Maaf kerana posting terlalu panjang. Apa pun tolong baca jugalah…
Apakah cara paling berkesan untuk berhujah dengan mereka yang tidak mahu berpijak di bumi nyata? Mereka yang mengaku berbangsa Malaysian tapi sebenarnya rasis. Mereka yang mengaku ‘open minded’ tapi sebenarnya ‘narrow minded’ dan mereka yang mengaku liberal tapi sebenarnya‘chauvinist’ kaum.
Bagaimana mahu berurusan dan berbincang secara akademik tentang negara bangsa jika premis asas bagaimana negara ini terbina pun mereka tidak mahu mengakuinya? Mereka hanya mengakui 1 dari premis asas tersebut, iaitu penerimaan mereka sebagai warganegara, manakala premis asas yang memberi kelebihan kepada kaum pribumi pula cuba dinafikan hinggakan melayu pun disamataraf sebagai berketurunan pendatang seperti mereka.
Kalau mereka dan bangsa melayu sama-sama berstatus pendatang kenapa kaum melayu tidak perlu memohon untuk menjadi warganegara Malaya?
Kenapa label malas, tidak tahu berniaga dan bekerja diletakkan secara pakej kepada satu-satu kaum dan tidak kepada individu manusia? Bukankah sifat-sifat ini wujud di kalangan manusia tidak kira dia melayu, cina atau pun India? Membuat tuduhan secara pakej mengikut kaum jelas membayangkan merekalah sebenarnya rasis, bersikap prejudis dan pesimistik terhadap kaum tertentu.
Sebenarnya merekalah yang tidak dapat memisahkan diri dan pemikiran dari sifat rasis. Itu sebab mereka sentiasa mencemburui apa saja yang boleh memberi kelebihan kepada kaum lain.
Meletakkan kesalahan kepada kaum dan pemimpin melayu sebagai punca yang menjejaskan perkembangan ekonomi dan daya saing negara adalah tuduhan yang sama sekali tidak berasas dan sekali lagi berbaur rasis. Mereka tidak dapat lari dalam berbicara soal pentadbiran negara dari kaca mata kaum, kaum dan kaum lantaran sifat prejudis dan pesimistik terhadap kaum lain sentiasa menguasai diri.
Adakah dasar perlindungan kerajaan terhadap produk keluaran pengilang tempatan melalui pelbagai tariff impot dan insentif ekspot bersifat perkauman atau bersifat kebangsaan? Kalau kita memandang dari sudut kepentingan kaum, maka kaum mana yang mendapat benafaat dari dasar perlindungan ini? Sudah tentulah kaum yang memonopoli sektor pengilangan dan ekspot yang pastinya bukan berbangsa melayu…!
Mereka juga tidak dapat melepaskan diri dari dijerut pemikiran rasis apabila memperkatakan tentang soal pendidikan. Mereka terlalu mencemburui apa yang ada dalam periuk belanga orang lain sehingga lupa periuk belanga mereka melimpah walau pun lebih besar. Mereka hanya berfikir bagaimana untuk ambil lagi dan lagi apa yang ada dalam periuk orang melayu untuk dimakan bersama dan dalam masa yang sama menutup rapat periuk besar mereka tanpa mahu dikongsi.
Mereka ‘merah mata’ melihat UiTM yang ditubuhkan sejak tahun 1956 (RIDA ketika itu), iaitu sebelum mereka mendapat status kewarganegaraan lagi. RIDA ditubuhkan hasil dari Kongres Melayu khusus untuk melahirkan pekerja terlatih berkemahiran di kalangan orang melayu. Itu pun mereka tak rasa malu untuk minta kongsi lagi seolah-olah mereka tidak ada universiti langsung untuk menghantar anak-anak mereka menyambung ke pengajian tinggi…!
Sebut dan senaraikan semua universiti awam dan swasta di negara ini dan jumlahkan semua pelajar yang ada, sudah pasti kaum melayu bukan di kedudukan teratas lebih-lebih lagi dalam kursus-kursus kritikal. Punyalah ramai Naib Chanselor yang mereka boleh lantik sendiri kerana universiti dan kolej swata yang ternama boleh dikatakan semua milik mereka. Tapi sifat ‘merah mata’ pandangan rasis mereka tidak mampu menyorok ketamakan mahu lagi dan lagi. Kalau boleh semua universiti awam pun mereka mahu Naib Chanselor dari kalangan mereka.
Kenapa mereka begitu memandang rendah kepada kemampuan orang lain seolah-olah mereka beranggapan jika kerajaan benar-benar mengamalkan dasar meritokrasi, kaum mereka pasti lebih layak dari orang melayu sebagai Naib Chanselor. Sekali lagi sifat bangga bangsa seperti yahudi terserlah melalui topeng daya saing dan liberalisasi pendidikan…!
