Apa alasan perlunya peralihan kuasa dalam Wanita Umno? Kalau peralihan kuasa di antara Pak Lah dan DS Najib, kita tahulah sebabnya kerana prestasi buruk UMNO dan BN dalam PRU 12.
Jika DS Hishammuddin tidak umumkan beliau akan meninggalkan pemuda, apakah dia juga akan dipaksa menyerahkan kuasa pada KJ atas nama perubahan? Jika Dato Noraini Ahmad masih dalam usia yang melayakkan beliau terus memegang jawatan ketua puteri, apakah Puteri juga perlu membincangkan soal perlunya peralihan kuasa lantaran dari prestasi buruk UMNO dan BN dalam PRU 12?
Kenapa wanita saja yang terlibat mengikut trend peralihan kuasa pimpinan tertinggi parti? Apakah imej Rafidah dari persepsi wanita sama seperti mana persepsi ahli dan rakyat terhadap Pak Lah? Apakah sokongan kaum wanita dalam PRU 12 lalu menunjukkan bahawa majoriti kaum ibu tidak lagi bersama UMNO sehingga memerlukan kepimpinan wanita UMNO terpaksa diganti baru?
Bila kita tengok analisa PRU 12, yang pasti, generasi muda tidak memberikan sokongan kepada BN. Rata-rata saluran 3 & 4 BN telah kalah teruk. Sebaliknya, majoriti kaum ibu masih tetap setia bersama UMNO dan BN.
Jadi kenapa wanita pula yang paling sibuk tak pasal-pasal inginkan perubahan? Rebung tak miang, bemban pulak yang lebih…
Adakah kerana Rafidah sudah tidak jadi menteri? Apakah hanya kerana Shahrizat distatus menterikan di JPM maka peralihan kuasa kepada Shahrizat perlu berlaku? Dalam PRU 12, Rafidah menang di Parlimen Kuala Kangsar sebaliknya Shahrizat pula telah ditolak rakyat Lembah Pantai.
Kita takut sangat kalau-kalau semua keputusan yang dibuat oleh ahli sama ada dalam wanita, pemuda, puteri atau peringkat MKT dalam menentukan barisan kepimpinannya bertentangan dengan apa yang dihasratkan oleh rakyat. Jika trend songsang ini berlaku, tidak mustahil telahan sesetengah pihak bahawa UMNO tidak akan relevan lagi dengan majoriti rakyat akan menjadi kenyataan.
Kalau benar UMNO ditolak oleh rakyat dalam PRU 13 nanti, tiada siapa yang boleh dipersalahkan melainkan para perwakilan sama ada dalam wanita, pemuda, puteri atau UMO induk kerana membuat keputusan tidak mengikut hasrat akar umbi yang telah dibayangkan melalui pencalonan bahagian-bahagian.
Jika pemimpin lahir dari ‘game’ perwakilan G7 dan G6 semata, maka barisan kepimpinan ini sebenarnya tiada ada kena mengena dengan aspirasi akar umbi. Mereka hanya ditentukan oleh tidak sampai 1% dari jumlah 3.5 juta ahli.
Apakah akan lahir ‘Kerajaan Negeri Pasir Bedengung 2’ seperti dalam filem Do Re Mi? Pemimpin ada tapi rakyat dan ahli entah ke mana. Logiknya ada:
1. Pemimpin yang dilahirkan melalui UMNO, terpisah dari kemahuan akar umbi kerana sikap orang tengah ala broker (G6 & G7) yang membelakangkan hasrat akar umbi.
2. Disebabkan pemimpin UMNO akan memimpin kerajaan, maka Pemimpin kerajaan juga secara otomatik terpisah dari aspirasi rakyat. G6 & G7 yang berjumlah kurang dari 3000 orang secara tidak langsung telah mewakili 27 juta rakyat, siapa yang akan jadi PM, TPM dan seluruh barisan kabinet.
Apakah para perwakilan sedar beban tanggungjawab yang cukup besar sedang menanti mereka? Survival UMNO terletak di tangan mereka. Persepsi rakyat terhadap UMNO dan kerajaan, sama ada baik atau buruk bergantung pada keputusan mereka. Terlebih utama lagi, hak serta kedudukan survival orang Melayu seluruhnya amat bergantung pada keputusan mereka.
Jika mereka gagal memahami betapa pentingnya peranan dan tanggungjawab mereka kali ini,maka G6 & G7 2008 ini akan di ‘duty stamp’ kan dalam lipatan sejarah sebagai barisan perwakilan yang telah menyebabkan berlakunya trajedi kepada agama, bangsa dan tanah air.
