Friday, March 21, 2014

RAKYAT JANGAN TERTIPU PEMIKIRAN AKIBAT MAINAN MEDIA LUAR!!

Pelbagai teori dari pelbagai agensi penyiasatan, satelit, pakar dan media luar negara telah dimuntahkan untuk tatapan kita, hingga akhirnya kita yang tidak pakar ini sudah tidak tahu lagi mana satu yang paling berasas dan mana satu yang tidak berasas.

Apakah ledakan teori dan andaian ini sengaja dilakukan melalui kerjasama licik di antara pelbagai agensi penyiasatan, pakar-pakar dan media mereka bagi tujuan agar kita hilang pedoman dan tidak mampu lagi berfikir secara waras?

Apakah tangan-tangan ghaib kuasa-kuasa besar ini sedang melakukan gerakan "mengalihkan tumpuan" dan seterusnya mengelirukan fokus penduduk dunia ini seluruhnya?

Ramai mempersoalkan kenapa kerajaan Australia membawa hingga ke parlimen negara itu sesuatu andaian yang belum pasti dan disahkan bahawa objek yang dikesan oleh radar Australia itu adalah MH370?

Negara China juga mengesan objek di LCS dan objek tersebut akhirnya disahkan bukan dari komponen MH370. China hanya memaklumkan kepada kita dan aset negara kita, Vietnam dan China terus digerakkan untuk mencari objek yang dimaksudkan.

Amerika dan sheriffnya, Australia begitu pantas sampai ke destinasi. KD kita hanya boleh sampai ke lokasi secepatnya dalam tempoh 8 jam. Dikhabarkan objek tersebut sudah lebih 4 hari dikesan tetapi negara kita hanya dimaklumkan pada hari ke4.

Andaian awal yang boleh dibuat jika benar objek yang timbul tersebut adalah komponen MH370, hampir mustahil badan yang tenggelam itu akan dapat dikesan. Lokasi tersebut dikatakan antara lokasi paling dalam di dunia. Ikan pun tak larat untuk berhabitat di situ.

Jika tidak dapat dikesan, maka peluang untuk mendapatkan kotak hitam amat tipis. Jika kotak hitam tersebut tidak dijumpai, maka akhirnya misteri MH370 sudah pasti akan terus menjadi misteri sampai bila-bila.

Maka seluruh dunia sekali lagi terpaksa bergantung kepada andaian dan logik pakar-pakar, CIA, FBI, intelligent dan lain-lain rumusan dari pelbagai agensi. Di sini sekali lagi pihak media antarabangsa akan memainkan peranan penting untuk mengalih dan meyakinkan dunia terhadap sesuatu teori dan rumusan yang mereka mahukan untuk dunia mempersetujuinya.

Kalau mereka rumuskan ke arah elemen terrorist, maka dunia akan mengakuinya sebagaimana dunia bersetuju bahawa WTC dan Pentagon telah dilanggar oleh kapalterbang yang dipandu oleh pengganas.

Jika mereka rumuskan negara ini tidak selamat dan terdedah kepada bahaya dan ancaman pengganas, maka dunia akan turut mengakuinya sebagaimana dunia telah diyakini bahawa Afghanistan dan beberapa negara Islam lain adalah sarang pengganas yang mahu menghancurkan kepentingan Israel dan Amerika.

Kalau mereka merumuskan MH370 ini telah dirampas oleh puak pejuang minoriti Islam di China dengan kerjasama kapten kapal untuk mengugut kerajaan China pun boleh, kerana tiada apa-apa fakta fizikal atau data yang wujud. Semuanya sudah musnah bersama kotak hitam. Pakar-pakar yang mentadbir dunia ini melalui CIA, FBI dan lain agensi seperti NASA boleh saja mewujudkan kononnya data-data dan maklumat sahih yang menunjukkan sememangnya wujud elemen keganasan atau apa saja yang mereka rasakan boleh dan logik untuk mempengaruhi dunia.

Jika itu situasi yang mahu di deliberate, maka akan runcinglah hubungan di antara negara ini dengan negara China.

Apa senario yang bakal berlaku pun, negara kita hampir pasti bakal menjadi negara "kambing hitam". Hanya kotak hitam saja yang boleh menyelamatkan negara ini dari menjadi mangsa kambing hitam atau terlepas dari label yang bakal dikenakan terhadap negara kita oleh pentadbir persepsi dan kecenderungan dunia ini.

Jika diamat-amati sejak hilangnya MH370 ini, sudah pun diwujudkan pelbagai teori dan media spinner untuk menjejaskan imej dan kredibiliti negara di pandangan mata dunia.

Mereka boleh saja merumuskan kehilangan pesawat ini adalah angkara individu pilot sendiri.

Mereka juga boleh merumuskan dari "kononnya" hasil siasatan yang sahih bahawa pilot dan pembantu pilot sudah mati akibat kerosakan mekanikal yang mengejut seperti kebocoran gas dalam kokpit. Pesawat terbang secara auto pilot sebaik saja membuat turning back hingga kehabisan kerosin dan terus terhempas di lautan Hindi.

