Wednesday, November 19, 2008

POLITIK WANG : NAZRI AZIZ DAPAT UGUTAN AKAN DISEMBELIH....

Dato Nazri Aziz suruh Tun Mahathir buktikan jika benar berlakunya politik wang dalam pemilihan UMNO.

Ada beberapa kemungkinan yang boleh dianalisa dari kenyataan Nazri Aziz ni;

1. Agaknya Tun Mahathir tak sedar politik wang sudah tak berlaku lagi dalam UMNO.

2. Atau Nazri seorang yang tak sedar politik wang dalam UMNO semakin parah.

3. Atau Tengku Ahmad Rithaudeen sengaja tipu rakyat, kata ada lebih 900 lapuran mengenai gejala politik wang.

4. Atau DS Najib dapat salah lapuran sehingga terpaksa memberi amaran supaya dihentikan politik wang. Berdasarkan komen DS Najib, mesti lapuran yang sampai ke tangannya kata memang wujud politik wang.

5. Atau Nazri yang nak tutup bangkai gajah dengan kertas atau Tun Mahathir yang nampak kuman seberang lautan?

6. Atau Tengku Rithaudeen yang dapat 900 lapuran palsu atau dia sengaja sebut angka yang memang tak wujud?

Sekarang kalau kata politik wang sudah tidak wujud lagi dalam UMNO samalah seperti kita kata manusia dah tak terkencing lagi. Macam mana pulak kita kata manusia dah tak terkencing lagi sedangkan baru sampai pintu tandas awam saja, bau hanchiing sudah menusuk hidung…

Jadi, cabaran Nazri supaya tunjukkan bukti berlakunya politik wang itu samalah seperti Nazri mencabar kalau benar wujudnya manusia yang masih terkencing, tolong tunjukkan bukti. Jangan main tuduh sembarangan tanpa bukti yang jelas bahawa perlakuan terkencing tersebut masih berleluasa, terutamanya di tandas-tandas awam….

Dato Nazri…kalau nak menjawab dan mempertahankan maruah UMNO pun, carilah ‘point’ lain. Semua orang dah tahu, MEMANG SAH wujud politik wang. Kamu ni betullah… Kang aku cakap kamu ni macam burung tiong terlatih marah pulak. Cakap helo lah, selamat pagi lah, bagi salamualaikum lah… Nak bagi gempak orang yang lalu lalang. Tapi sebenarnya tak tahu apa bende… Bila kena pegang kaki… dah bunyi tiong asal balik….krook..krook. Salam entah ke mana, helo entah ke mana..

Dah lah. Menyampah… sembelih kang baru tau…

4 comments:

  1. Salam,
    Siapa yg tak Kenal Nazri Aziz, kaki temberang, buat kenyataan tanpa usul periksa, konon nak jadi hero kpd setiap PM, sampai tua lah lu Menteri di JPM...rakyat msia semua tahu yg awak tu Nazri botak anak org kaya, tapi takut nak tanding NP @ TP, asyik nak tanding MT aje..apa klas awak Nazri..mulut murai...kalau di tempat saya awak dah jadi bangkai bernyawa dah...kalau awak naka tahu politik wang ujud @ tidak, awak tanya lah nenek @ atok awak dalam kubur, mereka ada jwpannya....jgmn marah Nazri..tapi awak tetap hensem..

    ReplyDelete
  2. Dato',
    Ngabih kan bogheh yo lah.....
    Suruh Nazri junjung Quran la kalau dia berani kata UMNO tak da politik wang... ADA BERANI....
    Bagi aku " bagi salah, tak bagi kalah" apa mau cakap...
    aku bagi contoh la skit supaya yang bahalol pun boleh pikir..

    Dato' A (bukan nama sebenar)=orang kaya nak jadi Ketua Bahagian di nun jauh di utara VS Dato` W (bukan nama sebanar)= tak kaya tapi menjadi pilihan akar umbi. Dato` A terpaksa bagi perwakilan $10.00. Maka sokongan kepada Dato` W berkurangan dan Dato` W juga perlu mencari duit untuk di beri kepada perwakilan kerana sekiranya dia tak bagi dah tentu kalah dan tidak boleh menjadi Ketua Bahagian...

    Dengaq kata bukan di utara ni saja malah satu Malaya jadi macam ni.

    Kalau Bung Nazri nak tipu budak dajah satu pun tak pecaya. Nak suruh anak p kedai pun RASUAH gula 20 sen. Ini kan nak undi untuk jadi ketua Bahagian..

    MasyaAllah, penipu betoi la bang Nazri ni......

    ReplyDelete
  3. Salam,

    Wah!Wah!Wah!...emo sikit brader gua nih...Ye la...sesekali nak gak lepaskan geram kan...Nak jaga diri gak ..takut kok naik darah lah...Simpan geram ni tak guna gak kan bang....

    Pooooorah orang UMNO ni...cakap biar serupa bikin la.....

    Eden pun ahli UMNO gak tau...

    ReplyDelete
  4. mereka-mereka yang bertanding nie ramai yg hipokrik.tambah-tambah pula yg bertanding peringkat tertinggi.mcm ada sorg calon kp yg bertanding.mlm last siap jumpa perwakilan untuk beli pencalonan.dulu tak la seteruk nie politik wang.klu yg masyuk pun selalunya g2 or g7.tp kli nie dah di ajar pula pada perwakilan2 cawangan.klu tak di benteras alamat hancur la umno.

    ReplyDelete