Fikir-fikirlah wahai G6 & G7….
Siarkan nama dan gambar2 G6 & G7 supaya semua orang Melayu kenal samada mereka2 inilah penyelamat atau penamat UMNO. Siasat juga adakah mereka2 ini yang benar berjuang untuk bangsa atau penerima rasuah yang menjual maruah dan amanah.
ReplyDeleteSaya difahamkan sebab-sebab Mahathir begitu bersungguh-sungguh bercakap mengenai politik wang dalam UMNO ialah beliau hendak memerangkap calon-calon Timbalan Presiden dan Ketua Pemuda yang tak sehaluan dengan dia.
ReplyDeleteAdakah Mahathir lupa bahawa pada zaman dialah politik wang hidup subur. Kita tak payah jadi hipokrit dengan mengatakan Mahathir tak tahu tentang politik wang. Semua orang tahu. Sekarang dia hendak menggunakan politik wang untuk menyingkirkan pemimpin umno yang tak disukainya. Begitulah liciknya politik Mahathir.
Khabarnya juga, Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO Tengku Ahmad Rithaudeen akan menghukum siapa saja yang ditunjuk oleh Mahathir. Beliau mempunyai sejarah yang cukup panjang dengan Mahathir dan Najib atau Pak Lah tak dapat mengawalnya.
Tunggulah siapakah yang akan dihukum oleh Mahathir melalui Ahmad Rithaudeen. Saya difahamkan ada tiga nama dalam senarai hitam Mahathir dan dia akan menggunakan Lembaga Disiplin UMNO untuk memusnahkan mereka.
Tentunya oramg itu bukan Mukhriz Mahathir!
Pelik betul! Bila TDM hendak mendedahkan pasal politik wang, ramai mengelabah dan keluarlah macam2 andaian menuduh dan menyindir. Kalau tak buat sesuatu, timbul pulak tuduhan2 kononnya dulu TDM tahu tapi tak buat apa2. Kalau DatukShaifuikamal difahamkan seperti dia difahamkan, saya juga difahamkan bahawa pada zaman TDM memang berlaku, tetapi pelaku2nya licik. Orang2 yang diberi amanah oleh TDM belot dan khianat; dan melakukan banyak perkara yang tidak sepatutnya. Orang2 itu kita 'nampak' hari ini masih 'berpura2'.
ReplyDeleteKita sekarang hendak menyelesaikan masalah/barah politik wang yang akan merosakkan bangsa. Nak harap orang yang sepatutnya yang diamanahkan untuk membasmikannya, hanya tahu cakap saja. Hanya cakap saja dan mempunyai agenda.
Sebab itu sejak di peringkat pemilihan perwakilan
ReplyDeletelagi perhatian wajar diberikan:
1. Sebagai perwakilan anda hanya boleh memilih salah seorang daripada mereka untuk menjadi ketua anda. Maaf, bukan ketua anda per se, tetapi ketua parti atau sayap parti. Nasib mereka di tangan anda, tetapi masa depan parti terletak pada ketua yang bakal anda pilih.
2. Walau siapa pun anda, anda menjadi orang yang sangat penting sekarang. Sama ada mereka mengenali anda atau tidak, itu bukan persoalannya.Yang jelas semua yang bertanding mahukan anda sekarang. Anda patut memilih hanya yang terbaik antara mereka yang bertanding, tetapi bagi yang yang bertanding mereka tidak memilih-milih anda. Bagi mereka tidak ada di kalangan perwakilan yang lebih baik daripada perwakilan yang lain.
3. Yang terbaik itu sifatnya subjektif dan pelbagai. Terbaik pada orang lain tidak semestinya terbaik pada anda. Begitulah sebaliknya. Tetapi pilihan sebenar masih di tangan anda. Anda mungkin ada sebab lain untuk memilih calon yang anda gemari. Itu di luar kuasa UMNO menentukannya. Itu kuasa anda sebagai perwakilan.
4. Sebagai contoh, kita mungkin mempunyai banyak pertimbangan dalam memilih Ketua Pemuda, sebab yang terpilih itu bukan sahaja bakal menjadi pemimpin kita, tetapi memimpin sebuah sayap parti yang sangat penting, iaitu Pemuda UMNO. Pemuda UMNO harus kuat kerana sayap UMNO ini menjadi benteng paling hadapan bagi UMNO.
5. Tetapi sebagai perwakilan adakah anda benar-benar layak menjadi perwakilan yang terpilih. Adakah anda mempunyai kriteria yang selayaknya sebagai seorang perwakilan yang di tangan anda nasib seorang ketua ditentukan dan seterusnya dengan itu akan menentukan nasib sebuah parti dan negara.
