain kenalah dikendalikan dalam bahasa kebangsaan sebagai bukti bahawa bahasa kebangsaan sebagai jiwa bangsa Malaysia ada dalam jiwa mereka.
Semua ini akan tercapai jika pendidikan bermula dari peringkat paling asas dapat diletakkan di bawah satu aliran dan satu bahasa pengantar. Rakyat Malaysia yang taat pada negara tidak akan berkecil hati dengan saranan ini
Kita anak Malaysia, kenalah berfikiran Malaysian!
tekodu org cino
ReplyDelete