Siapa boleh nafikan hujah Tun Mahathir mengenai sekolah wawasan yang ditentang hebat oleh kaum mereka? Kenapa tolak integrasi kaum? Kenapa tiba-tiba berfikiran lebih sempit dari orang melayu? Kenapa masih berfikiran orthodok dan masih berpegang teguh mempertahankan sekolah aliran jenis kebangsaan? Tahu pula mereka sayang pada ‘mother tounge’ dan warisan sendiri? Apakah cina Singapura dan cina Indonesia telah hilang nilai dan budaya bangsa mereka kerana tidak wujudnya sekolah aliran jenis kebangsaan di sana?
Jurublog mencadangkan agar dihapuskan sekolah aliran jenis kebangsaan agar setiap rakyat berbilang kaum dapat dididik secara inklusif melalui satu bahasa pengantar dan tiada pengasingan berasaskan kaum. Selagi pendidikan berasaskan perkauman ini wujud selagi itulah usaha kerajaan untuk membangunkan suatu bangsa Malaysia yang tidak lagi bercakap dan berfikir mengikut kaca mata kaum akan menemui jalan buntu. Pendidikan berasaskan kaum peringkat paling asas ini perlu dihapuskan terlebih dahulu sebelum difikirkan penghapusan di peringkat selanjutnya.
Sebenarnya, orang melayu telah buktikan mereka berjiwa besar dan lebih bersedia hidup sebagai satu bangsa Malaysia. Mereka sanggup mengambil risiko serta bersaing dengan dengan kaum yang pada asalnya asing tapi akhirnya sedia menerima mereka sebagai rakan kongsi di tanahair ini.
PERLU DIINGAT, JIKA TIDAK KERANA ‘JUS SOLI’ YANG MENYEBABKAN KAUM IMIGRAN DILETAKKAN SAMA TARAF DARI SEGI KEWARGANEGARAAN DENGAN KAUM ASAL NEGARA INI, PENGGUBAL PERLEMBAGAAN DULU TIDAK PERLU BERSUSAH PAYAH MEMASUKKAN JAMINAN DAN PERLINDUNGAN TERHADAP KEDUDUKAN DAN KEISTIMEWAAN KAUM PRIBUMI KERANA 100% NEGARA INI DAN SEISINYA AKAN MENJADI HAK MUTLAK KAUM PRIBUMI. PERUNTUKAN PERLEMBAGAAN ITU HANYA TIMBUL APABILA WUJUDNYA DESAKAN BRITISH KETIKA ITU UNTUK MENUKAR STATUS 1 JUTA IMIGRAN MENJADI WARGANEGARA!
Maka, sikap opportunis kaum melalui kepelbagaian penggunaan topeng ini harus dihentikan. Orang melayu memerhati! Sifat opportunis ini pernah berlaku selepas Jepun menyerah kalah di Tanah Melayu pada tahun 1945. Sikap opportunis yang sama juga berlaku lagi selepas kuasa melayu hampir tergugat selepas PRU 1969. Sifat yang hampir sama juga sedang menyerlah sekali lagi sejak PRU 12. Tuntutan demi tuntutan yang dilakukan selepas PRU 12 bukanlah kerana tuntutan zaman yang telah semakin terbuka…tetapi sebenarnya dihasilkan dari sikap opportunis yang telah mendarah mendaging sejak zaman pra-globalisasi lagi. Tahun 1945 dan 1969 terlalu jauh dari zaman globalisasi tapi sikap opportunis telah pun terserlah…Jangan cuba promosi konsep kesaksamaan dan keterbukaan seperti orang jual minyak urut tepi jalan…
Jangan jadikan negara ini seperti ibu tumpang. Bila sudah lahir hasil menumpang perut ibu lain kerana ibu sendiri tidak mampu mengandungkan mereka, mereka lupa asal usul. Mereka lupa jika tidak kerana ibu tumpang, mereka tidak akan lahir di dunia ini. Mereka tidak harus kurang ajar pada ibu tumpang yang melahirkan mereka hanya semata-mata kerana mereka punya hak untuk menjalani kehidupan seperti orang lain.. Apakah hanya disebabkan mereka dilahirkan secara tumpang mereka berhak menuntut dan merampas hak dan harta anak, cucu dan cicit sebenar ibu tumpang tersebut?
Perlu diingat, kerana sifat timbang rasa ibu tumpanglah yang membolehkan mereka membina generasinya di dalam tanah pusaka ibu tumpang hinggakan rumah generasi sebenar ibu tumpang sendiri semakin terlindung dan terhimpit oleh binaan rumah-rumah generasi yang dilahirkan hasil dari perut tumpangan tersebut…
Moga nasib rakyat Palestin tidak sampai ke sebelah sini…
Tuan,Masalahnya Melayu sendiri yang menghancurkan melayu..