6. Adakah sebagai perwakilan yang dipilih (bukan terpilih) anda memenuhi aspirasi akar umbi. Adakah sekarang ini sehingga menjelang Mac tahun depan, anda memikirkan nasib ahli akar umbi dan nasib parti? Atau anda sedang memikirkan ketua-ketua atau bakal ketua anda di atas itu. Siapakah yang memilih anda, ahli akar umbi atau ketua atau bakal ketua anda itu?
7. Adakah sebagai perwakilan anda benar-benar memahami teori-teori kepemimpinan, stail dan gaya kepemimpinan masa kini, aspek urus tadbir sebuah organisasi politik, kriteria pemimpin yang baik, pertimbangan yang tepat dalam membuat pilihan dan etika pemilihan.
8. Marilah sebagai perwakilan anda semua melakukan muhasabah diri sendiri. Adakah anda ini dari jenis yang layak duduk di kerusi perwakilan atau hanya menjadi perwakilan atas sebab-sebab lain selain daripada faktor kelayakan itu.
9. Adakah ada di kalangan anda mengharapkan sesuatu sehingga berebut-rebut untuk menjadi perwakilan? Pada masa yang sama cuba renung dalam-dalam, ada atau tidak di kalangan ahli UMNO di peringkat akar umbi yang lebih layak duduk sebagai perwakilan tetapi kerana dia tidak mendominasi suasana atau tidak dalam pengaruh Pengerusi Tetap dan Ketua Cawangan/Ketua Bahagian dia tidak dipilih.
10. Memilih perwakilan tidak boleh dianggap remeh atau suka-suka. Bukankah nasib seorang ketua ditentukan oleh mereka dan seterusnya bakal menentukan nasib parti. Kesilapan pertama dalam memilih perwakilan dikhuatiri akan membawa kesan buruk kepada parti.
11. Parti UMNO yang dilanda kemelut memerlukan pemimpin yang berwibawa untuk membawa perubahan bukan sahaja terhadap parti itu,tetapi juga kepada BN dan negara. Itulah yang disebut-sebut oleh semua ahli UMNO dan semua orang tahu itu.
12. Untuk menjadikan parti kita kuat, masih relevan dan kembali dihormati kita perlu memilih ketua-ketua yang berwibawa untuk menerajuinya.
13. Bagi memilih pemimpin yang berwibawa, kita mesti memulakannya dengan memilih perwakilan yang berwibawa juga. Tetapi di sinilah masalah mula timbul. Memilih perwakilan tidak pernah dianggap penting oleh ahli-ahli di peringkat akar umbi, seperti perhatian yang diberikan untuk memilih ketua-ketua.
14. Ahli-ahli kita, khususnya di pelbagai peringkat dan sayap hanya diajar melihat UMNO sebagai sebuah parti yang terbaik untuk memperjuangkan nasib bangsa tetapi jarang-jarang atau hampir tidak pernah diberi pendidikan kepartian, kepemimpinan dan berorganisasi secara formal dan berterusan.
15. Selama ini kesetiaan dan sokongan ahli akar umbi sahaja yang diharapkan, tetapi kebijaksanaan, buah fikiran dan akal budi mereka hampir tidak diperlukan. Inilah yang menjadikan parti mempunyai bilangan ahli yang ramai tetapi tidak membantu dalam memperkukuh parti.
16. Hampir keseluruhan perwakilan yang dilantik bukan kerana mereka terpilih tetapi kebanyakan mereka telah menentukan yang diri mereka patut dipilih.
17. Dalam mesyuarat UMNO cawangan umpamanya, ahli-ahli hanya mengikut apa yang ditentukan oleh Pengerusi Tetap atau Ketua Cawangan. Mereka hampir tidak peduli sama ada perwakilan itu layak atau tidak dalam menentukan nasib ahli dan masa depan parti.
Hakcipta Abd Bashid Harun
"Adakah Mahathir lupa bahawa pada zaman dialah politik wang hidup subur. Kita tak payah jadi hipokrit dengan mengatakan Mahathir tak tahu tentang politik wang. Semua orang tahu. Sekarang dia hendak menggunakan politik wang untuk menyingkirkan pemimpin umno yang tak disukainya. Begitulah liciknya politik Mahathir "
ReplyDeleteBetul sikit fact ..politik wang memang berlaku di zaman Tun tapi bukan dia. None other prime minister in waiting Anwar Ibrahim.
Mengenai komen yang mengatakan yang Tun nak hapuskan pemimpin yang tak disukai ..bukan dia seorang je ...lebih separuh ahli UMNO pun tak suka pemimpin yang demikian.