Saturday, December 8, 2012

PAS DAH TERASA SERIK LAKSANA HUKUM ISLAM!!!

Tanpa dijangka, PAS akhirnya tersepit. Tersepit di antara komitmen mereka dalam mempertahankan peraturan dan undang-undang Islam yang digariskannya sendiri dengan risiko kemungkinan kehilangan sokongan pengundi cina pada PRU13 akan datang.

Tanpa dirancang dan tanpa fabrikasi mana-mana pihak, PAS secara tiba-tiba terpaksa berhadapan secara langsung dengan isu yang benar-benar mencabar kesungguhan PAS dalam melaksanakan peraturan dan undang-undang Islam di Kelantan.

Isu unisex salon dan isu saman terhadap pasangan bukan Islam yang dikatakan berkhalwat, benar-benar membuatkan PAS berada di persimpangan. Lebih menyakitkan ialah 2 lelaki cina yang duduk di dalam kereta berdua-duaan sambil melihat kapalterbang landed pun turut kena saman.

Tindakan kerajaan PAS ini akan mendatangkan beberapa implikasi buruk.

Pertamanya, kemungkinan salah faham masyarakat bukan Islam terhadap ajaran Islam sebenar akan menjadi semakin buruk.

Ke dua, akan membuktikan kepada masyarakat umum betapa peraturan Islam yang dilaksanakan oleh PAS di Kelantan bukanlah peraturan dan undang-undang-undang Islam sebenar. Ia adalah undang-undang Islam PAS.

Ke tiganya, pertembungan secara terbuka di antara PAS dan DAP berkemungkinan besar akan berlaku dan sukar untuk dielakkan melainkan PAS mengaku salah dan berjanji tak buat lagi.

Ke empat dan paling penting untuk ditunggu kesannya ialah, adakah tindakan PAS ini akan memberi kesan buruk samada kepada kesucian agama Islam ataupun kesucian perjuangan PAS.

Jika PAS lebih mementingkan kepentingan masa depan politiknya, maka kesucian agama Islam akan tercemar pada pandangan masyarakat bukan Islam. 

Jika PAS lebih komited dan bertanggungjawab dalam memastikan kesucian Agama Islam tetap terbela, maka besar kemungkinan sokongan pengundi bukan Islam akan tergugat dalam PRU akan datang.

Sekarang kita mahu tunggu apa tindakan yang bakal diambil oleh PAS dalam kemelut yang tidak diundang ini.

Bagi mengelakkan apa yang dijunjung terjatuh, apa yang digenggam di tangan harus dibuang bagi menyelamatkan barang berharga yang dijunjung.

Sekarang kita mahu lihat, di manakah PAS akan letakkan kesucian agama Islam dan di manakah pula akan diletakkan undi bukan Islam? 

Adakah PAS akan letakkan kesucian Islam dijunjungan dan undi bukan Islam di tangan, atau pun sebaliknya?

Jika PAS letakkan Islam dijunjungan, bagaimanakah reaksi bukan Islam?

Jika PAS letakkan undi bukan Islam dijunjungan dan kesucian Islam hanya digenggaman, apa pula kata Allah? Mana nak letak muka di padang masyar kelak?

Itulah PAS, lain kali jangan sombong, jangan riak dan jangan takabbur  konon-konon memperjuangkan Islam dan orang lain selain dari PAS, khususnya UMNO semua tolak Islam. Akhirnya diduga tuhan. Allah kan dah kata, "jangan kamu sangka kamu beriman selagi belum Aku duga".

Sekarang apa macam? Darah belum pun menitis walau setitik demi Islam. Baru beberapa helai rambut saja yang dijatuhkan oleh bukan muhrim ke lantai, PAS sudah gelabah dengan tekanan pihak bukan Islam!! 

Islam apa ni? "Islamun tayyik ayyamas qau la"!! Geram punya pasal sampai tersasul cakap arab aku.

6 comments:

  1. Salam, sedara kata itu undang2 Islam Pas. Cuba telti tengok. Kalu tidak bercanggah dengan Islam, maka sedara menghina hukum Allah. Cuba sedara kaji bebetul.Usaha itu perlu tetapi bila ada isu perlu diteliti sesuai dengan masyarakat majmuk. Bukan terus menghina hukum Islam itu. Tapi banyak orang kata undang2 islam Pas, hudud Pas, yang umno 55 thn memerintah, mana hukum islamnya, sedangkan mereka amat mampu melaksanakannya. Insyaallah, dengan tegaknya hukum Allah, insyaallah Msia akan lebih selamat. Akan lebih baik lagi. Adakah sedara tidak yakin? Atau lebih suka dengan hukum sekular. Demi masa depan anak cucu saya, saya amat mengharapkan, tak kira PAS, umno sapa yang ada azam untuk melaksana, memertabatkan Islam, pasti saya sokong.
    Kalau sedara hebat, kemukakan hukum Islam sebenar jika sedara kata usaha Pasmitu adalah undang2 ikut kepala Pas shj. Kalau tak ada ilmu bab agama, jangan bercakap. Kalau ilmu tuan sehebat tok guru nik aziz n hadi, baru boleh cerita.... tapi kalu berwuduk pun belum rata, jangan hina hukum ALLAH.

