Saturday, March 15, 2014

AMALAN MENYOKONG ANWAR LEBIH MEMALUKAN NEGARA DARI AMALAN BOMOH TIKAR TERBANG!!

Saidatina Aishah r.h berkata, "Ada sekali Rasulullah saw masuk ke rumah dan saya agak dari air mukanya bahawa sesuatu telah berlaku kepadanya. Baginda tidak bertutur kepada sesiapa pun dan setelah berwudhu beliau masuk ke masjid. Saya cuba dengar dari belakang dinding apa yang baginda bersabda. Baginda duduk di atas mimbar dan setelah memuji Allah swt baginda berkhutbah, "Hai manusia! Allah telah memerintah kamu supaya menyuruh orang berbuat baik dan melarang mereka dari melakukan kemungkaran; kalau tidak, akan tiba satu masa manakala kamu berdoa kepadaNya, Dia tidak akan mendengari doa mu; kamu akan memohon keperluanmu dariNya tetapi Dia tidak akan memperkenankanNya; kamu memohon akan bantuanNya terhadap musuh-musuh mu, tetapi Dia tidak akan membantu mu" (H.R Ibnu Majah dan Ibnu Hibban).

Mungkin misteri kehilangan pesawat MH370 dan kebuntuan dalam mencari serta menyelamat hanyalah 1 daripada berjuta-juta peringatan yang ditunjuk dan diturunkan oleh Allah swt bagi manusia memikir dan mengkaji kesilapan, kelalaian dan kelemahan manusia, khususnya umat Muhammad saw.

Setakat ini manusia hanya mengkaji dari sudut kelemahan dan kegagalan teknologi, juga kecanggihan sistem ciptaan manusia. Manusia hanya mampu mengkaji kemungkinan dan kebarangkalian yang berlaku kepada punca yang membawa kepada berlakunya trajedi kehilangan dan kebuntuan yang dihadapi.

Kebarangkalian yang tercapai oleh akal manusia hanyalah sekitar kemungkinan ianya terhempas di Laut Cina Selatan atau di Selat melaka mahupun Lautan Hindi, kemungkinan ianya dirampas, dan pelbagai kemungkinan lagi yang terfikir oleh manusia menurut fakta, petunjuk baru dan kronologi yang disandarkan kepada radar, transponder dan lain-lain alat yang terangkum di dalam teknologi penerbangan.

Ramai juga yang bertindak menjadi tukang ramal, dukun dan pawang. Dan paling "sial" pula ada yang hanya menjadi "tukang caci" yang terlupa langsung "sifat mahakuasa Allah yang menjadikan tiap sesuatu". 

Usaha mencari dan menyelamat yang paling mudah, malah lebih mudah dari penggunaan tikar terbang dan buah kelapa ialah gerakan mencari dan menyelamat melalui kaedah "Tukang Caci".

Gerakan inilah yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim. Jika bomoh Ibrahim menggunakan tikar dan buah kelapa, Anwar Ibrahim pula hanya menggunakan mikrofon, pentas dan lipur-laranya. Mungkin Anwar menjangkakan dengan segala cacian, hinaan dan makian yang dilemparkan kepada PM, isteri, menteri-menteri, maka MH370 ini akan dijumpai.

"Pendengar bebal" pula hanya mengiayakan segala lipur-lara tahyol, khurafat dan nujuman Anwar yang cuba mengaitkan kebuntuan usaha mencari dan menyelamat ini adalah disebabkan kelemahan kerajaan. Segala usaha rumit di lautan, udara dan dasar laut yang sedang digerakkan oleh kerajaan dibenamkan dari fikiran pendengar, seolah-olah kerajaan telah memalukan negara dan rakyat dengan menggunakan khidmat bomoh terbang untuk menyelesaikan kebuntuan.

Serendah-rendahnya pemikiran dan mentaliti Anwar, lebih rendah lagi pemikiran orang-orang yang mengiayakan segala lipur-laranya. 

Cuba bayangkan. Semua pihak berusaha sedaya upaya mengumpul maklumat, mengaplikasi pelbagai teknologi terkini dan segala petunjuk baru bagi mencari MH370, Anwar hanya mampu mengolah dan menganalisa situasi dan kebuntuan misteri MH370 ini dengan hujahan isu bomoh kelapa dan tikar terbang!! Inikah orangnya yang diidolakan oleh para pendengar bebal di PRK Kajang?

Kepada pendengar bebal yang telah terbodoh mindanya oleh Anwar Ibrahim, kembali dan dalamilah maksud hadis di atas. Berdoa dan bertaubatlah agar tuan-tuan dan puan-puan yang telah terjerat dengan tahyolan dan khurafat yang dibawa oleh Anwar Ibrahim dapat keluar dari kepompong dan pasungan minda yang digerakkan oleh si pembawa berita dusta ini.

Jika Ibrahim tikar terbang telah memalukan negara dengan amalan khurafatnya, tindakan para penjilat dan pentaksub Anwar ini lebih memalukan negara dan seluruh rakyat negara ini kerana terus-terusan berusaha menaikkan seorang yang telah terbukti pengamal liwat untuk dinobatkan sebagai Perdana Menteri Malaysia. Amalan khurafat Ibrahim tikar terbang terlalu kecil untuk dibandingkan dengan amalan tuan-tuan dan puan-puan yang mahu menaikkan peliwat menjadi pemimpin negara!!

3 comments:

  1. Mudah-mudahan Allah s.w.t. menjauhkan Malaysia dari orang yang mengamalkan sex liwat dan songsang dari menjadi Pemimpin Negara. Aaminnn

    ReplyDelete
  2. memang benar bagai dikata, Masyarakat Malaysia dari apa agama pun tidak pernah diajar oleh agama mereka untuk memperjuangkan manusia yang jijik lagi hina kelakuannya yang sangat hampir dengan binatang. Segala kemungkinan akan diambil kira dan jawapannya Anwar serta segala yang berkait dengan diri dia wajib dihapuskan. Langkah awal ialah dengan menggagalkan Korean Doll dengan nama jejah daripada mendapat undi pada PRK kajang nanti.

    ReplyDelete
  3. Allah suruh hadirkan 4 saksi utk buat tuduhan zina. Kalau gagal hsdirkan 4 saksi tuduhan balik kepada si Penuduh. Jgn belakangkan kaedah hukum. Sy. Hanya sekadar mengingatkan. Tak pasal2 anwar yg syok tuan yg ambil sial anwar.

    ReplyDelete