Pembelian dan penjualan secara berpilih, berselang-seli dengan campur tangan pemegang dana spekulatif jangka pendek telah menyebabkan pencalonan dan persaingan dalam pemilihan UMNO ditutup dalam dagangan bercampur-campur.
Ada calon-calon pada peringkat awal begitu perlahan pergerakannya telah melonjak pencalonan mereka pada saat-saat akhir akibat dari pembelian secara spekulatif oleh sindiket dan pelabur runcit yang bertaburan di serata bahagian.
Ada juga calon-calon yang pada awalnya menjadi buruan para pelabur kerana fundamental yang kukuh dan tiada was-was telah merosot pencalonannya secara mendadak akibat dari tekanan jualan spekulatif dan wahyu yang sedang menguasai sebahagian besar pasaran politik nasional.
Kesan dari wahyu dan tekanan jualan spekulatif ini telah menyebabkan para pelabur beralih dari kaunter ‘bluechip’ kepada kaunter-kaunter ‘bluekang’ dan yo-yo bagi meraih keuntungan segera. Ada juga kaunter-kaunter yang telah dimanipulasi oleh firma broker pencalonan tempatan bagi mengaut keuntungan berganda walaupun ia menyalahi kod etika pasaran.
Lembaga Disiplin dan Kawal Selia Bursa Parti mungkin akan bertindak ‘mencela’ beberapa kaunter spekulatif yang menyalahi peraturan dan kod etika pasaran dalam masa terdekat bagi menyelamatkan pasaran UMNO Exchange dari 'collapse'.
Penganalisis pencalonan dan kepimpinan dari firma Scapegoat & Campbeli meramalkan keadaan pasaran jawatan yang dipertandingkan amat ‘fragile’ kerana terlalu sensitif kepada pengaruh spekulator dan wang panas.
Penganalisis firma Ganda Wang Anda berpendapat, jika langkah awal untuk membendung pengaruh spekulator tidak dikawal dan terkeluar dari garis rasional pelaburan, dikhuatiri ia akan menjejaskan pasaran UMNO Exchange pada pandangan para pelabur tulen. Akhirnya para pelabur tulen ini akan mengalihkan pelaburan mereka ke luar bagi mencari pasaran yang lebih selamat dan meyakinkan mereka seperti NGO dan PR Exchange.
Usaha Tun Mahathir untuk membuat‘bribe-pegging’ dan menasihatkan para pelabur dalam UMNO Exchange supaya berhati-hati, telah diberi perhatian oleh para pelabur tulen, walau pun terdapat sebilangan pelabur-pelabur yang masih berdegil. Ada kalangan pelabur tegar yang menafikan berlakunya ‘insider trading’ dan manipulasi dalam UMNO Exchange dan tidak kurang juga yang mencabar supaya dibuktikan segala tuduhan yang berlaku.
Para spekulator ini telah membuat pelaburan ala judi dengan harapan dapat mengawal pasaran hadapan hairaki kepimpinan UMNO. Mereka berpendapat, jika mereka gagal mengawal pasaran hadapan kepimpinan parti pada Mac ini, maka tiada lagi ruang bagi mereka untuk terus menumpang dan bergayut pada pasaran peralihan kuasa yang bakal berlaku pada Mac 2009.
Sekian laporan dari Belumbpr…
Menarik!
ReplyDeleteSaya telahh hilang kepechayaan di dalam UMNO Exchange, dan telah alih pelaburan saya ke emas, bila pasaran UMNO Exchange jatuh menjunang kelah, mungkin saya akan masuk balik, tetaluk pada laporan pasaran dari KNKB.
ReplyDeleteakb
Sdra kk,
ReplyDeleteGinilah gayenya ahli UMNO hari ini, kalau diberi peluang bercakap, semua orang akan bercakap soal rasuah politik/politik wang dari pemimpin di peringkat cawangan hinggalah ke ahli MKT. Kononnya semua nak benteras politik wang tapi dalam masa yang sama tangan itu jugalah yang memberi dan menerima wang untuk tujuan pencalonan dan undi dalam pemilihan. Orang diluar memerhatikan gelagat orang UMNO ni. PERCAYALAH selagi semua orang hanya pandai bercakap tanpa tindakan untuk benteras gejala ini UMNO pasti akan kecundang dan akhirnya berkubur. Kalau dalam pemilihan UMNO mereka tak sayang nak keluar duit untuk pastikan kemenangan tapi malangnya dalam pilihanraya semuanya bekerja ala kadar. Untuk kali ni mari kita buktikan kepada perasuah politik ni duit mereka habis dan mereka kalah teruk dala pemilihan Mac nanti. Hanya perwakilan saja yang boleh ubah senario ini, jika tidak UMNO hanya jadi parti untuk yang `beruang` saja dan ahli akan terus dibeli, Akhirnya nanti kita akan dapat juga pemimpin yang boleh diBELI. Nauzubillah...... Klu boleh sdra kk respon semuala komen saya ni...