Semua rumusan boleh saja diwujudkan kesahihannya dengan sokongan bukti2 dan data-data yang kita tidak faham oleh pakar-pakar ini, dengan syarat kotak hitam itu tidak dijumpai.

Negara Amerika yang begitu sofistikated pun mereka boleh wujudkan satu kepercayaan bahawa kemusnahan WTC adalah angkara terrorist. Begitu hebatnya sistem satelite dan survailance US, mereka boleh yakinkan dunia bahawa terrorist berupaya mengatasi semua kecanggihan sistem surveilance dan anti-terrorist Amerika, termasuk merampas kapalterbang sampai dua tiga biji serentak dan terus pergi melanggar WTC tanpa pihak pertahanan Amerika sempat berbuat apa-apa. Sepertinya, pertahanan Amerika ketika itu setaraf dengan sistem pertahanan negara Somalia.

Bagi saya, senario inilah yang terpenting untuk difahami oleh rakyat negara ini. Jika tidak difahami, maka negara dan rakyat negara ini akan terus terikut-ikut dan terkeliru serta menerima apa saja rumusan yang bakal dilakukan dan di endorse oleh kuasa besar ini nanti.

Paling menakutkan ialah apabila permainan media barat dengan kerjasama licik agensi risik antarabangsa di bawah kelolaan mereka, akan berjaya mengelirukan rakyat hingga rakyat negara ini bangkit dan berperang sesama sendiri sepertimana yang berlaku di beberapa negara-negara Arab ketika ini.

Permainan halus kuasa besar yang gagal dihidu oleh pemimpin dan rakyat di sesebuah negara akan menyebabkan negara tersebut musnah dan hanyut di dalam anarki. 

Semoga Allah swt melindungi negara dan rakyat Malaysia dari fitnah besar yang boleh mengundang malapetaka besar.

Semoga mangsa krisis MH370 dan keluarga tidak teraniaya oleh permainan kuasa dunia.

2 comments:

  1. Salam Jumaat,
    Saya yakin MH370 ialah plot konspirasi JAHAT US-CIA serta sekutu2 mereka.
    Setakat ini pun US telah banyak buat kerja jahat termasuk bunuh rakyatnya sendiri utk jayakan 9/11.

    Cuba teliti kronologi pelik MH370-please jgn salahkan Kerajaan Malaysia.. Kerajaan seperti 'diikat kaki dan tangan'..semua data dan pengesahan wpun keluar dr mulut Hishamuddin, tp hakikatnya FBI dan Agensi2 US-Britain-CIA yg sahkan dulu. sbb itu kes radar tentera kita kesan pesawat patah boleh TAK BOLEH disahkan oleh kita.. 7 hari terbuang dek kerana agensi2 luar ini.

    & hari itu sudah cukup masa utk CIA aturkan plan B- skg sudah masuk hari ke 13, pesawat MH370 itu sudah selawat dileraikan dlm tempoh ini jika betul terjadi.

    Apakah terlalu bodoh kita tk faham gelagat Amerika yg tiba2 memuji2 operasi SAR kita berlebih2an.. sejak bila US dan Senat mereka suka puji Malaysia? sedangkan mmg kelam kabut jugak kita hadapi situasi ini.

    Tiba2 juga gelagat Australia-Thailand dan USA yg kelihatan seperti mahu melengahkan kerja SAR Malaysia. Thailand sejak berkurun lama dikenali sbg PERUT HIJAU kerana mereka sentiasa jd perosak Malaysia.. talibarut pd org lain wpun berjiran dgn kita.

    Perhatikanlah secara teknikal bagaimana pesawat MH370 boleh buat pusingan mengejut.. hanya bantuan sistem auto pilot terporgram shj pesawt ini boleh lakukan aksi begitu.. siapa yg mampui program? ini pesawt Boeing-keluaran Amerika- peralatan2 nya semuanya dibekalkan oleh sekutu2 mereka..

    Lupakah kita pada pesawat jet Stealth B-2 yg anti radar-US telah bagunkan sejak 20 tahun dlu.. ini setakat nk buat JAMMER pesawat B777-usia dah 10 tahun lebih.. teknologi skrg dh jauh boleh take over sistem drive/fly-by wire yg ada dlm pesawat2 moden..

    Wallahualam.. hanya Allah SWT jua Maha Mengetahui secara Mutlak. Kita doakan MH370 selamat semuanya, dipelihari dr konspirasi jahat kuasa2 dajjal ini.. dan selamatkanlah Malaysia dr fitnah2 mereka. AMEEN!

    ReplyDelete
  2. sebaiknya jangan bagi simulator kapten zahari kpd fbi dan jgn ada tuduhan kpd kapten. kotak hitam amat penting utk tahu punca sebenar. tp peluang utk jumpa kotak hitam amat tipis. jika kita tidak mahu rakyat negara ini aman... jgn kambinghitamkan pilot tambahan pula dia org kuat pkr. nescaya ini peluang lagi kpd anwar utk buruk2kan kerajaan nescaya

    ReplyDelete