Monday, December 10, 2012

PEDOMAN UTK PAS MENJELANG PRU...!!

Penulis ingin menumpukan kepada salah pengertian dan salah pembawaan PAS dalam interpretasi Islam menurut kacamata mereka. 

Penjelasan balas terhadap kefahaman Islam menurut kacamata PAS ini amat perlu dilakukan kerana ia boleh menyebabkan "hablumminannas" antara sesama saudara se Islam terjejas teruk jika ia dibiarkan berlaku tanpa teguran.

Hubungan persaudaraan sesama Islam sering terjejas disebabkan 3 perkara ini;
1. Disebabkan perbezaan pendapat berkaitan mazhab.
2. Disebabkan perbezaan kefahaman berkaitan hukum-hakam agama.
3. Disebabkan perbezaaan fahaman politik.

Pertelagahan amat sukar dibendung berkaitan 3 perkara ini sejak dari kerajaan Muawiyyah lagi. Kalau kita buat sedikit kajian punca kepada perpecahan umat pasti berpunca dari salah satu atau ke semua parkara di atas.

Punca perbalahan yang terjadi bukan kerana mazhab, hukum atau pun fahaman politik yang dianuti, tetapi ia berpunca dari sifat ananiah dan ujub yang wujud dalam diri hingga timbul sifat "memandang perbuatan/amalan orang lain sebagai salah dan pada masa yang sama memandang perbuatan/amalan diri sendiri sebagai paling betul dan paling hampir dengan agama".

Sekali lagi penulis peringatkan, sifat memandang hina amalan orang lain dan memandang tinggi amalan sendiri ini bukan sifat seorang muslim yang sempurna, malah amalan ini amat bertentangan dengan Islam dan dibenci oleh rasulullah.

Bagaimana PAS mahu menafikan kenyataan ini?

Apakah PAS tahu perkara ini memang salah tetapi ulamak mereka sengaja berijtihad dan berfatwa "dibolehkan melakukan sesuatu yang walaupun dibenci oleh Allah dan rasul disebabkan keadaan hari ini keadaan sudah memaksa dan tiada pilihan lain" demi memastikan Islam ditegakkan di negara ini. Konon-kononnya...?

Kenapa begitu pendek akal dan pendek ilmu sehingga menggunapakai alasan "tiada pilihan"? Dharurat la tu konon....

PAS tak perlu bimbang sebenarnya sehingga memaksa diri melakukan sesuatu yang dibenci Allah dan rasul hanya disebabkan orang lain tidak mendengar kata mereka.  Apa yang perlu dan wajib bagi PAS ialah lakukanlah kerja "amar makruf dan nahi mungkar" ini dengan penuh takwa dan yakin kepada Allah dan pada masa yang sama lakukanlah keyakinan ini dengan penuh Ikhlas dan jujur kepda diri sendiri.

Jika wujud ke dua-dua elemen ini dalam diri mereka, yang lain serahkan saja kepada Allah.

PAS patut belajar dari peristiwa teguran Allah swt terhadap Nabi saw, apabila baginda begitu berdukacita disebabkan bapa saudara yang sangat dikasihinya tidak juga memeluk Islam walaupun pelbagai usaha dan doa telah baginda lakukan supaya Abu Talib mengucap "lailahaillallah", namun segala ikhtiar baginda hanya sia-sia kerana bapa saudaranya enggan mengucapkan kalimah kejayaan itu hingga akhir kalamnya.

Rasulullah telah diperingatkan oleh Allah swt bahawa hidayat atau petunjuk adalah di tangan Allah dan bukan di tangan manusia. Tugas Muhammad saw dan seluruh umatnya adalah menyampaikan dakwah dan samada manusia iyu mahu mendengar atau menolak itu adalah hak Allah untuk menentukan.

Jika hidayat di tangan Muhammad, sudah pasti Abu Talib dan bapa saudaranya yang lain seperti Abu Jahal akan menjadi keutamaan baginda untuk memastikan mereka mati dalam Islam dan Iman. Jika hidayat di tangan Nabi Nuh, sudah pasti baginda akan pastikan isteri baginda sendiri akan mengikuti ajarannya.

Ini yang harus difahami oleh mereka-mereka yang mahu memperjuangkan agama Allah. Jika fakta ini dilepas pandang, maka akan timbullah sifat untuk memaksa orang lain supaya menuruti kefahaman yang kita unjurkan. Akan timbullah perasaan kecewa, marah atau pun kata-kata kejian terhadap orang yang tidak mahu mengikut kefahaman kita di atas alasan kononnya apa yang kita bawa saja yang benar dan wajib diikuti.

Di negara kita, masalah perpecahan tentang mazhab tidak timbul kerana semua kita mengikut mazhab Shafie. Perpecahan ketara di negara ini adalah berkaitan fahaman politik dan perbezaan dalam soal masail atau hukum-hakam.

Dalam soal politik antara UMNO-PAS, sejak dari dulu UMNO bertindak defensif dan PAS bertindak secara ofensif. UMNO tidak berani menghukum fahaman politik PAS salah dan sesat, tetapi PAS telah mengeluarkan pelbagai fatwa dan hukum sejak dulu terhadap UMNO. Bermula dari fatwa dan tuduhan kafir, munafik hinggalah kepada murtad, semua sudah pernah dijatuhkan terhadap UMNO.