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeleteMoga saudara akan menang bertanding sebagai Pengerusi Tetap Pemuda UMNO Malaysia.....Aminnnnnnnnn
Cayalah sama broder nih!!!!!
Apa kemungkinan peminpin dan masyarakat Cina membaca teguran dari hujah ini ?
ReplyDeleteadekah mereka akan meredhakan nafsu mereka?
Adekah mereka menerimapakai Nasihat DYAM Raja Nazrin ?
Adekah mereka akan bekerjasama dengan orang melayu ?
banyak betul soalam yang saya nak tanya.
arjuna waspada
Salam bro.
ReplyDeleteSaya setuju 100% sekolah aliran jenis kebangsaan ini ditiadakan.selagi sekolah aliran jenis kebangsaan ini wujud dinegara kita ini selagi itulah masalah perkauman ini akan terus membarah dan menanah dan menunggu masa untuk meletup.(mungkin ini juga akibat dari percaturan parti-parti dalam BN sendiri yang terus memperjuangkan kaum masing-masing?sori bro sekadar bertanya).
Cuba kita imbas kembali zaman persekolahan kita dahulu.Pelajar-pelajar bukan melayu belajar di sekolah aliran mereka sendiri hingga darjah enam.Kemudian kerajan terpaksa membantu mereka iaitu memberi mereka peluang untuk berada dikelas peralihan sebelum memasuki sekolah menengah rendah iaitu tingkatan satu.Kerana apa?kerana mereka tidak fasih berbahasa melayu(malah ada kalangan mereka yang tidak tahu berbahasa melayu).Tapi kini apabila bertambahnya sekolah menengah jenis kebangsaan, kaum bukan melayu tidak lagi berminat untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah menengah kebangsaan.kalau ada pun boleh dibilang dengan jari.
Apakah alasan mereka?Adakah mereka beralasan anak-anak mereka akan menjadi lebih pandai dan lebih bijak jika menggunakan bahasa penghantar mereka sendiri?tidak jugak.Saya punya pengalaman dengan pelajar sekolah jenis aliran ini.Katalah sekolah jenis aliran kebangsaan ini punya lima kelas tingkatan lima.Adakah kesemua pelajar dalam kelima-lima kelas ini hebat-hebat belaka.Tak jugak. Sama saja dengan sekolah menengah kebangsaan.Yang bagus dan bijak cuma 1 atau 2 kelas pertama sahaja.
Kelas yang lain macamana?Sama saja.
Malah ada yang lebih teruk lagi.tak tahu membaca,tak tahu menulis dan tak tahu mengira.Mereka ke sekolah kerana mereka disuruh oleh ibubapa mereka untuk ke sekolah.sama saja dengan lain-lain bangsapun.Ada pelajar cemerlang dan ada pelajar yang tidak cemerlang.
Jadi apa alasan mereka supaya sekolah aliran jenis kebangsaan ini diteruskan?
Mudah saja jawapannya.Mereka masih lagi taksub dan tebal sifat perkauman mereka.
Saya sangat bersetuju jika ditiadakan SRJK cina dan India dan hanya ada satu saja Sekolah yakni Sekolah yang menggunakan hanya Bahasa Melayu sebagai Bahasa Penghantar.
ReplyDeletePengujudan SRJK Cina dan India sebenarnya kerana pemimpin kita terlalu menerima desakan dari kaum Cina. Kerana tak adil rasanya maka Kaum India pun mendapat manafaat dari desakan kaum cina itu tadi.
Saya sangat yakin, jika pemimpin kita terlalu berlembut dengan kaum-kaum ini, suatu ketika nanti pertumpahan darah akan sekali lagi terjadi. Kali ini jangan main-main, habiskan mereka diatas muka bumi kita. Kita dah cukup baik. Kita dah bagi betis kepada mereka. Tapi merka nak kan paha pula.
Tahiland dan Indonesia amat arif akan tabiat imigran Cina. Sebab itu tidak diberi muka. Kalau dah tahu tabiat buruk itu bertindaklah lebih awal: hapuskan sekolah aliran jenis kebangsaan, bubarkan perkampungan baru Cina, hentikan penerbitan akhbar Cina, antara langkah perkukuh kewujudan bangsa Malaysia dalam erti kata sebenarnya. Ini bukan soal rasis tetapi soal rasional dan matang.
ReplyDeleteSaya sokong hapuskan sekolah jenis aliran.
ReplyDeleteSayugia pena penulis mencalitkan nasib bangsa palestin, bacalah sejarah bagaimana kehidupan mereka sebelum tahun 1948.penulis tentu arif juga dgn negara yg diberi nama bosnia-herzegovina
ReplyDelete