Tuesday, December 11, 2012

UMNO - PAS: SIAPA LEBIH MUNAFIK?

PAS tidak ikut keutamaan dalam percubaan mereka untuk menegakkan perjuangan Islam. Inilah masalah utama PAS.

Kalau Islam itu sebatang pokok, hukum hudud dan negara Islam adalah ibarat ranting, daun dan bunga yang membolehkan pokok itu kelihatan sempurna dan cantik.

Tapi bagaimana sebatang pokok itu boleh dicantik dan diperindahkan jika akarnya tidak mencengkam dan batangnya reput dilerek kumbang?

Kenapa PAS tidak usahakan supaya menyeru seluruh umat supaya meningkatkan pegangan (iman) kerana ia adalah akar umbi Islam? Sejauh mana PAS telah berusaha untuk mendakwahkan supaya seluruh umat ini beriman dengan sebenar-benar yakin kepada Allah? Sejauh mana tahap keimanan yang ada pada umat hari ini hingga PAS seolah-olah tidak ambil peduli soal pokok dan dasar yang menjamin kejayaan setiap umat Islam di dunia mahupun di akhirat?

Sebaliknya PAS hanya sibuk siang dan malam berfikir bagaimana mahu memastikan ranting, daun dan bunga sebatang pokok itu kelihatan cantik sahaja.

Tiada jalan pintas dalam Islam!! Bagaimana umat awal Islam melalui jalan-jalan untuk sampai ke tahap diredhai Allah, begitulah laluan yang harus diikuti oleh umat terkemudian.

Bagaimana umat awal Islam melakukan amal Islam sehingga ranting, daun dan bunga yang dihasilkan menjasi subur dan cantik, begitulah cara dan kaedahnya yang harus dilalui oleh umat terkemudian jika mereka mahu mendapatkan hasil(outcome) yang sama. 

Mana ada jalan pintas, kecuali jika PAS membuat rekaan baru sebatang pokok palsu. Apa yang PAS lakukan hari ini ialah percubaan menanam pokok palsu di seluruh negara dan mengatakan kepada umat bahawa pokok yang ditanam inilah pokok asli dan benar.

Ramai umat yang tertipu disebabkan pokok palsu ciptaan PAS nampak cantik dan dihiasi dengan lampu warna-warni sebiji macam bandar city  di S. Alam.

Dengan perasaan megah, sombong, riak dan takabbur PAS mendabik dada mengatakan pokok merekalah yang paling sempurna dan mencerca serta mengeji pokok yang ditanam UMNO tidak berbuah dan berdaun, walhal pada hakikatnya pokok yang ditanamnya adalah pokok palsu, berdaun dan berbuah plastik.

Siapakah yang munafik dan menipu sebenarnya?

Adakah UMNO yang berterus-terang menyatakan bahawa hukum hudud dan negara Islam belum dapat ditegakkan kerana ada amalan Ialam lain yang lebih utama yang harus didahulukan daripada pembentukan sebuah negara Islam yang syumul?

Atau PAS yang sibuk menjaja pakej lengkap sebuah negara Islam dan hudud ke seluruh negara tapi hakikatnya gambaran pakej negara dan hudud yang dinyatakan oleh PAS itu hanyalah sebatang pokok yang kelihatan sempurna pada zahirnya tapi komponennya diperbuat dari bahan simen dan plastik?

Seorang yang jahil tapi bersifat ikhlas dan jujur serta berserah kepada Allah adalah lebih baik dari seorang yang alim yang sombong, riak dan takabbur.

No comments:

Post a Comment