Terlalu mudah PAS membuat pertimbangan. Terlalu berani PAS menjatuh hukum kepada puak yang tidak sehaluan prinsip dan uslub perjuangan dengan mereka. Terlalu ringan mulut mereka melabel pelbagai gelaran hina dan keji terhadap UMNO.

Kalau PAS faham dan arif tentang nilai dan kemuliaan  kalimah "lailahaillallah" yang ada di dalam hati orang Islam UMNO dan orang Islam PAS, sudah pasti pasti tidak akan terbuka mulut mereka untuk mengeluarkan perkataan kafir, munafik dan murtad terhadap saudara mereka di dalam UMNO.

Lupakah PAS bahawa kalimah toiyibbah yang ada dalam hati mereka yang dituduh kafir, murtad dan munafik itu jika ditimbang dengan tujuh petala langit dan tujuh petala bumi, nescaya kalimah itu lebih berat?

Tahukah PAS, bahawa kalimah iman yang terdapat dalam diri kami selaku orang UMNO ini, jika berjaya dilafazkan di saat-saat sakratulmaut, maka akan wajib bagi kami syurga seperti yang dijanjikan Allah?

Seorang yang faham, atau benar-benar bertakwa tidak mungkin akan sanggup menuduh saudara seIslam mereka sebagai kafir atau munafik kerana janji tuhan ialah, tuduhan tersebut pasti akan diterbalikkan kepada si penuduh, jika perkara itu tidak sepertimana yang dituduh?

Tidak terjumpakah oleh PAS di dalam kitab yang mengkisahkan bagaimana seorang sahabiah yang datang berjumpa rasulullah dan telah menyatakan kepada baginda bahawa beliau telah melakukan zina dan memohon supaya dijatuhkan hukuman kepada beliau?

Tidak tahukah PAS apa yang telah diputuskan oleh rasulullallah dalam hal ini? Bukankah rasulullah telah menyuruh wanita ini pulang dulu kerana rasulullah berpendapat mungkin wanita ini kurang siuman.

Wanita ini datang kembali menemui rasulullah setelah terdapat bukti perutnya buncit dan mengandungkan anak hasil zina. Bukankah hanya setelah pasti akan pengakuan wanita ini, rasulullah masih menturuh wanita ini pulang dan melahirkan anak yang dikandungkan terlebih dahulu? 

Setelah wanita ini melahirkan anak, sekali lagi beliau datang mebawa anaknya menemui rasulallah. Bukankah sekali lagi rasulallah menyuruh wanita itu pulang dan menyuruh wanita itu datang kembali setelah anak yang dilahirkan itu bercerai susu?

Tidak tahukah PAS, apa "kata" Nabi saw tatkala melihat ramai para sahabat yang mencerca dan mengeji wanita serta memandang jijik darah yang terpercik sewaktu hukuman rejam dijatuhkan?

Bukankah Nabi saw bersabda, "sesungguhnya jika dihimpunkan taubat seluruh dari kalangan kamu, tidak sama dengan nilai taubat wanita ini di sisi Allah swt!!"

Nah... Cuba nilai dan fahami bagaimana tertib Nabi saw dalam menguruskan agama!

Cubalah nilai dan kaji apa maksud dan rasional di sebalik suatu hukum atau hudud yang disebut di dalam Al Quran.

Bukankah semua peraturan dan hukum yang diwujudkan oleh Allah ini adalah semata-mata bertujuan untuk kejayaan hambanya sendiri di dunia daan di akhirat?

Bukankah ini yang dimaksudkan dengan keadilan sebenar di sisi Allah?

Adakah hukum hudud yang PAS maksudkan adalah semata-mata sekadar untuk menurut perintah Al Quran tanpa melihat bagaimana nabi saw mengamalkan setiap maksud Ayat Al Quran yang diturunkan?

Apakah hasrat melaksanakan hukum ini hanya sekadar untuk dilihat oleh orang bahawa mereka telah berusaha melaksanakan hukum hudud?

Tidak terfikirkan oleh PAS apakah ada nilai taubat kepada si bersalah yang dijatuhkan hukuman rejam sampai mati? Apakah wujud nilai takut kepada Allah dan minta dijatuhkan hukum secara sukarela semasa di dunia kerana takut akan disiksa di kehidupan yang kekal abadi kepada pasangan yang didapati bersalah berdua-duaan di bilik 121?

Jika pesalah di zaman nabi dan para sahabat yang dijatuhkan hukum akibat kesalahan, mereka berjaya dikehidupan selepas mati kerana mereka sempat bertaubat dan dihukum atas kerelaan kerana mereka lebih takut akan Allah.

Tapi kita khuatir, dengan hudud PAS bukan saja si bersalah menerima hukuman seksaan semasa di dunia, malah di akhirat nanti mereka akan diseksa lebih dahsyat lagi kerana tiadanya nilai taubat dan takwa yang wujud kepada si bersalah. Bagaimana mereka boleh bertaubat sedangkan mereka akan mencari ikhtiar untuk membebaskan dirinya dari dijatuhkan bersalah oleh mahkamah.

Lebih teruk lagi, badan pelaksana yang cuba menjalankan hukum hudud itu pula tidak menuruti langkah dan tertib sebagaimana tertib nabi dalam menjatuhkan hukum.

No comments:

Post a Comment