    ReplyDelete
  2. Tergelak aku baca komen ini.Sebenarnya dia pun tak tau apa yang dia cakap macam di pandai sangat pasal islam. Mana ada islam umno takada kena mengena dengan 55 tahun umno memerintah, islam ala pas ada, yang sesat lagi menyesatkan

    ReplyDelete
  3. Tkasih atas komen akulah69..
    Cuba perhati betul2 apa yg saya tulis. Sy mahu lihat bagaimana konsistensi PAS mpertahankan undang undang Islam yg digariskannya sendiri. Sy juga tuliskan 4 kemungkinan dan konsekuensi ygvmungkin berlaku dlmnPas membuat penyelesaian.
    Hukum islam yg benar akan disalahtanggap jika pendekatan utk melaksanakannya tidak mengikut Islam. Hukum Islam yg dturunkan lengkap dgn pendekatannya sekali.npendekatan itu ada pd rasulullah saw dan bagindalah yg menunjukkan cara dan pendekatan utk mlaksanakan sesuatu hukum Islam. Allah hanya perintahkan sembahyang wajib 5 waktu dan Allah tak tunjukkan cara dan pendekatan sembahyang. Cara dan pendekatan dtunjukkan oleh Muhammad saw. Begitu juga soal hukum yg lain teemasuk hudud. Cuba kaji semula pendekatan rasulullah dlm melaksanakan hukum spt hudud. Bahkan masalah hukum atau masail tidak pernah wujud semasa di Mekah. Hukum dan perintah Allah hanya wujud selepas penghijrahan ke Madinah. Maknanya Allah dan raaul lebih-lebih bijak dan lebih-lebih pakar dan tahu bila dan bagaimana cara atau tertib utk melaksanakan sesuatu hukum. Bukan main translate saja makna ayat quran dan cuba-cuba amal ikut pemahaman sendiri. Nanti sesat. Allah lebih maklum dgn kemampuan hamba2nya utk mengamalkan Islam. Itu sebab ayat2 masail hanya turun di Masinah iaitu selepas para penganut Islam benar2 mantap pegangan dan kepercayaan serta keyakinan mereka kpd Allah dan rasul. Jika pada saat mereka memeluk Islam di mekah itu mereka terus dikehendaki mengamalkan 100% keseluruhan kitab al quran tanpa soal, apakah mereka mampu? Janganlah menduga iman sendiri. Tanya diri sendiri sejauh mana kuatnya pegangan kepercayaan, pengakuan dan keyakinan kita kpd Allah dan sejauh mana kuatnya keyakinan, keikhlasan dan kejujuran kita terhadap pengamalan segala hukum2 Allah dgn penuh penghormatan dan tertib nabi saw? Asasnya alquran tidak lengkap pengamalannya tanpa tertib atau sunnah nabi. Nabi saw telah beri ingatannkeras bahawa akan ada dikalangan umat baginda akhir zaman yang hanya amal al quran tp meninggalkan sunnah baginda. Sunnah itu adalah komplementari kpd al quran. Jika tidak setuju dgn hujah ini, maka bolehlah kita bersembahyang ikut perintah yg disebut dlm al quran guna cara sendiri dan tak payah ikut tertib dan cara yg nabi tunjuk.

    ReplyDelete
  4. Aku rasa fahaman sdra dgn tok guru sdra pasal hudud x byk beza

    http://www.youtube.com/watch?v=h0oDU4FkClE

    ReplyDelete
  5. Saudara Kamarulzaman Kamdias,

    Seperti yang sering diperingatkan, jangan keliru apa itu Islam dan siapa itu muslim. Islam cantik dan sempurna. Yang banyak kelemahan, penganutnya macam saya dan Sdra. Saya mengingatkan diri saya dan juga Sdra, jika kita beriman dgn Hari Qiamat, berhati-hatilah dgn pemikiran dan penulisan kerana itu semua akan dihisab pada hari di mana mulut kita dikunci dan semua anggota akan memberikan persaksian. Kalau perlu pengukuhan, tontonlah dokumentari di saluran Discovery tentang lie-detecting machine. Sdra akan melihat bagaimana tubuh kita memberi persaksian: degupan jantung yg semakin kencang, suhu tubuh yg menurun, peluh yg merecik, rona muka yg pucat. Atas dunia pun Allah dah tunjuk. Mudah2an kita memerhati dan berfikir.

    -MAKORANG-


    ReplyDelete
  6. Tkasih atas ingatan nasihat umum dan seharusnya itulah yg wajib diingati iaitu kehidupan selepas mati. Itu sebab sy menjadi hairan bila melihat mereka yg ahli dlm agama jg turut terjebak dan menyumbang kpd kerosakan umat. Ahli bidaah adalah ahli ilmu yg cuba mengamalkan atau menyuruh org lain mengamalkan agama walhal agam yg cuba mereka amalkan bukanlah amalan agama yg menuruti tertib muhammad saw. Mereka menuruti tertib mereka sendiri.
    Contoh klasik yg boleh dilihat ialah sudah dijadikan trend sembahyang hajat dilakukan secara berjemaah distadium2 yg mana niat n maksud mereka amat diragui dilakukan semata2 kerana Allah. Penuh dgn percampuran pelbagai niat atas maksud dunia dan kuasa. Walhal nabi mengunjurkan solat jemaah yg wajib disyiarkan pd soalt wajib 5 waktu. Sebarang hajat, atau tahajud nabi unjurkan secara khalwat sembunyi2 antara kita danntuhan. Ahli bidaah terutama ulamak politik menterbalikkan unjuran nabi ini. Mereka sembahyang maghrib di hotel atau rumah bersendirian sebelum ke stadium utk sembahyangvhajat beramai-ramai. Inilah amalan songsang yg dilakukan oleh pembidaah2 politik yg kononnya semua ini dibolehkan demi utk mendpt kuasa dan dgn kuasa ditangan kononnya islamnakan mudah dilaksannakan. Tp hakikatnya semua itu adalah tipuan syaitan dlm agama...wallahualam

    ReplyDelete